Friday, February 5, 2010

KERANA SAYANG 7


Sepanjang tempoh mengandung cahaya mata sulungku ini, aku tidak pulak mengidam apa-apa. Cuma kadang kala aku terlalu ingin makan ayam percik dan laksa yang di sediakan oleh emak Syahril. Selebihnya tiada.
Urusan perpindahan Syahril ke Singapura terpaksa di tangguhkan sehinggalah aku selamat melahirkan anak kami. Menurut Syahril, dia nak anaknya di lahirkan di Malaysia.
Cahaya mata yang kami tunggu lahir juga ke dunia saat umat Islam sedang menyambut Ramadhan. Ketika itu, aku dan Syahril berada di rumah Kak Mar dan Abang Rashid. Pagi itu ketika aku asyik berbual dengan Kak Mar mengenai persiapan hari raya yang bakal menjelma lebih kurang dua minggu lagi, perutku sudah terasa sakit. Pada mulanya aku hanya menganggap sakit perut biasa kerana menurut doktor bayiku akan lahir selepas beberapa hari selepas Syawal. Namun, apabila terasa amat sakit aku dapat merasakan anakku sudah tidak sabar untuk keluar. Kak Mar yang melihat aku menahan sakit segera memanggil Syahril. Kecoh juga rumah Kak Mar apabila Syahril seperti kebingungan sedangkan aku sudah tidak dapat menahan saakit. Abang Rashid memandu kereta sementara Syahril menemani aku dibelakang. Cemas benar Syahril melihat keadaanku.
            Sampai sahaja di hospital terus sahaja aku dimasukkan ke wad bersalin. Tepat pukul sembilan pagi. Alhamdulillah ALLAH mempermudahkan aku bersalin. Sesungguhnya aku amat bersyukur dengan anugerah tidak terhingga ini.
Bertambah syahdu apabila mendengar suara Syahril membisikkan azan ke telinga anak kami. Pelahan tetapi jelas pada pendengaranku. Ada air mata yang mengalir di pipi aku dan Syahril ketika itu. Bayi inilah lambang cinta kami dan aku cukup bersyukur dengan kehadirannya kerana ia pasti akan merapatkan lagi hubungan kami suami isteri.
            “Adam Haikal bin Mohamad Syahril,” ujar Syahril pelahan dalam senyuman sebelum menyerahkan anak kami kepadaku.
Nama itu sememangnya menjadi pilihan kami. Aku Berharap Adam Haikal akan menjadi anak yang baik dan soleh. Emak dan Umi juga begitu gembira melihat permata sulung kami. Berkali-kali Umi dan emak memuji betapa comelnya Adam Haikal.
Petang itu, Alia tiba bersama Rizal. Tidak aku sangka Alia sanggup tinggalkan kerjanya apabila Syahril menghubunginya memberitahu berita gembira itu.
 “Aku nak ambil gambar anak kau boleh?.”
“Eh, kau ni tak sabar-sabarlah. Macam anak dia pulak!,”gurau Syahril.
“Alah, bolehlah. Aku bukan boleh tengok anak korang selalu.”
“Tulah aku dah suruh kau kahwin cepat, kau tak nak. Sekarang dah tak sabar-sabar nak ada anak. Kau ni Rizal sampai bila kau nak tunggu!”
Terbeliak mata Rizal mendengar soalan Syahril. Dia menggaru-garunya yang tidak gatal. Mungkin tida menyangka Syahril akan megenakannya. Mungkin juga dia malu dengan keluargaku dan Syahril. Emak dan Abah seolah-olah memahami apabila meminta diri untuk pulang dahulu menyediakan juadah berbuka. Begitu juga Umi dan Abah Syahril serta Kak Mar. Abang Rashid sudah terlebih dahulu pulang tengah hari tadi kerana perlu menghantar Syahriza, anak tunggal mereka ke kelas mengaji al-Quran.
“Apalah korang ni, aku jugak yang kena! Kau orang tanyalah kawan kau ni! Siapa yang tak mahu kahwin?”jawab Rizal apabila hanya tinggal kami berempat di dalam bilik sederhana besar itu.
Jawapan Rizal membuatkan aku dan Syahril beralih memandang Alia yang asyik dengan anakku. Dia begitu seronok dapat mendukung Adam Haikal.
“Jadi kaulah yang tak nak kahwin lagi yer, Lia!?.”
Alia tersengih. Dia meletakkan Adam Haikal di sebelahku sebelum duduk di sebelah Rizal. Tangan tunangnya itu dipaut mesra.
“I ada hal nak di uruskan. Lagipun Rizal dah setuju kami nikah bulan lapan ni!”
“Hah korang tengoklah. Dia lebihkan kawan daripada aku. Nasib baik aku ni bukan jenis jelous suam-suam jer kalau jelous buta dah lama bye bye.”
Kata-kata Rizal mengundang tawa aku dan Syahril tetapi Alia sekadar mencebik. Menunjukkan muka rajuknya.
“Kau tolong siapa Lia? Sampaikan tak nak kahwin?,” tanya Syahril
Alia diam, dia memandang Rizal. Rizal mengangkat bahu seperti memahami maksud pandangan Alia.
“Alah, kalau aku cakap pun korang bukan kenal pun tapi sekarang dia dah okey. So aku boleh tumpukan tentang hal aku pulak,” jawab Alia kemudiannya.
“Apa masalah kawan kau tu? Teruk ker? Lelaki ke perempuan?” soalku.
“Macam polis pulak mak orang ni! Kalau perempuan taklah aku jelous,” Rizal yang menjawab bagi pihak Alia.
“Biasalah Hanis. Masalah orang kecewa.”
“Nasib baik tunang aku ni tak terjatuh hati kat lelaki tu kalau tak merana hidup aku!” ujar Rizal. Walaupun dalam nada bergurau aku tahu Rizal benar-benar menyayangi Alia. Masakan tidak lapan tahun dia sanggup tunggu Alia. Aku kagum dengan kesetiaan Rizal.
“Alah awak! Kalau saya nak pun dia tak nak dengan saya. Entahlah kenapa ada lelaki macam tu kat dunia ni!” keluh Alia.
“Tulah orang perempuan ni kalau lelaki setia salah, kalau tak setia salah. Habis tu macam mana?! Betul tak Syahril.”
Suamiku tersentak apabila tangan Rizal hinggap di pehanya. Dia mengaduh kesakitan. Rizal ketawa melihat gelagat Syahril.
“Apalah kau ni, itupun sakit!”
“Sakitlah, tangan kau tu tangan besi. Nak tanya aku pun janganlah macam nak bunuh jer!”
“Sorry, okey! Tahanlah sikit sakit kau tu kalau ya pun! Buat malu jer depan orang perempuan!”
“Malu tak malu. Dah sakit takkan aku nak ketawa pulak! Eh, kau tanya aku apa tadi?”
“Tak adalah aku cakap orang perempuan ni susah. Kalau lelaki setia salah lelaki tak setia lagi salah. Dia orang ni nak macam mana ni?!”
“Jawapan untuk soalan tu aku pun tak ada. Aku pun tak tahu nak cakap. Nak tahu jawapannya tanyalah orang bernama perempuan. Ya, Cik Alia Mustaffa silakan berikan jawapannya!”
Aku sekadar tersenyum mendengar kata-kata Syahril yang agak melucukan itu.
Alia bangun dari duduknya dan duduk di sebelahku, di atas katil. Bagai memikirkan jawapan untuk persoalan yang dikemukakan oleh Syahril.
“Yerlah, kalau aku aku tak nak seorang lelaki yang setianya pada aku sehinggakan hilang rasa setia ada diri sendiri. Macam kawan aku tu, dia jatuh cinta ngan seorang perempuan tu tapi perempuan tu dah kahwin. Sampai sekarang dia masih tak melupakan perempuan tu.  Buat seksa diri ajer! Salah dia jugak, kalau cinta sangat kat perempuan tu kenapa lepaskan dia dulu. Sekarang dia yang merana, perempuan tu hidup bahagia dengan suaminya. Bila aku tanya kenapa seksa diri macam ni, sanggup tengok perempuan yang dicintainya hidup bahagia dengan lelaki lain. Jawapannya mudah sangat, dia rasa bahagia kalau perempuan tu bahagia tapi aku tengok makin hari makin teruk!”
“Tapi kau kata tadi dia dah okey!’,sampukku.
“Okey cara dialah!”
“Kau pernah jumpa dia ke Jai?.”
“Selalulah jugak. Dia yang minta aku temankan Lia jumpa dia. Dia tak nak aku tuduh Alia yang bukan-bukan! Dia okey. Kesian jugak aku tengok dia tapi nak buat macam mana, suami perempuan tu kawan aku jugak!”
“Awak!!”
Aku menoleh memandang Alia yang seolah-olah Rizal tersilap cakap. Rizal yang pada mulanya agak terkejut dengan sergahan Alia tersenyum kemudiannya.
“Eh kawan kau kawan aku jugakkan!?” soal Syahril.
“Kau tak kenal sebab aku pun bukan rapat sangat dengan dia. Kami jumpa pun kebetulan. Itupun sebab kawan Lia tulah.”
Aku yang sekadar mendengar dapat merasakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh Alia dan Rizal. Ada sesuatu yang dirahsiakannya dari pengetahuan aku dan Syahril. Namun, aku tidak dapat menangkap apa-apa rahsia. Biarlah, tentu sahaja mereka ada sebab untuk merahsiakannya.

