Saturday, March 13, 2010

KERANA SAYANG 26

bab ini auto-publish... sekarang MN otw balik kampung! hati sedikit runsing. jangan lupa ya nikmati secawan latte sambil membuat senaman mata dengan membaca KERANA SAYANG. oh jangan lupa lawatilah AKSARA KERAIAN untuk melewati kehidupan seorang Raihanna di dalam MURNI KASIHMU!

*********-----------------------------------------*********

Aku memangkirkan keretaku di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Taman Tun Dr. Ismail. Pilihan Luqman kerana menurutnya dia sudah lama tidak makan nasi kandar di restoran itu. Nasib baiklah jalan tidak begitu sesak waktu itu.
Sedang aku dan Luqman mencari tempat duduk mataku terpaku ke arah sesusuk tubuh yang turut memerhatikanku. Ikhwan hanya merenungku sebelum pandangannya kembali memberi tumpuan kepada orang yang berada dihadapannya. Geram benar aku dengannya!
“You pandang siapa tu?”
“Mana adalah. I dok cari tempat duduk. You punya pasallah nak makan kat sini sangat, dah tak ada tempat duduk!” gerutuku, cuba menutup rasa marah pada Ikhwan.
“Tu ada tempat. Diaorang dah nak bangun tu. You duduk situ, I ambilkan you makanan. You nak apa?”
“Samalah macam you tapi I nak air teh ais!”
Luqman mengangguk sebelum dia turut ikut beratur memesan makanan. Aku mengambil tempat yang baru sahaja dikosongkan. Betul-betul di hadapan Ikhwan. Aku memilih untuk duduk berhadapan dengannya. Aku ingin melihat reaksi Ikhwan nanti. Aku ketawa di dalam hati tatkala terbayangkan raut wajah Ikhwan melihat Luqman!
“Fuh, panas betul! I pilihkan you lauk ni. Okay tak?” tanya Luqman sambil meletakkan pinggan berisi nasi dan lauk. Aku mengangguk tapi mataku memandang Ikhwan. Seperti yang telah ku duga raut wajahnya berubah sama sekali. Cemburu?!
“Berapa semua ni?” tanyaku masih memandang Ikhwan yang sudah memandang ke arah lain. Aku tersenyum melihat reaksinya.
“I belanja. Nanti-nanti you belanja pula!”
“Lah, kan tadi I cakap I yang belanja!”
“Tak apalah. Kali ni I belanja. Lain kali you belanja pula. Macam you tak faham jer kalau dah I belanja hari ni! Nak tak nak you kena belanja I nanti! Adalah alasan I nak ajak you keluar!”
Aku mencebik mendengar kata-kata Luqman. Sempat aku melirik memandang Ikhwan. Mata kami beradu. Aku tahu Ikhwan merenungku sedari tadi. Biarlah! Aku lebih suka begitu. Aku suka melihat Ikhwan cemburu. Cemburunya tanda dia sayangkan aku!
Ah, aku sudah jatuh cinta dengan Ikhwan! Benarkah begitu? Atau sekadar seronok mengetahui ada lelaki yang mencintai aku dengan sepenuh hatinya?
“You ni melamun ya? I tanya you, you boleh buat bodoh jer!”
“Eh, sorry. You tanya apa tadi?”
“I tanya dah lama ker you kerja dengan uncle I?”
“Oh, lama jugalah. Erm, I tak tahu pulak Encik Rustam tu uncle you. You pulak tak muncul-muncul.”
“I baru ajer duduk KL. Belum sampai setengah tahun pun. Selama ni I kerja dengan abang I kat Ipoh. You tahulah I ni anak bongsu, abang I pulak tak percaya kat I duduk jauh-jauh. Dia ingat I ni budak sekolah lagi ker?! I ni dah boleh jadi bapak orang dah pun!”
“So, sekarang macam mana you boleh lepaskan diri?”
“Alah, I bagi alasan I dah tak boleh kerja kat sana lagi. Kalau I terus kerja kat sana I akan terus ingat that girl. Abang I apa lagi terus offer I uruskan office kami dekat sini.”
Sekali lagi aku melirik ke arah Ikhwan ketika menyedari lelaki itu sudah bangun dari tempatnya dan beredar. Aku mengeluh. Adakah Ikhwan akan terus mengelakkan diri daripadaku selepas ini?
“Eh you ni kenapa tiba-tiba mengeluh? Something wrong?”
Aku menggeleng dalam senyuman yang cuba ku ukirkan untuk Luqman.
“Sorry, Man. Sejak akhir-akhir ni I cepat penat. Banyak sangat kerja kot!”
“Erm, kalau macam tu nanti I beritahu uncle jangan bagi you banyak kerja. Kesian I tengok!”
“Eh, tak payahlah. Mungkin I tak cukup tidur ajer kot. Erm, macam mana orang Ipoh sekarang? Dah lama I tak dengar cerita. Niza macam mana?”
Terbeliak mata Luqman mendengar nama Niza sebelum dia ketawa lepas. Aku masih ingat lagi Luqman pernah mempermainkan gadis itu. Niza pula senang dipermainkan.
“Ada jer kat Ipoh tu. I tak sangka pulak dia boleh kahwin dengan Khairul, anak Pak Rahim lembu tu. Tak sangka perempuan tu hidup macam tu. Kalau tak silap I bulan lepas I dengar cerita suami dia tu kahwin lain. Lelaki mana yang tahan dengan perangai bak ratu si Niza tu! Perasan cantik. Perasaan bagus. Apa yang orang lain ada, dia nak jugak.”
