Friday, February 19, 2010

KERANA SAYANG 14


Selepas menemui Encik Rashidi, pelangganku tengah hari itu aku berkira-kira untuk menemui Alia. Sejak aku pulang dari Johor kami langsung tidak berhubung. Sibukkah dia?
Sebaik sahaja aku meletakkan kereta di hadapan Wisma Helang Jaya, aku dapat merasakan betapa aku berdebar-debar saat itu. Mana tidaknya kemungkinan untuk aku terserempak dengan Ikhwan amat tinggi. Sebentar tadi aku merasakan mampu bertenang andai terserempak dengan lelaki itu tetapi sekarang debaran hatiku ini menunjukkan sebaliknya. Namun, langkah aku atur jua.
“Puan Alia ditingkat empat,” beritahu penyambut tetamu itu ramah.
Di dalam lif aku menarik nafas pelahan-lahan. Aku cuba bertenang. Berharap agar Ikhwan tiada dipejabat.
“Alia ada?” tanyaku kepada salah seorag kakitangan di situ. Lelaki itu mengangguk seraya menunjukkan tempat Alia. Dari jauh aku memerhati Alia yang nampak khusyuk menaip.
Sebaik sahaja aku memberi salam, Alia menjerit kegembiraan. Beberapa orang pekerja yang sudah bersikap untuk keluar makan tengah hari kehairanan memandang kami. Alia buat tidak peduli.
“Apa mimpi kau datang sini?”
“Kebetulan aku jumpa client dekat Hilton. Dah dekat dengan kau aku singgahlah. Nak ajak kau lunch. Itupun kalau kau tak ada janji dengan Rizallah!”
“Tak sangka aku kau dekat depan aku…”
Belum sempat Alia meneruskan kata-katanya, intercom berbunyi. Hatiku yang tenang tadi kembali berdebar-debar. Alia memberi isyarat supaya aku diam sebelum dia menekan salah satu butang di intercomya.
“Lia, you dah nak keluar lunch ker?” satu suara kedengaran. Aku pasti tentunya suara Ikhwan.
“Er..er. ya. You nak pesan apa-apa ker?”
“Erm, okey. Belikan I nasi campur ajerlah tapi I tak nak lauk yang ada sotong. Sebelum you keluar tolong bagi I fail Ehsan.”
“Okey. You tak nak keluar ker?” Soalan Alia bagaikan sengaja ditanya.
“Hai, kak Lia!”
Aku menoleh ke arah suara yang baru meyapa Alia. Nadhira? Gadis itu juga bagaikan terkejut melihat aku di situ. Alia pula memberi isyarat supaya Nadhira tidak bersuara sambil menunjuk ke arah intercomnya.
“Dhira ke Lia?” kedengaran suara Ikhwan sekali lagi.
“Er.. er.. aah. Dhira. Dia nak ajak you lunch kot!”
Bagaikan mengerti maksud Alia, Nadhira mengangguk. Aku pula yang tak senang hati. Suara Ikhwan tidak kedengaran tetapi pintu bilik yang terletak berhadapan dengan meja Alia di buka. Sebaik aku menoleh tersirap darahku. Ikhwan. Lelaki itu juga nampak terkejut aku di situ. Tergamam dia di situ.
“Dhira nak ajak uncle lunch. Ibu tunggu uncle kat bawah.”
Nadhira mendapatkan Ikhwan. Lengan lelaki itu ditarik. Ikhwan bagaikan tidak percaya melihat aku dihadapannya. Matanya langsung tidak berganjak dari merenungku.
“Jomlah join kami sekali. Makan ramai-ramai baru best.”
Aku memandang Alia. Mengharap dia bersuara menolak ajakan Nadhira. Aku tidak dapat membayangkan makan bersama Ikhwan. Tidak kenyang dibuatnya.
“Okey, akak tak kisah. Dhira kena tanya kak Hana dululah.”
