Thursday, February 25, 2010

KERANA SAYANG 18


 nak minta pendapat, tapi sebelum tu korang kena baca cerpen 'MURNI KASIHMU' dulu! hehehe.. sebab pertanyaannya adalah apa pendapat korang kalau saya jadikan cerpen itu novel? bagi sedikit idea... please!!!! :D

------------------------------------------------------------------------------------


Sampai sahaja di rumah hujan mula turun dengan lebatnya. Aku menghampiri emak dan abah yang asyik menonton televisyen.
“Lambat balik hari ni? Kerja banyak sangat ya?” tanya emak lembut. Aku sekadar tersenyum. Malas untuk bercerita tentang pertemuan aku dan Ikhwan.
“Adam mana? Dah tidur?”
“Dah tidur. Penat sangat kot main petang tadi. Hana dah makan?”
“Dah, kenyang sangat ni. Erm, Hanis naik dululah ya?”
Aku menyalami tangan emak dan abah sebelum melangkah naik ke tingkat atas. Sempat aku menjenguk Adam Haikal di biliknya. Selimut yang menyelimuti tubuhnya kubetulkan supaya Adam tidak kesejukan.
Selesai mandi aku berteleku di atas katil. Mengingati semula detik-detik pertemuan petang tadi. Ikhwan memang banyak berubah dengan Ikhwan yang aku kenali dulu. Aku mencapai telefon bimbitku lantas aku mencari nama Ikhwan di dalam buku telefon yang kuletakkan di dalam beg tanganku. Aku mendail nombornya namun apabila panggilanku disambungkan terus sahaja aku mematikan talian. Berdebar hatiku saat itu. Aku terkejut apabila telefon bimbitku berbunyi. Aku memerhati skrin. Lama. Tertera nama ‘Alia’. Aku menarik nafas lega.
“Hello, my friend! How are you? How…”
“Pandai kau ya?! Kau minta siapa punya kebenaran ha?” sergahku sebelum sempat Alia menghabiskan bicara. Alia ketawa lepas. Aku geram mendengarnya.
“Calm down, okey! Awat hot sangat ni? Tadi aku tengok bukan main happy lagi. Siap hantar boss aku lagi!”
Berkerut dahiku mendengar bicara Alia yang kedengaran begitu jelas sekali. Jadi Alia memerhati kami?
“Diam pulak? Tadi bukan main, macam singa tengah lapar! Kau sepatutnya ucapkan terima kasih kat aku dan Rizal. Kalau tak kerana kami ni sampai bila pun kau dengan Ikhwan dok macam tu jugak.”
“Yerla, Puan Alia! Terima kasih daun keladi esok-esok buat lagi ya!”
“So, macam mana? Dah settle ke masalah korang?”
“Masalah apa pulak?” aku pura-pura tidak mengerti.
“Tanya aku pulak. Masalah korang yang dah lama terpendam tulah, dah settle ker?”
“Kami tak pernah ada masalah pun, Lia!”
“Kau tanya dia pasal kenapa dia buat macam tu empat tahun lepas?”
Aku mengeluh mendengar pertanyaan Alia yang satu itu. Sesungguhnya itulah persoalan yang ingin kuutarakan kepada Ikhwan siang tadi tapi bila memikirkan pertemuan yang baru terjadi kukira belum tiba lagi masanya untuk aku bertanya tentang hal itu.
Alia terus mendesak aku untuk bercerita tentang apa yang terjadi dengan pertemuan aku dan Ikhwan. Terpaksalah aku bercerita sehingga Alia berpuas hati.
Pagi itu, ketika bersarapan abah tiba-tiba meluahkan keinginannya untuk bertemu dengan Ikhwan. Menurut abah, sudah lama dia tidak bertemu Ikhwan. Hatiku bagai dipagut rasa sayu melihat air muka abah yang mengharap. Aku tahu abah sudah menganggap Ikhwan seperti anak sendiri kerana hanya aku anak yang emak dan abah ada. Kehadiran Ikhwan bagaikan rahmat bagi abah. Lelaki itu dilayan seperti anak sendiri. Aku dapat melihatnya setiap kali Ikhwan bertandang ke rumah, abah begitu gembira. Ikhwan dan abah punyai minat yang sama. Mereka meminati senibina.
“Hanis cubalah jumpa Ikhwan. Bawa dia jumpa abah. Sebelum abah tutup mata abah harap sangat dapat jumpa Ikhwan.”
“Ish, kamu ni Basri!” tegur ayah mertuaku. Kurang senang dengan ayat terakhir abah. Bukan ayah mertuaku sahaja kurang senang dengan kata-kata abah malah aku dan emak juga.
“Yerla, kita ni dah tua, Mail. Umur dah lanjut. Aku takut rajuk si Ikhwan tu sampai aku mati.” Abah membalas teguran abah mertuaku.
“Puas saya suruh Hana bawa Ikhwan ke rumah, bang! Nak juga saya kenal budak Ikhwan tu tapi si Hana ni banyak pulak alasan yang dia bagi.”
Umi yang tiba-tiba muncul dengan bekas berisi mihun goreng bersuara. Aku yang kematian kata-kata untuk bersuara hanya membisu. Sekadar menjadi pendengar bicara.
“Hana jemputlah Ikhwan datang rumah malam nanti. Kita buat makan-makan sikit. Hari tu Alia ada call emak beritahu yang Hana dan Ikhwan keluar berdua.”