Dari hal Niza, Luqman membuka cerita pasal kawan-kawan yang lain. Seronok aku mendengar cerita kawan-kawan lamaku yang sudah lama terputus hubungan. Ada yang berjaya. Ada yang gagal. Itu semua lumrah hidup. Orang yang rajin berusaha tentu sahaja akan berjaya. Hampir pukul tiga baru aku kembali ke pejabat itupun sekadar untuk mengambil draf-draf contoh sebelum aku ke Bukit Tunku menemui Datin Rohana. Selepas membuat perbincangan dengan wanita itu mengenai bentuk hiasan ruang tamunya aku terus sahaja balik ke rumah. Penat!
 “Mama penat ker?” pertanyaan Adam membuatkan mataku yang tadinya terpejam terbuka semula.
“Ya sayang. Mama banyak kerja hari ni? Erm, Adam belajar apa tadi?” dalam kepenatan aku bertanya.
“Melukis dan mewarna. Adam ambilkan mama air ya?!”
Aku mengangguk dalam senyuman. Bersyukur aku punya anak seperti Adam. Memahami tentang kerjaku walaupun umurnya baru menjangkau  empat tahun. Adam tidak banyak merengek dan tidak terlalu manja.
“Ini air mama. Ma, tadi uncle Wan datang. Dia belikan Adam baju. Cantik tak Ma?”
Hampir tersedak aku mendengar Adam menyebut nama Ikhwan! Baju berwarna biru tua yang dipakai Adam kutatap lama.
“Uncle Wan datang buat apa?”
“Tak tahu. Uncle tanya Tok tapi Tok tak ada. Wan Umi jer yang cakap dengan uncle. Uncle belikan Tok ngan Tok Wan hadiah.”
“Erm, untuk mama ada tak?” dugaku dan mengharap Adam memberi jawapan yang menggembirakanku.
“Ada.  Tok Wan tolong simpankan.”
Aku tersenyum. Pertemuan secara kebetulan tengah hari tadi berlegar di ruang fikiranku. Wajah cemburu Ikhwan menari-nari di ruang mata. Namun, aku rasa geram yang amat sangat kerana lelaki itu datang ke rumah saat aku tiada.
“Adam dah mandi belum? Kalau belum pergi mandi sekarang. Malam nanti kita keluar makan.”
Adam menjerit keriangan. Tubuhku dipeluhnya erat. Satu kucupan hinggap di pipiku. Aku ketawa dengan gelagat Adam.
“Apa yang seronok sangat cucu nenek ni!”
“Mama nak bawa kita keluar makan!” katanya girang.
Aku menyalami tangan emak sambil ketawa kecil melihat tingkah Adam yang seronok benar.
“Malam ni kita makan kat luarlah ya mak! Dah lama tak keluar ramai-ramai.”
“Ikut Hanislah. Tadi Umi cakap Wan ada datang. Tak sempat jumpa dengan mak dan abah. Wan ada bagi Hanis barang, emak dah letakkan di dalam bilik Hanis.”
Aku sekadar mengangguk. Rasa tidak sabar untuk mengetahui barang apakah yang dihadiahkan untukku. Namun, malu terhadap emak membantutkan keinginan.
“Mak nampak Hanis macam penat jer?! Pucat muka tu mak tengok. Banyak sangat ker kerja kat office tadi?” tanya emak lembut.
“Macam biasalah, mak. Kerja tak pernah habis. Cuma hari ni jer Hanis banyak kerja dari selalu. Ke hulur ke hilir.”
“Erm, pergilah mandi dulu. Nanti nak keluar pulak!”
Bagai pucuk di cita ulam yang mendatang, aku terus bangun membimbit beg kerjaku ke tingkat atas. Rasa tidak sabar untuk melihat hadiah apa yang diberikan oleh Ikhwan untukku menghilangkan rasa kepenatan.
Aku tersenyum sendirian saat barang yang diletakkan di dalam beg kertas itu berada di tangan. Baju kurung polos berwarna ungu muda berbunga halus dihujung lengan dan bahagian bawah. Turut serta selendang dari warna sedondon. Cukup cantik!
Aku bangun menghadap cermin sambil mengenakan baju kurung itu ke tubuh. Pandai Ikhwan memilih. Warna ungu begini memang warna kesukaanku. Aku teringatkan set kerongsang yang pernah di hadiahkan Ikhwan hampir dua bulan lepas yang masih tidak kugunakan.
Thanks, Wan!Ucapku sekadar di dalam hati. Aku berjanji kepada diri sendiri pemberian ini akan kujaga sebaik mungkin.

9 comments:

MaY_LiN said...

cemburu ya bang..
hikhikhik

epy elina said...

hohoho....
thu jg ikhwan cmburu ekkkk.....
tp ego wan 2 tnggi....
pura2 x kisah....
tp dlm ati sape thu....
bt lg....
br wan rsa....
yes....
hana dah suke kat wan....
bila la dorng ni mluahkan cnta msing2....

nurul_fs87 said...

humm..i like..ikhwan cemburu..hana cemburu..heee.. =P
luv ikhwan with hana.. ;))

Anonymous said...

Biarlah Luqman ngan awek yang dia nak tu
Hana biar tarik tali ngan Ikhwan.he he he .

jane said...

ngahhhahahahaah








kmen dulu, nnt aku baca previous episode

sofi said...

salam missnera
makin seronok, i like..

cinta terindah said...

aiiseh!! ada hikmah rupanya Hanis jmp Luqman...
hahahaha...Wan jelessssssss...
best la miss nera...mkin hot la crita nie...nak lggggggggggggggg....

Alya Ardini said...

ikhwan ni nak ke tak nak .... heheeh .... cepat la bertindak ...

kala padi katakan padi ...
tidak saya tertampi2 ...

..... heheheheeh

kumako said...

hahhaa...cmbru ek..