Friday, March 12, 2010

KERANA SAYANG 25

Selepas ke rumah Mr. Cheng, aku singgah di Mid Valley. Sebelum keluar pejabat tadi Suzila ada memberitahu pusat membeli belah itu sedang mengadakan jualan murah. Seronok dia bercerita dan aku pun menjadi mangsa pujukannya untuk membeli. Sebenarnya, aku ingin membeli beberapa helaian pakaian untuk mak dan ayah serta mertuaku. Untuk Adam juga. Sudah lama rasanya aku tidak membelikan mereka pakaian baru.
Sedang aku memilih beberapa helai pakaian untuk Umi dan emak, aku menangkap satu suara wanita berhampiranku. Manja suaranya. Bukan suara wanita itu yang membuatkan aku tertarik hati untuk menoleh tetapi tatkala aku mendengar suara lelaki yang menjawab pertanyaan wanita itu.
Berderau darahku saat aku terpandangkan Ikhwan dengan wanita cantik sedang membelek skirt. Aku terkaku di situ. Mungkin menyedari aku memandangnya, Ikhwan ikut memandangku. Wajahnya nyata menunjukkan riak terkejut. Mata kami bertentangan. Masing-masing kaku. Akhirnya, dengan kekuatan yang masih ada aku melangkah meninggalkan tempat tersebut. Entah kenapa saat itu air mataku mengalir. Entah apa, aku sendiri tidak pasti. Mungkinkah aku cemburu dengan wanita disamping Ikhwan? Aku lepaskan tangisan sebaik sahaja tubuhku memasuki kereta. Sekali lagi aku menangis kerana Ikhwan!
Beberapa ketika aku membiarkan diriku terus hanyut di dalam tangisan. Aku ingin lepaskan apa yang bermukim di hatiku walau aku masih keliru dengannya. Seketika kemudian aku memandu keretaku meninggalakn kawasan letak kereta itu.


