Wednesday, February 17, 2010

KERANA SAYANG 13


Tiga bulan berlalu. Aku sudah sembuh sepenuhnya walaupun kadang kala sakitnya berbekas. Sejak pertemuan di hospital tempoh hari hubungan aku dan Ajmal semakin baik. Sering kali juga lelaki itu menghubungiku untuk bertanya khabar. Pada mulanya, aku sedikit keresahan dengan kedatangannya ke rumah. Mana tidaknya, Umi dan abah asyik mengusikku apabila mereka mengetahui tentang hubungan yang pernah wujud antara aku dengan Ajmal satu ketika dulu. Sudah acap kali aku terangkan kepada Umi dan abah tentang hal itu tetapi Umi malah abah sekalipun hanya tersenyum.
Kalau tidak datang bersama Alia dan Rizal, Ajmal akan datang bersendirian. Sikap ramahnya membuatkan abah dan Umi menyenanginya. Pernah Umi berseloroh yang dia tidak kisah malah amat bersetuju andai aku memilih Ajmal sebagai suami.
Alia pula sudah tidak lagi bercakap tentang Ikhwan walaupun kadang kala aku amat berharap Alia bercerita tentang lelaki itu.
Petang Sabtu itu, Ajmal menemani aku dan Adam Haikal membeli sedikit barang-barang keperluan dapur. Pada mulanya, Umi sudah berjanji untuk pergi bersama tetapi apabila mengetahui Ajmal  akan ikut serta Umi membatalkan niatnya. Sengaja Umi memberi alasan perutnya sakit tiba-tiba.
“Kita makan dulu ya? I laparlah dari tengah hari tadi tak makan.”
Aku hanya mengikut cadangan Ajmal. Entah macam mana aku terlanggar seseorang ketika melangkah masuk ke dalam sebuah restoran makanan Jepun.
“Sorry,” ucapku sedikit takut.
“Uncle Wan!” girang Adam Haikal bersuara.
Aku begitu terkejut mendengar Adam Haikal menyebut nama Ikhwan. Terpaku aku di situ. Begitu juga Ikhwan. Dia merenungku tetapi tidak lama apabila menyedari akan kehadiran Ajmal disebelahku. Dadaku berdegup kencang. Entah aku sendiri tidak pasti kenapa.
“Erm, Hana kenal ker?”tanya Ajmal sedikit kehairanan
“Erm, I kenalkan Ikhwan. Ikhwan ini Ajmal.” Bergetar suara aku saat itu.
Mereka berjabat tangan. Tanpa memandang aku Ikhwan meminta diri untuk beredar. Aku sekadar memerhati langkahnya. Aku tidak dapat mentafsir riak wajah Ikhwan ketika itu. Kecewakah?
“Erm, I tengok macam ada something antara you berdua. So ceritalah kat I. Buah hati you ker?”
“Eh mengarutlah. Nothing okey!”
“Yerlah tu. I tengok dia pun I dah tahu.”
“Uncle Mal, hari tukan mama ngan Adam makan ngan uncle Wan kat rumah auntie Alia. Auntie Alia kata mama sayang kat uncle Wan.”
Aku amat terkejut dengan kata-kata Adam Haikal. Anak kecil itu seperti mengerti apa yang sedang aku dan Ajmal perkatakan. Malah dia amat pandai berkata-kata walaupun agak pelat. Ajmal yang mendengarnya ketawa kecil.
“Kan I dah cakap. Mesti ada apa-apa. Anak you pun tahu.”
Aku terkesima sebentar. Cuba mencari ayat yang sesuai untuk menidakkan kata-kata Adam Haikal.
“You tengah bergaduh dengan dia ker? Baik you pujuk dia cepat,” usik Ajmal.
“Mal, kami tak ada apa-apalah. Adam ni panda-pandai jer.”
Aku menjeling memandang Adam Haikal yang asyik menikmati sushinya. Ajmal ketawa lagi.
“Okey, okey. Tapi sebagai lelaki I tahulah dia ada hati dengan youkan?! Cara dia tenung you tadi. Cara dia pandang I. Cemburu lelaki pun kadang kadang lebih kuat dari cemburu perempuan tau!? Dari mata dia tadi I tahu dia cemburu tengok you dengan I tapi I hairanlah tengok you berdua ni. You tadi punyalah gelabah. Dia pulak macam takut jer nak pandang you.”
“Jangan you nak mengarut. Baik you makan cepat. Banyak barang I nak beli ni.”
“Nak tukar topik pulak. Okey, tak apa. You tak nak beritahu I. Nanti I tanya Alia tentang Ikhwan.”
“Tanyalah. I tak kisah”
Ajmal mencebik. Aku pula yang keresahan. Apa yang terjadi sebentar tadi terbayang di ruang mata. Sesungguhnya aku dapat mengesan ada riak cemburu diwajah Ikhwan.
“Tadi kata tak ada apa-apa tapi kenapa you resah semacam ni. Nak I tolong explain kat dia ker?”serius Ajmal bertanya.
“Ish, tak payahlah. Tak guna pun you explain apa-apa.”
“Kenapa? Buah hati you tu tak nak dengar ker explanation orang lain?”
“Mal! I dah cakapkan dia tu bukan buah hati I, okey? Dahlah jangan cakap pasal dia lagi. Makan cepat!”
“Macam mana I tak cakap pasal dia tu kalau sejak dari you terlanggar dia tadi I tengok fikiran you dah melayang entah ke mana.”
