Thursday, March 18, 2010

KERANA SAYANG 28


Sejak pertemuan itu, aku semakin resah. Cuba kubuang segala perasaan yang mula berputik terhadap Ikhwan. Namun, aku tidak mampu. Baru kini aku merasakan betapa seksanya kecewa. Mungkin inilah yang dirasakan Ikhwan dahulu bila tidak memilikiku.
Tengah hari itu, ketika aku sedang bersiap untuk keluar makan tengah hari, Nita memberitahu ada seorang wanita dan lelaki ingin bertemu denganku. Kehairanan aku bila mendengar nama Julia dan Matt. Julia yang aku nampak bersama Ikhwan tempoh harikah? Siapa pulak Matt?
Sebaik sahaja aku turun ke lobi, wanita berambut perang yang sememangnya masihku ingat wajahnya tersenyum manis kepadaku. Aku menyambutnya dalam debar. Apa perlu dia datang menemui aku?
“Boleh kita bercakap sekejap. Lima minit ajer. Itupun kalau you tak kisah.”
Aku sekadar menggangguk lantas mengajak keduanya duduk. Pelbagai persoalan menghuni ruang fikiranku.
“Oh ya, ini I kenalkan Matthew.”
Aku dan Matthew  sekadar berbalas senyuman. Lelaki yang tidak kupasti berbangsa apa itu kejap benar mengenggam jari jemari Julia. Menambahkan kehairanan di dalam diriku.
“I datang ni cuma nak beritahu you antara I dengan Ikhwan tak ada apa-apa. Kami cuma kawan semasa sama-sama bekerja di Australia dulu. Apa yang you nampak kat shopping complex tu hanya kemesraan antara kawan. Ikhwan ada beritahu kepada I semua tentang you. Terus terang I katakan I tak tahu macam mana nak tolong. I tahu Ikhwan ada perasaan kat you. You jugakan? I nampak. Ikhwan tu susah sikit. I harap you faham dan cuba  mulakan. Bukan sesuatu yang memalukan kalau you yang mulakan. Erm, sorry I tak boleh lama ni. I dan Matt akan berlepas ke Australia petang nanti.”
Aku masih terkedu dengan kata-kata Julia yang panjang lebar. Tiada ruang untuk aku bersuara langsung tetapi penjelasannya buatkan aku sedikit gembira.
“Terima kasih.”
Aku nekad untuk menemui Ikhwan petang itu. Ketika sampai di pejabatnya Ikhwan sedang bercakap sesuatu dengan Juriani. Sebaik sahaja Juriani memaklumkan kehadiranku, serta merta riak wajah Ikhwan berubah. Hampir menangis aku dengan reaksinya yang nyata kurang senang dengan kehadiranku. Namun, cubaku maniskan muka menghampiri mereka.
“Boleh Hana cakap dengan Wan sekejap?” Ujarku pelahan.
“Saya sibuk sekarang.” Ujar Ikhwan sedikit kasar. Fail ditanganya dibelek tanpa arah tuju. Aku pandang Juriani yang nyata kurang selesa berada antara aku dan Ikhwan.
“Sekejap jer. Bukan lama pun.”
“Jue, I nak you taip balik semua ni dan buangkan perenggan yang I tanda ni.”
Ikhwan memberi arahan kepada Juriani tanpa menghiraukanku. Juriani kelihatan serba salah denganku.
“Wan, we need to talk. Jangan buat Hana macam ni!”
Ikhwan mendengus marah. Fail yang dipegangnya tadi dihempas ke atas meja Juriani. Tersentak aku dengan perlakuannya. Ada air jernih yang mula mengalir di tubir mataku. Sebegini sekali Ikhwan cuba melupakanku.
“Jue, I nak you tengok balik fail ni. Taip yang perlu sahaja. Sebelum pukul lima I nak tengok.”
Ikhwan terus berlalu ke dalam biliknya. Aku dan Juriani saling berpandangan sebelum gadis itu menyentuh tanganku.
“Cik Hana masuklah. Bos hari ni bad mood sikit. Ada problem pasal tanah kat Rawang. Dia tak marahkan Cik Hana.”
Aku menarik nafas panjang sebelum kulepaskan pelahan-lahan. Aku cuba untuk melangkah dengan tenang dan cuba kutenteramkan perasaanku sendiri. Namun sebaik sahaja pintu bilik Ikhwan kubuka, debaran jantungku begitu pantas.
“Awak nak cakap pasal apa?” terus sahaja Ikhwan mengajukan persoalan sebaik sahaja dia menyedari kehadiranku. Perkataan ‘awak’ yang kedengaran itu membuatkan aku sedikit tersinggung. Ah, bukan sedikit tersinggung tapi amat tersinggung.
“Pasal kita.” Jawapku ringkas.
“Kenapa dengan kita?” tanyanya lagi, membuatkan aku hampir menangis. Pandai Ikhwan berpura-pura. Tanpa kebenarannya, aku mengambil tempat berhadapan dengannya. Ikhwan tidak memandangku sebaliknya membelek fail berwarna coklat ditangannya. Aku tahu Ikhwan sekadar berpura-pura membelek fail tersebut membuatkan aku geram dengannya.