Aku membeliakkan mataku memandang Alia yang tersengih memandangku. Aku ingatkan dia tahu apa yang aku fikirkan. Aku pandang mula Nadhira yang seperti penuh mengharap.
“Erm, uncle ada banyak kerjalah Dhira. Lain kalilah kita makan sama.”
Nadhira mencebik. Wajahnya masam mencuka. Aku yang duduk berhadapan dengan Ikhwan sudah tidak mampu mengangkat muka memandangnya.
“Jomlah, uncle. Uncle ni tak habis-habis dengan kerja. Makan tak tahu masa. Nanti sakit Dhira juga yang susah. Jomlah, Lagipun ibu dah lama tunggu tu. Kak Hana jomlah. Dah lama ibu tak jumpa kak Hana, mesti ibu terkejut nanti tengok akak. Akak ikut lunch ya? Uncle?”
Kedengaran Ikhwan mengeluh. Dia mengusap pelahan mukanya. Aku tahu tentu sahaja dia tidak selesa dengan kehadiran aku.
“Tak apalah, Dhira. Akak kenyang lagi, baru balik dari jumpa client tadi.”
“Eh, bukan ker kau yang ajak aku lunch tadi?”
“It’s okey, Lia. You all ikutlah Dhira.”
Bagai ada nada kecewa pada bicara Ikhwan. Entah datang dari mana kekuatan aku memandangnya. Saat itu mata kami bertembung. Lama kami saling merenung.
“Dhira, akak rasa uncle Dhira dan Kak Hana kau ni dah kenyang kot dok renung-merenung.”
Usikan Alia membuatkan Nadhira tertawa. Aku merasakan panas tiba-tiba menyerbu mukaku. Terasa cukup malu dengan usikan Alia yang lebih kepada memerli itu.
“Jomlah uncle, kak Hana. Sampai bila uncle dengan akak nak macam ni. Sampai bila-bila pun masalah takkan selesai.” Nadhira mula bersikap serius. Aku yang terpana mendengar kata-katanya.
“Dhira, uncle okey. Tak ada masalah, okey?”
“Habis tu? Kenapa macam ni? Buktikan pada Dhira, uncle dengan kak Hana tak ada apa-apa masalah. Kita lunch sama okey?!”
Nadhira masih tidak berputus asa. Alia pula sudah menarik tanganku manakala Nadhira menarik tangan Ikhwan supaya mengikut mereka. Bagai lembu dicucuk hidung terpaksalah aku mengikut.
“Hana? Betulkan Hana?”
Aku mengangguk dalam senyuman sambil menyalami Kak Marina. Wanita itu memelukku erat seperti tidak mahu melepaskanku. Saat itu sekali lagi mataku bertembung dengan mata Ikhwan.
“Kemana Hana menghilang? Puas akak cari.”
“Hana tak kemana-mana, kak. Masih dekat Malaysia tapi Hana pindah ke Johor,” jawabku cuba berseloroh.
Dari pertanyaan Kak Marina aku dapat meneka baik Nadhira mahupun Ikhwan tidak bercerita tentangku kepadanya.
“Mak dengan abah Hana Sihat?” tanyanya lagi, begitu teruja dengan pertemuan semula ini.
“Sihat, emak dan abah masih di Johor tapi insyaALLAH tak lama lagi emak dan abah akan duduk dengan Hana.”
“Dahlah tu, Ibu. Dhira dah lapar ni. Kita pergi cari tempat lunch dulu.”
Kak Marina ketawa mendengar kata-kata Nadhira. Alia mencadangkan agar kami menaiki satu kereta sahaja memandangkan kami hanya berlima. Kak Marina menyuruh Ikhwan memandu.
Sepanjang perjalanan ke tempat makan yang di pilih Nadhira, aku merasa tidak selesa. Entah kenapa aku merasakan Ikhwan memandangku melalui cermin belakang. Setiap butir bicaraku bagai diperhatinya. Aku jadi segan tiba-tiba.

