Thursday, February 11, 2010

KERANA SAYANG 11


Setelah ke Damansara menjenguk kerja-kerja pengubahsuaian sebuah restoran, aku bergegas pulang ke pejabat. Entah macam mana ketika cuba untuk memotong kereta kancil dihadapanku tiba-tiba aku dirempuh oleh kereta dari arah bertentangan yang dipandu laju. Ini menyebabkan aku terbabas di bahu jalan. Saat itu aku teringatkan Adam Haikal. Aku cuba gagahkan diri untuk keluar dari keretaku yang mula terbakar dibahagian hadapan. Sakitnya hanya ALLAH sahaja yang tahu. Aku terjatuh beberapa meter tidak jauh dari keretaku. Aku tidak sedar apa-apa ketika itu cuma aku merasakan ada suara yang memanggil-manggil aku.
Sedar sahaja aku terasa sakit yang amat sangat di bahagian kepalaku. Aku terasa kakiku kebas.
“Hana?! Hana dah sedar? Umi ni, Hana!”
Aku mendengar suara Umi yang tenggelam dalam esak tangis. Aku cuba untuk memabalas pengangan tangan Umi.
“Umi…”
“Yer, Hana. Hana tak ada apa-apa.”
“Adam mana Umi?”
“Tadi dia ada tapi Umi suruh Abah bawa balik rumah. Emak dan ayah Hana sekali. Umi tengok letih sangat”
Aku mengangguk lemah. Cuba mencari kekuatan untuk bangun tetapi ditegah Umi. Menurut Umi, doktor mengesahkan aku tidak mengalami kecederaan yang serius kecuali kakiku yang terpaksa di pasang besi. Doktor juga telah menjalankan imbasan terhadap kepalaku. Darah beku sudah dikeluarkan.
“Alia ada datang. Dia pergi solat sekejap.”
Baru sahaja Umi bercakap tentang Alia, sahabatku itu muncul dihadapan pintu. Melihat aku yang sudah sedar terus sahaja dia menerpa ke arahku.
“Alhamdulillah, sedar juga kau!”
“Habis tu kau harap aku tak sedarlah?”soal aku pelahan.
“Mengarutlah kau ni. Aku sayang kat kau tau! Kau bawak kereta macam mana?”
“Aku bawak macam biasalah, Lia. Masa aku nak potong kereta kat depan aku entah macam mana tiba-tiba kereta kat depan aku langgar aku.”
“Nasib baik kau tak teruk. Kereta kau remuk teruk kat depan.”
Entah kenapa aku seolah-olah berharap Alia akan membuka cerita tentang Ikhwan. Aku ingin tahu sama ada lelaki itu tahu tentang kejadian yang menimpa aku atau tidak. Namun, sehinggalah Alia meminta diri untuk pulang nama Ikhwan tidak keluar dari mulutnya.
“Tak payahlah Umi. Hana okey ajer. Umi baliklah. Tak payahlah temankan Hana. Abah pun. Kalau Hana nak apa-apa nanti Hana panggil nurse ajer,” pintaku apabila abah dan Umi menyuarakan keinginan untuk menemani aku malam itu. aku tidak ingin menyusahkan mereka.
Malam itu, aku kurang selesa untuk tidur. Kepalaku terasa sakit. Puas juga aku cuba lelapkan mata tetapi gagal. Aku pura-pura melelapkan mata apabila menyedari pintu bilikku dibuka. Aku dapat merasakan ada seseorang yang memasuki bilikku tapi yang aku pasti tentu sahaja bukan jururawat atau doktor.
Ikhwankah? Aroma minyak wangi yang di pakainya menjadikan aku pasti akan empunya diri itu. Semakin dekat semakin kuat aromanya menusuk hidung. Kedengaran kerusi di sebelahku di tarik. Bisu dan sunyi. Aku mengharap dia akan bersuara tetapi hampa. Tidak lama kemudian aku merasakan Ikhwan bangun dan menjauh.
Aku membuka mata apabila menyedari pintu bilik terkuak dan tertutup. Aku pasti tentu sahaja Ikhwan sudah pergi. Saat itu, air mata yang cuba kutahan sebentar tadi mengalir deras. Dalam tangis itu aku memanjat doa kepada ALLAH moga Ikhwan akan bertemu dengan wanita yang lebih baik dariku. Wanita yang sudi mencintainya sepenuh hati. Wanita yang mampu membahagiakannya. Tidak seperti aku!
Kehadiran Ikhwan malam tadi aku ceritakan kepada emak dan abah ketika Umi dan abah mertuaku turun ke kafeteria. Aku tahu inilah saatnya aku harus beritahu emak dan abah apa yang sebenarnya terjadi. Emak dan ayahku terdiam saat nama Ikhwan keluar dari mulutku. Aku pula tidak dapat menahan air mataku dari terus mengalir. Kebencian yang pernah kutanam jauh di lubuh hatiku terhadap lelaki itulah yang menyebabkan aku menangis. Abah langsung tidak mendongak saat aku ceritakan segala-galanya tentang rancangan Ikhwan. Aku tidak dapat melihat reaksi muka ayahku.
“Abah nak jumpa dia. Hanis, ada nombor telefon Ikhwan?”Lama abah membisu sebelum bersuara. Aku tahu selama ini kebencian abah terhadap Ikhwan bukanlah setinggi kebencianku. Kadang kala aku terdengar abah menyalahkan dirinya sendiri di atas apa yang terjadi. Kalau abah tidak membuat laporan polis terhadap ayah Ikhwan yang pecah amanah hampir dua puluh lima tahun dahulu tentu sahaja ibu Ikhwan tidak menjadi gila dan meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan.
“Hanis rasa tak payahlah abah telefon dia lagi. Biar Hanis uruskan. Hanis yang terlalu membencinya.”
Alia datang menjenguk petang itu. Ada senyuman yang tersungging di bibirnya. Aku mencebik kerana tahu