“Kenapa Wan nak elakkan diri daripada  Hana? Besar sangat ker salah Hana sampai Wan buat Hana macam ni?” soalku, sedikit sebak. Serasa ingin menangis tetapi cuba kukawal diriku agar tidak terlalu emosional.
“Please Hana. Saya tak ada masa untuk semua ni. Saya banyak kerja yang perlukan perhatian saya lebih daripada ni. Kalau berkenaan dengan hal peribadi, saya harap Hana balik sekarang. Saya tak mahu bercakap hal peribadi di sini. Please!”
Walau pelahan suara Ikhwan menutur baris-baris ayat itu tetapi sudah membuatkan aku rasa cukup tersinggung. Air mata yang cuba kukawal tadi akhirnya mengalir jua. Lantas, apa yang harus aku tunggu lagi andai Ikhwan telah menghalauku? Benarlah kata Julia, Ikhwan kini sedang melupakanku. Dia sudah tidak lagi mengharap apa-apa daripadaku.
“Cik Hana?! Cik Hana!” Aku langsung tidak pedulikan panggilan Juriani. Segala mata yang memandang kubiarkan. Biarlah mereka memandang.
Masuk ke dalam kereta aku lepas akan tangisan semahu-mahunya. Terasa bodoh menemui Ikhwan hari ini! Ikhwan sekarang sudah berubah! Dia sudah terlalu keras hati melihat aku menangis! Di biarkan aku!
“Man, I need to see you now! Please Man! I need you right now!”
“Calm down, my dear. Kenapa ni? You kat mana? I datang jumpa you sekarang.”
“You jumpa I dekat Tasik Titiwangsa ya!? Sekarang Man!” dalam esak tangis itu aku bersuara.
“Okay. Okay, Hana. I datang tapi I nak you berhenti menangis. Tarik nafas you and lepaskan pelahan-lahan.  You dengar tak ni Hanis!?”
“Ya. I dengar!” aku mengikut arahan Luqman. Pelahan-lahan aku menarik nafas dan kulepaskan kemudiannya.
“Good. Now, I nak you bertenang. Give me ten minutes. Stop crying!”
Aku mengangguk-ngangguk walaupun tahu Luqman tidak dapat melihat anggukanku. Sebaik sahaja Luqman mematikan talian, aku terus memandu keretaku keluar dari kawasan itu. Air mata yang masih mengalir, aku kesat dengan hujung jari jemariku. Andai Ikhwan tega benar membiarkan aku menangis, biarlah. Aku memang sudah tiada di dalam hatinya. Aku sudah dibuang jauh. Sekarang aku yang bertepuk sebelah tangan. Betapa sukar untuk aku terima hakikat bahawa hatiku kini terpaut dengan Ikhwan. Selama ini aku menafikannya.
Aku memangkirkan kereta di kawasan letak kereta berdekatan dengan Tasik Titiwangsa. Seketika aku biarkan diriku berada di dalam kereta. Saat itu suara Ikhwan tadi terngiang-ngiang di telingaku. Wajahnya yang semacam benci dengan kehadiranku membuatkan air mataku bergenang lagi. Mengapa Ikhwan begitu tega melepaskanku?
Ketukan di cermin tingkap membuatkan aku memanggungkan kepala. Segeraku kesat air mata melihat Luqman sudah tercegat di sisi keretaku.
“Kenapa ni? Teruk sangat I tengok.”
Aku tidak terus menjawab pertanyaan Luqman sebaik aku keluar dari kereta. Kami mengambil tempat di bangku berhampiran. Cuaca petang itu mendung. Mungkin mahu hujan.
“Sorry, Man. I kacau you waktu-waktu macam ni.”
“Tak ada apa-apalah. I kat office tadi pun tak ada benda nak buat. Apa masalah you ni? Cuba cerita kat I?”
“Entahlah, Man. I rasa segan pula nak cerita dekat you.”
“Ish nak segan apanya! You cerita jerlah. Kalau I perlu gelakkan you, I gelakkan jerlah.”
Serta merta hinggap cubitanku di peha Luqman. Mengaduh kesakitan lelaki itu sambil menggosok-gosok pehanya.
“I gurau jerlah. Apalah you ni. Erm, biar I teka ni mesti ada kena mengena dengan Ikhwan kan?”
Serkap jarang Luqman memang mengena. Tertunduk aku cuba menahan rasa sebak yang kembali hadir.  Serasa malu mengakuinya.
“Dia buat apa kat you?”
Aku sekadar menggeleng. Tadi seperti ingin sahaja aku lauhkan semuanya kepada Luqman. Ingin lepaskan segala apa yang terbuku dihati. Sampai hati Ikhwan melayanku begitu.
“So kenapa you menangis sampai macam ni!?”
“Entahlah, Man. I tak pun tak tahu kenapa I jadi macam ni. I ingatkan I takkan jatuh hati dengan dia tapi sekarang…. Entahlah Man…” Aku lepaskan keluhan yang amat berat.
