Saturday, February 6, 2010

KERANA SAYANG 9


Dari rumah kami bergerak ke Mid Valley. Malam minggu pusat membeli-belah itu agak sesak. Kami mengambil keputusan untuk makan makanan Thai yang terletak ditingkat dua. Sedang aku dan Umi berbual tentang keperluan rumah yang harus dibeli aku di sapa seseorang. Seorang gadis berusia awal dua puluhan sedang tersenyum ke arahku. Aku seperti pernah melihatnya tetapi aku sudah lupa siapa dirinya. Puas aku ligat memikir akan empunya
“Erm, Akak ni Akak Hanakan?”
Aku mengangguk pelahan. Fikiranku masih lihat memikirkan siapa gadis dihadapanku ini!
“Nadhiralah. Akak dah lupa ker?”
Nadhira? Aku hampir tidak percaya. Masakan tidak Nadhira kini sudah banyak berubah. Dua tahun lepas dia masih seperti kebudak-budakkan tetapi kini nampak lebih matang.
“Dhira buat apa kat sini?” soalku.
“Erm, Dhira tengok wayang dengan kawan. Baru ajer habis.”
“Ish Hana ni. Kalau ya pun ajaklah duduk dulu.”
Aku tersenyum malu mendengar kata-kata Umi. Hampir lupa aku tentang hal itu. Nadira mengambil tempat berhadapan denganku. Entah kenapa wajah Nadhira mengingatkan aku terhadap seseorang. Seseorang yang aku benci sejak dua tahun lalu. Kebencian itu masih belum padam.
“Ini Hana kenalkan Nadhira. Dira, ini mak mertua Akak.”
Mereka berjabat tangan. Entahlah, semakin aku cuba usir wajah Ikhwan semakin kuat bayangan wajah lelaki itu menerpa ruang fikiranku.
“Anak Akak ya? Comelnya!”
Pertanyaan Nadhira sedikit mengejutkan aku. Segera aku mengangguk dalam senyuman menutup rasa terkejut.
“Umur berapa Kak?”
Nadhira begitu asyik mebelai Adam Haikal. Belum sempat aku menjawab Abah muncul dengan makanan.
“Ini ayah mertua Akak.”
Abah menyambut huluran tangan Nadira. Makanan di dalam dulang itu diletakkan di atas meja.
“Erm, tadi Dhira kata datang dengan member. Mana membernya?”
“Dah balik. Dhira ingat nak makan dulu lepas tu nak beli barang sikit tapi tak sangka pulak dapat jumpa Akak. Lama tak jumpa akak. Ingatkan dah tak dapat jumpa akak dah.”
“Dhira study ker sekarang?” tanyaku, tidak mahu Nadhira terus mengungkit kisah lalu. Aku sedar aku tidak sepatutnya membenci Nadhira dan Kak Marina kerana Ikhwan. Ikhwan yang membuat onar bukan mereka!
“Aah, Dekat UKM. Ambil Komunikasi Massa.”
Banyak yang ditanya Nadhira tentang diriku. Sampaikan aku serba salah untuk menjawab kerana Umi dan Abah ada bersama. Aku tidak ingin mereka tahu siapa Nadhira. Cukuplah mereka menganggap Nadhira sekadar kawanku atau jiranku sahaja. Aku tidak ingin mereka memikirkan lebih dari itu. Tetapi setiap pertanyaan yang keluar dari mulut Nadhira memungkinkan pertanyaan demi pertanyaan dari Abah mahupun Umi nanti.
“Erm, husband Akak tak ikut sekali ker?”
Pertanyaan Nadhira itu membuatkan aku tersentak. Aku pandang wajah Umi dan Abah. Umi seperti memahami apabila jari-jemarinya erat mengenggam jari jemariku.
“Suami Akak baru meninggal, Dhira.”
Pelahan aku bersuara. Cuma mengawal rasa sebak yang mula bertandang. Aku dapat mengagak reaksi Nadira. Berkali-kali gadis itu memohon maaf kepadaku. Aku sekadar tersenyum kerana tentu sekali Nadira tidak mengetahui apa-apa.
“Dah takdir macam ni, nak. Kita ni sebagai manusia kena redha dan terima ketentuan ILLAHI,” ujar Abah yang sedari tadi membisu. Bahu Nadhira ditepuk pelahan, menghindar rasa bersalah di dalam diri gadis itu.
Perbualan kami tentang Syahril terhenti di situ apabila telefon bimbit Nadhira berbunyi. Lama Nadhira memerhati skrin telefonnya sebelum jarinya menekan butang di telefon itu.
“Hello. Dekat Mid Valley. Okey, nanti Dhira carikan.” Tersekat-sekat suara Nadhira.
Perbualan Nadhira dengan pemanggil itu terhenti di situ. Nadhira meminta diri kemudiannya. Perlu balik cepat katanya. Sempat kami bertukar-tukar nombor telefon.  Kalau boleh sebenarnya aku tidak mahu Nadhira mengetahui nombor telefonku kerana masih belum bersedia berhadapan dengan Kak Marina. Seperti yang kusangka sebaik sahaja Nadhira meniggalkan kami Umi sudah mula bertanya. Hendak tak hendak terpaksalah aku ceritakan perihal itu.
“Budaknya nampak baik. Cantik pulak tu!”
Pujian yang dilemparkan Abah membuatkan aku dan emak hanya tersenyum. Di dalam hati aku mengakui Nadhira semakin cantik. Badannya sudah sedikit berisi berbanding tiga tahun lalu dan paling aku perasan wajahnya yang mirip Ikhwan. Ah!! Entah kenapa lelaki itu yang bermain difikiranku!?

