Friday, February 5, 2010

KERANA SAYANG 5


Pertunangan aku dengan Ikhwan terputus dengan sendirinya. Emak dan Abah mengambil keputusan untuk berpindah keluar dari rumah yang menjadi tempat tinggal kami hampir lima belas tahun. Menurut Abah, biar kami keluar sebelum di halau keluar oleh Ikhwan.
Emak dan Abah berkali-kali memohon maaf kepadaku kerana memaksa aku bertunang dengan Ikhwan. Menurut Abah andai dia tahu perangai sebenar Ikhwan, tidak akan sesekali dia ingin bermenantukan lelaki itu. Emak dan Abah mengambil keputusan untuk menyewa sebuah rumah berhampiran Taiping. Rumah itu milik kawan lama Abah yang pernah sama-sama berkerja dengan ayah Ikhwan.
Kak Marina dan Nadhira datang bertemu kami sekeluarga pada hari kami ingin berpindah. Memohon maaf  kepada aku dan emak serta Abah. Dia tidak menyangka Ikhwan akan bertindak sejauh itu. Berkali-kali Kak Marina merayu agar kami tidak berpindah. Menurut Kak Marina, dia sudah memarahi adiknya itu da dia tidak menyangka Ikhwan menyimpan dendam terhadap keluarga kami.
Abah dan emak serba salah dengan Kak Marina kerana selama ini mereka sudah menganggap Kak Marina seperti anak mereka sendiri. Namun, Abah tidak sanggup lagi tinggal di rumah ini tambahan rumah ini milik Ikhwan. Pada Kak Marina, Abah berjanji akan sentiasa menghubunginya tetapi aku tahu Abah ingin melupakan terus keluar pak cik Hanafi. Luka di hati Abah cukup parah. Entah bila akan sembuh.
Pada tarikh sepatutnya aku melangsungkan majlis pernikahan aku dengan Ikhwan, aku dinikahkan bersama Syahril. Keputusan Syahril sebenarnya. Buat pertama kalinya aku mengenali Umi dan Abah Syahril. Alhamdulillah, ibu bapa Syahril menerima aku dengan baik. Pertunangan kami berlangsung seminggu sebelum majlis pernikahan kami. Aku cukup gembira dalam tempoh yang agak singkat majlis kami berlangsung dengan sempurna. Walaupun orang kampung terkejut dengan apa yang berlaku, syukur mereka memahaminya. Tidak kusangka Alia akan menghadiahkan aku tiket penerbangan ke Bali untuk aku dan Syahril. Aku agak terkejut dengan hadiah Alia. Setahu aku tiket penerbangan ke luar negara bukanlah murah. Mana Alia dapat duit untuk belikan aku dan Syahril tiket pergi balik.
Bila aku tanyakan kepadanya, Alia sekadar tersenyum. Bila aku mendesak Alia memberi alasan sudah lama dia ingin melihat aku dan Syahril naik pelamin. Hadiah yang diberinya sebagai tanda syukur kerana aku akhirnya menjadi milik Syahril.
            Sepanjang majlis persandingan berlangsung aku berasa serba tidak kena. Seolah-olah diriku diperhati. Bila aku ceritakan kepada Alia yang menjadi pengapitku jawapan gadis itu tidak cukup menutup resah di hatiku. Aku dapat merasakan ada seseorang yang hadir pada majlis ini membuatkan aku resah. Sehingga majlis tamat rasa resahku tidak berkurang. Diriku semacam diekori dan sepanjang majlis persandingan itu juga entah kenapa bayangan wajah Ikhwan muncul. Malah, malam sebelum majlis pernikahanku aku turut bermimpikan Ikhwan. Wajahnya muram dan dia berdiri di dalam hujan lebat.
            “Isteri Abang ni termenung teringatkan siapa?”.
Sapaan Syahril kusambut dengan senyuman. Syahril memeluk tubuhku erat. Satu kucupan hinggap di dahiku kemudiannya.
            “Abang cukup bertuah miliki Hana sebagai isteri Abang. Abang tak sanggup lagi kehilangan Hana”.
“Hana jugak. Terima kasih kerana sudi memperisterikan Hana”.
Malam itu, segala detik sukar antara aku dan Syahril berakhir. Aku cukup bersyukur atas kurniaan ini. Sesungguhnya aku cukup bahagia menjadi isteri kepada Syahril.
Pagi itu kami bersolat subuh berjemaah, menitis air mataku saat Syahril memanjatkan doa memohon agar perkahwinan kami sentiasa di dalam keberkatan ALLAH yang Maha Esa. Betapa aku syahdu mendengarnya.
“ALLAH telah selamatkan cinta kita. Abang tak tahu macam mana harus Abang lakukan andai sekarang Hana adalah milik Ikhwan”, ujar Syahril ketika aku menyidai kain telekung di ampaian. Terpaku aku sebentar mendengar kata-kata Syahril sebelum menoleh memandangnya yang masih berteleku di atas tikar sembahyang.
“Hana cukup bersyukur, bang. Hana nak Abang tahu takkan ada apa-apa antara Hana dengan Ikhwan. Hana tak dapat mencintai dia seperti mana Hana mencintai Abang!”.
