Friday, February 12, 2010

KERANA SAYANG 12


“Cik Hanis Far…”
Kata-kata doktor itu terhenti di situ apabila mukanya diangkat memandangku. Aku pula tergamam memandang doktor itu. Masakan tidak lelaki itu adalah Ajmal. Aku pasti aku tidak salah orang apabila tanda namanya jelas tertera nama ‘AJMAL’. Mana mungkin akan ada dua orang yang serupa dan nama yang serupa.
“Ajmal?!”
Bukan aku yang bersuara. Sebaliknya Alia. Pandangan lelaki tadi beralih ke arah Alia yang berada disebelahku. Nyata dia terkejut melihat Alia.
“Alia? Betulkan? Alia Malik?”
Alia mengangguk. Mereka berjabat tangan. Begitu juga aku. Tidak aku sangka akan ada lagi pertemuan antara aku dengan Ajmal setelah hampir sepuluh tahun lelaki itu menghilangkan diri.
“Tak sangka dapat jumpa you all balik. I ada jugak cari you berdua. Tapi semuanya macam tak ada sebarang petunjuk.”ujar Ajmal. Kertas laporanku diletakkan di atas meja kecil dihujung katilku.
“Yerla, you tu yang tiba-tiba menghilang. Study tak habis dah lari,” balas Alia.
Ajmal ketawa lepas. Aku sekadar mendengar. Mulutku terasa terkunci untuk bersuara. Mungkin hubungan lepas kami mempengaruhiku kini.
“You pergi mana? Tiba-tiba jumpa you dah jadi doktor?” soal Alia.
“Erm, lepas I tinggalkan study I ke Amerika. Tolong jaga adik I. Adik I penghidap barah. I jaga dia sampai dia tak ada.”
Ada keluhan dipenghujung bicara Ajmal. Aku yang mendengar sedikit terkejut. Ajmal tidak pernah bercerita kepadaku tentang adiknya. Cuma yang aku tahu keluarga Ajmal memang tinggal di Amerika kerana ayahnya bertugas di sana. Di Malaysia, Ajmal tinggal bersama emak saudaranya.
“Sepanjang I jaga adik I lah I mula berfikir untuk menjadi doktor seperti mana yang you tengok sekarang nilah. Masa tu matlamat I cuma nak selamatkan lebih banyak nyawa. I nak tolong pesakit-pesakit seperti adik I. Alhamdulillah  sekarang I dah berjaya juga jadi doktor.”
“Bila you balik Malaysia?”
“Erm, almost two years. Balik Malaysia perkara pertama yang I cari you all. Tapi semua nombor phone you all dah hilang. I cuba call nombor Hana tapi tak dapat. Operator yang jawab. Hana tukar nombor ker?”
Aku sekadar mengangguk. Entah kenapa aku harus begini sedangkan Ajmal begitu tenang dengan pertemuan semula ini.
“Erm, I tak boleh lama-lama ni. banyak patient lagi,” ujar Ajmal lantas laporan perubatanku dicapainya.
 “Bila I boleh balik?” tanyaku.
“Erm, terlupa pulak. I masuk tadi just nak beritahu you dah boleh keluar bila-bila masa tapi bulan depan you kena datang balik untuk buang balutan tu dan selepas tu setiap minggu you kena datang untuk physiotherapy.”
Aku mengeluh lemah. Aku amat berharap dapat kembali bekerja. Banyak kerja yang harus aku selesaikan. Bukan aku tidak yakin dengan Sufian yang ditugaskan untuk mengambil alih tugasku sepanjang aku bercuti tetapi aku lebih suka seandainya kerja yang aku mulakan juga diakhiri olehku sendiri. Ajmal berlalu setelah mendapat keluinya berbunyi. Sempat Alia bertukar-tukar kad nama dengan Ajmal.
“Makin handsome aku tengok. Kau tak rasa apa-apa ker, Hanis?”
Aku sengaja mengerutkan dahiku, pura-pura tidak memahami maksud Alia. Lagipun aku malas mengungkit kisah lama. Cerita aku dengan Ajmal sudah lama berlalu. Sudah berkubur dan aku sudah tidak ingin mengingati kisah itu lagi.
“Buat-buat tak tahu konon. Aku tengok dia pandang kau semacam jer!,” usik Alia.
“Lia, dahlah jangan nak fikir bukan-bukan. Entah-entah dah beranak pinak pun.”
“Erm, lupa pulak nak tanya dia dah kahwin ke belum lagi?”
“Alah, Lia tak tanya pun kau boleh agak. Kau jugak cakap dia tu handsome, mestilah dah kahwin. Lagipun kau tak nampak ker dia pakai cincin.”
Aku sedaya upaya ingin mematikan perbualan tentang Ajmal secepat mungkin. Aku tidak ingin mengingati kenangan lalu yang amat memeritkan.
“Calm down, my dear! Kau ni gelabah semacamlah. Aku lebih suka kau dengan Ikhwan.”
Aku mendengus. Ingatkan Alia akan berhenti bercakap tentang hal-hal yang sama. Sekarang, dia kembali bercakap tentang Ikhwan.
“Lia, aku tak nak kau cakap tentang Ikhwan boleh tak? Aku dah muak tau! Dua puluh empat jam kau dok cakap pasal dia!”
“Okey, okey. Aku minta maaf. Erm, rasanya dah lama aku kat sini. Aku balik dululah nanti anak bujang aku bangun tidur mengamuk pulak tengok aku tak ada.”
Saat aku keseorangan entah kenapa kenangan antara aku dan Ajmal muncul kembali. Puas aku tepis tetapi ia tetap hadir.
Dia lelaki pertama yang sudi menghulur salam cinta untukku. Lelaki pertama yang mengajar aku tentang erti cinta. Lelaki pertama yang berjaya membuatkan pintu hatiku terbuka untuk menerima cinta lelaki.
Malam itu, aku tertidur bersama kenangan Ajmal. Aku tersedar apabila merasakan dahiku disentuh seperti semalam. Namun, aku tertidur semula. Aku tersedar sekali lagi apabila terasa amat dahaga. Ketika aku menuang air ke dalam cawan di atas meja sebelahku aku sedar ada sekuntum mawar merah dan putih yang diletakkan di dalam cawan berisi air. Aku dapat mengagak tentu sahaja Ikhwan yang meninggalkannya untukku. Aku biarkan sahaja dan terus menyambung tidurku.

7 comments:

Alya Ardini said...

aiseehhh ... cik MN .. nak ikhwan dgn hana jek ... tak mau la ajmal .... heeeeee ... chayok ikhwan! ... teruskan usaha mu merebut hana!! ..

heeeee

MaY_LiN said...

alahai..
pakwe lame datang lak..

cinta terindah said...

walawehhhhhhhhhh...
ada pulak wtk Ajmal..huhuuu
mkin sengit la saingan Ikhwan...
nak Hanis ngn Ikhwan jgk!!! huhu

Hana_aniz said...

oh.. come on la ikhwan.
be brave!! adoi..

epy elina said...

btul kta cik alya...
nak hana ngn ikhwan...
cnta hana ngn ajmal dah brlalu...
yg pntg mcm mna ikhwan nak twan hati hana smula...
best2x...

misz nana said...

ye ke Ikhwan yg kasi bunga tu?
entah2 Ajmal..
huhu..

akak said...

hmmm bagus gak hana ngan ajmal..hahaha jangan pelangkung akak!