Thursday, March 11, 2010

KERANA SAYANG 24

 Sebelum korang baca, MN nak minta maaf di sini sekiranya bab ini rasanya tidak patut berlaku seperti yang digambarkan MN! enjoy!!
 ---------------------------------------------------
Tengah hari itu aku menemui Ikhwan di sebuah restoran makanan segera berhampiran pejabatku. Semalam ketika aku selesai menunaikan solat isya’, Ikhwan menghubungiku. Teruja juga aku menerima panggilannya setelah aku yang selama ini yang menghubunginya terlebih dahulu. Terasa hadir satu perasaan yang Cukup asing tika mendengar suaranya memberi salam. Perasaan yang sudah lama aku kuburkan jauh di lubuk hati. Namun, cepat-cepat aku hindarkan demi terbayangkan wajah arwah suamiku.     Aku  cuba berlagak tenang ketika menghampiri Ikhwan yang sudah menunggu. Lelaki itu merenungku sedari aku melangkah masuk tadi. Namun, debaran dihatiku hanya TUHAN sahaja yang tahu.

“Sorry, lambat sikit. Erm, Wan nak makan apa?”

“Apa yang Hana order saya makan,” ujar Ikhwan sambil tangannya menghulur bungkusan tisu kepadaku. Aku menyambutnya kerana tahu mukaku sedang berpeluh.

“Kenapa berpeluh sangat ni?” tanyanya.

“Berlari tadi. Tengok jam dah lambat.” Jawabku sambil memberikan senyuman kepada Khairil dan Imran yang sedang memandang kearahku.

“Siapa suruh lari? Lambat sikit ajer, Wan pun baru jer sampai.”

“Tak apalah. Hana dah biasa macam ni! Wan nak air apa?” tanyaku yang sudah bangun.

“Tak apa, biar saya yang order.”

Ikhwan bangun dan terus ke kaunter. Aku hanya memerhati. Sikap prihatinnya sedikit menyentuh perasaanku. Tentu sahaja dia tidak mahu menyusahkan aku yang kepenatan.

 “Wan order milo untuk Hana. Okay?”

Aku mengangguk tanpa memandangnya kerana lebih tertumpu kepada hidangan yang berada di dalam ‘tray’.

“Wan beli satu ajer ker?”

 “Saya dah makan nasi lemak pukul sebelas tadi. Kenyang lagi.”

“Hana tak boleh habislah makan ni. Kita kongsi okey? Wan ambil satu, Hana ambil satu.”

Aku meletakkan seketul ayam ke dalam bekas kertas dihadapan Ikhwan. Dia hanya memesan ‘Cheesy Wages’ dan coke. Ikhwan tidak membantah. Sambil makan kami berbual panjang.

“Kawan Wan ni lelaki ke perempuan?”

“Perempuan.” Jawab Ikhwan ringkas, sambil matanya memerhati gambar yang dibawanya. Jawapan bersahajanya membuatkan hatiku terasa semacam. Kawan yang macam mana? Kawan istimewakah?

“Orangnya mesti cantikkan?” tanyaku lagi, cuba memancing perhatian Ikhwan.

“Ya, cantik. Mix. Arab ada, Acheh pun ada. Erm, kalau tak silap nenek dia orang Britain.”

Aku mencebik mendengar pengakuan Ikhwan. Pertama kali aku mendengar Ikhwan memuji perempuan.

“Wan tak jatuh hati ker dengan dia?”

Ikhwan memandangku agak lama sebelum pandangannya di alihkan setelah menyedari rakan-rakan sekerjaku melintasi kami. Aku sekadar tersenyum

“Hana masuk kerja pukul berapa?” tanya Ikhwan setelah rakan sekerjaku beredar.

“Tak tentu. Kalau lunch lambat, lambatlah masuk. Erm, Wan tak jawab lagi soalan Hana tadi. Wan tak jatuh hati ker dengan dia?”ulangku.

“She’s only my friend, okay?”

 “Okay, Hana percaya cakap Wan! So, Wan admire yang macam mana?”

Ikhwan tidak pantas menjawab sebaliknya dia merenungku. Lama, membuatkan aku kurang selesa tapi entah kenapa dalam rasa tidak selesa itu ada perasaan lain yang muncul.

“Well encik Ikhwan, saya ni tak fahamlah jawapan yang awak berikan tu! Saya ni tak mampu baca fikiran orang melalui telepati.” Aku sengaja bergurau dengannya. Ada segaris senyuman terukir dibibirnya.

 “Entahlah. Rasanya ciri-ciri yang perlu ada kat seseorang yang boleh buatkan saya sukakan dia adalah macam….” Ikhwan bercakap lambat-lambat. Sengaja membiarkan aku menunggu.

“Macam siapa? Sajer nak buat orang tunggu. Cepatlah!”

