Tuesday, February 9, 2010

KERANA SAYANG 10


Hari Jumaat itu, seperti dijanjikan aku tiba di rumah Alia lewat sedikit. Hampir pukul sepuluh baru aku tiba. Semuanya kerana Adam Haikal yang merengek minta dibelikan patung Batman. Terpaksalah aku singgah di Mid Valley  mendapatkan barang yang diminta. Masuk sahaja ke dalam Jaya Jusco dia mula minta yang bukan-bukan. Nak itu. Nak ini. Bila aku menolak untuk membeli barang yang diminta mulalah buat merajuk.
“Mama malaslah nak layan. Mama mana bawak duit nak beli topi tu. Adik nak Batman ke topi tu?”
Adam Haikal memuncungkan mulutnya. Tangannya memegang topi bewarna biru tua itu. Bukan aku tidak ingin belikan topi itu untuknya tetapi sudah ada hampir penuh satu rak bajunya.
“Adam degil ya! Adam tinggal kat sini ajerlah. Kawan dengan topi tu jangan kawan dengan mama!”
Aku pura-pura tinggalkan dia keseorangan di situ. Belum sempat aku melangkah keluar, terdengar tangisannya. Saat aku berpaling kebelakang anak aku itu sudah berlari mendapatkan aku.
“Adik tak nak topi. Adik tak nak Batman. Adik nak kawan mama.”
Aku sekadar tersenyum saat itu mendengar kata-katanya. Bukan susah untuk mengawal Adam Haikal.
“Okey, tapi Adik jangan degil lagi tau. Dah jom kita pergi rumah auntie Alia nanti boleh main dengan Hafiz.”
Sampai sahaja di rumah Alia, aku kehairanan melihat hanya ada dua buah kereta di halaman rumah Alia. Bukanlah Alia kata pagi tadi ada majlis makan-makan di rumahnya malam ini? Aku meneliti jam di tangan takut aku yang terlambat. Baru pukul 9.45 malam!
“Lambatnya kau sampai. Aku ingat dah tak jadi nak datang. Jom masuk.”
“Kau kata Rinn dengan Ida ada. Tak nampak pun?!”
“Erm, last minute diorang cancel. Tak apalah. Jom ajer.”
Aku menarik nafas dalam-dalam. Debaran dihatiku hanya Tuhan sahaja yang tahu. Aku dapat mendengar jelas suara Ikhwan yang sedang berbual dengan Rizal. Seperti yang dapatku agak, Ikhwan begitu terkejut melihat aku. Dia kelihatan kelam kabut. Hilang tawanya. Entah kenapa aku terasa seperti ingin menangis melihat betapa dia tidak selesa dengan kehadiran aku di situ.
“Sekarang kita boleh makan. Adam salam dengan uncle Wan!”
Aku pandang wajah Alia. Wanita itu hanya tersenyum. Aku pasti Alia sedang cuba merapatkan aku dengan Ikhwan. Adam menghampiri Ikhwan lantas dihulur tangannya. Ikhwan pula kelihatan teragak-agak sehinggakan Rizal yang menarik tangan Ikhwan supaya menyambut huluran tangan Adam. Waktu itu aku menyedari pergelangan tangan Ikhwan masih terdapat gelang yang pernah aku belikan untuknya tiga tahun lepas. Aku juga sedar Ikhwan memakai cincin platinium yang seakan sama dengan cincin yang pernah kami tengok bersama ketika singgah di sebuah kedai emas di Ipoh.
Aku mengambil tempat dihadapan Alia.  Resah benar Ikhwan dengan kehadiranku. Nasi di dalam pinggan hanya terusik sedikit.
“Kenapa uncle Wan tak makan? Sedap tau auntie Lia masak!”
Aku kaget sebentar mendengar suara Adam menegur Ikhwan. Pantas aku mengangkat muka memandang Ikhwan. Betapa aku berdebar saat mata kami bersatu. Mencerun pandangan Ikhwan, kembali memandang pinggan nasinya yang masih penuh berisi nasi.
“Uncle Wan malu dengan mama Adamlah!” usik Alia dalam tawa.
“Alia!”
Serentak suara aku dan Ikhwan keluar. Alia hanya tersengih. Seronok dapat mengenakan aku dan Ikhwan. Begitu juga Rizal. Galak mereka ketawa. Bersatu ketawa suami isteri itu.