Petang itu, selepas habis waktu pejabat aku menemani Alia ke pusat membeli-belah. Ingin mencari beberapa pasang baju untuk anaknya. Aku sekadar tersenyum mendengar ceritanya tentang Hafiz, anak sulungnya yang baru berusia tiga bulan sambil tangannya asyik membelek beberapa pasang baju bayi.
“Aku nak pergi tandas sekejap. Kau jangan ke mana-mana tau!”
Aku meninggalkan Alia dan sekembalinya aku, aku melihat Alia sedang berbual-bual dengan seorang lelaki. Rakan sekerjanya mungkin. Aku mendapatkan Alia yang tidak menyedari akan kehadiranku. Namun, aku benar-benar terkejut memandang lelaki yang berdiri di hadapan Alia. Ikhwan!
“Erm, I pergi dulu ya! Sorry.”
Ada kegugupan dalam tutur kata-kata lelaki itu. Dia bergegas meninggalkan aku dan Alia. Aku memandang Alia, memerlukan penjelasan daripada sahabatku ini!
“Kita duduk dulu okey! Aku akan ceritakan kau dari awal.”
Aku hanya menurut kata-kata Alia. Fikiranku ligat memikirkan segala kemungkinan dan persoalan. Telefon bimbit Alia berbunyi ketika kami baru sahaja mengambil tempat duduk di salah sebuah restoran makanan segera.
“Don’t worry, Wan. I will…. No… sampai bila? Sorry, I terpaksa. I akan ceritakan semuanya. Dari A sampai Z. Kenapa you takut? You tak salah! Come on, you nak biarkan sampai bila?! You nak dia benci you sampai mati? Sorry, Wan! I dah buat keputusan. Lagipun dia nak tahu perkara sebenar!”
Alia mematikan panggilan. Dia menggeleng, kurang senang dengan panggilan yang baru diterimanya tadi. Aku pasti panggilan itu daripada Ikhwan. Aku tidak sabar untuk mendengar penjelasan Alia tentang semuanya.
“Okey dengar ni Hanis, aku nak kau bertenang. Aku juga harap kau dapat maafkan aku. Selama ni aku bekerja dengan Ikhwan.”
Membulat mataku mendengar kata-kata Alia. Tidak percaya sebenarnya. Bagaimana Alia boleh bekerja dengan lelaki yang paling aku benci selama ini? Kenapa dia tidak pernah beritahu aku tentang hal ini?
“Aku tahu kau marah dengan aku. Lepas kau dengan arwah Syahril kahwin aku berhenti kerja dan kerja dengan Ikhwan. Itu adalah syarat yang telah Ikhwan tetapkan dengan aku.”
Alia berhenti berbicara. Nafasnya ditarik pelahan sebelum dilepaskan. Seperti ada sesuatu yang amat berat untuk disampaikan. Lama Alia berdiam diri membuatkan aku semakin tidak sabar untuk mengetahui syarat apa yang telah ditetapkan oleh lelaki itu.
“Syarat apa?! Kau berdua ada perjanjian apa?”
Aku cuba mengawal suaraku. Aku terasa cukup tertipu. Alia seolah-olah mengkhianati persahabatan kami selama ini.
“Dia akan lepaskan kau tapi syaratnya aku kena beritahu dia setiap apa yang berlaku terhadap kau. Baik atau buruk. Kau gembira atau tak. Aku juga kena pastikan berada kat sisi kau kalau apa-apa yang berlaku.”
“Maksud kau apa, Lia? Aku tak faham!”
“Aku jumpa dia hari tu. Aku minta dia lepaskan kau. Aku ceritakan tentang Syahril. Tentang cinta kau berdua. Aku ceritakan betapa kau terseksa dengan perkahwinan kau dan dia. Ikhwan tak percaya mulanya sehinggakan aku tunjukkan gambar kau dengan Syahril. Baru dia percaya tapi aku tak sangka sampai macam tu sekali dia buat untuk gembirakan kau. Sanggup biarkan kau benci dia. Sanggup biar kau anggap dia yang bukan-bukan. Sanggup hina diri dia sendiri untuk bahagiakan kau. Perempuan yang kita jumpa di Mid Valley dulu tu bukan perempuan simpanan Ikhwan. Perempuan tu Suraya, bekas setiausaha Ikhwan. Dia terpaksa ikut rancangan Ikhwan sebab selama ini Ikhwan dah banyak bantu dia dan husband dia.”