Hampir sahaja terlepas cawan berisi kopi panas dari genggamanku mendengar kata-kata emak. Kupandang wajah Umi dan abah serta abah mertuaku satu persatu. Nyata mereka semua kehairanan dan perlukan kepastian aku dengan kata- kata emak tadi.
“Alah mak, bukan sengaja pun kami jumpa. Alia tu kenakan Hanis.”
“Kalau macam tu, Umi rasa Hana dengan Ikhwan dah okeykan?! Bawalah dia datang rumah. Umi nak kenal juga.”
Aku tidak menjawab kata-kata Umi sebaliknya mencapai beberapa draf dan beg kerjaku. Selagi aku tidak beredar tentu sahaja aku akan digasak dengan pelbagai persoalan dan harapan.
“Hana ajak Ikhwan datang malam ni, okey?”
Kata-kata abah mertuaku bagaikan satu arahan. Aku yang sudah mahu melangkah terhenti. Memandang abah mertuaku dan abahku bersilih ganti. Akhirnya aku mengalah.
Tengah hari itu, sewaktu makan tengah hari aku menghubungi pejabat Alia setelah aku gagal menghubungi telefon bimbitnya. Setelah agak lama barulah panggilanku berjawab itupun bukan Alia.
“Helang Jaya.” Suara seorang lelaki kedengaran agak kurang jelas.
“Er.. boleh saya bercakap dengan Alia?” aku cuba berlagak formal.
“Okey, sekejap ya.”
Selang beberapa minit kemudian barulah kedengaran suara Alia.
“Akulah, Hanis. Kau busy ker?”
“La kau ker? Aku ingat siapa tadi. Ikhwan tak cakap pulak kau.”
“Ikhwan yang jawab call aku tadi ker?”
“Aah, aku dalam bilik dia. Kami tengah siapkan dokumen projek kat Lembah Beringin tu. Kenapa kau call aku ni?”
“Aku nak minta tolong kau ni.” Aku berterus terang kerana menyedari Alia punya banyak kerja yang perlu dilakukan dan lebih penting dari menjawab panggilanku.
“Tolong apa? Kau nak jumpa Ikhwan ker?”
Alia ketawa kecil mengusik aku. Aku sekadar tersenyum. Pandai Alia meneka. Belum pun aku bersuara dia sudah tahu tujuanku.
“Pandai kau….”
Kata-kataku terhenti saat mendengar sorakan Alia. Seperti keanak-anakan.
“Bila kau nak jumpa dia? Lunch ni ker?”
“Amboi seronok kau yer! Taklah lunch ni, malam nanti. Abah aku yang nak jumpa, bukan aku.”
“Sekejap, kalau lepas waktu kerja aku tak tahulah dia ada rancangan lain tak. Aku tanya dia sekejap.”
Aku mengeluh pelahan, apabila kedengaran gagang telefon diletak di atas meja. Sebentar kemudian kedengaran pula seperti gagang telefon diangkat.
“Hello.”
Terbeliak mataku saat kedengaran suara lelaki dihujung talian. Sudah tentu sahaja Ikhwan. Aku menelan air liurku, debaran dadaku tiba-tiba sahaja kencang.
“Hello.”
Suara itu mengulang lagi. Aku menarik nafasku dalam-dalam. Terasa sesak tiba-tiba. Aku cuba mencari kekuatan untuk bersuara.
“Hi, Hana ni.”
“Ya Hana! Regarding to our conversation yesterday, right?”
“Conversation apa pulak?” aku bertanya setelah merasakan Ikhwan tersilap mengenaliku.
“Oh, sorry. Sorry. Saya ingatkan client tadi.”
Aku ketawa kecil. Ni mesti penangan kerja banyak ni! Sampaikan aku pun boleh dianggap pelanggannya.
“So Encik Ikhwan, how many ‘Hana’ you have?” tanyaku sekadar mengusik dan usikanku disambut ketawa kecil Ikhwan. Aku senang mendengar ketawanya.
“Sorry, okey. Hari ni banyak sangat masalah. Alia pulak just mention your name. Bila tanya dia client ker, dia angguk ajer. Erm, ada apa awak nak cakap dengan saya ni?”
“Erm, okey. Macam ni malam nanti my family nak buat majlis makan-makan sikit. So, Hana cuma nak sampaikan pesan dan harapan abah supaya awak dapat datang. Boleh tak?”
Dalam suara yang tersekat-sekat aku bertanya. Terasa lega apabila apa yang ingin aku sampaikan keluar juga akhirnya. Lama aku menunggu Ikhwan bersuara.
“Bolehlah ya? Awak kena datang juga sebab abah rindu sangat kat awak. Tak sampai hati pula tengok abah terus mengharap. Lagipun secretary awak yang pandai tu dah beritahu emak saya yang kita jumpa hari tu.” Ujarku setelah tiada suara menjawab dihujung talian.
“Erm, saya seganlah. Dah lama tak jumpa.”
“Alah. Janganlah macam tu. Nanti malam dalam pukul lapan setengah malam awak datanglah ya? Emak nak masakkan lauk kegemaran awak.
“Okey, tapi saya tak tahu rumah awak dekat mana. Alia ada beritahu hari tu tapi saya dah lupa. Nak tanya sekali lagi segan pulak.”
 “Okey. Sekejap lagi Hana message alamat.”
“Ada ker nombor phone saya?”
“Ada. Okey, datang tau.”
Panggilan tamat setelah berbalas salam. Aku lega Ikhwan tidak menolak ajakanku. Pasti abah akan gembira dengan kehadiran Ikhwan nanti.