Ikhwan memangkirkan kereta Honda Civic berwarna metallic itu dihadapan sebuah restoran. Macam dirancangkan Alia berjalan bersama Nadhira, pantas langkah mereka. Kak Marina pula memberi alasan untuk ke tandas. Aku tertinggal dibelakang bersama Ikhwan. Aku cuba berlagak tenang walaupun debaran dihatiku semakin hebat. Aku berjalan lebih hadapan dari Ikhwan. Aku merasakan langkah aku amat berat untuk diatur.
“Uncle dengan kak Hana nak makan apa? Kami berdua dah pesan dah untuk ibu sekali,” ujar Nadhira.
Aku mengerutkan dahi. Kehairanan kerana begitu cepat mereka membuat pesanan. Ikhwan bangun semula dari duduknya. Menghampiri satu barisan yang dipenuhi bermacam-macam jenis lauk pauk. Aku sekadar memerhati.
“Kak Hana nak makan apa? Nasi campur ker or something else?”
Aku tidak menjawab pertanyaan Nadhira. Sebalikya aku berfikir-fikir makanan apa yang ingin aku makan. Mataku masih memerhati Ikhwan yang membelek-belek lauk sambil mulutnya berbual dengan wanita yang sedang memerhati pelanggannya memilih makanan. Mungkin sudah biasa dengan Ikhwan lagaknya mereka berbual dan pertama kalinya selepas tiga tahun aku melihat senyuman Ikhwan.
“Weh, cik akak dah kenyang ker tengok Ikhwan tu?”
Pertanyaan Alia yang mendadak itu amat mengejutkanku. Alia dan Nadhira mentertawakanku bila melihat reaksi aku yang mungkin diluar jangkaan mereka.
“Kau ni kalau tak kenakan aku sehari, tak bolehker?”
“Lah, Siapa kenakan dia Dhira? Dah betul akak Hana kita ni tengok uncle Wan Dhira tu sampai tak berkelip sampaikan orang tanya nak makan apa pun tak berjawab.”
“Aku tengah memikirlah. Tak tahu nak makan apa,” jawabku, menjeling kearah Alia. Alia mencebik diikuti ketawa oleh Nadhira.
Malas aku layan! Aku bangun menuju ke arah Ikhwan yang masih berbual dengan wanita yang pada telahanku mungkin umurnya hampir sebaya dengan emakku.
“Nasi, nak?”tanya wanita itu. Serentak dengan itu Ikhwan memandangku. Mata kami bertembung sekali lagi sebelum aku mengalih pandang ke arah wanita bertudung itu lantas mengangguk. Sebentar kemudian, dia menyuakan sepinggan nasi putih kepadaku. Aku cedok ayam masak merah dan masak lemak labu ke dalam pinggan. Sudah lama aku tidak merasa masak lemak labu. Sebaik aku menoleh ke sebelah, Ikhwan sudah tiada. Mak cik tadi sudah kedepan, berbual-bual pula dengan kak Marina. Aku menghampiri mereka dan baru aku sedar aku terpaksa duduk disebelah Ikhwan. Aku memandang Alia yang tersengih-sengih. Sudah tentu ideanya menukar tempat duduk. Hendak tak hendak terpaksalah aku duduk juga disebelah Ikhwan. Debaran dihatiku kembali lagi.
“Eh, kawan Ikhwan ker? Kenapa Ikhwan tak cakap tadi?!” aku sekadar tersenyum sambil menghulurkan tangan menyalami wanita itu sambil memperkenalkan diriku.
“Uncle ni malulah, nek. Akak Hana ni…”
“Dhira!”
Kedengaran suara Ikhwan yang menegur Nadhira. Entah kenapa aku terasa dengan teguran Ikhwan. Aku jadi sedih dengan tegurannya. Tanpa suara aku menyuap nasi ke dalam mulut dan entah di mana silapnya tiba-tiba aku tersedak. Hampir sahaja terhambur nasi yang baru kukunyah.
“Minum air ni, Hana! Ada orang dok menyebutlah tu,” usik Kak Marina. Gelas berisi teh ais itu teguk rakus. Dadaku terasa sakit.
“Dah okey?”tanya Nadhira pula, agak gelisah riak wajah gadis itu.
Aku sekadar mengangguk. Mak cik yang berborak bersama kami tadi kembali dengan sekotak tisu. Dihulur kepadaku. Aku menyambutnya dengan anggukan, tanda terima kasih.
“Makan elok-elok. Erm, Wan nak pesan air lain ker?” pertanyaan wanita itu membuatkan aku sedikit tersentak. Gelas besar berisi teh ais itu aku perhatikan.
“Tak apalah, nek. Biarlah uncle kongsi dengan kak Hana. Ambil berkat!” seloroh Nadhira sebelum sempat Ikhwan bersuara.
“Erm, yang lainlah mak cik.” Ujar Ikhwan akhirnya.
Wanita itu berlalu sebelum kembali menatang segelas besar teh ais. Diletakkan dihadapanku. Kemudian wanita yang dipanggil nenek oleh Nadhira itu berlalu.
“Dah makan,”ujar Alia.
Aku kembali menyuap makanan kedalam mulut. Masing-masing mengadap makanan sehinggakan tiada siapa bersuara. Aku pula yang tidak selesa dengan keadaan sunyi sepi tambahan Alia yang banyak bercakap itu asyik sekali menjamu selera dengan mi rebusnya. Begitu juga Nadhira dan kak Marina. Dengan ekor mataku aku memandang ke sebelah. Ikhwan nampaknya seperti tidak selesa. Mungkin kerana meja yang agak sempit. Aku bergerak sedikit ke arah Alia. Memberi Ikhwan sedikit ruang.
