Monday, March 22, 2010

KERANA SAYANG 29

nota atas: okeh, baca sebagai hiburan bukan ikutan!! sayang kamu semua.. MURNI KASIHMU 6 boleh dilayari di A I K pada pukul 10.03pm ini. 
selamat membaca!!
p/s: RR masih bersembunyi! aku juga sudah hilang sabar! ;(
***

Aku mengeluh entah untuk kali ke berapa. Sejak pagi tadi tiada satu kerja mampuku lakukan. Nasib baiklah Encik Rustam mahupun rakan-rakan yang lain sibuk dengan tugas masing-masing.
“Hanis, ada seorang perempuan cari you. Dekat lobi sekarang. Erm, I rasa dia macam marah jer! Baik you turun cepat!” suara Anita kedengaran di corong intercom.
“Okay. I turun sekarang. Thanks, Nita!”
Dengan malas aku melangkah turun ke tingkat bawah. Sebaik tiba di lobi Anita menunjukkan aku seorang wanita yang sedang menungguku di sofa. Aku cuba amati wajah wanita itu. Langsung tidak ku kenali.
“Erm, assalamualaikum. Cik cari saya?” tanyaku berbahasa. Wanita itu mendongak memandang aku. Senyumankku hanya disambut dengan jelingan. Dia nampak marah denganku Cuma aku tidak tahu kerana apa. Setahu aku, aku tidak punyai masalah dengan sesiapa kecuali Ikhwan. Ah!! Lelaki itu juga yang hadir di fikiranku.
“So you nilah Hanis Farhana ya?” tanya wanita itu bangun dari duduknya dan mengelilingiku.
“Ya saya. Ada apa yang boleh saya tolong?” tanyaku, sudah mulai kurang senang dengan tingkahnya.
“Well, aku datang ni nak bagi tahu kau Luqman hak aku. Tak ada perempuan lain yang boleh dapat dia kecuali aku, faham!” tegasnya dalam suara meninggi. Aku mulai faham akan kehadirannya menemui aku. Aku tersenyum sendirian.
“Jadi apa masalahnya cik?” tanyaku pura-pura tidak faham. Sedangkan aku lebih faham maksudnya yang ingin aku menghindari Luqman.
“Kau jangan nak buat tak faham. Sedar diri kau tu siapa! Janda! Tak tahu malu nak lelaki macam Luqman. Aku tahu kau yang terhegeh-hegeh cari Luqman.Dasar perempuan murahan!”
Panas badan aku mendengar penghinaannya. Dari ekor mataku, aku tahu ada beberapa orang yang sedang memerhatikan kami. Ada air jernih yang mula terbit ditubir mataku.
“I dengan Luqman tak ada apa-apa. Kami cuma kawan. Saya rasa bukan masalah saya kalau Luqman tak pilih awak. Luqman bukan jenis lelaki yang akan jatuh cinta dengan perempuan macam awak!” aku memulangkan paku buah keras. Sedikit puas!
“Habis tu dia nak sangat ker dengan janda macam kau ni?! Aku bukan tak kenal perempuan macam kau. Dasar janda. Pantang nampak lelaki kaya sikit. Kau pakai main sapu!”
Cukup panas telingaku mendengar penghinaannya. Tambahan pula kami sekarang mula menjadi perhatian. Aku tidak akan biarkan wanita ini terus menghinaku. Tidak sama sekali.
“Cik, sekurang-kurangnya janda macam saya ni tak pergi menyerang orang sebab lelaki. Cik tak sedar ker yang cik ni yang tak malu dan tak sedar diri. Saya kenal Luqman lebih dari Cik kenal dia. Dia pun tak kan pilih perempuan macam awak nak buat isteri. Memalukan ajer!”
Serentak dengan itu tubuhku di tolak kuat. Terhuyung hayang aku dibuatnya. Akhirnya aku terjelepok di atas lantai. Hampir sahaja kepalaku terhantuk cermin meja.
“Kau orang jangan nak masuk campur!” tengking wanita itu kepada beberapa orang yang cuba menolongku.
