Monday, February 22, 2010

KERANA SAYANG 16

Kereta Ajmal berhenti di hadapan sebuah banglo tiga tingkat. Aku tahu tentu sahaja rumah banglo mewah itu milik keluarga Arina. Sementelaah, aku juga tahu Arina anak usahawan dan ahli perniagaan yang berjaya di Malaysia. Ayahnya, Tan Sri Zainal merupakan pemilik syarikat hartanah terkemuka yang punyai cawangan diserata negeri. Malah lelaki yang sering kali muncul di dalam televisyen dan majalah perniagaan itu mempunyai beberapa syarikat pembuatan di luar negara. Cuma, aku tidak tahu bahawa selama ini Ajmal adalah menantunya.
Kereta Ajmal memasuki kawasan tempat letak kereta banglo itu setelah pintu pagarnya dibuka dari dalam. Ajmal menjemput aku masuk. Lambat-lambat aku melangkah.
“Ma, abah ni Mal kenalkan Hana. Hana ni mak dan ayah mertua I.”
Huluran tangan wanita dan lelaki pertengahan 50 an itu kusambut. Seram sejuk rasanya. Aku cuba untuk bertenang melihat wanita dan lelaki yang diperkenalkan sebagai mertua Ajmal tidak menunjukkan sebarang reaksi kurang senang dengan kehadiranku.
“Duduklah.” Pelawa wanita itu.
“Rina mana, ma?”
Belum sempat aku duduk Ajmal sudah bertanyakan perihal Arina. Serentak dengan itu degupan jantungku berdegup lebih pantas. Wajah Tan Sri Zainal dan Puan Sri Hartina kupandang sekilas.
“Entahlah, Mal. Sejak kau pergi pagi tadi dia berkurung dalam bilik. Asyik menangis ajer. Ma pun dah tak tahu nak buat apa. Bila diajak makan dia tak nak.”
“Saya minta maaf sebab kerana saya Rina jadi macam ni.”
“Hana….” Kedengaran suara Ajmal mencelah.
“Bukan salah Hana. Kami tak pernah salahkan sesiapa. Biasalah hidup berumah tangga ni kalau tak ada ribut, tak ada pahitnya macam mana nak rasa manis dan bahagia. Macam mana nak belajar menghargai,” lembut bicara Puan Seri Hartina.
Aku tidak menafikan kata-kata wanita itu. Alam rumah tangga kalau asyik merasa bahagia kadang kadang buatkan kita lupa dan tidak menghargai pasangan kita. Cuma aku tidak pernah berdoa dan mengharap begini besar dugaan berumah tangga.
Ajmal mengajak aku ke tingkat atas. Aku mengira anak tangga bagi menghilangkan rasa gementar yang semakin menyelubungi diriku. Sampai di pintu sebuah bilik langkah Ajmal terhenti. Pintu diketuk.
“Rina dah kata Rina tak nak diganggu!”
Jeritan dari dalam membuatkan aku tersentak. Ajmal mengetuk sekali lagi pintu itu. Kali ini lebih kuat. Tidak kedengaran suara Arina. Ajmal ketuk lagi, lebih lama.
“Kan Rina…”
Suara itu terhenti di situ apabila melihat Ajmal dihadapannya. Kemudian pandangannya beralih kepadaku. Jelas kesan tangisannya. Matanya masih berkaca. Rambutnya tidak terurus. Mungkin beginilah keadaanku tika kehilangan Syahril dahulu.
“Kenapa datang sini lagi? Kenapa bawa dia? Atau abang nak bagi Rina surat cerai?”
Pintu bilik ditutup kembali. Aku dan Ajmal berpandangan. Ajmal mengeluh kemudiannya. Ada air mata ditubir matanya.
“You tunggulah dibawah. Biar I cakap dengan dia.”
Ajmal menggangguk sebelum berlalu. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya pelahan. Tombol pintu bilik Arina kupulas pelahan. Wanita itu sedang menghadap cermin. Menyikat rambutnya yang kusut. Melihat aku disebalik cermin, Arina kelihatan terkejut.
“I ada sesuatu nak bincangkan dengan Rina.” Dalam mencari bahasa yang sesuai untuk membahasakan diriku dan Rina terkeluar perkataan itu.
“Nak bincang apa? You jangan risau saya akan lepaskan Ajmal sebebas-bebasnya. Saya tidak akan menuntut walau sesen pun nafkah dari Ajmal bila kami bercerai nanti. I janji dengan you, I takkan ganggu kebahagiaan you dengan Ajmal lagi.”
Arina begitu tenang berbicara namun aku tahu amat perit untuk dia menyatakan begitu. Aku juga perempuan sepertinya.