“Adam suka tak kalau uncle Wan jadi papa Adam?”
Soalan daripada Rizal amat memeranjatkanku. Ikhwan pula hampir sahaja tersedak. Masing-masing tentu sekali tidak menyangka soalan itu yang akan ditanya oleh Rizal.
“Mama sayang uncle Wan ker?”
Terbeliak mataku mendengar soalan daripada anak tunggalku. Walaupun cara percakapannya agak pelat dan kurang difahami tetapi aku masih dapat menangkap maksudnya. Alia dan Rizal ketawa kecil. Aku tidak dapat mengagak reaksi Ikhwan saat itu.
“Ish, Adam makan cepat. Nanti mama makan sampai habis padan muka Adam.”
“Eh, kau ni. jawablah soalan Adam tu. Kami pun nak tahu juga!”
Aku buat tidak dengar usikan Alia. Ikhwan pula hanya membisu. Dia mula menyentuh makanannya. Entah kenapa aku asyik memerhati pergelangan tangannya. Mungkin gelang itulah yang menjadi kenangan Ikhwan ketika bersamaku dulu. Patutlah dia begitu beria-ia inginkan gelang itu.
Selepas makan, kami beralih ke ruang tamu. Adam asyik bermain dengan Hafiz. Aku terdengar Ikhwan meminta diri untuk pulang namun ditegah oleh Rizal. Aku sedar Ikhwan benar-benar tidak selesa dengan pertemuan kami ini.
“Hafiz, jom masuk tidur. Dah lambat ni. Erm, Wan, Hanis duduk kejap yer. Nak tidurkan Hafiz kejap!”
Aku sekadar mengangguk. Alia hilang ke tingkat atas. Hanya tinggal aku, Rizal dan Ikhwan. Rizal yang banyak bercerita. Aku dan Ikhwan hanya mendengar.
Seketika kemudian, telefon bimbit Rizal berbunyi. Akhirnya aku dan Ikhwan ditinggalkan berdua di ruang tamu. Debaran di hatiku semakin kencang. Dengan ekor mataku aku dapat melihat Ikhwan yang sudah mula bangun. 
Entah kenapa aku merasakan suara aku tersekat dikerongkong. Aku hanya mampu memerhati langkah Ikhwan dengan ekor mataku. Tanpa sedarku ada air jernih yang mula mengalir dari tubir mataku. Ikhwan yang kini bukan lagi yang pernah kukenali dulu. Ikhwan itu sudah lama berkubur.
“Hanis, mana Wan?”
Cepat-cepat aku seka air mata yang mengalir dengan hujung kemejaku.
“Eh, kenapa dengan kau Hana? Kau menangis ker? Apa yang Wan cakap dengan kau?!” tanya Alia bertalu-talu.
“Tak... tak ada apa-apa. Aku rasa aku patut balik sekarang.”
“Duduklah dulu. Dah lama kita tak berborak panjang.”
“Sorry, Lia. Aku tahu apa yang kau sedang usahakan sekarang ni. Kau nak aku dan Ikhwan berbaik semula. Aku amat hargainya tapi buat masa sekarang aku masih belum bersedia lagi untuk semua ni!”
Tanpa sempat Alia bersuara aku sudah bangun mengangkat Adam Haikal yang sudah terlelap di sofa.
“Kirim salam aku dekat Rizal. Thanks.”
Bergegas aku keluar. Meletakkan Adam Haikal di tempat duduk belakang. Ketika kereta aku mula bergerak meninggalkan kawasan rumah Alia dan Rizal aku sedar ada sepasang mata yang sedar memandang ke arahku. Saat aku memandang kearahnya, cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya.
Ikhwan, andai begitu sekali rasa cintamu untukku maafkanlah aku atas segalanya. Hatiku tidak dapat menerimamu lebih daripada seorang kawan!
Malam itu Alia menghantar pesanan ringkas kepadaku. Disertakan sekali nombor telefon Ikhwan. Alia benar-benar berharap aku akan bersama dengan Ikhwan. Sedangkan hatiku saat ini belum terbuka untuk menerima cinta mana-mana lelaki walau Ikhwan sekalipun. Aku berharap Alia memahaminya.


