Tuesday, February 23, 2010

KERANA SAYANG 17

 terima kasih atas komen2 kamu semua dan juga kepada silent reader yang menjenguk dan membaca karya saya. nah... terimahlah KERANA SAYANG 17, kamu pasti suka!! hehehe

 “Ada hal penting apa yang kau nak jumpa aku ni?” tanyaku kepada Alia setelah melabuhkan punggung di kerusi. Terasa cukup penat kerana terpaksa menunggu hampir setengah jam untuk mencari tempat letak kereta yang rata-ratanya penuh.
“Adalah. Erm, kau tak lapar ker? Pergilah order. Aku belanja.”
“Yer ker ni? Kalau kau belanja perut aku yang tadinya kenyang lapar balik!”
Alia mencebik, not lima puluh ringgit dikeluarkan dari beg tangannya. Aku sekadar tersenyum sebelum berlalu menuju ke gerai yang menjual laksa penang. Kembali sahaja aku terkejut dengan kehadiran Ikhwan. Alia pula cuma tersengih memandangku. Tahulah aku maksud ‘perkara penting’ Alia. Dengan tenang aku menghampiri mereka. Ikhwan juga kelihatan tenang ketika aku mengambil tempat berhadapan dengannya.
“Well, aku kena balik sekaranglah. Pengasuh Hafiz call tadi. Anak aku tu asyik menangis ajer.”
Aku dan Ikhwan bagaikan tersentak dengan kata-kata Alia. Sudah kuduga Alia telah merancang pertemuan ini. Tanpa mempedulikan reaksi kami, Alia bangun dalam senyuman penuh makna. Tangannya dihulur kepadaku.
“Duit lebih!” ujar Alia bila aku semacam tidak memahami isyaratnya. Dengan perasaan sedikit sebal aku menyerahkan duit baki kepada Alia.
Sebaik sahaja Alia pergi, hatiku tiba-tiba berdebar kencang. Ikhwan pula tersandar di kerusi. Mungkin marah dengan Alia. Aku cuba memberanikan diri memandangnya.
“Erm, kalau awak nak balik, baliklah.” Ujarku pelahan.
Ikhwan merenungku. Sebelum kerusinya kembali dirapatkan ke meja. Aku menarik nafas lega.
“Sorry.”
Dahiku berkerut mendengar ucapan maaf itu. Untuk apa? Perlukah dia yang memohon maaf? Aku tidak memberi sebarang reaksi di atas ucapan maafnya sebaliknya kuah laksa yang masih panas kuhirup pelahan-lahan. Sempat aku mengerling ke arah hidangan di hadapan Ikhwan. Lelaki itu memilih tom yam.
“Makanlah nanti sejuk tak sedap pula,” ujarku setelah menyedari Ikhwan langsung tidak menyentuh hidangan dihadapannya. Bagai anak kecil, Ikhwan mula meyentuh tom yamnya.
“Kak Rina sihat?” Dalam cuba untuk menghindarkan suasana sepi antara kami soalan itu yang melucur keluar.
“Erm, sihat!” sepatah jawapan daripada lelaki itu. Sedikit kecewa aku mendengarnya.
“Dah lama awak pindah KL?” soalanku kali ini sememangnya sudah lama ingin aku ajukan. Paling ingin aku tahu ke mana dia menghilang selepas peristiwa itu.
“Hampir dua tahun,” jawab Ikhwan
Aku tersenyum mendengar jawapannya. Wajahnya yang putih kemerah-merahan itu kutenung lama.
“Duduk dengan kak Marina ker?”
 Ikhwan hanya mengangguk. Perbualan terhenti di situ. Melihat Ikhwan yang hendak tak hendak sahaja menjawab soalanku, aku terus membisu. Namun fikiranku ligat memikirkan rumah yang pernah Ikhwan belikan untuk kami dahulu. Bagaimana pula dengan rumah di Petaling Jaya itu? Sudah dijualkah?
“Sorry, menyusahkan awak tadi,” ujar Ikhwan.
Aku yang ingin bangun kembali duduk. Memandang wajah lelaki itu kehairanan. Entah berapa kali dia ingin meminta maaf yang jelas pertemuan antara kami ini terjadi kerana Alia.
