Tuesday, March 2, 2010

KERANA SAYANG 21


Sejak pertemuan di rumah kak Marina tempoh hari aku dan Ikhwan langsung tidak berhubung. Aku tidak menghubunginya kerana tidak mahu menganggunya. Lagipun tiada hal penting yang boleh membuatkan aku menghubunginya. Cuma aku merasakan Ikhwan cuba mengelakkan diri daripadaku. Pernah juga aku menghubungi telefon bimbitnya sekadar ingin bertanya khabar, Ikhwan memberi alasan dia sedang bermesyuarat. Aku kehairanan kerana sebelum itu aku menghubungi pejabatnya, setiausaha barunya memberitahuku Ikhwan bercuti pada hari itu kerana tidak berapa sihat.
Bila aku suarakannya kepada Alia, sahabat aku itu ketawa dan mengejekku. Kata Alia, aku sudah mula merindui Ikhwan dan menyayangi lelaki itu. Aku menafikan sekeras-keranya kerana bagiku perasaanku terhadap Ikhwan tidak pernah lebih dari perasaan terhadap seorang kawan.
“Encik Ikhwan ada?” tanyaku kepada Juriani, setiausaha baru Ikhwan. Aku ke Helang Jaya selepas menemui pelangganku di kawasan perumahan berhampiran.
“Ada. Cik ni..?”
“Saya Hana.”
“Oh, cik Hana. Encik Ikhwan ada kat dalam. Masuklah.”
“Dia ada meeting ker atau hal-hal penting yang saya tak boleh kacau dia?” sengaja aku bertanya untuk kepastian. Hairan juga aku dengan setiausaha Ikhwan yang seperti begitu mengenaliku.
“Eh tak ada. Hari ni encik Ikhwan free. Masuklah. Cik Hana nak minum apa?”
“Erm, no thanks.”
Aku menarik nafas sebelum menghampiri pintu bilik Ikhwan. Aku ketuk pintunya pelahan. Dari dalam kedengaran suara mengarahkan aku masuk. Sebaik sahaja aku melangkah masuk dan pintu bilik Ikhwan tertutup, mataku dan mata Ikhwan bertemu. Jelas ada riak terkejut diwajahnya. Aku cuba berlagak tenang, menghampirinya yang sedang membaca sesuatu.
“Secretary Wan cakap Wan free hari ni.”
“Awak dari mana?”
“Jumpa client kat sini, teringatkan Wan singgahlah kejap. Buku apa Wan baca?”
Ikhwan mengangkat buku yang dibacanya. Aku tersenyum melihat tajuk buku tersebut.
“Wan nak kahwin ker? Tak beritahu Hana pun?” tanyaku. Ada suatu perasaan yang hadir ketika Ikhwan merenungku.
“Mengarutlah! Saya cuma tolong kawan ajer.”
“Erm, dah tukar profession ya? Dari bina bangunan jadi wedding planner!”
Kata-kataku disambut tawa oleh Ikhwan. Aku senang sekali dengan tawanya itu. Seperti aku menyenangi tawa Syahril. Seperti menyenangi tawa Syahril? Aku mengulang sendiri apa yang aku fikirkan tadi. Aku menelan air liur. Tidak menyangka aku menyamakan Ikhwan dengan Syahril.
“Kawan yang suruh tolong pilihkan konsep untuk wedding anak dia. Saya bukannya tahu sangat terpaksalah buka buku.”
“Erm, anak kawan dah nak kahwin! Orang kat depan Hana ni bila pula?”
Rasa kesal tiba-tiba menyelinap di dalam diri. Gurauanku tentu sahaja akan memakan diri. Ah, sebelum bercakap tak berfikir dahulu, ini padahnya!
Ikhwan bangun dari sofa yang didudukinya, menghampiri meja kerjanya sebelum memasukkan buku berwarna merah hati itu ke dalam briefcasenya.
“Awak dah lunch?”
Tiba-tiba soalan itu yang Ikhwan ajukan. Aku pantas menggeleng kerana tujuan aku datang ke mari pun ingin mengajak Ikhwan keluar makan.
“Saya dah lapar sangat ni! Pagi tadi tak sempat nak breakfast. Saya belanja awak makan, okey?!”
“Okey, nak makan kat mana?” tanyaku yang sudah mulai berdiri.
“Restoran depan tu boleh? Petang nanti saya kena turun tapak projek. Ada problem sikit”
“Okey.” Ringkas jawapanku. Aku menyaingi Ikhwan yang sudah melangkah keluar. Baru tadi setiausahanya memberitahuku yang Ikhwan tidak punya apa-apa urusan.
Aku sekadar mengangguk mendengar penerangan Juriani. Masakan Juriani tidak tahu tentang masalah projek syarikat.
“Jue, please inform Rohaiza I perlukan fail Serdang Indah petang nanti.” Sempat Ikhwan berpesan pada setiausahanya. Wanita lewat dua puluhan itu hanya mengangguk.
“Erm, nak tanya sikit boleh?” tanyaku sebaik sahaja kami melabuhkan punggung di restoran terbuka itu.
“Nak tanya apa? Kalau boleh saya jawab, saya jawab.”
“Kenapa Wan macam nak elakkan diri dari Hana?”
“Mana ada saya elakkan diri dari awak. Saya cuma busy ajer.”
“Erm, busy?! Takkan nak call Hana pun tak ada masa? Call mak dan abah Hana boleh?
“Hana, please!”
Aku merenungnya. Aku dapat mengagak alasan apa yang ingin diberikan oleh Ikhwan kali ini tapi apa yang lebih bermain-main difikiranku saat ini adalah caraku sendiri. Aku seperti merajuk dengan Ikhwan!
“Betulkan Wan cuba elakkan diri dari Hana?! Wan datang rumah bila Hana tak ada. Hana ada buat salah dengan Wan ker?”
 “Alia apa khabar? Dah lama tak dengar cerita dia?” tanya Ikhwan tiba-tiba menyebabkan aku geram. Tiba-tiba sahaja keluar nama Alia!
“Wan, Hana sedang cakap tentang kita bukan Alia!” sedikit kuat nada suaraku.
“Okey, forget it! Dah settlekan? I’m okay. Hundred percent okay. Stop pasal tu ya?”
“Betul ni?”
Ikhwan mengangguk dalam senyuman. Aku lega dengan senyuman itu. Ikhwan senang dipujuk. Mungkin kerana aku yang memujuknya! Aduh, perasan betul!
“Hana tahu Wan ni senang jer nak pujuk. Lepas ni Wan masuk office tak?”
“Kan saya dah cakap tadi, saya kena turun Klang petang nanti!?”
Aku mencebik. Masih nak berbohong denganku lelaki ni?
“Yer ker? Tadi Hana tanya Jue dia cakap Wan free petang ni. Wan temankan Hana beli barang ya?!”
“Oh, dah siasatlah ya jadual Wan?! Hana nak beli apa?”
“Baju kurung. Baju Hana banyak yang dah tak boleh pakai. Banyak yang singkat, nak kata Hana makin tinggi tak jugak!”
“Makin tembam kot! Sebab tu baju makin singkat!”
Membulat mataku mendengar gurauan Ikhwan. Lelaki itu ketawa. Semakin gemukkah aku? Aku mula menilai sendiri.
“Hana dah gemuk ker? Ish, ni yang kena diet ni!”
“Ala, okeylah ni! Tak kurus sangat.”
“Wan suka Hana macam ni ker atau yang dulu?”
Aku bagaikan mati akal dengan pertanyaan kusendiri. Sekali lagi aku cuba bermain dengan perasaan Ikhwan. Bodohnya aku! Aku pandang Ikhwan yang nampak agak terkejut dengan pertanyaan aku tadi.
“Dua-dua. Dulu sebab Hana muda lagi. So sesuailah dengan diri Hana waktu tu. Sekarang sebab Hana dah tua sikit, tembam macam ni lebih sesuai. Lebih manis!”
Aku mengetap gigi, geram dengan gurauannya. Ikhwan sengaja menekankan perkataan ‘tembam’  dan tua.
“Hana muda lagi tau. Belum tiga puluh lagi. Wan tu yang dah tua!”
“Eh, kita pula yang kena. Saya tak apa. Umur empat puluh baru permulaan hidup. Saya ni muda lagi la dari awak.”
Pandai juga lelaki ini mengenakan aku. Kami berbual panjang petang itu. Banyak yang kami ceritakan setelah hampir dua bulan tidak bersua. Sambil menikmati laksa kami berbual. Aku sedar Ikhwan tidak lagi memakai gelang yang pernah aku beri padanya. Begitu juga cincin platinium sudah tidak tersarung di jari manisnya. Ingin aku bertanyakan tentang hal itu tetapi ianya hanya tersekat dikerongkong. Aku tidak ingin membuatkan Ikhwan berduka dengan pertanyaanku itu.