“Cik, ni office. Malulah sikit. Saya rasa lebih baik cik balik sebelum kami buat laporan polis!” kedengaran suara Kak Huda dibelakangku. Aku sudah tidak mampu menahan air mataku. Aku cuba bangun dalam kesakitan. Aku dapat merasakan kakiku sakit.
“Kenapa ni?”
Tiba-tiba kedengaran suara Encik Rustam yang entah dari mana muncul. Aku berpaling ke arahnya. Terkejut aku dengan kehadiran Ikhwan disebelah Encik Rustam.
“Kenapa ni, Hana?” pertanyaan Ikhwan sebaik sahaja dia menghampiriku membuatkan aku terus memeluknya erat. Dibahunya aku lepaskan tangisan.
“Dasar perempuan murahan! Semua lelaki kau nak pikat.” Tengkingan perempuan itu menyebabkan pelukan aku semakin erat.
“Cik, saya rasa baik cik pergi dari sini sebelum saya ambil tindakan ke atas cik. Kalau ada apa-apa masalah berbincang elok-elok!” suara Encik Rustam kedengaran pelahan tetapi jelas.
“Nak bincang apa? Perempuan ni memang tak sedar diri.”
Tiba-tiba Ikhwan melepaskan tubuhku. Sepantas kilat itu muka wanita itu ditamparnya. Aku tergamam dengan tindakan Ikhwan. Seisi ruang itu sunyi sepi. Aku tidak menyangka Ikhwan akan bertindak begitu.
“Mind your word, okay! She’s mine. Kalau you ada masalah dengan kekasih you jangan nak libatkan tunang I, okay!?”
Bagai tidak percaya aku mendengar kata-kata Ikhwan. Perempuan itu mendengus marah sebelum terus melangkah pergi. Ada bisik-bisik kecil disekelilingku cuma aku tidak pasti apa yang mereka bisikkan.
“Kamu semua boleh sambung kerja balik. Nita, I nak you panggil guard sekarang juga. Mana dia orang pergi time macam ni.” Ada nada marah dalam suara Encik Rustam.
Anita mengangguk sebelum kembali semula ke kaunter penyambut tetamu. Ikhwan menghampiriku semula.
“Encik Ikhwan, saya minta maaf kerana masalah ni timbul!”
“Tak apa. Bukan salah Encik Rustam.”
“Erm, you bawalah Hanis ke bilik rehat dulu.”
Ikhwan mengangguk. Sebaik sahaja aku dibawa masuk ke dalam bilik rehat yang terletak bersebelahan dengan kaunter penyambut tetamu sekali lagi tubuh Ikhwan kupeluk erat. Aku menangis lagi.
“Dahlah, jangan menangis lagi!” pujuk Ikhwan.
“Wan, Hana tak nak ada kat sini. Tolonglah bawa Hana ke tempat lain. Hana tak nak duduk sini.”
“Okay, okay. Kita pergi tempat lain. Hana duduk sini sekejap. Wan pergi ambil kereta. Okay?”
Aku mengangguk lantas melepaskan tubuh Ikhwan. Ikhwan keluar dan sebentar kemudian dia kembali.
“Hana nak Wan hantar balik ker?”
Aku sekadar menggeleng. Menglemparkan pandangan jauh keluar. Aku tidak ingin pulang dalam keadaan begini. Tentu nanti keluargaku akan risau dengan keadaanku.
“Erm, kita ke office Wan dulu ya? Wan nak settlekan kerja sikit.”
Aku mengangguk tanpa suara. Deringan telefon bimbitku memecah suasan sepi antara aku dan Ikhwan. Sebaik sahaja melihat nama yang tertera di skrin air mataku yang tadinya sudang kering mengalir lagi. Aku biarkan telefonku terus berdering. Malas untuk menjawab panggilan Luqman walaupun aku tahu apa yang terjadi bukanlah salah Luqman.
“Nak Wan tolong jawabkan?” tanya Ikhwan.
Aku menoleh ke arahnya dan menyerahkan telefon bimbitku kepadanya. Ikhwan memberhentikan keretanya di bahu jalan.
“Ikhwan. Hana okay. Tak. Don’t worry. I will take care of her. I rasa Hana tentu faham.  Okay. Waalaikumsalam.”