 “Lupa pula akak nak tanya. Dari tadi nak tanya tak tertanya-tanya. Macam mana dengan husband Hana? Dia kerja apa?”
Serta merta aku terkejut dengan pertanyaan Kak Marina. Alia memandangku. Begitu juga Nadhira. Cuma reaksi Ikhwan tidak mampuku lihat. Aku menarik nafasku dalam-dalam sebelum kulepaskan pelahan-lahan. Genggaman tangan Alia seolah-olah memberi aku semangat.
“Husband Hana…”
Baru sahaja aku memulakan bicara, Ikhwan bangun dari kerusinya. Aku sekadar memerhati langkahnya yang menghilang ke arah belakang restoran terbuka itu.
“Husband Hana dah meninggal, Kak!” akhirnya kata-kata itu aku lafazkan dengan sekali lafaz. Kedengaran kak Marina mengucap panjang.
“Maaf, akak tak tahu. Erm, macam mana Hana boleh ada dengan Ikhwan? Maksud akak Hana sekeluargakan marah sangat dengan apa Ikhwan dah buat dengan Hana! Hana dah maafkan Ikhwan?”
Sekali lagi aku mengeluh. Aku tidak tahu dari mana harus aku mulakan. Sebenarnya perasaan serba salah aku terhadap Ikhwan semakin menggunung bila Kak Marina seperti tidak mengetahui cerita sebenar. Ikhwan merahsiakannya dari pengetahuan kakaknya sendiri.
“Nantilah Dhira cerita dekat ibu. Makan-makan macam ni tak best cerita benda yang dah lepas. Lagipun tu uncle dah datang. Kang dia marah pulak!” Bicara Nadhira terhenti di situ. Kak Marina memandangku aku dan Alia silih berganti dan aku sekadar membalas pandangannya itu dengan senyuman hambar.
Masing-masing kembali menjamah makanan apabila Ikhwan menghampiri kami. Rambutnya kelihatan sedikit lembab. Tanpa sebarang kata, Ikhwan duduk. Menyambung makan. Seketika kemudian dia mencapai teh ais lalu diteguknya. Aku ingin memberitahunya bahawa minuman yang diminumnya itu adalah minumanku tetapi suaraku tidak mampu keluar. Tersekat dikerongkong.
“Baik tak payah minta air lain tadi. Uncle minum jugak air yang kak Hana minum tadi,” ujar Nadhira.
Ikhwan yang tidak sedar akan hal itu hampir sahaja tersembur. Kak Marina sekadar menggeleng. Aku hampir sahaja ketawa tetapi ditahan sahaja di dalam hati. Begitu sekali ker terkejutnya?
“Sorry, sorry. I tak….
“Its okey,”jawabku ringkas tetapi sebenarnya agak terkejut mendengar suara Ikhwan. Pertama kali dalam jarak yang begitu dekat.
“Lain kali tengok dulu betul-betul. Jangan pakai minum ajer,”tegur Kak Marina.
“Alah, kak! Wan ni bila dengan Hana mulalah mengelabah sakan. Dulu masa makan dekat rumah saya mengelabahnya sampai makan pun tak terusik.”
Alia ketawa kecil. Aku yang malu mendengarnya. Ikhwan pula pura-pura tidak mendengar. Nasi yang tinggal beberapa suap didalam pinggannya dihabiskan. Melihat aku dan Ikhwan membisu semakin ligat Alia mengusik sehinggakan ditegur oleh kak Marina.
Selepas makan, kami kembali ke Helang Jaya. Sepanjang perjalanan balik Ikhwan membisu. Langsung tidak bersuara. Begitu juga dengan kak Marina, Alia dan Nadhira. Aku pula mengambil kesempatan untuk memerhatikan Ikhwan. Dalam kemeja berwarna biru muda dan bertalir leher dari warna yang sama tetapi agak terang itu membuatkan Ikhwan lebih kelihatan tampan. Mungkin kalau aku tidak mengenalinya aku langsung tidak akan tahu umurnya yang hampir menjangkau empat puluh tahun. Sesekali aku memandang keluar takut pandangan kudifahami oleh Alia mahupun Nadhira.
“Senang- senang Hana datanglah rumah akak. Bawa mak dengan abah sekali. Nak harapkan Ikhwan ni bawa Hana, tak tahulah bila pula,” sindiran kak Marina mengundang rasa tidak senang Ikhwan. Reaksinya sudah cukup untuk menunjukkan apa yang sedang dirasainya dengan sindiran kak Marina.
“InsyaALLAH, kak. Kalau Hana tak sibuk sampailah Hana tapi akak kena pastikan ada nasi tomato,”ujarku. Sememangnya kak Marina pandai menyediakan nasi tomato. Dulu, jika kak Marina mengadakan majlis tentu nasi tomato tidak ketinggalan.
“No problem tapi Hana kena beritahu dululah kalau nak datang.”
Kami berpisah di lobi Helang Jaya. Dalam perjalanan pulang ke pejabat aku asyik memikirkan tentang pertemuan yang terjadi tadi. Ikhwan masih memakai gelang yang pernah aku berikan kepadanya satu masa dulu. Gelang itu kelihatan sudah luntur. Akhirnya, aku sekadar mengeluh lemah. Semuanya telah terjadi. Aku seharusnya bersyukur walau tidak dapat bersama Syahril sehingga ke akhir hayatku aku diberi peluang untuk bersamanya walau seketika.