7 comments:

epy elina said...

hohohoho....
bgus hana....
x sngka brani jg hana mulakan....
kdng2 lucu jg...
hana try trik pratian ikhwan...
tp sdih lak bila ikhwan dah x pakai gelang n cncin....
adakah cnta ikhwan dah pudar...
or dia dah ptus asa untk dptkn cnta hana....
nak hana ngn ikhwan...

Anonymous said...

hehe makin lama makin menarik citer ni
em cepat2 upload yek
tak sabo nak tggu ending citer ni

Alya Ardini said...

aduusss!! .. nmpk cam hana yg terhegeh2 kat wan ...

si wan ni ... lambat la .. cepat la bertindak!! ...

huhuhu .... chayok cik MN ...

we want more .. heeee

MissNera said...

e.elina, hana yang kena mulakan dulu! lepas ni hana juga yang mulakan dulu!! hehehe

anon,terima kasih ya atas kesudian membaca karya saya.

a. ardini,
nak buat macam mana kan!! nak tak nak hana yang kena mulakan dulu!!

bb said...

cik nera..wan tu dh xsuka hana ke?nape dh xpakai gelang ngn cncin tu?huhu jgn la.dh lama die tggu hana.xkn dh mengalah kot..

cinta terindah said...

ala miss nera pleasssssssssssss...
jgn la men tarik tali lg...
trus ja la ckp syg...hehehe
tak sbr'y nak tau crita nie...

MaY_LiN said...

bagusnye..
make start move..