“Sekarang you dah jatuh cinta dengan diakan? First time I tengok Ikhwan I dah agak you akan jatuh cinta dengan dia. Cara dia layan Adam, cara dia bercakap dengan keluarga you. Cuma I tak tengok lagilah cara dia bercakap dengan you macam mana. Cuma pandangan mata dia dah ceritakan pada I segala-galanya.” Ada sedikit nada gurauan dalam bicara Luqman.
“Dia sekarang asyik mengelak dari I, Man. Call I pun  tak. Bila I call banyak alasan dia. Datang rumah time I tak ada kat rumah. I jumpa dia tadi. I nak settlekan masalah ni tapi dia boleh cakap kat I dia tak nak bercakap pasal personal waktu bekerja. Dia boleh cakap I boleh balik kalau nak cakap soal personal.”
Air mataku sudah merembes keluar. Rasa sebak sudah menjalar ke seluruh tubuh. Ya ALLAH, apa semua ini?!
“You dah jatuh cinta dengan diakan, Hanis?”
“Entahlah, Man. I pun tak tahu nak cakap macam mana. I tak tahu.”
“Cuba jangan menangis. Bertenanglah sikit. You ni buat orang pandang I semacam jer!”
Aku mendongak memandang sekeliling. Ada beberapa pasang mata sedang memerhatikan kami. Segera air mata yang masih mengalir aku kesat dengan hujung baju kurungku. Mesti mereka membuat kesimpulan aku dan Luqman pasangan kekasih yang sedang bergaduh.
“Jujur dengan diri you, Hanis. Fikir betul-betul perasaan you terhadap Ikhwan tapi pada I apa yang I perhatikan you memang sukakan dia. You dah jatuh cinta dengan dia kalau tidak masakan you akan menangis sampai macam ni. “
“Tolong I, Man! I tak tahu nak buat macam mana lagi.”
“I tak berapa kenal Ikhwan tu. Jadi I tak tahu nak tolong you macam mana. Takut nanti hubungan you all lebih teruk. Erm, cuba you cerita kat I macam mana boleh jadi macam ni.?”
Entah kenapa laju sahaja aku membuka cerita apa yang berlaku di restoran makanan segera tempoh hari. Dalam tangisan yang masih bersisa aku ceritakan segala-galanya. Aku ceritakan juga tentang apa yang berlaku hampir empat tahun lalu.
“Mungkin Ikhwan takut dia kecewa sekali lagi sebab tu dia ambil keputusan elakkan diri dari you. Kadang-kadang kita susah nak tafsir perasaan orang, Hanis. Dia mungkin mahu sangat you jadi isteri dia tapi dalam masa yang sama dia tak ada keyakinan untuk memiliki you. Mungkin peristiwa lama tu masih menghantui dia. Dia takut bila dia luahkan perasaan pada you, you akan terima dia dan lepas tu dia dapat tahu you terima dia atas dasar simpati atas apa yang berlaku dulu. Kalau benar you cintakan dia, you patut buatkan Ikhwan pasti yang you cintakan dia bukan simpati. You kena banyak bersabar, Hanis. Kadang-kadang lelaki ni macam perempuan jugak. Dia akan hanya mencintai seorang perempuan sepanjang hidupnya walaupun cintanya ditolak. Lepas tu bila dia ada peluang untuk memiliki perempuan tu, dia takut. Takut tak dapat membahagiakan perempuan tu. Tambahan pula macam you, Hanis. You pernah berkahwin. You bahagia dengan arwah suami you. Mungkin Ikhwan takut bila you terima dia, dia tak dapat membahagiakan you seperti arwah suami you sebab you terima dia kerana simpati.” Panjang lebar Luqman memberikan pendapat setelah aku habis bercerita. Aku sekadar mendengar tidak mampu berkata-kata lagi.

4 comments:

epy elina said...

hohohoho....
mmg ikhwan dah brubah....
tp kpda ngative....
klu sy hana , sy akn mrah ngn tndkn wan....
n akn undur diri....
cnt x smstinya memiliki...
klu wan dah tekad x nak....
ikut jer rntak dia....
beri dia msa....
jlani idup sprti biasa....

haslin said...

yeeh ada entry baru...
best ah jln cerita ni
makin mendebarkan..
cian HANA..
Apa-apa pun akak tak salahkan Wan.... sbb dia dah terlau menderita sbb Hana..
So layannnnn

cinta terindah said...

ermmm...btul kata Luqman 2...
rsanya Ikhwan 2 tkut...
Hana trima dia kerana simpati...
dia tak nak kecewa lg...
dr kecewa lbh baik jauhkan diri...
ermmmmmmm cian Ikhwan...

MaY_LiN said...

sampai hati ikhwan..
tamau kawan!!!