Monday, March 22, 2010

KERANA SAYANG 30

Encik Rustam menghubungiku malam itu untuk memohon maaf di atas apa yang berlaku. Katanya, Luqman memang ada bercerita kepadanya tentang perempuan itu yang berang dengan Luqman kerana cintanya di tolak. Namun, dia langsung tidak menyangka perempuan itu sanggup turun dari Ipoh semata-mata untuk menyerangku. Di akhir perbualan Encik Rustam memberi aku cuti selam dua hari. Untuk berehat dan menenangkan perasaan katanya.
Pagi itu, selepas menunaikan solat subuh aku meyambung tidur di bilik Adam. Lama benar rasanya tidak tidur bersama anakku ini. Tubuhnya kudakap erat. Saat itu aku terbayangkan Syahril. Dia tersenyum ke arahku. Mukanya bercahaya. Aku turut membalas senyumannya.
“Jaga anak kita baik-baik ya! Abang sayangkan Hana dan Adam. Abang yakin Hana mampu membesarkan Adam dengan sempurna. Moga Hana bahagia walau tanpa abang!”
Tersedar aku dari mimpi apabila menyedari tubuhku di goncang pelahan. Serentak dengan itu aku mendengar suara Adam memanggilku.
“Mama bangun, mama tak pergi kerja ker?”
Aku menggeleng dalam senyuman sebagai jawapan kepada pertanyaan Adam. Aku menyandarkan tubuh ke kepala katil. Tubuh Adam kubawa ke dalam pelukanku. Aku kucup pipinya berulang kali.
“Erm, hari ni mama hantar Adam pergi sekolah ya?”
Adam hanya mengangguk. Terasa bersalah kepada Adam kerana saban hari sejak dia memasuki tadika aku jarang sekali dapat menghantar dan mengambilnya pulang. Kadang-kala Adam bertanyakan kepadaku kenapa kawan-kawannya ada ibu atau ayah yang menghantar mereka ke sekolah sedangkan dia dihantar oleh abahku.
“Mama pergi mana semalam? Adam tunggu mama sampai tertidur kat bawah. Tok Wan yang angkat Adam tidur dalam bilik!”
“Maaf ya, sayang. Semalam mama ada kerja. Banyak sangat. Sebab tu hari ni mama cuti. Kita pergi jalan-jalan.”
“Horay, kita pergi beli buku cerita ya Ma?”
Aku hanya mengangguk lantas mengucup pipinya sekali lagi. Senang sekali melihat Adam gembira.
“Okay sekarang Adam pergi breakfast dulu. Mama nak mandi.”
“Okay.”
Aku sekadar memerhati langkah Adam yang kemudiannya menghilang disebalik pintu. Aku menggeleng dalam senyuman mengingatkan telatahnya. Adam anak yang cepat memahami keadaanku.