“Wan, it’s okay! Saya tak kisah dan tak rasa menyusahkan. Alia yang rancangkan semua ni. So, stop blame yourself dan harap awak tak marah Alia tentang perkara ni.”
“Tapi…..”
“Saya kata it’s okay, Wan! So, we’re friend right?”
Senyuman  penuh keikhlasan kupamerkan. Aku berharap antara aku dan Ikhwan dapat berkawan. Sekurang-kurangnya hilang rasa bersalahku andai Ikhwan sanggup menjadi kawanku.
Ikhwan tidak mengangguk mahupun menggeleng. Hanya tertunduk memandang mangguk tom yam yang sudah tinggal sisa.
“Ikhwan, saya harap sangat awak terima saya sebagai kawan awak. Kalau awak terus macam ni awak buatkan saya terus rasa bersalah.”
Suaraku yang tadinya sedikit tinggi melihat reaksi Ikhwan kembali pelahan apabila menyedari kami berada ditempat awam.
“Awak tak pernah bersalah dengan saya.”
“Jadi kenapa awak semacam nak elakkan diri dari saya?” soalan itu aku utarakan walaupun aku tahu jawapannya. Sengaja aku ingin mendengar jawapan dari mulut Ikhwan sendiri. Kali ini Ikhwan memberi jawapan dengan sekadar gelengan. Aku tidak mahu jawapan itu. Tiada kepastian disebalik gelengannya.
“Apa maksud awak, Wan? Saya tak faham bahasa awak tu?”
“Hana…”
Aku terpempan mendengar pertama kali Ikhwan menyebut namaku. Saat itu mata kami bertembung. Aku cepat-cepat melarikan pandangan. Entah kenapa kali ini aku yang tewas dengan renungannya.
"Saya tak nak Hana fikirkan yang bukan-bukan tentang saya.”
Aku ketawa sinis mendengar kata-kata Ikhwan. Kalau itulah yang Ikhwan fikirkan selama ini dia sememangnya silap. Aku tidak pernah punyai prasangka begitu terhadapnya sejak menegetahui cerita sebenar.
“Saya takkan anggap begitu kalau awak tak macam tu. Kalau awak nak Alia hentikan rancangan-rancangan yang  boleh buatkan awak sakit jantung lebih baik awak dan saya jadi seperti mana yang dia harapkan!”
Ikhwan ketawa kecil mendengar kata-kataku.
“So, awak terima tawaran saya?” Sekali lagi aku cuba berseloroh dengan Ikhwan sambil menghulurkan tanganku. Agak lama Ikhwan memerhati jari-jemariku sebelum menyambutnya.
“Ini kad saya.”
Aku menghulurkan sekeping kad perniagaanku kepadanya. Ikhwan menyambutnya dalam senyuman yang menyebabkan aku berdebar-debar. Pertama kalinya Ikhwan menghadiahkan senyuman untukku.
“Oh, interior designer?!”
“Erm, kenapa? Alia tak ada beritahu awak ker?”
“Tak sebab saya tak pernah tanya pun.”
“Ya ker?”tanyaku sekadar ingin tahu selebihnya aku kehairanan kerana Alia tidak bercerita kepada Ikhwan tentang kerjaku. Bukankah semua tentang aku lelaki itu ingin tahu?
“Saya cuma tahu awak kerja dekat Cheras. Malas nak tanya Alia lebih-lebih nanti benda lain yang dijawabnya.”
Niat yang pada mulanya ingin terus berlalu setelah menghabiskan makanan tadi terbantut. Sebaliknya aku dan Ikhwan memesan lagi segelas minuman. Kami berbual kosong. Bagiku belum masanya lagi untuk aku bercakap dan bertanya tentang peristiwa lalu. Biarlah hubungan kami baik dahulu.
Aku keluar dari pusat membeli-belah terkemuka itu setelah hari yang tadinya masih cerah bertukar gelap. Sempat aku menunaikan solat maghrib dan isya’ sekaligus. Ketika melalui hentian teksi aku sedar akan sesusuk tubuh yang turut menunggu teksi bersama beberapa orang.