“Apa maksud kau, Lia?”
“Ikhwan terlalu cintakan kau. Dia sanggup buat apa sahaja untuk pastikan kau bahagia walaupun tanpa dia. Dia buatkan kau bencikan dia dan lupakan dia. Dia tak nak kau simpati dengan dia. Apa yang berlaku di Mid Valley tiga tahun lepas adalah rancangan aku dan Ikhwan tapi aku tak tahu Ikhwan akan buat sampai macam tu. Sanggup dapat malu macam tu. Aku ingatkan dia cuma nak jumpa kau dan cakap dia akan lepaskan kau. Tak sangka dia ada rancangan lain patutlah dia suruh aku masuk parking kat luar tu.”
Aku tersandar ke kerusi. Bagai tidak percaya dengan apa yang diperkatakan Alia sebentar tadi. Benarkah begitu? Wajah Ikhwan dan wajah wanita bernama Suraya itu bermain dimataku.
“Aku tahu kau marah dengan aku. Tapi aku terpaksa. Kau ingat aku gembira dengan apa yang aku buat? Dah banyak kali aku cuba untuk berhenti tapi Ikhwan tak benarkan.  Cinta dia tak pernah padam. Dah puas aku suruh dia lupakan kau dan cari perempuan lain yang lebih baik dari kau tapi dia tetap tak nak.”
Saat itu aku teringatkan mimpi yang pernah aku alami satu ketika dahulu. Mimpi yang membuatkan aku tercari-cari milik siapakah wajah itu. Baru kini aku sedar Ikhwanlah lelaki yang aku temui di dalam mimpi pelik itu.
“Aku betul-betul tak sangka kau orang akan berjumpa dalam keadaan macam ni. Aku  berharap yang pertemuan kau orang terjadi secara kebetulan tanpa aku.”
“Kenapa dia bodoh sangat!?”
Soalan itu tiba-tiba melucur laju dari mulutku, di bawah sedarku. Alia mengeluh lemah. Mungkin kurang senang dengan pertanyaan aku tadi.
“Hanis, aku harap kau dapat bagi Ikhwan peluang.”
“Syahril baru meninggal, Lia! Takkan aku tiba-tiba nak cari orang lain dan orang itu adalah Ikhwan?!”
“Aku tahu tu, Hana tapi Adam perlukan seorang ayah dan aku tak nampak apa yang kurangnya pada Ikhwan. Dia mencintai kau sepenuh hati. Sanggup korbankan kebahagiaannya demi kau. Dia perlukan kau. Aku dah tak sanggup tengok dia macam tu. Memang dari luaran kau nampak dia okey sedangkan tak, Hanis! Kadang-kadang aku rasa aku bekerja dan kenal dengan seorang lelaki yang tak waras.”
Giliran aku mengeluh. Aku membuang pandang ke arah sekumpulan remaja perempuan yang membuat bising dihadapan sebuah kedai perhiasan diri. Namun, wajah Ikhwan jua yang muncul. Wajah suram. Padangan matanya yang menceritakan sega-galanya sebentar tadi menghuni ruang mataku.
“Kau jumpa dia ya?”
Aku menggeleng.  Aku belum bersedia untuk bertemu dengan Ikhwan. Aku tidak tahu apa yang harus aku katakan apabila bertemu dengan lelaki itu. Terasa janggal benar. Selama dua tahun ini aku amat membenci lelaki itu.
“Hanis, please!”
“Aku nak balik. Dah lambat ni.”
Akhirnya aku ambil jalan selamat. Malas untuk berbincang tentang lelaki itu lagi. Cukuplah apa yang aku ketahui hari ini. Aku tidak sanggup mendengar lebih dari itu. Aku tidak sanggup untuk memikirkan bahawa aku yang kejam selama ini. 
