Sunday, February 21, 2010

KERANA SAYANG 15

Kembali ke pejabat aku diberitahu oleh Kumar, Ajmal sedang menungguku sejak dari tadi. Aku kehairanan. Telefon bimbitku kuperhati. Tiada sebarang panggilan masuk. Aku menghampiri Ajmal yang termenung panjang di sofa berhampiran mejaku. Berkerut dahiku melihat dirinya.
“Mal? Mal?” Sedikit terjerit aku memanggilnya apabila dia seperti tidak mendengar ketika aku memanggilnya tadi. Terkejut sedikit Ajmal mendengarnya.
“Something wrong with you?”
Ajmal mengeluh. Dia bangun dari sofa yang didudukinya, mengambil tempat di kerusi dihadapanku.
“I need your help, Hana!”
“What can I do for you, Mr. Ajmal?” ujarku dalam nada bergurau.
“Susahlah, I tak tahu nak mula dari mana. Erm, kita ke tempat lain boleh? I need more privacy.”
Aku tahu ada seseuatu yang amat besar ingin disampaikan kepadaku. Sesuatu yang menganggu dirinya. Aku bangun mendapatkan Suzila yang sedang berborak dengan Fuad. Aku menyatakan sesuatu kepadanya sebelum kembali semula ke mejaku.
“So, apa yang buatkan you macam ni?” tanyaku.
“I nak beritahu you sesuatu. I harap sangat you jangan marah I.”
Aku merenung Ajmal. Mencari kepastian disebalik wajah yang penuh kekusutan itu. Ajmal mengeluh lagi. Cawan berisi kopi panas itu hanya dipandang sepi.
“Selama ni I tak beritahu you yang I dah kahwin.”
Kahwin? Perkataan itu terngiang-ngiang di telingaku. Aku rasa aku masih belum pekak mendengarnya. Aku menarik nafas cuba menahan segala macam perasaan yang mula hadir. Aku lihat jarinya. Ada sebentuk cincin, mungkin platinum. Memang aku sedar akan kehadiran cincin itu selama ini.
 “Kenapa you nak rahsiakan dari I, Mal?”
Aku cuba mengawal suaraku yang bergetar. Ajmal mendongak. Memandangku dalam pandangan kosong sebelum menggeleng. Aku langsung tidak fahami maksud gelengan kepalanya itu.
“I tak tahu, Hana. First time I jumpa you, I teringat apa yang pernah I buat pada you. I tinggalkan you tanpa sebarang berita dan kata putus. I rasa bila kita bertemu semula I nak tebus balik segala kesalahan I.”
“Mal, I dah lupakan apa yang pernah terjadi antara kita. Dulu memang I marah dengan you tapi I sedar ada hikmahnya disebalik perpisahan kita. Kalau I tak maafkan you, I takkan berkawan dengan you.”
“Entahlah, Hana.”
“So, sekarang you dah beritahu I status you. I tak kisah. I terima you sebagai kawan I. Jadi you jangan fikir yang bukan-bukan lagi,” ujarku sekadar ingin menenangkan Ajmal. Namun, sesungguhnya aku langsung tidak marah dengannya.
“Tapi itu bukan masalah I sekarang, Hana. Isteri I dapat tahu I kerap berhubung dengan you. Semalam dia minta cerai.”
Aku tersandar ke kerusi. Terkejut dengan berita yang baru kudengar. Aku akan jadi penyebab keruntuhan rumah tangga wanita lain. Ya ALLAH!
“Sebenarnya, dia tahu you adalah my ex-girlfriend. Dia pernah cakap dengan I kalau satu hari nanti I jumpa semula you dan you belum berkahwin dia benarkan I bersama dengan you. I ingat dia bergurau tapi tak sangka dia serius.”
“You tak jelaskan ker dekat dia kita cuma kawan. No more no less.”
Ajmal menggeleng. Kopi yang masih panas dihirupnya pelahan. Pandangannya di buang jauh keluar restoran terbuka itu.