Kebisuan Ikhwan membuatkan aku merana. Dia langsung tidak menghubungiku setelah peristiwa tersebut. Aku pula segan dan malu untuk bertanyakan perihal Ikhwan dan wanita cantik itu kepada Alia. Aku tidak mahu Alia terus memberatkan kepalaku. Saban waktu aku cuba menafikan kewujudan perasaanku terhadap Ikhwan. Perasaan cinta terhadapnya! Namun, semakin itu juga aku semakin merasakan kewujudannya. Inikah hukuman dan balasan untuk aku kerana pernah menyeksa perasaannya dahulu? Ah!!!!
Kebisuan Ikhwan membuatkan aku cuba untuk tidak menganggunya. Takkan orang tak nak aku yang terhegeh-hegeh. Andai dia ingin terus mengelak dariku apa lagi yang harus aku lakukan? Apa perlunya aku menyakitkan jari-jemariku mendail nombor telefonnya semata-mata untuk mendengar alasan yang sudah dapatku hafal jawapannya? Apa perlunya aku begitu baik hati membiarkan bil telefon aku melambung sekadar untuk mendengar suara mesin meminta aku meninggalkan pesan dan kemudiannya panggilanku tidak di balas?
Keluargaku juga sering bertanyakan Ikhwan. Sudah lama dia tidak menjejakkan kakinya ke rumah kami. Paling tidak pun dia hanya akan berhubung melalui telefon. Mendengar emak berkata begitu aku sedikit terkilan dan tersinggung. Bagaimana dia boleh ada masa untuk menghubungi keluargaku sedangkan untukku masanya bagaikan suntuk?!
Ah, susah benar untuk aku memahami lelaki bernama Ikhwan ini! Kedinginannya menyeksakanku. Sikapnya sukar kuduga. Bukankah dia mencintaiku? Tetapi kenapa dia ingin terus mengelak bertemu dan menjawab panggilanku? Bukankah itu yang sering diharapkan oleh lelaki lain?
“Hanis, encik Rustam tunggu you kat meeting room!”
Laungan Kumar mengejutkan aku dari lamunan. Aku mengeluh. Soal Ikhwan benar-benar menganggu tumpuanku. Tertekan aku dengannya. Dengan malas aku mencapai draf-draf contoh lantas terus melangkah ke bilik mesyuarat. Kalau tidak kerana Kumar tadi tentu sahaja aku sudah terlupa temu janji dengan pelanggan baru kami.
“Here you are. Come in, Hanis!”
Aku cuba mempamirkan seikhlas mungkin senyuman kepada Encik Rustam. Biarlah aku dengan masalahku sendiri.
“Ini uncle kenalkan designer terbaik uncle. Hanis Farhana!”
Sebaik sahaja lelaki yang dimaksudkan oleh Encik Rustam berpaling kepadaku, aku terkejut besar. Hampir menjerit! Nasib baik aku dapat mengawal diriku. Lelaki itu juga nampaknya mengenaliku. Cuma mungkin dia masih memikirkan siapa aku.
“So, inilah Hanis Farhana. Ehem, lama tak jumpa. Tak sangka you still the same Hanis Farhana ten years ago. Still beautiful and gorgeous!”
Aku tersenyum mendengar pujiannya. Bukan aku tidak kenal lelaki itu! Sepuluh tahun tidak bertemu tidak mampu meminggirkan memori lama itu. Dia masih lagi romeo Sekolah. Tidak lekang dengan kata-kata pujian!
“Well, you pun apa kurangnya. Masih romeo macam dulu. Tak habis-habis dengan pujian!”
Lelaki itu ketawa lepas. Menampakkan lesung pipitnya. Masih seperti sepuluh tahun lalu. Tidak banyak berubah cuma mungkin dia semakin berisi malah semakin cerah. Encik Rustam kehairanan melihat kami.
“Korang dah kenal lah ni ya?”
“Mana tak kenalnya, uncle. Satu sekolah, satu kampung dulu. Ratu kampung ni uncle!”
Aku mencebik. Sedar Luqman sememangnya pandai memuji. Sedangkan aku bukanlah ratu kampung seperti yang dikatakan. Aku bukanlah gadis yang digila-gilakan oleh pemuda-pemuda kampung. Teringat aku kepada Niza. Ratu kampung yang mudah sahaja dikerumuni lelaki. Ibarat dirinya gula dan lelaki-lelaki itu semut. Aku tersenyum sendiri. Ah, perempuan itu! Apa sudah jadi dengannya sekarang ni?
Pertemuan yang sepatutnya atas urusan perniagaan bertukar kepada perbualan peribadi. Encik Rustam membiarkan aku bersendirian dengan Luqman. Luqman banyak bercerita. Aku pula sekadar mendengar dan mencelah bila perlu. Tentu sahaja cerita Luqman mengamit memori sewaktu dibangku sekolah menengah.
“Bila I balik semula Ipoh, I dapat cerita you dah kahwin. Frust juga I masa tu. Yerlah, dulu I pernah nak purpose you tapi you tolak mentah-mentah.”
“Amboi, kenakan I! Tengoklah time you purpose I tu bila pula? Baru habis SPM. Gila apa!”
Luqman ketawa lagi. Lelaki ini memang senang ketawa. Sukar untuk melihat dia marah atau bersedih. Mungkin kerana itulah dia merupakan jejaka kegilaan pelajar-pelajar perempuan! Dari pelajar tingkatan satu sampailah ke tingkatan enam cuba mendekati.
“So, dah berapa orang anak sekarang?”
“Seorang ajer. Lelaki.” Jawabku ringkas.
“Ehem dah lama you kahwin takkan seorang jer kot! Jangan cakap you merancang!” guraunya. Aku tersenyum tawar. Masakan aku merancang kalau sudah ALLAH memberi rezeki mana mungkin akan kutolak. Anak adalah anugerah yang tidak terhingga lambang cinta dua hati.
“Husband I dah meninggal empat tahun lepas. Accident.!”
Terpempan Luqman mendengar berita yang kubawa. Tersandar dia di kerusi.
“I’m so sorry, Hanis! I tak tahu….”
“It’s okay, Man! Itu hakikat yang terpaksa I terima. Suami I  pergi ketika I amat memerlukannya tapi I redha. ALLAH lebih mengkehendaki. Well, you pula macam mana? Romeo macam you ni mesti ada Julietnyakan?”
Luqman tersengih. Dia menarik kerusinya supaya dekat dengan meja. Melepaskan keluhan.
“Juliet I tak muncul lagi, Hanis! Kalau ada pun semuanya tak guna.”
Berkerut dahiku mendengar setiap butir bicara Luqman. Masakan begitu sekali! Kecewa benar nada suaranya.
“You tu memilih sangat kot!” dugaku.
“I tak memilihlah tapi yang berani dekat dengan I semuanya tak sesuai dijadikan isteri. Ehem, I pernah minat seorang perempuan ni tapi bila I luahkan ajer apa yang terpendan dalam hati I terus dia hilangkan diri. Tak dapat dikesan sampai hari ni!”
“Takkan sampai macam tu sekali kot!”
“Takkan you tak percaya. You pun macam tu jugak, bila I purpose terus hilangkan diri. Nasib baiklah hilangkan diri kat UiTM jer. Boleh juga I cari. Ni entah ke mana menghilang!”
Aku ketawa kecil mendengarnya. Walaupun aku tahu Luqman serius bercerita perihal gadis yang telah berjaya memikat hatinya dia masih sempat bergurau.
“Cantik tak Juliet you tu?”
“Erm, bagi I cantiklah. Dia tu abang I punya kerani. Selalu dok tengok muka dia I jadi syok pula. Dia pula taklah sombong macam perempuan-perempuan perasaan cantik. Bila I tegur dia tegur balik tapi taklah mengedik semacam. Bila I cakap I dah jatuh cinta dengan dia, dia memang terkejut dan tak percaya. Dia kata I main-main. I apalagi masa tu juga I bawa dia jumpa abang I dan I cakap dengan abang I, dia akan jadi isteri I. Gempak satu office abang I hari tu. Abang I tak cakap apa-apa cuma you tahulahkan dia nasihatkan apa kat I? Seharian I explain kat dia tapi dia masih tak percaya. I bagi dia masa fikirkan apa yang I cakap. You tahu apa yang terjadi lepas tu?”
Aku mengangkat tangan. Seronok pula mendengar cerita Luqman. Dia masih mampu tersenyum bercerita tentang hal yang tentu sahaja menyedihkannya.
“Esok I datang office, awal-awal lagi abang I panggil I masuk bilik dia. Dia tunjukkan I surat. Bila I buka jer surat tu rupa-rupanya that girl bagi surat resign twenty four hour! I memang frust masa tu. I tanya member-member dia, semua tak tahu. I pergi rumah sewa dia. Kawan dia cakap dia dah pindah.”
Luqman kembali menyandarkan tubuhnya di kerusi. Ada kekecewaan di wajahnya. Aku tidak berani bersuara. Takut hati dan perasaan Luqman terguris. Aku tahu orang yang sentiasa cerialah yang paling sensitif. 
“Sekarang dah lunch time. Kita lunch sama, I belanja!” ujarku menutup ruang kebisuan.
“Ha, itulah yang I nak dengar dari tadi. You tahu tak perut I ni tak berisi dari pagi tadi?! Ingatkan datang sini bolehlah kenakan uncle I tak sangka pula jumpa you!”
“You ni memang! Dari dulu tak berubah. I ingatkan dah jadi orang business ni perangai dah berubah tapi sama jer! Tak berubah!”
Luqman ketawa kecil sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal. Kami berjalan beriringan menuju ke bilik Encik Rustam. Ketuaku itu tiada di dalam biliknya. Menurut Maisarah, encik Rustam sudah keluar. Akhirnya hanya aku berdua dengan Luqman.