“Rina, I dengan Ajmal cuma berkawan. Tak ada apa-apa yang istimewa antara kami. Jangan buat keputusan macam ni! Rina sendiri yang akan terseksa.”
Dia ketawa kecil. Jari-jemarinya memintal-mintal bucu bantal.
“I cuma nak Ajmal bahagia. Selama dengan I dia tak pernah bahagia. I tahu Ajmal tak pernah mencintai I seperti dia cintakan you. Dia terima I selama ni pun sebab kasihan dengan I. I yang tak tahu malu mengharapkan cinta dia sedangkan….”
Kata-katanya terhenti di situ, bergetar suaranya. Mungkin menahan rasa hiba. Aku yang mendengarnya pun hampir sahaja tewas.
“Rina, pandang I. I takkan ada di sini kalau Ajmal tak beritahu I perkara sebenar. Memang dia rahsiakan tentang perkahwinan dia dengan you tapi selama kami berkawan ni dia tak pernah bercakap soal kami waktu bersama dulu. Tak pernah, Rina. You tahu tak keadaan Ajmal masa jumpa I lepas lunch tadi?”
Aku sengaja bertanya untuk melihat reaksi Arina. Memang benar jangkaanku Arina memandangku. Nyata cinta Arina terhadap Ajmal tida pernah luntur. Aku capai jari-jemarinya. Aku genggam erat.
“Berserabut. Dia tunggu I dari lunch sampai I balik semula ke office. Dia tak call I. Macam orang bodoh duduk tunggu I. Bila dia beritahu I dia dah kahwin I memang terkejut. I terkejut bukan sebab I berharap kami dapat bersama selama ni. Semua orang akan terkejut bila dengar sesuatu yang tidak disangka. I ingat itu yang buatkan dia macam orang tak siuman tapi rupa-rupanya ada sebab lain. Dia cakap wife dia dah tahu yang dia asyik keluar dengan I dan minta cerai.”
“I cuma nak dia gembira. I tahu hanya dengan you dia gembira. You boleh bagi dia zuriat tapi I?”
“Rina, dengar sini. Bila kita cintakan seseorang itu kita takkan fikir tentang kekurangannya. Macam Ajmal, bagi dia cukup dia ada you. Dia tak ada pulak beritahu I yang selama ni dia teringin nak baby. Doktor cuma kata sukar untuk you pregnant bukan bermakna you tak boleh pregnant langsung.”
Saat itu mataku dapat menangkap kepingan-kepingan tablet di atas meja solek. Aku bangun menghampiri meja solek. Arina yang menyedarinya cepat-cepat mendapatkan kepingan-kepingan tablet itu.
“Rina makan pil ya? Rina makan pil perancangkan? Cakap Rina! You makan pil tukan?”
Arina menggeleng. Air matanya sudah mula mengalir deras. Kepingan-kepingan tablet yang  disorokkan dibelakangnya berjaya kucapai.
“Apa yang Rina nak beritahu I? Pil ni siapa punya? I tak fikir pil-pil ni emak you punya dan setahu I hanya you seorang sahaja anak perempuan Tan Sri Zainal dan Puan Seri Hartina.”
Sengaja aku kuatkan suara dan memerangkap Arina dengan soalan- soalan yang menyindirnya. Aku mula memikirkan sesuatu. Mungkin Arina tidak mengandung kerana dia memakan pil perancang. Arina yang mendengar sergahanku terduduk. Dia menangis teresak-esak.
“Kenapa you buat macam ni, Rina? You sengajakan? Beritahu I sekarang kenapa you makan pil-pil ni?”
“I tak nak Ajmal terus simpati dengan I. Bila first time I pregnant, I rasakan Ajmal tak nak anak tu. Bila I keguguran dia macam happy. I jumpa gambar you dalam note book dia. I baca puisi yang dia ciptakan untuk you. Sejak kami kembali ke Malaysia I dapat rasakan dia ingin mencari you dan sambung semula hubungan. I sedar selama ni I jadi penghalang. I jadi punca you berdua tak dapat bersama. Setiap hari I terbayangkan Ajmal peluk you, dakap you, cium you. Kadang-kadang bila kami bersama I fikir Ajmal membayangkan you bersamanya. Bila I keguguran I sengaja minta doktor beritahu Ajmal yang I sukar nak pregnant lagi.”