Aku tidak menjawab. Malas untuk terus bersuara dengan Ajmal kerana aku juga yang akan terkena. Sepanjang petang itu aku bagaikan tidak dapat membuang bayangan wajah Ikhwan yang bertamu di ruang mataku. Entahlah.
Kenangan yang sempat kami layari bersama bermain-main diruang mataku. Dahi dan pipiku yang pernah dikucupnya dahulu kusentuh beberapa kali. Entah kenapa aku seperti masih merasai kucupan itu. Hangat seperti kucupan Syahril. Menilai kembali diri lelaki itu, aku mula melihat dirinya yang sebenar. Tujuh tahun dia menghambakan dirinya untuk cintaku tetapi semuanya hanya sia-sia.
Dari cerita Alia, aku baru sedar tentang sikap Ikhwan yang segan untuk menegurku. Dia lebih banyak merenungku dan bertanyakan perihal diriku kepada emak dan abah. Rupanya kiriman kad setiap bulan yang aku terima ketika masih menuntut di universiti juga adalah pemberiannya. Dia mulai mencintai aku tika aku berusia tujuh belas tahun. Dia menunggu tujuh tahun untuk menyunting aku menjadi suri hidupnya bila merasakan aku sudah sedia bergelar isteri.
Kisah itu aku tinggalkan bila kata-kata Ajmal sebentar tadi terngiang-ngiang di telingaku.
“Okey, okey. Tapi sebagai lelaki I tahulah dia ada hati dengan youkan?! Cara dia tenung you tadi. Cara dia pandang I. Cemburu lelaki pun kadang kadang lebih kuat dari cemburu perempuan tau!? Dari mata dia tadi I tahu dia cemburu tengok you dengan I. tapi I hairanlah tengok you berdua ni. You tadi punyalah gelabah. Dia pulak macam takut jer nak pandang you.”
Aku mengeluh. Lamunanku mati di situ bila kedengaran suara Adam Haikal yang bising dari tempat duduk belakang.
“Anak mama ni kenapa?”soalku pelahan.
“Adam nak makan ais krim tu!”
Aku menoleh ke arah yang ditunjukkan Adam. Aku memberhentikan kereta di bahu jalan. Sudah agak lama kemahuan Adam tidak kupenuhi. Sesekali beralah dengan anak sendiri apa salahnya.
“Adam duduk dalam kereta. Mama beli ais krim.”
Adam keriangan di dalam kereta. Aku menghampiri penjual ais krim yang dikerumuni anak-anak kecil. Mungkin sebaya Adam. Setelah mendapatkan ais krim yang diingini Adam aku kembali ke kereta.
“Makan elok-elok. Kotor kereta mama siap Adam.”
Adam menyeringai. Suka benar dia. Baru sahaja aku ingin memandu, telefon bimbitku berbunyi. Ajmal!? Berkerut dahiku melihat nama lelaki itu tertera di skrin.
“What can I do for you Mr. Ajmal?” sengaja aku berseloroh.
“I cuma nak pastikan sama ada you okey ker tak? You kat mana ni?”
“I okey, Mal. I tengah drive nak baliklah ni. Kenapa?” aku ketawa kecil bila merasakan keprihatinan Ajmal terhadapku.
“Tak adalah. I takut jer you drive tak sampai rumah. Maklumlah tadi you terserempak dengan buah hati pengarang jantung you.”
Hampir sahaja aku membrek mengejut. Nasib baiklah tiada kenderaan dibelakangku. Adam yang asyik dengan ais krimnya kelihatan agak terkejut tetapi kembali menjilat ais krimnya setelah aku meneruskan pemanduanku.
“You ni Mal, buat I terkejutlah. Apa maksud you ni?”
Kedengaran tawa Ajmal dihujung talian. Kuat benar ketawanya. Aku mencebik, geram dengan tawa Ajmal yang pastinya mentertawakanku.
“I baru jer call Alia and I got everything about that guy.”
“So?”
“Keras juga hati you ya?! Takkan sikit pun you tak ada perasaan dekat dia.” Suara Ajmal kedengaran mendatar dan pelahan.
“Mal, please. I tak nak cakap pasal hal ni, okey?!”
“Hana, I faham perasaan Ikhwan. You cuba dekati dia dan faham diri dia. I percaya you akan rasakan kebahagiaan bersama dia.”
Aku pula ketawa. Ah, semuanya seperti memihak kepada Ikhwan! Bagai mana pula dengan aku?
“Mal, I tak boleh. Cinta bagi I bukan senang untuk diberi dan diterima.”
“Ya, I faham tu tapi kalau you beri peluang pada diri you untuk kenali Ikhwan dan beri peluang dekat Ikhwan tak salahkan?!”
“Please, Mal. I tak nak fikirkan hal tu. Kita cakap lain kali okey. I tengah drive ni!”
Ajmal mengeluh. Aku juga. Ajmal mengeluh mungkin kerana tidak puas hati dengan caraku. Aku pula rimas dengan segala cerita tentang Ikhwan. Perbualan kami tamat di situ. Nampaknya, semua mula bersimpati dengan Ikhwan! Tetapi kenapa mereka tidak cuba memahami diriku. Bukan mudah untuk aku menerima cinta lelaki lain
Entahlah…. Biar masa yang menentukan segala-galanya. Aku redha!

