Saturday, February 6, 2010

KERANA SAYANG 8


Majlis cukur jambul Adam Haikal diadakan di rumah keluarga mertuaku selepas genap usia Adam Haikal empat puluh empat hari. Pada mulanya aku bercadang biarlah majlis cukur jambul anak sulungku ini dibuat di rumah keluargaku. Namun, di saat akhir aku menukar fikiran kerana mak mertuaku ingin mengadakan majlis khatam al-Quran di rumahnya dan sedikit majlis makan sempena syawal. Menurut emak, birlah diadakan ketiga-tiga majlis itu Serentak. Mak dan Abah aku juga berfikir begitu.
Kehadiran Adam Haikal sememangnya dinantikan oleh keluargaku dan Syahril. Al-maklumlah cucu lelaki sulung. Masing-masing berebut ingin mendukung Adam Haikal. Mak dan Ayah mertuaku pula semakin kerap mengunjungi rumah kami. Kadang-kadang mak mertuaku yang ku panggil Umi akan datang menolong aku menyediakan makan tengah hari. Beberapa kali jugak Umi mencadangkan aku dan Syahril mengambil pembantu rumah.
“Umi bukannya apa, kamu tu ada anak kecil. Syahril pulak selalu tak ada kat sini. Kalau ada pembantu bolehlah temankan, Hana.”
“Alah, Umi. Hana tak kisah. Kalau sunyi Hana baliklah rumah Umi. Tak pun Hana balik rumah emak dan Abah Hana. Kak Mar duduk dekat-dekat sini ajer!”
Umi sekadar menggeleng mendengar alasanku yang entah sudah berapa kali didengarnya. Entahlah aku sendiri tidak tahu kenapa aku begitu tidak berminat untuk mengambil pembantu rumah walaupun sudah acap kali Syahril dan Umi memberi cadangan.
Walaupun Syahril sering kali berulang-alik dua hari sekali ke Singapura aku jarang kesunyian. Ada Adam Haikal yang menemaniku. Syahril pulak tidak pernah lupa menghubungiku saban malam. Rindu tidak sempat bercambah. Mendengar suaranya sudah cukup bagiku. Walaupun kadang kala aku kepingin belaiannya.
“Umi janganlah risau. Semuanya okay. Lagipun bukan selalu anak Umi tu out-station. Susahlah Umi ada pembantu ni! Nanti nak takkan nak bawa dia pergi Singapore.?! Hana masih boleh uruskan sendiri.”


Pagi itu, aku terjaga seawal lima pagi apabila Adam Haikal menangis. Puasku memujuknya agar berhenti menangis namun tangisan Adam Haikal semakin menjadi- jadi. Aku jadi risau tiba-tiba. Suhu badannya ku periksa. Biasa sahaja. Tiada tanda demam. Kemudian, perutnya aku tepuk-tepuk pelahan. Tiada tanda-tanda Adam Haikal mengalami kekembungan. Bila ku suakan botol susu ke mulutnya, Adam Haikal menguisnya dengan tangan. Malah tangisannya semakin kuat.
Dalam kalut itu, loceng pagar berbunyi. Aku bergegas ke ruang tamu sambil mendukung Adam Haikal yang masih menangis. Mungkin Syahril yang pulang. Sepatutnya dia pulang malam tadi tetapi terpaksa di batalkan kerana kerjanya masih belum selesai.
Namun, sebaik sahaja aku melihat dua orang pegawai polis beruniform lengkap, hatiku menjadi berdebar-debar. Cukup kencang. Aku dapat merasakan ada berita buruk yang di bawa oleh mereka.
“Ini rumah Encik Syahril bin Ismail ya?.”
Aku sekadar mengangguk sebelum menyambut huluran tangan kedua-kedua anggota polis itu.
“Dia suami saya. Kenapa encik?”
“Erm, suami puan terlibat dalam kemalangan jalan raya. Beliau sekarang berada di Hospital Tunku Aminah.”
Aku menekup mulutku menahan tangis. Nasib baiklah pengangan aku masih kuat kalau tidak pasti Adam Haikal akan terjatuh. Aku mula memikirkan yang bukan-bukan menimpa Syahril.
Dengan bantuan anggota polis tersebut aku dihantar ke hospital. Dalam perjalanan aku menghubungi Kak Marlina, KAkak sulung Syahril. Nyata dia terkejut mendengar berita yang baru kusampaikan. Lama Kak Mar terdiam sebelum bersuara dalam getar menyatakan dia akan menghubungi keluarga mertua dan keluargaku.
Sampai sahaja di hospital aku diberitahu bahawa Syahril masih berada di dalam wad pembedahan. Selang setengah jam kemudian ahli keluargaku tiba. Aku tidak dapat menahan tangis apabila melihat emak. Tubuh emak kupeluk erat. Aku masih belum terfikir tentang kehilangan Syahril. Selama ini aku tidak pernah memikirkan tentang hal yang satu ini.
Hampir tiga jam menunggu, akhirnya pintu bilik pembedahan terbuka. Aku bangun mendapatkan doktor yang baru sahaja melangkah keluar. Dari wajah itu aku seperti dapat menduga apa yang bakal di sampaikan. Jari-jemari Kak Mar yang berdiri di sebelahku, kugenggam erat.
“Puan ini isteri Encik Syahril?.”
Aku sekadar mengangguk dengan pertanyaan doktor itu. Aku Berharap tekaan aku sebetar tadi meleset sama sekali. Syahrilku akan selamat. Suamiku akan selamat. Ayah kepada anakku akan selamat dan bersama-sama membesarkan anak kami.
“Saya harap puan dapat bersabar. Kami telah cuba yang terbaik tetapi nampaknya ALLAH lebih menyayangi suami puan.”
Aku menjadi longlai tiba-tiba. Aku terdengar raugan Umi dan tangisan Kak Mar. Tiada suara Abahku dan Abah Syahril. Aku juga terdengar tangisan Adam Haikal yang didukung oleh Abang Rashid, suami Kak Mar. Sejurus kemudian aku terasa dunia ku kelam. Suara Kak Mar yang memanggilku, sayup-sayup kedengaran. Aku tidak mampu menyahutnya.  Sejurus kemudian aku terasa dunia ku kelam. Gelap gelita!