Syahril bangun daripada duduknya. Kain sejadah diletakkan di Kaki katil. Tubuhku dirangkul erat. Sebuah kucupan hinggap di dahiku.
“Abang akan bahagiakan Hana dan keluarga Hana. Abang akan pastikan bayangan Ikhwan tidak menganggu hidup Hana lagi”.
Aku hanya mampu tersenyum. Wajah Ikhwan yang tiba-tiba muncul di layar fikiranku cepat-cepat kubuang jauh. Dirinya hanya akan menjadi kenangan hitam hidupku.
“Hana nak ke dapur. Abang nak minum apa?”.
“Erm, awal lagilah sayang. Duduklah sini dulu”.
Aku ketawa mendengar kata-kat Syahril yang kedengaran sedikit menggoda itu. Mendengar tawaku satu cubitan hinggap di pipiku.
“Ketawakan Abang yer! Tak baik betullah isteri Abang ni”.
“Abang tu!! Nak mengoda Hana pun tak pandai. Macam Mr. Bean!”.
Terjegil mata Syahril mendengar usikanku. Semakin menjadi tawaku. Sehinggakan aku menekup mulutku agar tawaku tidak didengari
“Ketawalah. Biar mak dan Abah dengar. Biar malu Hana!”.
“Eleh Hana boleh cerita pasal Abang tak pandai nak goda Hana?”.
“Hal dalam bilik mana boleh cerita kat luarlah, sayang! Dosa tau! Hana tak tergoda lagi ker malam tadi? Nak Abang goda lagi ker?”.
Aku mencebik. Namun Syahril sudah tersenyum nakal. Jari-jemariku dicapai lantas dikucupnya lembut.  Berkali-kali. Kemudian dia mula mengucup dahi, pipi dan mataku.
“Alamak, dah pukul tujuhlah bang! Hana tak buat breakfast lagi!”.
Perbuatan Syahril terhenti. Dia turut memandang jam yang tergantung di dinding. Kemudian, direnung wajahku lama.
“Abang nak sarapan yang ini boleh?”.
Sekali lagi aku mencebik. Jari Syahril bermain-main di bibirku. Satu kucupan hinggap di bibirku kemudiannya.
“So, Hana boleh keluarlah sekarang kan?!”, soalku dalam nada bergurau.
“Yerlah. Pergilah keluar nanti takut Abang kena tuduh dera Hana pulak”.
Syahril melepaskan tubuhku Namun sempat juga dia mencium pipiku. Dibisikkan kata cinta di telingaku. Aku membalasnya dengan satu kucupan di pipi. Terasa cukup bahagia. Akhirnya, impian kami menjadi kenyataan walaupun bukan seperti yang dirancangkan. Dulu kami meletakkan had umur dua puluh tujuh barulah kami berkahwin. Tiga tahun dari sekarang tetapi takdir Yang Maha Esa telah menjodohkan kami lebih awal. Syukur ya ALLAH!
Cuti dua minggu yang diperuntukkan untuk majlis perkahwinanku, aku gunakan sebaik mungkin. Selepas majlis bertandang di rumah Syahril kami bertolak ke Indonesia. Hadiah bulan madu daripada Alia cukup membuatkan aku dan Syahril terkejut namun aku cukup berterima kasih kepada Alia kerana sudi menaja bulan madu kami. Ia cukup indah. Pertama kali aku dan Syahril dapat menghabiskan masa bersama tanpa sebarang gangguan. Mengingati saat indah pertemuan pertama. Syahril banyak bercerita Sedangkan aku lebih suka mendengar. Bukan mudah untuk mendengar Syahril bercerita tentang kisah lama kami. Aku faham keaadan Syahril. Perkenalan kami sejak di universiti sewaktu Syahril baru sahaja di kecewakan oleh Shaidatul, teman sebilikku.
“Abang tak tahu nak cakap macam mana. Masa tu Abang tengah marah. Sorry okey! Sebab Abang Hana menangis hari tu!”.
Aku sekadar tersenyum. Peristiwa di tengking oleh Syahril di hadapan mahasiswa dan mahasiswi kampus mula bertamu di layar mata. Heboh satu universiti tentang peristiwa yang amat memalukan itu. Sebagai seorang jejaka yang memang mempunyai ramai peminat peristiwa itu memang cepat tersebar. Alia semacam tidak percaya senior yang dianggap cukup baik itu sanggup menengkingku semata-mata kerana Shaidatul.
“Alah, salah Hana jugak. Dah tahu gunung berapi tengah nak meletus Hana berani lagi tanya Abang”.
Ada tawa di bibir Syahril. Tubuhku dipeluk erat. Cukup menenangkan dapat menghirup udara segar pulau yang amat terkenal ini. Walaupun pulau ini pernah di cemari oleh deruan ganas ombak tsunami namun setelah sekian lama ia kembali seperti dahulu. Cuma kesannya masih ada.
“So Hana dah maafkan Abang ke belum?”
“Erm kalau Hana tak maafkan Abang taklah Hana nak kawan ngan Abang sampai kahwin dengan Abang!”.
Tiada apa yang menggembirakan aku selain menjadi isteri kepada lelaki bernama Mohamad  Syahril bin Ismail. Selama dua hari di Bali kami banyak menghabiskan masa di dalam bilik. Mengingati detik-detik manis bersama. Dari lawatan ke rumah orang tua-tua yang disertai kami hinggalah saat Syahril meluahkan perasaannya padaku. Terasa indah kenangan itu dan lebih indah kami kini suami isteri.