8 comments:

Alya Ardini said...

yeeaayyy .. setelah lama menunggu ... heee ... KS13 keluar juga akhir nya ...

cik MN ... tolong cari kan jodoh tuk i .... yang sama dgn ikwan ... heeeeee

MaY_LiN said...

o-o
da terbongkar akhirnya..
hikhikhik

MissNera said...

alya : ikhwan sekadar wujud di dunia fantasi.. mencari ikhwan di dunia realiti mungkin sesukar mencari sebutir biji sawi dalam ratusan malah jutaan lada hitam.... :D

may_lin : ada lagi yang belom terbongkar!

MissNera said...

This comment has been removed by the author.

kaklong said...

salam,akhirnya ada juga new n3 ye,thanks....aduh jual mahal n degil juga ye hana ni,,sian ikhwan......apa2 biarlah dia bersama ......sambung lg ye...

sofi said...

knp ikhwan tu?
beranikanlah diri tu ckit...
kl dia x mulakan langkah pertama, x kan hana pulak. geram nih....
hehe

akak said...

hmm..baiklah si ajmal ni, nak pass si hana kat ikhwan plak.. hhehe

cinta terindah said...

a'ah la...
hana nie keras hati kan???
cian la dkt Ikhwan...
lama tuuuuuuuuu dia tgu...erm