Sudah sebulan Syahril pergi. Sudah sebulan jugalah aku bagai hilang di dalam duniaku sendiri. Nasib baiklah keluarga mertuaku dan keluargaku sendiri amat memahami keadaanku. Kak Mar mengambil-alih menjaga Adam Haikal daripadaku. Aku banyak menghabiskan masa di dalam bilik. Sejak hari pengebUmian Syahril aku berada di rumah mertuaku. Itu permintaanku sendiri. Aku tidak sanggup pulang ke rumah yang terlalu banyak kenanganku bersama Syahril.
“Entahlah, Hanis. Aku sendiri tak tahu nak cakap macam mana. Aku tak sangka dengan semua ni. Macam baru semalam aku berborak dengan Syahril.”
Kehadiran Alia di sisiku cukup aku hargai. Dia banyak membantu aku walaupun kadang kala dia sendiri tidak dapat mengawal perasaannya. Kami sama-sama menangis. Dalam tangis itu kadang kala kami ketawa mengingati setiap detik ketika kami bersama di universiti. Aku dengan Syahril dan Alia dengan Rizal. Mengingati kenangan itu sahaja sudah cukup membuatkan aku terasa begitu kehilangan. Kadang kala aku kehairanan dengan Alia kerana senang benar dia bercuti. Begitu baik sangatkah majikan Alia sehingga membenarkan sahabatku itu bercuti selama hampir dua minggu kerana aku? Aku yang hanya sahabatnya?
“Aku rasa cukuplah kau menangis macam ni, Hanis. Fikirkanlah tentang Adam. Dia anak kau. Dia perlukan kau sebagai ibunya. Tentu Syahril pun tak suka kau macam ni.”
Aku tersenyum mendengar kata-kata Alia. Aku hampir melupakan tanggungjawab aku sebagai ibu terhadap Adam Haikal. Adam Haikal yang baru berusia tujuh bulan itu aku biarkan tanpa perhatianku. Aku terlupa Syahril tinggalakan aku bukan keseorangan tetapi dia tinggalkan tanda kasih dan cintanya padaku. Dia tinggalkan zuriat untuk aku jaga dan besarkannya dengan penuh kasih sayang. Tetapi kenapa ALLAH tidak memberi Syahril peluang untuk menyambut ulang tahun pertama kelahiran Adam Haikal? Setiap kali aku suarakan kepada emak, emak memarahiku. Menurut emak, ALLAH sudah tetapkan perkara itu. Aku tidak seharusnya mempertikaikannya.
Aku mengambil keputusan untuk kembali ke Kuala Lumpur selepas hampir tujuh bulan Syahril pergi.  itupun selepas aku memikirkan berapa lama lagi yang harus aku biarkan keluarga Syahril menanggung aku dan Adam Haikal. Mereka juga ada tanggungan masing-masing. masih punya keluarga yang hendak diuruskan. Alia sudah mendapatkan aku kerja di sebuah syarikat hiasan dalaman di Bangsar. Umi dan emak seperti berat untuk melepaskan aku fikir tetapi aku yakinkan mereka aku pergi untuk melupakan kesedihanku. Aku tidak ingin terus hanyut dalam kesedihan. Aku ada Adam Haikal yang perlu aku besarkan. Amanah terakhir arwah itu harusku jaga sebaik mungkin. Akhirnya dengan bantuan Kak Mar Umi bersetuju untuk membenarkan aku tinggal di Kuala Lumpur tetapi Umi dan Abah mertuaku akan menemani aku dan Adam. Aku serba salah sebenarnya. Apa perasaan Kak Mar bila Umi dan Abah mertuaku ingin tinggal bersamaku sedangkan selama ini kedua-duanya tinggal dengan Kak Mar dan Abang Rashid. Emak dan Abahku pula bagaimana?
“Ish, kenapa Hana fikir macam tu?! Kak Mar faham kenapa Umi nak tinggal dengan Hana. Dulu masa Kak Mar sebulan terlantar kat katil Umi buat perkara yang sama juga. Sampaikan Abang Rashid kau segan dengan Umi.”
Kembali ke Kuala Lumpur, kami tinggal di rumah milik keluarga Syahril. Rumah yang sebenaranya di jadikan persinggahan keluarganya dan pernah menjadi tempat tinggal aku dan Syahril sebelum kami berpindah ke Johor.