Ikhwan kembali menyerahkan kembali telefonku. Seketika kemudian, keretanya digerakkan kembali di atas jalan raya. Sepi kembali mencengkam suasana.
“Jue, batalkan meeting I dengan Mr. Low petang ni.” Ujar Ikhwan kepada setiausahanya apabila kami tiba di Helang Jaya. Juriani nampak hairan melihatku.
“Baik, encik. Erm kenapa dengan Cik Hana?”
“Tak ada apa-apa. Boleh tak you sediakan I dua cawan coffee and mineral water?”
Setiausaha Ikhwan itu menggangguk tetapi matanya masih terpaku memandangku. Aku cuba untuk memberikan senyuman kepadanya namun aku terasa cukup hambar.
“Hana duduk dulu kat sofa tu. Wan nak siapkan kerja ni sikit.”
Aku mengangguk. Pertama kali menjejakkan kali ke dalam bilik Ikhwan dulu aku cukup suka dengan dekorasinya. Kali ini ia sedikit berubah. Lebih ringkas.
Juriani masuk seketika kemudian. Menatang dua cawan kopi seperti yang diminta Ikhwan dan sebotol air mineral. Disertakan sekali sepinggan kuih seri muka.
“Makanlah, cik Hana.” Pelawanya. Aku sekadar mengangguk. Perutku sememangnya lapar. Dari pagi tadi aku tidak sempat untuk menjamah apa-apa. Ingatkan selepas menyuarat dengan Miss Lim tadi aku ingin mencari makanan tetapi lain pula jadinya.
“Ada apa-apa lagi, Encik?”
“Erm, tak. Hana?” tanya Ikhwan memandangku. Aku hanya menggeleng. Sebentar kemudian Juriani keluar. 
“Wan,” panggilku.
“Ada apa Hana?” tanya Ikhwan tanpa memandangku.
“Duduklah sini. Temankan Hana.”
Ikhwan tidak berkata apa-apa sebaliknya dia menyimpan kembali fail yang diambilnya dari kabinet kemudian menghampiriku.
“Wan percaya ker Hana perempuan macam tu?”
Ikhwan mengeluh. Lama dia merenung aku sebelum tangannya mencapai cawan berisi kopi yang sudah hampir sejuk. Diteguknya beberapa kali.
“Hana jangan fikirkan sangat tentang hal tu. Hana sendiri tahukan diri Hana macam mana. Pedulikan apa orang cakap.”Pelahan Ikhwan bersuara. Cawan itu kembali diletakkan di atas meja.
“Tapi Hana dengan Luqman tak ada apa-apa. Kami cuma kawan.” Ujarku dalam sebak yang entah dari mana muncul. Sebenarnya, aku ingin Ikhwan mengerti antara aku dan Luqman tiada apa-apa hubungan istimewa.
“Itu Wan tak boleh nak cakap apa tapi bagi Wan mungkin perempuan tu sukakan Luqman tapi Luqman tak layan. Dahlah, jangan asyik fikirkan benda tu.”
Aku bangun mengambil tempat disebelah Ikhwan. Mungkin aku yang harus mulakan dulu dalam menyatakan perasaanku terhadapnya. Menunggunya meluahkan rasa hati kepadaku ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.
“Wan,” aku letakkan kepalaku didadanya. Saat itu aku dapat mendengar degupan jantungnya. Jelas sekali. Tentu sekali tindakanku diluar dugaannya. Aku dapat merasakan betapa Ikhwan tidak selesa dengan perlakuanku.
“Wan?” panggilku sekali lagi bila tiada reaksi daripadanya. Aku tahu Ikhwan masih dalam keadaan terkejut.
“Erm…”
“Kenapa Wan nak elakkan diri dari Hana? Mungkin kalau tak sebab ni Wan takkan nak jumpa Hanakan?” ada rasa sebak yang menjalar.
“Hana, please!”
Aku pura-pura tidak mengerti permintaannya. Gila betul! Kalau abah nampak tentu sekali teruk aku dimarahnya. Kalau tiba-tiba Juriani masuk tentu bergunung maluku. Tebalnya entah beberapa inci.