Pancuran air yang membasahi badanku tiba-tiba mengingatkanku kepada arwah Syahril. Tentang mimpi yang baru tadi hadir di dalam tidurku. Aku merinduinya tiba-tiba. Terasa ingin sekali berada di dalam dakapannya. Mataku pejamkan saat kenangan indah itu menjelma di ruang mata. Bagai filem yang ditayangkan di layar perak. Indah sungguh kenangan itu.
Rantai yang sudah hampir tujuh tahun berada dileherku kugenggam kejap. Inilah pemberian. Inilah pemberian pertama Syahril dengan gaji pertamanya ketika mula-mula berkerja. Kata Syahril dia ingin berkongsi kegembiraannya memperoleh gaji pertamanya denganku. Tambahnya lagi rantai itu sebagai lambang cintanya untukku. Ya, rantai emas putih inilah lambang cinta kami.
“Sayang.”
Aku kembali membuka mataku. Aku tercari-cari suara yang memanggilku. Tentu sekali Syahril. Namun, hampa apabila ia hanyalah ilusiku semata-mata. Rindunya aku kepadanya. Serasanya ingin sahaja aku pulang ke Johor Bharu. Kembali ke rumah kami. Ke rumah di mana banyak memori indah yang tersemat disanubari.
Keluar dari bilik air, aku menuju ke almari pakaian. Tertancap kepada sehelai kemeja berwarna merah jambu yang tergantung. Aku capainya dan memeluknya erat. Itulah juga pemberian Syahril. Dia belikan kemeja itu untukku kerana cantik katanya kalau aku yang memakainya. Akhirnya, aku menyarung kemeja itu ke tubuh. Rasa rindu itu terlalu menyeksakan. Teringatkan Adam yang tentu sahaja sedang menungguku cepat-cepat aku menyarung seluar jean yang sedia bersangkut. Aku menghadap cermin. Menyisir rambutku dan mengikatnya. Aku biarkan wajahku tanpa secalit pun alat solek. Kemudian aku sarungkan kain tudung berwarna putih ke kepala. Puas dengan diriku aku terus turun ke bawah.
“Adam kata Hana cuti hari ni?!”
“Aah, mak! Hana saja nak habiskan annual leave Hana. Hana hantar Adam dulu ya?”
Emak mengangguk. Aku menyalami Umi dan abah serta abah mertuaku yang sedang bersarapan.
“Hana balik pukul berapa semalam?” tanya Umi.
“Erm, lambat sikit Umi. Hana pun tak sedar pukul berapa.”
Semalam, sehinggalah pukul satu pagi aku bersama Ikhwan. Aku yang tidak mahu balik dalam keadaan aku begitu. Kebetulan Ikhwan tiba-tiba mendapat panggilan daripada pengurus tapak projeknya mengenai kemalangan salah seorang pekerja mereka. Bergegas Ikhwan keluar. Meninggalkan aku seorang diri di pejabatnya. Ikhwan kembali ke pejabat hampir maghrib. Waktu itu Juriani juga telah balik. Itupun setelah puas aku memujuknya.
Aku menghantar Adam ke tadikanya. Sempat juga aku bertanyakan perkembangan Adam kepada guru kelasnya. Alhamdulillah Adam pandai menyesuaikan diri. Pandai bergaul dan bijak.
Ikhwan menghubungiku ketika aku baru sahaja memangkirkan keretaku di hadapan rumah. Entah kenapa aku mengeluh lemah melihat namanya tertera di skrin telefon bimbitku.
“Hana tak kerja ker hari ni?” tanyanya setelah salamnya kujawab.
“Tak. Hana baru balik dari hantar Adam. Wan kat mana ni?” aku bagai acuh tidak acuh menjawab panggilan Ikhwan.
“Hana okay ker? Sorrylah kalau saya kacau Hana pagi-pagi ni. Okay, assalamualaikum.” Terus sahaja panggilan dimatikan. Marahkah Ikhwan?Aku mengeluh lemah. Kenapalah aku bersikap begini dengan Ikhwan? Tentu sahaja aku juga yang akan resah andai dia kembali mengelak daripadaku. Segera aku mendail kembali nombor telefon bimbit Ikhwan. Lama barulah panggilanku berjawab.
“Sorry, Wan. Hana okay cuma mungkin penat sikit jer. Wan kat office ker?” tanyaku dalam nada cuba kulembutkan.
“Erm, kat office. Hana, kalau Wan tanya sesuatu jangan marah ya?!”
“Ada apa sayang? Tanyalah!”
“Betul ke apa yang berlaku semalam? Hana betul-betul sayangkan Wan atau Hana…” Ikhwan tidak menghabiskan kata-katanya sebaliknya dia mengeluh. Aku ikut mengeluh. Mungkin Ikhwan masih tidak percaya tambahan pula sikap aku sebentar tadi. Maaf Wan!
“Wan, kenapa Wan tanya macam ni? Wan tak percaya kat Hana ya? Wan bagi Hana peluang untuk buktikan yang Hana terima Wan bukan sebab simpati. Hana cintakan Wan. Sepenuh hati Hana!” aku cuba meyakinkan Ikhwan walaupun saat itu bayangan wajah Syahril menerpa ruang mataku.
“Keluarga Hana macam mana? Adam?”
“Hana akan bagi tahu nanti tapi dengan syarat Wan kena yakin dengan Hana. Pasal Adam Wan jangan risau Hana pasti Adam suka.”
“Hana.”
“Erm?”
“Thanks sebab buatkan Wan rasa dihargai dan disayangi. Ini pertama kali Wan rasa cukup gembira sangat tapi kalau Hana rasa Hana tak boleh dengan Wan cakap dengan Wan. Jangan pendam dan risau pasal Wan ya? Wan boleh terima apa yang Hana nak cakap. Jangan seksa diri Hana.”
Aku tersenyum sendirian. Ikhwan terlalu cuba menjaga hati dan perasaanku sehinggakan sanggup mengetepikan perasaannya sendiri. Bertuahlah aku memilikinya. Akulah yang paling bodoh andai melepaskannya.
“Apa yang Wan mengarut ni? Hana takkan menyesal dengan apa yang Hana pilih. Hana tahu Wan mampu membahagiakan Hana. Wan akan jaga Hana sebaiknya.”
Aku tahu aku seharusnya menyakinkan Ikhwan tentang pilihanku. Aku pernah membaca sebuah rencana berkaitan dengan lelaki seperti Ikhwan. Lelaki pada usia Ikhwan sememangnya sensitif.
“Sorry, Wan tahu Wan tak sepatutnya cakap macam tu cuma Wan nak pastikan Hana okay dengan semua ni. Wan takut Wan seperti minta simpati Hana.”
“Erm, macam nilah Wan datang jumpa Hana malam ni. Bawa kak Rina sekali. Kita bincagkan hal kita dengan keluarga Hana.” Akhirnya itu yang keluar dari mulutku. Sedikit menyesal kemudiannya dengan usulku sendiri. Aku membuat keputusan sendiri tanpa berbincang terlebih dahulu dengan keluargaku.
“Hana serious ke? Hana tak main-mainkan?”
“Serious sangat! Itu yang dapat buktikan kat Wan, Hana terima Wan dengan ikhlas dan kerana Hana sayangkan Wan!”
“Erm kalau Hana dah cakap macam tu okaylah. Thanks, Hana!”
Perbualan kami tamat di situ apabila Ikhwan memberitahu dia ada tetamu. Aku mengeluh sebaik sahaja Ikhwan mematikan talian. Aku harus sentiasa memastikan Ikhwan benar-benar yakin denganku. Ah, susah benar mendampingi lelaki ini!

3 comments:

epy elina said...

hohoho....
mmg ptut wan rsa curiga....
dia x nak hana trma sbb smpati...
come on hana....
bktikan kat wan bhwa ko pun mncntai dia....
syahril adlh msa silam....
wan adalh msa dpn....
bgus jg klu hana ngn wan kawen....
hehehheeh...

MaY_LiN said...

akhirnya...
tamaula wat dorang jauh lagi sis..

cinta terindah said...

hana nie ikhlas ka tdk???
asal la mngeluh sana sini...
tak bek btul laaa...
igt sng ka Ikhwan nak luahkn ht dia...Ikhwan 2 syg gila ngn Hana...