Tuesday, March 16, 2010

KERANA SAYANG 27

Petang Jumaat itu, aku keluar dengan Luqman. Bukan sebahagian daripada rancanganku bersama Alia tetapi aku keluar atas ajakan Luqman. Menemaninya membeli beberapa barangan untuk perhiasan rumahnya. Dia meminta pandangan aku tentang perhiasan yang sesuai dengan konsep apartmentnya yang sedangku laksanakan.

Sudah seminggu peristiwa terserempak dengan Ikhwan berlalu. Aku semakin tidak senang apabila memikirkan Ikhwan akan terus meminggirkan diri. Rasa menyesal pula menunjukkan kemesraan terhadap Luqman dulu. Mungkinkah Ikhwan akan terus mengelakkan diri daripadaku selepas menyangkakan aku sudah punya teman istimewa? Ah, Ikhwan jenis lelaki yang mudah mengalah! Dia tidak akan mencuba untuk mendapatkan aku andai dia mengetahui aku bersama Luqman! Dia lebih suka memberi ruang kepada lelaki lain! Aku ingin bercakap dengannya. Ingin menjelaskan kepadanya bahawa antara aku dan Luqman tiada apa-apa yang istimewa. Hatiku dan perasaanku sudahku tetapkan untuknya.

Aduh, perlukah aku yang meluahkannya dan memulakan dahulu? Sakit kepala aku memikirkannya. Keluargaku sudah dapat menghidu tentang kedinginan hubungan kami. Umi terutamanya. Acap kali Umi bertanya kepadaku tentang masalah antara aku dan Ikhwan. Aku tidak mampu memberikan jawapan kerana bukan aku yang bermasalah dengan Ikhwan tetapi Ikhwan yang bermasalah dengan aku.

“Hello, jauh you melamun! You ni I tengok macam ada masalah besar jer! Sejak I jumpa you muka you tu macam ada masalah jer. Ceritalah kat I itupun kalau you anggap I ni kawan youlah!”

“Tak ada apa-apa. You nak cari apa lagi?”

“Nothing tapi I nak you beritahu I sebab you macam ni? Kalau boleh I tolong I akan tolong.”

“I’m okay, Man. Masalah biasa jer. I boleh handle sendiri.”

“Boyfriend?”

Tersentak aku dengan serkap jarang Luqman yang mengena. Aku hanya tersenyum memandangnya.

“Erm, nantilah I cerita kat you ya?! Sekarang I masih belum bersedia lagi nak cerita kat you. You temankan I carikan baju untuk anak I boleh? Dah lama I tak shopping untuk anak I.”

“Okay. That’s up to you.”

Aku senang dengan sikap Luqman yang tidak suka memaksa. Luqman mencapai sehelai gaun berwarna biru muda kemudian dipadankan di tubuhnya. Aku hanya menggeleng melihat gelagatnya. Aku memilih beberapa pasang t-shirt dan seluar untuk Adam. Hampir jam sembilan malam barulah Luqman menghantar aku balik itupun setelah puas kudesak.

“Singgahlah dulu. Mesti mak dan abah I terkejut tengok you.” Pelawaku setelah kereta Luqman berhenti di hadapan rumah.

“Okay. Nak juga I kenal dengan bakal mertua I” ujar Luqman disusuli ketawa lepas apabila menyedari riak wajahku yang berubah.

“I gurau jerlah. Janganlah marah.”

Aku mencebik lantas terus sahaja keluar dari kereta Satria Luqman. Segala-galanya tentang lelaki ini aku suka. Dia bersederhana walaupun mampu untuk memiliki lebih daripada yang dia ada sekarang ini.

“Weh, you nak ajak I masuk ke tak ni? Kalau tak I balik!”

Aku berpaling ke arah Luqman yang menjerit agak kuat. Tersenyum aku dengan tingkahnya.

“Cepatlah, cik abang sayang!”

Giliran Luqman mencebik sebelum dia mendapatkan aku yang sudah membuka pintu pagar. Hatiku berdebar tiba-tiba tatkala terpandangkan kasut Ikhwan yang berada di hadapan pintu rumahku. Aku kembali ke pintu pagar, mencari kelibat kereta Ikhwan. Tiada.