“Erm, well dapat yang macam Beyonc√© ker! Macam Preity Zinta ker! Erm, tak pun macam Mariah Carey.” Ikhwan ketawa melihat reaksiku yang marah dengan jawapannya. Aku tahu dia sengaja berkata begitu.

“Hana seriouslah. Dia buat main-main pulak!”

Ikhwan hanya tertawa kecil. Sejak hubungan kami semakin baik Ikhwan sudah boleh bergurau denganku. Cuma aku seperti berharap Ikhwan akan meluahkan rasa hatinya terhadapku.

“Ker Wan tunggu Hana?” soalku bersahaja.

Hilang tawanya. Ikhwan memandang ke luar. Aku tahu tidak sepatutnya soalan itu yang aku utarakan tika ini tetapi gelojak hatiku yang ingin tahu.

“Hana gurau ajerlah! Janganlah macam ni! Hana janji Hana takkan cakap lagi, okey?”

Ikhwan tetap membisu. Entah apa yang merasukku, jari jemari Ikhwan kucapai. Ikhwan kelihatan terkejut tetapi mungkin rasa serba salah untuk menarik tangannya. Cincin platinium yang dipakainya kusentuh pelahan. Ada terukir sesuatu dibelakang cincinnya itu.

“Hana, please!” Ikhwan bersuara pelahan.

Aku tidak memperdulikan kata-katanya sebaliknya cuba memutarkan cincin berwarna putih itu. Akhirnya Ikhwan menarik kasar tanganya. Lantas cincin itu ditanggalkan dari jari manisnya lalu dimasukkan ke dalam saku bajunya. Aku tahu Ikhwan sudah lama memakainya kerana jelas terdapat kesan yang ketara di jari manisnya.

 “Hana, boleh tak kita tak cakap pasal hal ni? Please!”

Melihat wajah Ikhwan yang penuh mengharap aku mengangguk walaupun aku berharap sangat Ikhwan akan mengaku tentang perasaannya yang masih wujud untukku.

“Okay, Hana minta maaf sekali lagi. Hana tahu Hana tak patut ungkit cerita tu. Maaf ya?”

“Hana nak masuk office pukul berapa ni?”

“Hana tak masuk office pun. Nak terus pergi Bukit Antarabangsa. Erm, kawan Wan yang nak Hana tolong tu tinggal kat mana?”

“Petaling Jaya. Hari ni dia tak ada, outstation. Esok saya bawa awak jumpa dia. Itupun kalau awak tak busylah.”

“Esok Hana ada meeting tapi sebelum lunch habis kot! Petang tu pulak dalam pukul tiga setengah Hana kena pergi Bukit Tunku. Masa lunch tu boleh tak?”

“Okay. Nanti saya beritahu dia.”

Melihat Ikhwan yang seperti sudah kehilangan mood untuk berbual aku mengambil keputusan untuk beredar.

“Hana kena pergi ni, nanti marah pulak client. Wan cakap semalam nak bagi something kat Hana. Mana?” tanyaku, tidak lebih daripada ingin memulihkan suasana tegang ini.

“Erm, saya belum cari lagi. Nantilah saya bagi.” Acuh tidak acuh Ikhwan menjawab. Sedangkan aku sudah nampak bungkusan yang berbalut dikerusi sebelahnya.

“Kalau macam tu, tak apalah. Hana pergi dulu. Sorry sebab Wan yang belanja Hana hari ni tapi lain kali Hana janji Hana belanja, okey?” Ikhwan menyambut kata-kataku dengan senyuman yang cukup hambar.

Sebaik sahaja aku melangkah keluar, aku terasa sebak tiba-tiba. Terasa ingin menangis dan bagai tidak dikawal air mataku mengalir deras. Tergesa-gesa aku masuk ke dalam kereta. Aku cuba untuk berhenti menangis tapi aku gagal. Sebaliknya aku menangis teresak-esak. Telefon bimbitku berbunyi tiba-tiba. Tanpa memandang nama yang tertera di skrin aku terus menekan butang berwarna hijau.

“Hana…,” sebaik sahaja mendengar suara Ikhwan tangisanku semakin menggila.

“Kenapa ni? Kenapa Hana menangis? Hana…”Aku tidak mampu untuk bersuara. Aku sendiri tidak tahu untuk apa aku menangis.

“Buka pintu kereta Hana sekarang.”

Aku memandang keluar. Ikhwan sedang menghampiri keretaku.

“Buka pintu sekarang.” Ikhwan seperti memberi arahan.

Ikhwan masuk ke dalam keretaku. Bungkusan berwarna biru laut itu diletakkan di atas dashboard kereta. Aku sekadar memerhati dengan ekor mataku.

“Hana marahkan Wan?”

Aku menggeleng. Aku tidak sanggup memandang Ikhwan saat itu. Aku tidak mahu dia melihat mukaku yang kemerahan kerana menangis.