Sepanjang malam itu, bagai terngiang-ngiang kata-kata impian dan harapan yang pernah dilafazkan Ikhwan dahulu. Terbayang kemesraan yang pernah ditunjukkan kepada aku. Bagaikan filem yang tergambar di ruang mata, saat hari terakhir pertemuan kami. Patutlah keadaannya seperti itu. Patutlah malam sebelumnya lelaki itu tidak banyak bercakap.
Malam itu aku tidur dalam kenangan itu. Wajah muramnya bagai tidak ingin pergi dariku. Maafkan saya! Hanya itu yang mampu aku ucapkan.
Aku terjaga pagi itu apabila kedengaran ketukan bertalu-talu di muka pintu. Membulat mataku memandang jam di meja sisiku sudah melangkau angka tujuh setengah pagi. Terus sahaja aku bangun membuka pintu.
“Hana kerja tak hari ni?” tanya Umi kehairanan
“Er…er… kerja. Hana tak terjaga. Lupa kunci jam!”
“Dah, cepat pergi mandi. Dah lambat ni!”
Aku sekadar menggangguk dan hanya memerhati langkah Umi yang menuruni anak tangga. Seketika kemudian aku terus menghilang ke dalam bilik air. Mengambil wuduk dan terus menunaikan solat subuh. Bak kata orang subuh gajah! Bukan aku sengaja untuk melambatkan solat tetapi benar-benar tidak terjaga.
Selesai solat subuh, aku mandi.entah kenapa renungan mata Ikhwan bagai ada di mana-mana. Serasa aku diperhatinya. Pertemuan semalam dan setiap perkataan yang diucapkan Alia semalam bagaikan terpamer di ruang mataku dan terngiang-ngiang di telingaku.
“Abang takut kehilangan Hana. Hana jangan tinggalkan abang ya?! Abang janji abang akan pastikan Hana bahagia dengan abang. Abang tak akan sakitkan hati Hana.”
“Biarlah, biar orang tahu betapa abang cintakan Hana. Abang sanggup korbankan kebahagiaan abang untuk kebahagiaan Hana. Nanti bila kita kahwin, abang tak tengok Hana sedih walau sekejap.”
Aku menekup telinga bila kata-kata Ikhwan satu masa dahulu bersilih ganti dengan kata-kata Alia. Aku tidak mahu mengingatnya lagi. Aku tidak mahu mengenagkan pertemuan terakhir antara aku dan Ikhwan dahulu. Aku tidak mahu mengingat detik aku menghina dan memalukannya dahulu. Maafkan saya! Rintihku berkali-kali agar bayangan Ikhwan tidak mengangguku.

8 comments:

faridah said...

sedihnya,...
dah agak dah ikhwan just berlakon jer,,,
kesian kat ikhwan...huhu...

MaY_LiN said...

aaaa....
nape begini..
[~_~]

epy elina said...

hohoho...
x sngka sejauh itu ikhwan brkorban untuk hana...
bkn smua org blh lakukan mcm 2....
hana....
beri pluang kpda ikhwan...
nak hana ngn ikhwan...
kcian ikhwan merana slama ni....
best2x...

misz nana said...

huishh..
mana nak dpt lelaki cam Ikhwan zmn skrg neh..

Alya Ardini said...

sedih nya ...sian ikhwan .... huhuhuhu ....

bagi la dia peluang hana ....

lelaki macam ikhwan .. kalau wujud pun dalam dunia ni mungkin 1 dalam sejuta .... hahahha .....

akak said...

alah dah salah sangka kat ikhwan ye..
tkpe2..lembutkan hati si hana terima ikwan hehe

akira_bita said...

giler setia.... bagus ikhwan...!! skg munculkan diri n tawanlah hati hana erk!! sambung lg mn!!

cinta terindah said...

baiknya Ikhwan...kesian Ikhwan...