“Kenapa dengan you ni? You tengok apa?” tanya Luqman yang turut mengekori aku. Aku menggeleng dalam sarat memikirkan perihal Ikhwan. Keretanya tiada tetapi kasutnya ada.

“Masuklah, you nak duduk luar jer ker? Jangan risaulah family I ada. Tak adanya pak imam nak serbu!” gurauku dalam sindiran melihat Luqman yang masih teragak-agak untuk masuk.

“Eh itu lagi bagus apa!? Dapat I kahwin free jer!”

Luqman ketawa lagi. Senang benar dia gembira walaupun aku tahu hatinya tidaklah segembira yang disangka. Dari ruang tamu aku sudah mendengar suara abah yang rancak bersembang. Mungkin mereka sedang menikmati makan malam. Debaran dadaku makin kencang apabila mendengar suara Ikhwan mencelah.

“Hai, seronok nampak!” sapaku. Serentak dengan itu suasana yang sebentar tadi agak kecoh senyap sunyi. Aku pasti bukan kerana sapaan aku tetapi lebih kepada kehadiran Luqman disebelahku. Aku terus memandang Ikhwan yang turut menoleh. Nyata wajah itu nampak kecewa.

“Er..Er.. mak, abah ni Luqman anak Pak cik Johari yang duduk dekat rumah Nek Jah tu. Masa kita kat Ipoh,” terangku. Mengharap Ikhwan tidak memikirkan terus tentang hubungan aku dan Luqman.

“Johari Hashim tu ker? Yang isterinya nama Faridah tu ker?” tanya abah.

Luqman mengangguk lantas tangannya dihulur kepada abah dan emak. Kemudiannya Umi dan abah mertuaku. Akhir sekali ke arah Ikhwan. Ikhwan menyambutnya tanpa senyuman. Aku tahu Ikhwan tentu sahaja cemburu dengan Luqman.

“Duduklah. Kami baru nak makan ni. Alhamdulillah, murah rezeki malam ni!” ujar Umi. Luqman mengambil tempat disebelah Ikhwan. Debaran di dadaku masih belum surut malah lebih pantas.

“Adam mana mak? Dah tidur ker?” tanyaku pada emak yang duduk disebelahku.

“Tengah mandi. Baru tadi naik mandi. Puas Umi dan emak paksa dia mandi tapi dia tak nak. Nak tunggu mama dia juga. Tapi bila Wan datang tadi suruh dia mandi cepat pulak dia naik mandi.”

Aku hanya mengangguk. Takut untuk memandang Ikhwan.

“Ayah kamu sihat, Man? Dah lama tak dengar cerita orang kampung. Rindu pula!” ujar abah dalam tawa kecil.

“Ayah saya kebelakangan ni tak berapa sihat, pak cik. Biasalah sakit orang tua.” Jawab Luqman.

“Macam mana pulak boleh jumpa dengan Hanis ni? Hanis pulak tak pernah cerita tentang hang!” giliran emak bertanya. Aku sekadar tersenyum. Membiarkan Luqman yang menjawabnya.

“Pak cik saya ketua tempat Hanis kerja. Kebetulan pula saya perlukan designer untuk apartment saya tu. Saya pun tak tahu yang Hanis kerja dengan uncle saya.”

Sepanjang makan malam itu, emak dan abah banyak bertanya. Luqman pula dengan senang hati melayan pertanyaan emak dan abah. Kadang kala mertuaku turut mencelah. Akhirnya, hanya suara mereka berlima kedengaran. Ikhwan membisu seribu bahasa. Begitu juga aku. Suara mereka berlima kedengaran sehinggakan selesai makan dan beralih ke ruang tamu.

“Ni kamu tak kenal Ikhwan anak Hanafi. Rumah kat tepi bukit tu!”

Aku mendongak memandang abah yang tiba-tiba menyebut nama Ikhwan. Kemudian aku memandang Ikhwan sekilas. Tidak mampu untuk memandangnya lama-lama.