“Erm, balik ni kita nak duduk mana?” tanyaku selepas menyedari Syahril tidak memberi kata putus tentang tempat tinggal kami.
“Bawah jambatanlah!” gurau Syahril.
“Hana tanya betul-betul ni!”
“Yerlah, rumah kitalah sayang! Kan Abang dah cakap dulu. Hana ni pelupalah. Hana tahukan Abang mungkin kena berpindah kerja ke Johor. So, Abang malas nak beli rumah lain. Duduk rumah persinggahan tu dululah.”
“Abang, Hana rasa Hana nak berhenti kerjalah.” Ujarku seraya menghadap Syahril. Dekat benar wajahku dan Syahril. Syahril tidak memberi sebarang reaksi terhadap kata-kataku sebaliknya wajahku dielus lembut dengan jari telunjuknya. Pelahan-lahan didekatkan mukanya ke muKaku. Pipiku dikucup lembut dan lama. Kemudian bibirnya singgah pula di dahiku. Turun kedua-dua belah mataku. Hinggap semula di pipiku sebelum daguku dikucupnya lembut.
“Cantik isteri Abang ni!” ucap Syahril pelahan, sayup kedengaran di tepi telingaku. Aku sekadar tersenyum malu mendengar pujiannya.
“Abang dengar tak Hana cakap tadi?”
“Dengar, sayang. Abang dengar dan Abang tak halang. Kalau itu keputusan sayang. So, bolehlah Hana bagi Abang anak banyak-banyak ya!”
“Amboi! Abang ingat Hana kilang memproses ker?”
Syahril ketawa lepas. Dibawa tubuhku dalam dakapanku. Hinggap satu kucupan dileherku. Lama di situ sebelum telingaku diciumnya. Aku senang dimanja begitu.
“Abang nak empat orang anak boleh?” tanya Syahril dalam tawa masih bersisa.
“Hana tak kisah cuma takut Abang tu yang tak sanggup. Sibuk sangat dengan kerja. Macam mana nak anak ramai!” perliku dalam senyuman.
“Yer ker? Mana Hana tahu Abang sibuk? Jangan risau sayang, Abang tahu nak handle semua tu. Lagipun sekarang Abang dah ada dua orang assistance. So, Hana jangan nak bagi alasan!”
Malam itu, aku tidur dalam mimpi cukup indah. Dalam dakapan Syahril aku rasa cukup selamat dan bahagia. Di dalam hati aku sering berdoa agar ALLAH kekalkan kasih sayang kami. Aku tidak mahu kehilangan Syahril. Cukuplah sekali aku hampir kehilangannya.
Kembali bekerja aku terpaksa berhadapan dengan usikan dan gurauan rakan sekerja. Ada sahaja bahan yang dijadikan ketawa mereka. Aku sekadar tersenyum. Malas untuk melayan karenah mereka.
“You nak berhenti kerja, Hanis?”, soal Encik Karim sambil meneliti surat perletakan jawatanku. Ada riak kurang percaya di wajah lelaki lewat empat puluhan itu.
“Sorry, Encik Karim. Saya sudah ambil keputusan untuk menumpukan perhatian terhadap rumah tangga saya”.
Erm. Syahril tak benarkan awak berkerja?”, soal Encik Karim yang sememangnya mengenali Syahril.
Aku menggeleng. Keputusan aku untuk berhenti kerja bukan atas desakan Syahril. Aku sendiri yang nekad untuk berhenti kerja selepas berkahwin.
“Kerja you kat sini okey, Hanis. I amat berpuas hati. Satu kerugian bagi I kalau you berhenti”.
“Terima kasih atas pujian Encik tu tapi saya dah buat keputusan untuk berhenti kerja”.
“Okeylah I tak boleh buat apa-apa. So you jadi suri rumah sepenuh masa lah ni ya?”,soal Encik Karim dalam nada bergurau.
“Macam tulah”.
“Well, I harap you akan jadi isteri yang terbaik. Kalau Syahril sakitkan hati you beritahu I. Nanti I ajar dia cukup-cukup.”
Aku ketawa mendengar kata-kat Encik Karim. Keluar sahaja dari bilik Encik Karim, rakan-rakan sekerjaku mula mengerumuniku. Bertanyakan tentang hal yang aku dan Encik Karim bincangkan.
“Kau dah fakir masak-masak ker sebelum resign?”.
“Dah lama aku fikirkan, Huda. Memang niat aku sejak dulu lagi nak jadi suri rumah sepenuh masa. Banyak perkara yang aku fikirkan”.
Rakan-rakan sekerja sememangnya cukup terbuka mengenai hal ini. Bagi aku, keperluan Syahril adalah segala-galanya. Syahril ada mencadangkan agar kami mencari pembantu rumah untuk menolong aku membuat kerja-kerja rumah. Namun, aku lebih senang jika hanya aku yang mnguruskan hal rumah tangga. Aku lebih senang begitu. Biarlah aku yang akan menyediakan sarapan, makan tengah hari dan makan malam untuknya. Biarlah aku juga yang mengemas rumah, membasuh pakaian untuknya. Aku tidak ingin ada rasa sedikit pun rasa kurang senang yang terbit di dalam diri Syahril terhadapku. Aku ingin menjadi isteri yang benar-benar isteri kepada Syahril.