Pulang semula ke rumah teres dua tingkat itu mengembalikan banyak kenangan manis. Sekali lagi aku tewas dalam air mata kerinduan. Seharian aku berkurung di dalam bilik. Di dalam bilik inilah Syahril pernah berjanji denganku untuk menjaga dan mencintai aku seumur hidup. Dia tidak akan membiarkan sesekali aku menderita dan menyakiti diriku. Kasih sayangnya tidak akan berkurang walau seincin pun. Di dalam pelukannyalah aku mampu tidur lena dibuai mimpi indah bersama. Sekarang, semua itu cuma tinggal janji dan kenangan indah yang amat perit untuk aku ingati. Kenapa aku harus di uji begini?
Ketukan di muka pintu mematikan lamunan panjangku. Aku melangkah malas membuka pintu.
“Erm, Hana okey?”
Aku sekadar mengangguk dalam senyuman sebagai jawapan terhadap pertanyaan Umi.
“Abah cadang makan kita makan kat luar. Penat nak masak. Kita makan kat shopping complex boleh beli barang dapur sikit. Hana ikut ya?”
Aku mengangguk lagi. Tidak punya kekuatan untuk bersuara. Umi seperti memahami keadaanku lantas jari-jemariku dicapai. Digosok pelahan-lahan dengan tapak tangannya.
“Hana kena kuat. Untuk Adam, untuk Umi dan Abah. Kalau Hana asyik macam ni Umi dan Abah susah hati sangat. Umi tahu susah untuk Hana lupakan apa yang berlaku. Tapi Hana kena ingat ALLAH tu Maha Mengetahui. Dia tidak jadikan sesuatu tu sia-sia. Umi sudah mampu terima kenyataan sebab dugaan ALLAH ini sebagai tanda Dia kasihkan kita. Dia ingin menduga sejauh mana kesabaran kita menerima dugaan dan ujian-NYA. Umi rasa anak Umi tak nak Hana bersedih macam ni!”
Air mata yang hampir kering tadi mengalir lagi. Aku peluk tubuh Umi. Lama.
“Sudahlah. Hana mandi lepas tu sembahyang. Doakan anak Umi supaya ALLAH tempatkannya di sisi orang-orang yang beriman. Lepas Hana solat nanti kita keluar.”
Umi merenggangkan pelukan sebelum hinggap satu kucupan di dahiku. Penuh rasa kasih sayang. Sebaik sahaja Umi meniggalkan bilikku, aku bergegas menunaikan solat maghrib yang hanya tinggal beberapa minit. Doa kupanjatkan kepada ALLAH supaya diberikan aku kekuatan untuk meneruskan hidup tanpa Syahril. Memberi aku kekuatan untuk terus menjaga dan memberi Adam Haikal segala keperluan. Tidak aku lupa agar ALLAH tempatkan roh Syahril disisi orang-orang yang beriman.
“Hana okey?” tanya Abah sebaik sahaja aku turun ke bawah. Seperti tadi aku sekadar mengangguk.
“Mana Umi, bah?”
“Tengah bersiaplah. Hana bukan tak tahu Umi tu kalau bersiap mengalahkan anak dara!”
Aku ketawa kecil mendengar guarauan Abah. Abah memang suka mengusik Umi. Mungkin itulah resepi kebahagiaan rumah tangga mereka. Tidak pernah aku lihat sepanjang hampir dua tahun ini mereka bergaduh dan tidak bertegur sapa.
Umi turun lebih kurang lima minit kemudian.
 “Dah siap? Jom cepat saya dah lapar ni!”
Umi mencebik. Mungkin menyedari Abah sedang memerlinya. Aku hanya menggeleng dalam senyuman. Adam Haikal yang tadinya didalam pelukan Umi kini beralih tangan.

7 comments:

epy elina said...

hohoho....
sdihnya...
x sngka syahril tlh mnggal...
tbahkan atimi hana...
mst ada hikmah smua 2....
pas ni mst ikhwan brusaha untk mndptkan hana...
klu btul tkaan sy, kwn alia yg merana 2 ialah ikhwan...
best2x...

akira_bita said...

hoohohohoho!!! time for ikhwan muncul!! heheheh!! go ikhwan2! sambung lg mn!

MaY_LiN said...

sedihnye...
be strong babeh..

Alya Ardini said...

woohoooo ... tepat seperti apa yang kawan sangka kan .... mesti something happen pada syahril ...

hehehehe ... ikhwan ... apa tunggu lagi ... muncul kan diri anda ... hehehehe ...

cik MN ... sila la upload lagi ... hehehehe .... suke suke! ...

Hana_aniz said...

waaa... sedih!! syahril tu sgt sweet...

akak said...

wa..
ni mesti ikhwan akan memunculkan dirinya

cinta terindah said...

laaaaaa...syahril dah xda...cedey...