8 comments:

Alya Ardini said...

apa dah jadi dgn ikhwan ni miss nera? ...

tak sabar nak tau cerita selanjutnya .... huhu ....

epy elina said...

hohoho...
pnatla ngn ikhwan ni....
tmpoh ari bila dia thu hana suke syahril trus dia bwa pmpuan spya hana ingt dia curang....
then keadaan sma skrg ni...
mst ada sbb dia bt mcm 2....
mst lakonan smata2....
agaknya hana ngn ikhwan x ada jodoh kot....

Hana_aniz said...

nak hanis dgn luqman!!
serius!
coz luqman menunjukkn kesungguhn dia bila dia jtuh cinta.
kebiasannya playboy ni memg hebat bermain cinta. tp, once dia da jumpa yg btol2 nyer.. haa.. memg tu leh nmpk r kesetiaan dia yg menggunung tinggi tu!

farwisy said...

Mesti terserempak ngan ikhwan nnt, biar dia jeles sket..best2

MaY_LiN said...

alahai~
jmp member lame lak..
ntah2 pasni terserempak ngan wan lak

akak said...

wah..MN, dah keluar watak pesaing baru ke? hehehe bagus gak.. ada challenge..Kasi gempak kat Ikwan..
ataupun biarlah Hana ngn Luqman terus klu btol2 Luqman sayang kat Hana..biar Ikhwan ngaga sekali lagi hik3 (wah ada sudah tumbuh tanduk merah)!!!

Anonymous said...

~~MN x nak lah hana dgn lokman..~~
~~biar la hana dgn ikhwan..~~
~~cian ikhwan..lame da tggu hana..smpai patah2 ati dia..huhu..~~
~~sadis nyer la ending dia..klu hana x bersama dgn ikhwan..plss.. =D ~~

cinta terindah said...

ermmmm lpas nie mst ada crita Hanis ngn Luqman...hehehe...
jgn la bg Ikhwan melepas kali ke-2...