8 comments:

Alya Ardini said...

woohoooo ... chayok MN ... suke suke

hana .. kamon! .. cuba tackle balik si ikhwan tu ....

heeee

sofi said...

hai, bilalah ikhwan ni nak kuat sikit. cepatlah usha si hana tu, wan. hehe..pandai2 pulak aku.jgn marah nera...

epy elina said...

hohohoh....
ala ikhwan ni bila nak brtndak...
jdilah gentlemen skit...
klu nak hrpkn hana...
tnggu smpai kcing brtnduk...
at least ikhwan tnjukan keiklasan bkn malu2 mcm gitu...

akak said...

alah sianlah pulak kat Ikhwan.. bila la depa dua orang tu nak berbaik ek?

haslinj said...

c'mon ikhwan jangan lemah semangat.. tapi bagus juga Ikhwan tak terhegeh-hegeh dkt Hana. Nanti Si Hana tu makin benci pulak Ikhwan. Keep up the good work. Looking forward for the next entry..

haslinaj said...

Ikhwan jangan tunjuk you suka sangat pada Hana, nanti dia lagi benci kat you. Biar you buat tak layan sangat nanti baru dia terasa ...he he he Best sangat. Looking forward to the new entry..

cinta terindah said...

rasanya kan...
dlm situasi mcm nie...
Hana kena mulakan dlu...cian la ngn Ikhwan...
dia msih syg 2...just tawar hati dah...huhuuuuuuuu

MaY_LiN said...

kantoi...
hikhikhik