6 comments:

epy elina said...

hohoho...
akhirnya hana kawen jg ngn syahril...
x sngka jdoh mrka brdua...
sy ingt mst lma lg hana nak kawen ngn syahril...
mst pas ni bnyk dugaan yg di hdapi oleh hana dlm umah tngga...
cnthnya msa ari prkawenan dia...
hana rsa mcm ada org memerhatikan dia..
x sah mst ikhwan 2...
ikhwan x akn brdiam diri...
mst dia nak bls dendam 2...
best2x...;

Hana_aniz said...

so sweet la syahril ni!!
huhuhu..
suka2!! hoho..
ish.. alia ni pn cm psiko jek!!

Anonymous said...

woohoooo .... kesian kat ikhwan .... rasanya tiket ke bali tu ikhwan yang belikan ....

kan ikhwan tu cam dah kenal je dgn alia ... hehehe ....

apa2 pun satu hari nanti mesti something happen to syahril then ikhwan akan jaga hana semula ... chayok MN ... i loike ur story ... heee

kawan

misz nana said...

waaa, dah kawen dah dorang..
kita tgk apa pulak akan jd pasni..

MaY_LiN said...

so sweet..
akhirnya bersatu juga mereka tuh..

cinta terindah said...

Alia 2 siapa sebenarnya???