9 comments:

Alya Ardini said...

yeaayyy ... first to comment ... heeee ... setiap jam bukak blog ni .. nk tgk ada tak n3 baru ...

suke suke ... cepat la ikhwan amik hana jadi isteri ... heeeee

ctfatimah said...

alya ardini, thanks ya!! teruskan menyokong saya...

epy elina said...

hohoho....
heheheh...
x sbr nak thu mcm mna hbngan hana ngn ikhwan smpai ke jinjng plamin...
mst best..
x sbr nak tngu saat 2...

bibi said...

sukanya...dok buka blog ni je nk tau dh ae new n3 blum..hehe..thanx ya..cepat2 la smbg..

farra ramli said...

erm..best2..hee~~`

sinichies_girl88 said...

nak hana n ikhwan...
bagila mereka peuang...
heheheh
:)
P/S tak sabo tunggu rahsia rindu hingga ending...

MissNera said...

e.elina: banyak ranjaunye!! huhuhu

bibi: terima kasih atas semangat yang diberikan.. dan terima kasih kerana sudi menunggu! :D

fara: terima kasih :D

sinichies: adoyai... hari2 memikirkan Rahsia Rindu itu... tpi idea x muncul2..

cinta terindah said...

wahhh...rsanya tak lama g Ikhwan ngn Hanis akan bersatuuuuuu...wahhhh
seronoknyaaaaa..huhuuu

MaY_LiN said...

makin sayang nmpk!!