Sunday, March 7, 2010

KERANA SAYANG 23

Lebih kurang dalam pukul lapan setengah kedengaran kereta memasuki perkarangan rumahku. Aku menghabiskan bacaan yaasinku kerana pasti ibu bapa dan mertuaku ada untuk menyambut tetamu yang datang. Aku turun seketika kemudian. Hampir sahaja aku terlanggar Ikhwan yang menatang semangguk besar sup dari dapur.
“Opps, sorry. Tak perasaan pun. Bila sampai?”
“Adalah dalam sejam.”
“Yer ker? Tak dengar bunyi kereta pun?” ujarku agak pelik kerana aku hanya mendengar bunyi kereta masuk sebentar tadi.
“Awak tengah mandi, mana nak dengar. Mandi pulak mengalahkan puteri.”
“Amboi perli orang! Erm, Alia ada call tak?”
Mangguk sup bertukar tangan. Kami jalan beriringan ke meja makan. Umi hanya tersenyum memandangku. Aku pura-pura tidak sedar akan senyuman nakal Umi.
“Tadi dia ada call, lambat sikit katanya. Rizal baru habis meeting.”
“Sibuk betul Rizal tu sejak buka syarikat sendiri ni!”
“Biasalah, Hana. Syarikat baru komitmen kenalah lebih sikit kalau tak belum apa-apa lagi dah lingkup.”
“Yerlah, Encik Ikhwan! Awak betullah!”
Belum sempat Ikhwan membalas kata-kataku, kedengaran hon kereta di hadapn rumah. Tentu sahaja Alia dan Rizal. Seketika kemudian seperti jangkaanku muncul Alia dan Rizal serta Hafiz. Melopong aku melihat Alia yang semakin berisi dan tembam. Alia hanya ketawa melihat reaksiku.
“Itulah, I kata jangan resign you nak resign jugak! Tengok dah tembam macam apam balik!” usik Ikhwan.
“Ini tandanya I happy, boss! Cik abang I suka apa! Kan bang?!”
Rizal mencebik dalam riak muka menahan tawa. Aku hanya tersenyum. Mungkin sebab Alia mengandungkan anak kembar dia nampak berisi.
“She’s pregnant. Twin!” bisikku pelahan di telinga Ikhwan ketika Alia dan Rizal ke dapur menemui emak dan Umi. Ikhwan bagaikan tidak percaya sehinggakan aku terpaksa mengulanginya sekali lagi. Ketika itu abah mertuaku turun. Aku dan Ikhwan masing-masing terpaku dengan kehadiran abah mertuaku yang tiba-tiba.
“Kenapa? Nampak hantu ker?” tegur abah mertuaku dalam senyuman meleret.
“Er, tak adalah. Wan terkejut tadi. Tiba-tiba  muncul.”
“Itulah, kalau nak bermesra tengok kiri tengok kanan!”
“Abah!”
Aku dan Ikhwan saling berpandangan. Ikhwan nyata kurang senang dengan gurauan abah mertuaku. Aku pula tidak mahu hubunganku dengan Ikhwan kembali seperti dua bulan lepas.
“Uncle gurau jer, Wan! Jangan ambil hati tau!”
Mungkin abah mertuaku menyedari perubahan riak wajah Ikhwan. Ikhwan hanya tersenyum menyambut kata-kata abah mertuaku.
“Tak apalah, uncle. Wan tak kisah cuma takut Hana ni ajer yang tak suka!”
Aku sempat mencubit lengan Ikhwan sebelum berlalu ke dapur apabila kedengaran suara Umi dan emak riuh sekali. Tentu sekali bercerita tentang Alia yang mengandung.
“Seronok orang kat dapur ni! Cakap pasal apa?”
“Pasal Lia nilah.”
Semakin rancak perbualan mereka sehinggakan ke meja makan. Bercerita tentang bayi yang bakal lahir. Abah yang baru turun dari biliknya turut ikut serta. Riuh Rendah rumahku malam itu. Aku pula sekadar mendengar dan sesekali mencelah. Ikhwan pula hanya membisu tanpa sepatah kata.