“Lapan tahun lepas I tinggalkan you bukan hanya sebab adik I tapi sebab dia. I pernah beritahu you tentang Arina kan? Tentang betapa dia berharap I akan jadi milik dia. Dia pernah jumpa you dan beritahu you yang kami ada affair tapi masa tu you lebih percayakan I. I amat hargainya, Hana. I ingatkan Arina akan serik untuk terus memburu cinta I tapi dia bertindak lebih jauh. Dia perangkap I. Dia buatkan I ditangkap khalwat bersamanya. Dia buat cerita depan family I. Dia beritahu kami memang ada hubungan. Ibu dan papa I pulak percayakan cakap Arina. I dipaksa kahwin dengannya tapi masa tu adik bongsu I disahkan doktor menghidap barah peringkat akhir. I cari alasan untuk tundakan perkahwinan kami. Papa nak adik I buat rawatan di Amerika dan I sebab tak nak kahwin dengan Arina I sanggup terbang ke Amerika. I ingatkan lepas adik I dah okey I boleh balik Malaysia cari you. I nak ceritakan semuanya pada you tapi Arina semacam dapat menghidu rancangan I. Dia ugut bunuh diri kalau tak dapat kahwin dengan I. I tetap berkeras untuk tunggu sampai adik sembuh I sembuh tapi sikap Arina makin menjadi-jadi. Dia dimasukkan ke hospital sebab tak nak makan dan cuba bunuh diri sekali lagi.”
Cerita Ajmal terhenti di situ. Aku bagaikan terpaku mendengar ceritanya. Aku teringatkan gadis bernama Arina yang pernah menemuiku. Bermacam-macam cerita yang kurang enak tentang Ajmal diceritakan kepadaku tetapi waktu itu aku amat mempercayai Ajmal. Aku lebih mengenalinya.
“Then?” tanyaku yang tidak sabar mendengar cerita seterusnya.
“Papa paksa I kahwin juga. Kami kahwin di Amerika. I tak pernah layan dia sebagai seorang isteri. I ugut dia kalau dia nak I terus dengan dia jangan cerita apa-apa dekat family I. Adik I meninggal selepas beberapa bulan I kahwin dengan Arina. I nak kembali ke Malaysia. Cari you then ceraikan Arina. I tak boleh untuk mencintai dia walau sedikit, Hana. Masa tu I fikir Arina penganggu kebahagiaan I tapi masa tu juga I terima tawaran belajar perubatan di Dublin. Papa dan ibu I nak I terima. I ingatkan Arina takkan ikut I ke Dublin. Senang untuk I terbang ke Malaysia cari you tapi ibu nak Arina ikut sekali. Sejak tinggal di Dublin Arina mula berubah. Dia belajar memasak. Dia belajar mengait.”
Sekali lagi kata-kata Ajmal terhenti tapi kali ini dia mampu untuk ketawa kecil. Mungkin terbayang di ruang matanya gelagat Arina.
“Sejak tu I mula bagi peluang dekat diri I dan Arina. I cuba untuk menerima dia sebagai isteri I dan mula lupakan you. Lagipun dari Mikhail I dapat tahu you dah ada orang lain. Ya I semakin bahagai bersama Arina. Dia banyak berubah dan tak keterlaluan kalau I katakan dia dah berubah sepenuhnya. Dia menjadi sebaik-baik isteri. Makan minum I tak pernah terabai. Semua keperluan I tersedia. Habis belajar I dan Arina kembali ke Malaysia dan daftarkan perkahwinan kami. Arina disahkan pregnant. I paling happy. Yerlah, lima tahun kami kahwin baru ALLAH makbulkan doa kami untuk ada anak sendiri tapi kami terpaksa terima dugaan paling hebat. Arina keguguran dan doktor sahkan kebarangkalian untuk Arina pregnant lagi amat susah. Sejak hari tu dia mula berubah. Tak banyak cakap, lebih banyak termenung cuma keperluan I tak pernah dia abaikan. Kalau dia bercakap pun dia akan cakap pasal you. Dah puas I yakinkan dia yang hati I, cinta I cuma untuk dia dan I tak mungkin akan bersama you. Arina nak I cari you. Dia nak I dan you bersama kembali. Dia cakap dia nak tebus segala dosa dia dengan you. Arina fikir dia keguguran kerana dosa lalu. Dia buatkan kita berpisah. Sebab tulah bila I jumpa semula dengan you I tak beritahu dia tapi I bodoh. I tak pernah terfikir Arina akan mengesyaki apa-apa. Bagi I tentu Arina akan fikir I selalu balik lewat atau selalu keluar atas urusan kerja. Selama ni pun dia tidak pernah bertanya ke mana I pergi. I jumpa Siapa. Mungkin bagi I dia fikir sebagai doktor kerja I tak menentu.”
