Friday, February 5, 2010

KERANA SAYANG 6


Usia perkahwinan aku dan Syahril sudah menginjak usia tujuh bulan. keluargaku dan keluarga Syahril sudah sibuk bertanya tentang kehamilanku. Emak dan Umilah yang sering menghubungiku bertanyakan hal yang satu itu. Sampaikan kadang-kala aku begitu bosan dengan setiap pertanyaan itu. Sesungguhnya perkara itu yang amat ditunggu oleh aku mahupun Syahril. Seperti pasangan-pasangan yang lain tentu sahaja kahadiran cahaya mata amatlah ditunggu-tunggu sebagai lambang cinta yang telah disemai sekian lama. Syahril sering memujuk aku supaya bersabar. Tentu sahaja ada rezeki untuk kami menimang cahaya mata suatu hari nanti.
Mungkin berkat doaku dan Syahril yang tidak pernah putus-putus memohon agar ALLAH memberikan kami zuriat, aku disahkan mengandung tidak lama kemudian. Menitis air mataku saat Doktor Maznah memberitahu tentang hal itu. Ketika itu, Syahril berada di Singapura menyelesaikan urusan petukarannya di sana. Malam itu aku menghubunginya untuk memberitahu syahril tentang berita gembira itu.
Tiada reaksi daripada Syahril tatkala aku menyampaikan berita itu. Hujung talian sepi. Hampir aku menangis dengan reaksi Syahril itu. Tidak suKakah dia aku mengandung?
“Kenapa Abang diam? Abang tak suka Hana pregnant ya?,” dalam getar aku cuba bersuara.
“Eh, tak adalah. I just speechless! Janganlah menangis. Abang bukan tak suka. Sorry, sayang. Inilah anugerah paling indah. Thanks, sayang. Erm, Abang balik pagi esok.”
“Kerja Abang dah siap ker?.”
“Sebab isteri Abang ada berita gembira jadi semuanya dah selesai.”
“Eh Abang ni macam tu pulak! nanti kena pergi balik sana. Abang selesaikanlah urusan Abang baru balik!”
“Sayangku Hanis Farhana, bila segala urusan dah selesai buat apa saya keseorangan di Singapura sedangkan di Malaysia ada puteri yang menemani saya!”
Aku ketawa mendengar kata-kat Syahril. Terasa lucu apabila mendengar Syahril berkata demikian. Dia turut ketawa kemudiannya.
“Ketawakan Abang ya! Siap Hana Abang balik nanti!”
“Apalah Abang ni! Abang nak makan apa esok? Hana masakkan!”
“Tak payahlah sayang. Kita makan kat rumah mak Abanglah. Boleh kita beritahu emak dan Abah Abang tentang berita gembira ni! Hana dah call mak dengan Abah Hana?.”
“Belum, apa kata kita buat surprise. Hujung minggu ni kita panggil family Abang dan Hana. Cakaplah kita buat makan-makan sikit”
“Good. Brilliant idea! Ni yang buat Abang bertambah sayang kat Hana ni!”
“So esok Hana masak untuk Abang ya?! Abang nak makan apa? Hana masak. Don’t worry, Hana okey.”
“Abang nak makan Hana boleh?!”
Ada tawa dihujung talian. Aku tersenyum mendengar kata-kata Syahril.
“Apalah Abang ni. Hana masak nasi dengan telur goreng jer nanti baru padan muka!”
“Okey, okey. Sorry, Hana marah Abang ker? Tak baik marah-marah tau nanti berjangkit kat baby. Erm, Hana masaklah apa-apa pun. Abang tak kisah. Asalkan boleh di makan! Isteri Abang kan pandai masak?!”
Perbualan kami terhenti apabila telefon bimbitku berdering. Alia yang menghubungiku. Sejak aku berpindah ke Johor Bharu, Alia sering menghubungiku. Kadang kala dalam sehari dua tiga kali dia menghubungiku. Bertanya itu dan ini.
“Assalamualaikum, lambatnya kau angkat telefon!,” gerutu Alia. Aku ketawa kecil mendengarnya.
“Kau tu ganggu aku nak bermesra ngan suami aku jer! Apasal kau telefon aku malam-malam ni. Nak tanya apa pulak?.”
Menyeringai Alia ketawa. Menyedari aku sedang menyindirnya. Entahlah sikap ambil tahunya sejak aku berkahwin ni semakin menjadi-jadi. Banyak sangat soalannya. Soalan yang menjadi kewajipannya setiap kali menghubungi aku ialah sama ada Syahril ada menyakiti hatiku atau tidak.
“Alah kau ni, sindir aku jer kerja kau! Ni nak bagitahu kau, hujung minggu ni aku ngan Rizal nak turun JB. Dah lama aku tak jumpa kau. Yerlah sejak kau pindah. Boleh tak ni?.”
“Lah datang ajerlah. Pintu rumah aku ni terbuka untuk kau dan Rizal tapi dengan syarat kau kena bawa kad jemputan kahwin kau dengan Rizal dulu.”
“Apa punya syaratlah kau ni! Kami belum putuskan nak kahwin bila. Cuma mungkin akhir tahun depan kot!”
“Weh cik Kak, hang tunggu apa lagi. Umoq hang bukan muda lagi tau tak. Dah nak masuk dua puluh tujuh tahun. Aku ni dah nak masuk satu kau masih terkebil-kebil lagi!”
Sengaja aku menekankan ayat terakhirku agar Alia mengerti. Tentu dia gmbira mendengar khabar gembira ini.
“Sat kalau tak silap aku aku dengar kau cakap dah nak masuk satu! Maksud kau…”
Aku ketawa kecil mendengar reaksi Alia apabila dia dapat menangkap maksudku. Kedengaran dia menjerit kegembiraan. Jelas pada pendengaranku dia mengkhabarkan berita gembira itu kepada seseorang. Rizal mungkin.
“Tahniah, Hanis. Tahniah untuk Syahril juga! Dah nak jadi mak orang kawan kau ni!”
“Tulah pasal! Kalau kau kahwin dengan Rizal tarikh sama ngan aku tentu kita pregnant sama-sama!”
“Yolah tu! Kalau ada rezeki. Erm, lelaki ker perempuan?.”
“Insya-ALLAH. Doktor kata lelaki. Makbul jugak doa aku,Lia. Syukur sangat!”
“Aku pun tumpang gembira untuk kau. Ni yang buat aku nak suruh Rizal cepatkan tarikh ni!”
“Tahu pun. Bagi aku cakap dengan dia. Biar aku brainwash dia sikit!”
“Er..er, Rizal pergi tandas.”
“Aik, macam tau tau ajer aku nak cakap ngan dia. Okeylah nanti kau kirim salam kat dia. Bila kau nak bertolak dari sana?”
“Erm, ikut perancangan Sabtu petang sebab pagi tu Rizal nak balik rumah emak dia sekejap. Malamlah aku sampai sana. May be kami tidur dekat rumah mak saudara Rizal.”
“Apalah kau ni! Rumah akukan ada!”
“Thanks ajerlah. Aku malas nak kacau kau dengan Syahril. Nanti tak boleh nak bermesra lebih-lebih. Lagipun aku tak pernah lagi jumpa mak saudara Rizal yang duduk kat Johor. Ni nak kenal-kenallah, kang kahwin tak adalah aku macam orang bodoh ajer!”
“Okeylah kalau macam tu. Habis tu kau datang rumah aku pagilahkan?”
“Dalam pukul sebelas pagi tapi ikut driverlah. Kalau awal, awallah.”
“Jangan lambat sangat. Kau kena tolong aku masak sebab family aku ngan Syahril nak datang.”
“Aik, aku tetamu pun kena tolong masak ker?!”
“Tolonglah aku! Kau kan kawan baik aku. Aku sayang kat ko!”
“Yerlah tu. Banyak kau punya sayang. Eh, nanti apa-apa hal aku telefon kau balik. Got to go.”
“Okey. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Malam itu, tidurku ditemani mimpi indah. Mimpi yang terlalu membahagiakan aku. Aku dan Syahril berjalan-jalan di taman yang indah bersama bayi kami. Duduk di atas kerusi yang menghadap tasik yang indah. Aku terlalu bahagia saat itu. Begitu juga dengan Syahril. Anak kami amat comel.
Aku terjaga dari mimpi indah itu apabila kedengaran sayup-sayup kedengaran azan Subuh dari surau berdekatan. Aku duduk termenung di atas katil.memikirkan mimpi indah tadi. Aku tersenyum sendiri. Indahnya anugerah ILLAHI. Tiada kata yang dapat mengambarkan rasa syukurku dengan anugerah ini. Perutku kuusap pelahan.
“I love you!” kata-kata itu aku lafazkan dengan penuh rasa syukur. Akan aku jaga anugerah terindah ini dengan baik seperti mana aku menjaga diriku sendiri. Aku tersenyum sendiri memikirkan mimpi indah itu. Terasa tidak sabar untuk menempuhinya. Tiba-tiba figura lelaki yang memerhatikan aku dan Syahril di dalam mimpiku tadi muncul dilayar mataku. Dia hanya memerhatikan aku dan Syahril. Aku semacam kenal dengan lelaki itu tetapi fikiranku tidak dapat memikirkannya. Aku mengeluh pelahan. Malas ingin memikirkannya aku turun dari katil dan ke bilik air. Terasa dingin sekali tatkala air pancuran mengena tubuhku. Aku menyanyi kecil. Bahagia menguasai diri.