“Tak bawa kereta ker?” tanyaku setelah menurunkan cermin kereta.
“Kereta kat office. Datang dengan Alia tadi, ingatkan balik pun dengan dia. Rupa-rupanya tak! Dia dah lari.”
“Erm, jomlah naik. Saya hantarkan!” pelawaku tanpa berfikir panjang.
“Tak apalah, menyusahakan awak pulak. Thanks!”
“Apa pula menyusahkan?! Bukan jauh sangat pun ke tak sudi nak naik kereta saya ni?”
Ikhwan ketawa kecil sebelum pintu keretaku ditarik pelahan. Sebentar kemudian, keretaku terus melucur meninggalkan hentian teksi yang semakin sesak.
“Comel anak awak.”
Aku menoleh ke arah Ikhwan. Lelaki itu sedang membelek gambar Adam yang aku letakkan di atas dashboard. Gambar itu diusapnya pelahan.
“Erm Erm, dah masuk tiga tahun kan?”
“Yes. Pening kepala dengan perangainya. Tak tahulah apa jadi kalau besar sikit lagi. Bankrupt rasanya melayan karenah dia! Kalau tak dibeli muncungnya mengalahkan apa lagi!”
Aku meluahkan rasa hati. Perangai Adam yang kadang kala tidak menentu itu membuatkan aku pening kepala memikirkannya. Mendengar ketawa Ikhwan aku menoleh memandangnya. Apa yang lucu sangat dengan kata-kataku tadi?
“Kenapa ketawa?”
“Erm… Cuma saya terfikir perangai anak awak tu saling tak tumpah macam awak tapi bagi saya biasalah budak-budak nak membesar macam-macamlah perangai.”
“Apa maksud awak dengan saling tak tumpah macam saya?”
Ikhwan ketawa lagi. Namun, bila melihat aku yang mula memasamkan muka ketawanya terhenti.
“Yerla, anak awak kecil lagi. Biasalah tu. Awak tu dah besar pun merajuk lagi. Mak cik tak belikan awak tudung yang awak nak pun awak merajuk berhari-hari.”
“Ada ker?”
“Adalah. Kalau tak ada tak adalah saya cakap. Pak cik yang beritahu saya bila saya tanya kenapa awak langsung tak bercakap lepas tu siap buat muka lagi tapi bila mak cik belikan tudung tu awak bukan main seronok lagi.”
Aku ketawa kecil bila memori lama itu muncul. Kalau tidak kerana Ikhwan tentu sahaja aku melupakan detik itu.
“Erm, Pak cik sihat?” tanya Ikhwan tiba-tiba, mengubah topik perbualan kami.
“Abah sihat cuma kadang kadang tu tak berapa sihat. Biasalah dah tua. Jemputlah datang rumah. Emak dan abah ada kat rumah.”
“Tengok dulu.”
“Datanglah. Abah dah lama nak jumpa awak?”
“Erm, awak turunkan saya kat depan tu ajer. Kereta saya dekat situ.”
Aku mengeluh pelahan. Aku turunkannya di hadapan Wisma Helang Jaya. Lama aku berhenti di situ memerhati langkah Ikhwan sehingga tubuh itu hilang.

7 comments:

Alya Ardini said...

yeaaayyy bunga2 persahabatan sudah ada ... tak lama lagi boleh bercinta .... hehehehehe ...

best best .. suke suke ...

lagi missnera ... heeee

farwisy said...

bestnye..x sbr nak tunggu diorg bercinta..

sofi said...

salam..
pendek nyerrrr
hehe..apa-apa pun, suka
sbb ikhwan dah berani bersuara

epy elina said...

hohoh...
ok la 2...
1 prmulaan yg bgus...
hlurkn prshbtn n x la lg hmm....
hehhehe...

cinta terindah said...

yihaaa...dtik2 bhgia kian terserlah...hahaha jiwang sehhhhh...
bestnya Ikhwan ngn Hana..huhuu

MaY_LiN said...

malu2 lak ikhwan ni..

farra ramli said...

yeah..ada peluangla ni..hehe~~
tapi asal ikhwan mcm dingin je ngn hana..isyh2,malu2 kucing la plk..haha~