“Diam jer tadi!” tegurku ketika Ikhwan sedang membasuh pinggannya. Yang lain masih di meja makan. Kalau makan sambil bersembang memang lambat.
“Habis tu nak cakap apa? Diam ajerlah. Nak menyampuk nanti tersilap malu jer!” jawab Ikhwan dalam tawa.
Ikhwan mencapai pingganku lalu dibasuhnya. Aku sekadar memerhati dalam senyuman panjang.
“Hana tipu Umi ya? Cakap saya dari Singapore! Nasib baiklah saya ni faham, kalau tak Umi mesti tahu Hana tipu dia!”
“Alah, Hana bukan ada niat pun nak tipu Umi tapi Umi tu yang menyakat Hana sebab dia terdengar Hana cakap dalam telefon. Hana bagilah alasan yang entah apa-apa tu!”
Ikhwan hanya tersenyum. Dia meletakkan pinggan yang dibasuhnya di atas rak disebelahnya.
“Saya belum solat Isya’ lagi ni! Erm, nak tumpang sembahyang kat sini boleh?”
“Lah, sembahyanglah. Wan naik kat atas, bilik pertama. Sejadah dah ada kat situ.”
“Thanks.”
Aku tersenyum mendengar ucapan terima kasih Ikhwan. Langkah Ikhwan hanya kuperhati sehingga hilang disebalik dinding konkrit yang memisahkan ruang dapur dan ruang makan.
“Amboi pasangan sejoli, orang kat depan dia berdua kat belakang!” sakat Alia sambil menatang pinggan kotor. Aku yang mendengarnya hanya membisu.
“Mana abang kau pergi?”
“Naik atas, sembahyang Puan Alia!”
Alia ketawa mengekek. Aku mencebik kerana tahu Alia sedang mengenakanku. Umi yang masuk membawa beberapa lagi mangguk kehairanan melihat Alia yang bagai nak pecah perut ketawa.
“Amboi, cik kak ketawa! Ingat sikit awak tu bawa budak!” tegur Umi tapi dalam nada bergurau.
Alia berhenti ketawa namun dari riak wajahnya aku tahu Alia masih lagi kelucuan.
“Ni aku dah potong buah tembikai dengan oren ni, kau bawa kat depan. Biar aku yang basuh pinggan ni!”
Bagai pucuk dicita ulam yang datang, Alia bergegas mencapai pinggan berisi tembikai dan oren yang sudah dipotong kehadapan. Aku mengambil alih tugas membasuh pinggan sehingga selesai.
Dari ruang dapur aku melihat Umi dan emak serta abah rancak berbual dengan Alia dan Rizal. Tidak kelihatan abah mertuaku dan Ikhwan. Aku naik ke tingkat atas untuk melihat Ikhwan.
“Pak cik dah anggap Hana tu macam anak pak cik, Wan. Bagi pak cik kebahagiaan Hana kebahagiaan pak cik juga. Pak cik tengok Wan dengan Hana serasi.”
Aku kehairanan mendengar suara abah mertuaku di dalam bilik khas untuk bersolat itu. Daun pintu kutolak pelahan. Aku dapat melihat Ikhwan duduk bersebelahan dengan abah. Sejadah masih belum dilipat. Aku kaku di situ. Tidak keluar suaraku.
“Kami cuma kawan, pak cik” ringkas jawapan Ikhwan.
“Wan sayangkan Hanakan? Kenapa Wan tak nak luahkan perasaan tu?”
“Tak penting perasaan Wan pada dia. Biarlah, Wan tak pernah mengharap Hana akan ada perasaan yang sama pada Wan!”
“Wan, pak cik rasa Wan cubalah beri peluang kat diri Wan. Takkan Wan nak terus macam ni? Hidup kita ni perlu berteman, taklah rasa sunyi. Makan ada orang jaga. Pagi-pagi nak pergi kerja ada sarapan tersedia. Bila penat seharian kerja balik rumah ada orang sambut, penat pun boleh hilang tengok senyuman isteri!”