8 comments:

Anonymous said...

dah tentu la kawan yang kecewa itu adalah ikhwan ..... huhuhuhuhu ....

dah agak dah ... sure ikhwan merana ... sian nya dia ... dah la romantik je ... uhuhuhu ... sedih sedih ....

sian ikhwan .... kalau jadi apa2 kat syahril sure ikhwan yang sambar hana dulu ... hehehhehe

epy elina said...

hohoho...
btul2...
rsanya llki 2 ikhwan...
mst dia brkorban untk kbhgiaan hana...
mst alia prnh gtahu ikhwan bhwa hana cntkn org lain...
best2x...

Hana_aniz said...

hui... btol2!!
mesti ikhwan ni..
huhuhu...
jodoh itu rahsia ALLAH!!
hehehe..

misz nana said...

x tau nak komen apa dah..
setuju je ngan komen2 dorang kat atas nu..

MaY_LiN said...

haaa...mesti ikhwan ni..
aish cari penyakit la die tuh..

akira_bita said...

yes!!! betul2!!! mesti ikhwan!! dh agak dh... heheheh... agak2 nya ikhwan tu..... huhuhu... suka ikhwan..... smbung lg mn!!!

keSENGALan teserlah.. said...

ikhwan la tuh kwn alia..
huhu..
sian plak kat ikhwan..
smbung2..

cinta terindah said...

huhu...suspen la pulak!!! syapa2???