“Kau tahu tak pagi tadi Ikhwan mengamuk dengan aku! Habis bilik dia tu macam kena tsunami. Dahlah aku datang lambat tadi. Sampai-sampai jer budak marketing cakap Ikhwan mengamuk tengok aku tak sampai lagi. Apa lagi bila dia nampak aku, bertambahlah baran dia. Bila dia suruh aku masuk bilik dia tahulah aku pasal apa.”
“Padan muka kau!” ujarku dalam ketawa. Salam tak diberi tiba-tiba jer menyembur! Nasib baiklah aku tahu Alia yang mnghubungiku kalau tidak awal-awal lagi dah kena sembur dengan aku!
“Alah. Bos aku cepat calm down. Tsunami dia sekejap jer. Dia marah sikit jer pasal aku tak beritahu dia, kau nak datang dinner kat rumah aku.”
“Itulah kau. Lain kali buatlah lagi plan gila kau tu! Nanti bukan Ikhwan jer yang mengamuk aku pun leh mengamuk.”
“Aku tak kisah. Korang nak mengamuk. Weh, okaylah nanti aku call kau lagi. Ikhwan dah balik tu. Bye.”
Kelam kabut suara Alia. Bunyi gagang telefon yang bagaikan tergesa-gesa diletakkan ditempatnya jelas kedengaran. Aku mengeluh. Sampai macam tu sekali Ikhwan marah!?
“Hanis, Mr. and Mrs. Cheng tunggu kau kat meeting room.”
Laungan Kumar membuatkan aku sedikit tersentak. Serta merta aku bangun sambil mencapai beberapa draf contoh untuk pasangan itu. Selasa lepas, melalui pangglan telefon Mr. Cheng mahu rumah yang dibelinya diubahsuai secara keseluruhan. Setiap ruang ada konsep tertentu tetapi tidak terlalu berserabut. Mereka mahu ruang yang berlainan. Bagiku pula, aku perlu melihat dahulu rumah yang ingin diubahsuai supaya senang untuk aku memilih konsep yang sesuai.
“Big commission this month ya!?” usik Alvin ketika aku melalui mejanya. Aku sekadar tersenyum. Rezeki untukku memang di dalam bidang ini. Syukur, bila setiap kerjaku memuaskan hati pelanggan. Encik Rustam pula tidak pernah menidakkan kerjaku. Aku senang dengan sikapnya yang tidak memilih kasih dalam membahagikan setiap projek kepada pekerjanya dengan saksama. Tiada istilah pekerja emas baginya.

7 comments:

Alya Ardini said...

at last ada jugak n3 for KS .. lama menunggu ... hehehe ...

best best .... nak ikhwan dgn hana .. ples cik MN ... hehehe

Hana_aniz said...

hailaa ikhwan...
kamu ni, peluang da ada depan mata kot!!

epy elina said...

hohohoho....
trharunya ngn ikhwan bila smp skrg dia masih memakai gelang pmberian hana....
btu kta cik alya...
nak hana ngn ikhwan....
best2x....

MaY_LiN said...

oho..
cinta bertaut kembali yea..

cinta terindah said...

huhu...tak sbar'y nak bc next N3...
miss nera post cpat2 ya..hehe

Alya Ardini said...

tul tu .. cepat2 la upload n3 baru .. tak sabar nak baca ... huhuh

misz nana said...

kesian pulak kat Ikhwan..
sampai camtu skali reaksi dia bila jumpa Hana..