akan maksud senyuman sahabatku itu.
   
          "Ikhwan datang kan semalam?"

         "Dah tahu tanya pulak."

        "Dia cakap apa dengan kau?"

         "Dia bisu semalam." ujarku mengundang ketawa besar Alia.

          "Dia kata masa dia datang, kau dah tidur. Sebenarnya, aku tipu dia kata kau koma. Malam tadi, lepas

tengok kau, dia telefon aku. Dia marah aku. Dia kata dia dah tanya doktor pasal kau!"

          "Padan muka kau! Sesuka hati mak nenek kau jer! Nak sangat ke aku koma?" soalku dalam nada

sedikit marah. Alia tersengih.

         "Kau cubalah bagi boss aku tu peluang, Nis!"



          "Aku tak boleh....."


“Try, Hanis. Aku harap sangat. Kau bagi Ikhwan peluang.”
“Dia sendiri tak nak bagi peluang dekat diri dia, Lia! Kau tengoklah sendiri. Dia seolah-olah takut nak hampiri aku!” aku sengaja beralasan.
“Sebab tulah kau kena mulakan dulu. Call dia. Cakap dengan dia. Dia takut kehadiran dia akan menyakiti hati kau. Dia dapat rasakan Hanis betapa kau membenci dia.”
“Salah dia jugak. Kenapa bodoh sangat?”
“Dia jadi bodoh pun sebab nak tengok kau bahagia. Kalau dia tak buat macam tu aku rasa emak dan abah kau takkan benarkan pertunangan korang putus. Walaupun Ikhwan yang minta putus mesti mak dan abah kau fikir kau yang paksa Ikhwan.”
Aku mendengus. Banyak lagi cara lain yang boleh dilakukan Ikhwan. Bukan cara bodoh yang memakan diri sendiri. Tengoklah keadaan dia sekarang!
Kata-kataku terhenti di situ apabila seorang doktor lelaki masuk. Dia sedang asyik membelek sesuatu yang kukira laporan perubatanku. Wajahnya kuperhati lama. Pandangan dari sisi wajah doctor itu mengingatkan aku pada seseorang. Seseorang yang pernah hadir di dalam hidupku suatu ketika dahulu.

5 comments:

Hana_aniz said...

ish.. ikhwan ni..
adoi...

cinta terindah said...

huhuuuuuuuu...alah Hanis nie...
bg la peluang dkt Ikhwan...
best aaa crita nie...=p

Alya Ardini said...

yeaayyyyy ... ada jugak n3 baru .... heeee .. suke suke .... hana dah mula terima ikhwan .. skit skit .... cayok ikhwan! .. usaha lagi ... heeeee

epy elina said...

doktor 2 mirip sape ekkk....
curious lak....
ikhwan 2 lembap lak nak meluahkan isi ati....

MaY_LiN said...

sapa lak ni