7 comments:

akira_bita said...

erm... ade mcm sesuatu je nih?? rse mcm sebenarnya ikhwan tu baik la... tp demi kebahagiaan hana... dia terpaksa lepaskan.. ala... klo betullah mcm tu.. mmg sweet!! sambg lagi MN!!!

Anonymous said...

hurmmm..rse cam alya tuh ade bende yg die sorokkan...mayb psl syahril or ikhwan??rs cam alya tuh tlg repot kat ikhwan psl hana...bile die dok ty ade x syahril skitkn ati die...kan3???
ikhwan plak rsnye cam bek jek...msti tiket gi bali tuh ikhwan yg sponsor kan??
pngrbana bsr nih...ending mesti ikhwan ngan hana jgk...jodoh x kmne...kalo btollah...well...hurry up k...x sabo nih

keSENGALan teserlah.. said...

btol2..
sumthing fishy about alya nieh..
huhu..
n ikhwan??
mybe dye baek..tp ade sesuatu buat dye cmtu..smbung2..

Anonymous said...

kawan rasa ikhwan tu baik lah ... dia sayang kat hana ... syahril tu pun baik gak ...

kawan

misz nana said...

next n3 plz!
heeee~
x sabar nak tau sape bek n sape yg jahat..
uhuuu~

MaY_LiN said...

oho..yea..yea..
hana peknen..
saspen nyeeee...
sape tu..
ikhwan ke

cinta terindah said...

knp watak Alia 2 meragukan??? ermmmm...