Ada nada gurauan dalam bicara abah mertuaku. Ikhwan hanya ketawa kecil mendengarnya. Aku yang masih setia berdiri dihadapan pintu hanya tersenyum. Susuk tubuh Ikhwan ku perhati lama. Perasaan cintanya padaku tidak pernah mati.
“Saya dah biasa hidup sendiri, pak cik. Dah tak penting ada teman atau tak. Lagipun saya sentiasa sibuk dengan kerja. Perkara tu bagi saya langsung tak penting.”
 “Cubalah, Wan. Hana tu lembut orangnya. Wan cuba menangi  hati dia. Kalau dulu Wan tak berjaya, bukan bermakna hari ni Wan akan terus gagal. Mungkin Hana akan cuba mengelak dari semua ni sebab dia merasakan dia tidak sepatutnya mengkhianati cinta arwah Syahril tapi pak cik yakin kalau Wan yang mulakan dulu Hana akan menilai kembali perasaannya pada Wan! Pak cik dan Umi tak pernah menghalang siapa pun pilihan Hana. Malah kami gembira, Wan! Sekurang-kurangnya dia ada tempat bergantung. Kadang kadang pak cik kasihankan Hana muda-muda lagi dah diuji sebegini. Bila Ikhwan datang macam tu jugalah impian pak cik lebih-lebih lagi bila pak cik tahu siapa Ikhwan.” Ada keluhan di hujung bicara abah mertuaku.
“Tak apalah, pak cik. Saya tak nak persahabatan ni musnah kerana perasaan yang tak sepatutnya saya ada terhadap Hana.”
“Siapa kata perasaan Wan pada Hana tak patut wujud? Bagi pak cik, Wan adalah seorang lelaki yang boleh pak cik percayai untuk membahagiakan Hana.”
Ikhwan diam lagi. Dia hanya tunduk merenung lantai. Aku pula sudah tidak sanggup mendengar lagi perbualan itu. Segera aku melangkah ke tingkat bawah menyertai mereka yang sedang rancak berbual.
Selang beberapa minit kemudian abah mertuaku dan Ikhwan turun. Ikhwan duduk disebelahku. Aku tidak memandangnya, sebaliknya berpura-pura mendengar Alia bercerita. Ikhwan juga tidak bersuara. Hanya mendengar cerita Alia yang diselang selikan dengan pertanyaan keluargaku. Alia memang mudah ramah. Mungkin sebab itu aku senang berkawan dengannya.
“Thanks for the dinner.” Ucapan terima kasih Ikhwan aku sambut dengan senyuman.
Jam hampir menunjukkan pukul dua belas malam ketika Alia dan Rizal pulang. Ikhwan menyusul kemudiannya setelah Adam merengek minta Ikhwan temankan dia tidur. Tidak pernah Adam berperangai macam tu namun aku membiarkannya. Kedua-dua ibu bapaku pula hanya tersenyum melihat gelagat cucu mereka yang semakin hari semakin manja dengan Ikhwan. Adam... Adam...

5 comments:

epy elina said...

hohoho....
adam 2 mcm tahu2 jer....
adam jd org tngh antra hana ngn wan....
sporting jg xabah hana 2...
siap sruh wan pikat hana blik....
wan 2 lembap la...
try la dulu...
klu hana reject kali ni bru ptus asa...
ni x brjuang dah mngaku kalah....

violet said...

hopefully....hana akan bersama ikhwan....pesanan utk ikhwan....luahkanlah perasaan anda sebelum terlambat.....utk semua jgn biaqkn ego anda menghalang anda dri mengecapi bahagia...

MaY_LiN said...

aha..
ikhwan..ikhwan..
da dapat green light tu..

Alya Ardini said...

kamon ikhwan .... cepat sikit pikat hana balik ... heheheh ....

hana dah tunggu lama dah ....

sian kat adam .... nak ada papa gak ....

cinta terindah said...

a;ah kan miss nera...kena Wan yg mulakan blek...hehehe...best2!!! nk lg...