“Habis tu kenapa menangis?”

Aku menggeleng lagi. Ikhwan kedengaran mengeluh lemah.

“Hana, saya minta maaf sebab berkasar dengan Hana tadi! Saya tak berniat tapi saya harap Hana faham. Saya harap Hana tak cakap pasal perkara tu lagi.”

“Kenapa?” Dalam payah bersuara aku bertanya. Sesungguhnya aku ingin tahu tentang itu.

“Please, Hana! Jangan tanya kenapa. Saya tak ada jawapan untuk tu! Cuma saya harap selepas ni Hana janganlah bergurau dengan saya macam tadi. Saya tak selesa.”

“Hana minta maaf. Hana tak ada niat nak buat Wan tersinggung atau tak selesa. Hana tahu memang salah Hana dan Wan mesti marahkan Hana. Hana tak patut tanya Wan perkara yang dah lepaskan?!”

“Saya tak marah.”

“Yerlah, Hana percaya Wan tak marah sebab tu masa Hana pegang tangan Wan tadi Wan tarik tangan Wan! Dulu boleh pulak Wan peluk cium Hana!” tangisan yang terhenti sebentar tadi hadir kembali.

“Hana, please! Dah berapa kali Wan cakap jangan ungkit lagi pasal tu. Saya tahu salah saya, saya bodoh menilai perasaan Hana.” Keras nada suara Ikhwan. Kali ini aku memusingkan badan menghadapnya.

“Wan…”

Aku mencapai tangan Ikhwan tetapi cepat sahaja dia menarik tangannya semula. Kasar dan sedikit membuatkan aku tersinggung.

“Hana minta maaf. Hana tak ungkit lagi, okey? Please! Hana tak akan cakap sikit pun pasal tu lagi. Hana janji.”

Ikhwan merenungku tajam. Mukanya merah padam. Marah sangatkah dia kepadaku?

“Jangan ulang lagi,okay?! Last!” ujarnya pelahan tetapi cukup tegas.

Aku mengangguk bagaikan burung belatuk. Di dalam hati aku berjanji kepada diri sendiri tidak akan bercakap soal hati dan perasaannya terhadapku lagi.

“Dan jangan menangis depan saya lagi!”ucap Ikhwan sambil pintu kereta ditolaknya pelahan dan terus keluar dari keretaku. Bungkusan itu dibiarkan di atas dashboard keretaku. Aku tahu Ikhwan sengaja meninggalkannya kerana hadiah itu tentu sekali untukku. Aku menghidupkan enjin kereta sebaik sahaja melihat kereta Ikhwan yang melucur laju meninggalkan kawasan tempat letak kereta dihadapanku. Tanpa sebarang pamitan.

11 comments:

Alya Ardini said...

why ikhwan? ... why? ....
whats bothering you? ....
whats stopping u from having hana as ur wife? ...

kerana dia seorang balu!! ..

ini tidak adil ikhwan! .. u mencintai hana! ... kenapa diseksa hati itu ....

erkkk .... emo nya heeeeee

Alya Ardini said...

kenapa alya merasakan yang ikhwan menyimpan sesuatu dari pengetahuan hana ....

muka pucat! .. ukhwan sakit ke missnera? ...

oh tidaaaaakkkk!! Jgn diseksa hati hana cik MN .... dia baru kehilangan syahril .... jgn bagi dia kehilangan ikhwan ...

huuuuuuuuu

bibi said...

jgn kate ikhwan sakit dh r.xnk!!!sedih...

Anonymous said...

So sad.........
Why ikhwan...why...
kesian hana...

epy elina said...

hohohoho...
napa wan bt mcm 2 kat hana....
wan x thu ke hana dah bg green light.....
x mau apa2 brlaku ngn dorng....
tndkn wan mcm 2 btkan hana jd pipi tersorong2...
sbgai pmpuan malu jg...
hmmmmmm.....

haslin said...

Cayalah Ikhwan... Barulah best mcm ni. Jgn Hana ingat Ikwan asyik terhegeh-hegehkan dia. Biar Hana cemburu sikit. Then only she realized that the feeling that she had is actually LOVE... Best.best. cepat-cepat update entry...

cinta terindah said...

ermmmm...btul 2 haslin...
tak pnah plak tpkir napa wan jual mhl gila2!!! biar Hana lbh menghargai Wan lps nie...huhuuu

Anonymous said...

huhuhu..sadis plak.. =(
MN pat ckit upload n3 seterusnya..x sabar plak..huhuhu..
mengalir plak air mata ni..heee.. =D

MaY_LiN said...

sedih nye..
terasa di reject..

nur zalina said...

kenapa wan tu.ape perasaan kat hana n hana mesti dah cinta kat wan

akak said...

hmm...sekali dah terluka payah nak baik kot heheh..!