“Patutlah, macam kenal jer tadi. Diam jer dari tadi. Tak bersuara pun. Perang dingin dengan Hanis ker!?”

Aku meneguk air liur. Kata-kata Luqman berupa sindiran semacam dia dapat meneka apa yang terjadi antara kami berdua.

“Entahlah, Man. Umi pun pelik dengan diaorang ni, macam orang bercinta bergaduh pula!” kata-kata Umi yang mencelah membuatkan jantungku berdegup pantas. Terasa malu bila aku dan Ikhwan menjadi topik perbualan.

Nasib baiklah, Adam yang merengek mahu tidur menyelamatkan keadaan. Terus sahaja aku mendukungnya naik ke bilik.  Aku berharap bila aku turun perkara berkaitan aku dan Ikhwan sudah tidak dibicarakan. Setelah menidurkan Adam, aku turun semula ke ruang tamu. Ikhwan sudah tiada di tempatnya. Aku rasa kecewa tiba-tiba. Dia pulang tanpa memberitahuku dulu. susah sangatkah!? Getusku sekadar di dalam hati.

“Wan dah balik ker mak?” tanyaku pelahan kepada emak. Emak sekadar memuncungkan mulutnya ke luar. Aku turut memandang keluar. Lelaki itu sedang bercakap di dalam telefon. Rasa ingin tahu membuatkan aku bangun kembali menuju ke arah Ikhwan. Aku ingin tahu dengan siapa Ikhwan bercakap. Entah kenapa aku terasa cemburu bila memikirkan mungkin Ikhwan sedang bercakap dengan wanita tempoh hari.

“Sekejap lagi I baliklah. Ya, I tahu. Don’t worry, doc. I boleh take care of myself. Erm, you better don’t ask me that question, Julia. No. I can’t answer you, please!? You nak I temankan you esok tak? Kalau nak better don’t ask me that question. Okay, I’ll see you tomorrow. Waalaikumsalam.”

Saat mendengar Ikhwan menjawab salam terus aku bergerak kembali ke ruang tamu. Biarlah kalau Ikhwan tahu aku mencuri dengar perbualannya. Rasa ingin menangis bila Ikhwan kini sudah punyai pengantiku. Hati dan perasaannya sudah tiada untukku. Sekarang, perasaan itu untuk wanita bernama Julia yang lebih cantik dan menarik dariku.

“Saya rasa dah lambat sangat ni. Saya balik dululah.”

Belum sempat aku duduk, Luqman sudah berdiri untuk pulang. Dia menyalami abah dan abah mertuaku. Diikuti Umi dan emak. Kemudian tangannya disuakan kepada Ikhwan yang baru menghampiri kami.

“Tak baik bergaduh lama-lama nanti I kebas, you merana!” walaupun pelahan sahaja suara Luqman berbisik dekat dengan telinga Ikhwan, aku masih dapat menangkap butir bicaranya. Membulat mataku dengan kata-kata gurauan Luqman. Wajah Ikhwan tanpa sebarang reaksi, mengundang rasa geram dihati. Ah, biarlah!

4 comments:

epy elina said...

hohohoho....
ikhwan ada pnykit ke...
napa dia brckp ngn julia....
julia 2 doktor ke????
aduhhhh...
napa la hana ngn ikhwan ni....
mslh skrg kat ikhwan....
hana dah suka kat dia dah...
cuma ikhwan je yg jual mhal skrg....

Alya Ardini said...

cheq dah rasa ikhwan tu sakit .... huhuu .... sian ikhwna dan hana ... baru nak memadu kasih ... huhuhuhu .... cik MN ... buat la happy ending ... tak larat la nak baca yg sad2 ending ni ... buat sedih 10 hari 10 malam ... huhuhu ....

chayok! ... ikhwan ... tolong la berterus terang .... cepat la sket ... heheheh

cinta terindah said...

hahaa...nakal gak Luqman yaa...
siap bg wng g ngn Ikhwan...
alaaaa nila la Hanis ngn Ikhwan nak bsatu nie...geramnyaaaaaa...

MaY_LiN said...

aduh...ikhwan ni..
nape jadi camtu..
sakit kronik ke..