Aku menggeleng beberapa kali. Ajmal memang silap. Naluri seorang isteri kadang-kadang seperti dapat mengagak ke mana suaminya pergi. Aku juga pernah melaluinya tika Syahril menemui Shaidatul, bekas kekasihnya sebelum aku. Perasaanku saat itu bagai sukar untuk diteka. Aku resah sepanjang hari. Aku terfikirkan Syahril. Bila aku hubungi pejabatnya, setiausahanya memberitahu Syahril sudah keluar. Bila aku cuba menghubungi telefon bimbitnya suara operator yang menjawab. Aku jadi marah apabila menemui kad nama Syaidatul di dalam walletnya. Berhari-hari aku merajuk dengan Syahril.
“Malam tadi, dia tiba-tiba minta cerai. I memang terkejut tapi bila dia tunjukkan beberapa keping gambar kita berdua I mula faham. I jelaskan pada dia yang kita cuma kawan tapi Arina tak percaya. Puas I pujuk tapi dia tetap tak mahu dengar penjelasan I. Pagi tadi I ingatkan dia lupakan hal tu tapi sekali lagi dia minta cerai. Dia dah siap kemas barang-barang dia. Bila I cakap I takkan ceraikan dia, Arina menangis. Dia cakap tolong lepaskan dia dan jangan hukum dia sampai macam tu. You fahamkan maksud dia?”
Aku menggeleng. Sesungguhnya aku tidak mengerti maksud Arina. Ajmal mengeluh. Lama dia terdiam. Kotak rokok dikeluarkan dari saku bajunya. Aku agak terkejut kerana selama ini Ajmal memang tidak merokok. Rokok itu dihisapnya selepas menyalakan api dihujungnya. Kemudian dihembus pelahan asap rokok yang keluar dari mulutnya.
“Arina fikir I tak nak ceraikan dia sebab nak seksa hidup dia. Bila I kahwin dengan you, I akan abaikan dirinya seperti mula-mula kami kahwin dulu. Dia hanya akan jadi isteri pada nama. Dia anggap I nak balas dendam pada dia sebab pisahkan kita.”
Masya-ALLAH. Aku mengucap sekadar di dalam hati. Begitu jauh sekali fikiran Arina. Aku pandang wajah Ajmal. Lama aku merenung matanya. Aku tahu dan aku dapat rasakan tentang cinta Ajmal untuk Arina. Tentang betapa sayangnya lelaki itu kepada isterinya.
“Arina kat mana sekarang?”
“Dia minta I hantar dia balik rumah family dia. Emak dan abah mertua I memang terkejut. Nasib baiklah diaorang faham. Sekarang I nak minta tolong you boleh?”
“Erm, tolong apa?”
“Jumpa Arina. Explain segala-galanya. May be kalau you yang beritahu dia, dia akan percaya. Memang silap I tak beritahu dia yang I jumpa you dan silap I selalu jumpa you tapi I sayangkan dia, Hana. I tak tahu nak buat apa lagi.”
“I boleh tolong you tapi I tak janji I boleh settlekan problem you ni.”
Ajmal mengangguk lemah. Aku terpaksa menghubungi Suzila memberitahunya yang aku tidak akan kembali ke pejabat petang itu.

5 comments:

Hana_aniz said...

hohoho..
mesti mintk tlg ikhwan kn??
hehe.. go go!

Alya Ardini said...

nasib ajmal dah kawen ... heeee ... ada can hana nak berbaik semula dgn ikhwan ... kamon hana ... kamon ikhwan ... sila bertindak!!! ... jgn lambat ... hahahha

MaY_LiN said...

o-o..
da tambah masalah lak..
konflik..konflik..

epy elina said...

hohohho...
sng crta br hana kawen ngn ikhwan...
mst arina brbaik blik ngn ajmal...

cinta terindah said...

yeeeeee...
Ajmal dah kwin ya???
so mst Hana ngn Ikhwan kan..kan3?? huhu