“Masya-ALLAH, Rina. Kenapa you boleh fikir sampai ke situ? Siapa yang sebabkan you fikir yang Ajmal tak suka you pregnant? Dia sendiri beritahu I dia paling happy dapat berita tu. Mungkin you nampak dia happy tapi siapa tahu dia juga bersedih cuma dia tak nak tunjukkan sebab tak nak you risau. I nak you tahu Ajmal mencintai you. Dia cintakan you seadanya. I memang akan berkahwin tapi bukan dengan Ajmal. Dia milik you. You kena pertahankannya.”
“You cuma nak hiburkan hati I kan? You dengan Ajmal kasihan dengan I tapi I lah penyebab hubungan you all putus.”
“I datang sini bukan untuk hiburkan hati you, Rina. I cuma nak you sedar tentang hakikat sebenar. Tentang kenyataan sebenar. I dengan Ajmal tak ada apa-apa. Cerita kami dah lama tamat. You kena percayakan Ajmal, Rina. Memang dulu dia tak layan you dengan baik tapi you cuba fikirkan layanannya selepas tu? Dia ada dera you? Paksa you buat itu ini?”
Arina menggeleng. Masih kedengaran esak tangisnya. Aku pula sudah kekeringan idea untuk berbicara.
“Rina cintakan Ajmalkan?”
Bagaikan memujuk anak kecil aku bertanya. Arina tidak mengangguk mahupun menggeleng. Cuma tangisannya memberi jawapan. Aku mengusap-ngusap belakangnya. Saat itu aku teringatkan Ikhwan. Mungkinkah Ikhwan juga akan bertindak seperti Arina jika aku dan dia berkahwin dan selepas itu baru Ikhwan mengetahui tentang hubungan aku dengan Syahril?
“I tahu perasaan you, Rina. I faham tapi kalau I jadi you, I akan pertahankan milik I. I takkan sewenang-wenangnya lepaskan Ajmal untuk perempuan lain.”
Aku kembali memandang Arina. Tangisannya sudah berhenti.
“I rasa tak ada apa-apa lagi yang I nak cakap tapi percayalah cakap I, Ajmal masih milik you dan akan jadi milik you seorang selama-lamanya.”
Aku bangun, lama-lama duduk di dalam bilik ini buatkan aku tidak keruan. Aku bukanlah penasihat yang cukup baik dalam hal sebegini.
“I balik dululah. Janji dengan I yang you akan berhenti ambil semua pil-pil tu. Ikhmal cintakan you. Jangan biarkan perasaan dan fikiran you menguasai diri you. Satu lagi I dah lama maafkan you.”
“Thanks, Hana. I tak tahu macam mana hidup I kalau I hilang Ajmal!”
“Habis tu kenapa you buat macam ni?! Lepas ni I nak you fikir dulu sebelum buat keputusan. Fikir baik-baik sebelum serahkan Ajmal pada mana-mana perempuan.”
Kami berpelukan dan aku amat gembira kerana aku mampu untuk yakinkan Arina tentang cinta Ajmal.
“Janji dengan I jangan buat benda macam ni lagi dan jangan fikir bukan-bukan tentang hubungan I dengan Ajmal.”
Aku turun kembali ke ruang tamu. Wajah yang penuh mengharap itu aku pandang satu persatu. Bersilih ganti. Tentu sahaja mereka mengharap aku berjaya memujuk Arina. Aku duduk di sebelah Puan Sri Hartina. Jari-jemari wanita itu kugenggam erat. Sebuah senyuman aku berikan kepada ketiga-tiga mereka
 “You pergilah jumpa Rina, Mal. Dia perlukan kepastian you tentang sesuatu. Jelaskan sebaik-baiknya.”
Ajmal mengangguk. Langkahnya di atur ke tingkat atas. Aku melepaskan keluhan berat. Tugasku sudah selesai.
Di dalam hati aku berdoa agar ALLAH memelihara rumah tangga Ajmal dan Arina. Moga ALLAH menghilangkan prasangka di dalam diri wanita itu.

6 comments:

epy elina said...

hohoho...
baik jg ati hana ni...
mslh dah setle...
nak hana brbaik ngn ikhwan lak...
mst ikhwan lbih truk dr rina...
bila hana kawen ngn syahril...
hana kena mulakan dulu...

Alya Ardini said...

betul2 .... ikhwan dgn hana plak ... hana .. ikhwan tu malu2 ... apa kata u mula dulu ... hahahah

akak said...

selesai dah mslh ngn si ajmal & rina. ni, hana kena selesaikan masalah dia ngn ikhwan lak heheh

violet said...

bagusnyer hana...........bule tukar kerje dier nie......jd pakar motivasi hu3.....sambung cepat sikit ek.....sabar menunggu

cinta terindah said...

ermmmm...ada jgk permpuan yg mcm 2 ya miss nera???
mna wtk Ikhwan nie...rndula ngn Ikhwan..hehehe

MaY_LiN said...

bagus nye..
da berbaik..