 “Hana, tolonglah jangan macam ni.” Akhirnya Ikhwan bersuara tetapi bukan itu yang aku inginkan. Aku inginkan jawapan untuk pertanyaanku tadi. Tubuh Ikhwan kulepaskan. Aku pura-pura merajuk. Berpaling ke arah lain. Namun, entah kenapa air mataku mengalir deras. Kenapa Ikhwan begitu tegar untuk terus memendam perasaannya? Tidakkah dia ingin hidup bahagia? Hidup dengan seorang wanita bergelar isteri dan ada anak-anak seperti yang pernah diimpikan dulu?
“Hantar Hana balik. Hana nak balik sekarang!” suaraku tenggelam dalam esak tangis yang tiba-tiba menggila.
“Hana,”
Aku menepis tangan Ikhwan yang cuba mencapai tubuhku. Aku tidak mahu berada di dalam keadaan yang cukup mendera ini! Sudahlah kalau Ikhwan ingin terus memendam perasaannya! Biarlah dia! Aku sudah tidak tahu cara apa lagi untuk buatkan dia faham dan mengerti tentang perasaan aku padanya.
“Wan minta maaf. Janganlah menangis macam ni!” pujuknya sambil cuba menarik aku supaya menghadapnya tetapi aku membatu. Air mataku yang membanjiri kolam mata kuseka dengan hujung baju kurungku. Ikhwan begitu tega melepasakan aku kepada lelaki lain untuk kali ke dua.
“Wan minta maaf, Hana. Janganlah macam ni! Hana, please!”
“Itu ajerlah yang Wan tahu. Minta maaf, minta maaf. Wan ingat Hana ni apa? Kalau Wan tak sayangkan Hana cakap terus terang. Jangan buat Hana ni macam perempuan tak tahu malu!” aku lepaskan kemarahanku dalam esak tangis. Teringatkan peristiwa tadi kembali membuatkan aku terasa pilu.
“Kenapa cakap macam tu? Wan tak anggap pun Hana macam tu.”
“Habis tu? Wan anggap Hana ni apa? Wan buatkan Hana jatuh cinta dengan Wan lepas tu Wan biarkan Hana macam tu. Wan memang sukakan macam tu?” akhirnya itu yang keluar dari mulutku.
“Hana, Wan tak berniat pun macam tu. Wan tahu dulu salah Wan sendiri. Janganlah menangis macam ni. Jangan buatkan Wan susah hati macam ni!”
“Hana buatkan Wan susah hati? Tak apalah kalau macam tu. Hana balik dulu, tak payah hantar Hana. Hana boleh balik sendiri!” getusku lantas bangun menghampiri pintu. Serentak dengan itu tanganku ditarik agak kuat oleh Ikhwan. Aku meraung kesakitan.
  “Sorry, Hana. I’m so sorry.”
“Lepaslah. Hana nak balik.”
Aku cuba melepaskan gengaman tangan Ikhwan tetapi kesakitan yang aku rasakan. Kejap sungguh pegangan Ikhwan.
“Wan sayangkan Hana. I love you, Hana. I love you! Sorry, okay? Wan minta maaf sebab buatkan Hana menangis macam ni!”
Terhenti tangisan aku saat Ikhwan melafazkan kata-kata itu. Tergamam dengan pengakuannya.
“Maafkan Wan.”
Terus sahaja tubuh itu kupeluk. Erat. Aku menangis di dalam pelukannya. Aku tidak mahu kehilangannya lagi. Aku tidak mahu kehilangan lelaki seperti Ikhwan.

6 comments:

epy elina said...

hohohoho...
sweet la part ni....
yesssss....
akhrnya wan mngaku jg prsaan dia kat hana...
ni la saat2 yg ku tnggu2x....
pas ni nak dorg brcnta lak....
hmmmmm.....
best2x...
smbung lg.....

sofi said...

hmmm
x tau nak cakap apa...

keSENGALan teserlah.. said...

yes.da confess..
nk lagi..nk lagi..

nurul_fs87 said...

humm..sadis..huhuhu..nangis plak gua..kui3.. =P
ari2 bukak web ni..tggu next n3..hehehe..
sngt2 suke ikhwan dgn hanis..hihihi..

cinta terindah said...

huhuuuuuuuuuu...nie la part yg sy tgu...
saaaaaaaaayang miss nera...
akhirnyaaaaaaa...terluah jg isi hati mereka...eeeewah!!!

MaY_LiN said...

o-o...
totop mata...
hikhikhik