Tuesday, March 23, 2010

KERANA SAYANG 32

Ikhwan datang mengambil aku di rumah tengah hari Ahad itu. Adam yang pada mulanya begitu gembira untuk mengikut aku keluar akhirnya tertidur. Emak melarang aku mengejutkannya. Menurut emak, inilah masanya untuk kami berdua-duaan. Untuk lebih kenal-mengenali. Emak yang banyak mengusik Ikhwan. Macam-macam pesanan dan nasihat yang disampaikan kepada lelaki itu sehinggakan Ikhwan terasa segan.
“Hana minta maaflah pasal tadi. Emak memang macam tu!” ujarku kereta Ikhwan sudah meninggalkan kawasan rumahku.
“Tak apalah, I’m okay. Saya kenal mak Hana macam mana. Dulu pun macam tu juga!”
“Ya ker? Dulu dia cakap apa kat Wan?”
“Banyak. Erm, kita nak kemana ni?”
“Pasar Seni?”
Ikhwan memandangku dengan dahi berkerut. Aku sekadar tersengih melihat reaksinya tentang destinasi pilihanku. Tentu sekali dia teringat tentang kenangan lalu.
“Nak buat apa kat sana?” tanyanya, yang sudah mengalihkan pandangan ke hadapan. Keretanya dipandu pelahan dalam keadaan jalan raya yang agak licin selepas hujan.
“Well, cari kenangan!” sengaja aku berkata demikian. Sekali lagi Ikhwan memandangku sebelum kembali memandang kehadapan.
“Hana perli saya ya?!”
“Eh, tak adalah. Mana ada Hana perli Wan. Betullah nak cari kenangan. Hana tengok Wan dah tak pakai gelang yang Hana bagi dulu. So, sekarang kita pergi cari yang baru.”
“Its okay, Hana. Saya rasa tak perlulah. Saya dah tua nak pakai benda-benda macam tu.”
“Jadi gelang yang Hana bagi tu Wan dah buanglah ya?” tanyaku dalam nada pura-pura merajuk.
“Mana ada saya buang. Dah putus dah. Saya simpanlah.”
“Erm, kalau dah putus kita cari yang lain. Okay? Hana tak kira Wan kena pakai juga. Sekarang kita pergi pasar seni dulu.”
Ikhwan hanya menurut kata. Keretanya dipakir berhadapan dengan Pasar Seni yang sudah banyak berubah. Aku sedar Ikhwan semacam tidak senang. Mungkin kenangan itu sedang berputar ligat diingatannya.
“Jomlah.” Aku hulurkan tangan kepadanya. Ikhwan menyambut dengan senyuman hambar. Jari jemari Ikhwan agak sejuk bila bertaut dengan jari-jemariku. Tatkala melangkah masuk walaupun keadaan sudah banyak berubah aku merasakan seolah-olah kami kembali ke kenangan lama itu.
Dari satu kedai ke satu kedai kami singgah. Aku mengenggam jari-jemari Ikhwan erat sebagai tanda kehadiran kami hari ini bukan seperti beberapa tahun lepas. Bukan pertemuan yang akan ada perpisahan seperti dahulu. Bukan pertemuan yang tanpa kerelaanku. Tidak sama sekali.
“Wan, please! Jangan macam ni! Kalau Wan tak suka datang sini kita pergi tempat lain. Ya?” sikap membisu Ikhwan sepanjang hampir setengah jam kami berada di sini agak merimaskanku.
“Sorry. I just….”
“Wan, Hana faham. Hana pun nak minta maaf sebab buatkan Wan macam ni.”
“Hana cakap tadi nak belikan Wan gelang tu.”
Ikhwan cuba mengalih topik perbincangan. Tanganku ditarik ke sebuah gerai menjual bermacam-macam jenis gelang dan cincin. Aku cuba mengikut rentaknya kerana aku tahu Ikhwan cuba melupakan kenangan itu.
“Nak pergi mana pula lepas ni?” tanyaku setelah membelikannya gelang yang hampir sama seperti beberapa tahun lepas. Kali ini aku membelinya sepasang. Satu untuk Ikhwan dan satu lagi untukku.
“Makanlah, dah lapar ni. Dari pagi tadi tak makan.”
“Lah kenapa tak beritahu tadi. Patutlah muka macam apa lagi. Rupanya lapar!”
“Tau tak apa! Hari ni Hana kena belanja.”
“No problem. Wan nak makan kat mana?”
“Kita pergi Kampung Barulah! Dah lama tak makan kat sana.”
Dari Pasar Seni kami bergerak ke Kampung Baru. Agak sesak jalan masuk ke kawasan itu dan tiada ruang untuk meletakkan kereta. Hampir setengah jam mencari tempat letak kereta barulah ada yang kosong. Itupun agak jauh dari kawasan deretan kedai makan di situ.
“Hana nak makan apa?”
“Nasi campurlah.”
Selepas makan Ikhwan mengajak aku menemaninya mencari persalinan pejabat yang baru. Menurutnya sudah lama dia tidak membeli pakaian pejabat yang baru dan seperti biasa destinasi kami tentu sahaja Mid Valley. Ikhwan meminta aku memilihkannya beberapa helai kemeja dan tali leher. Aku dengan senang hati memilihkan beberapa helai kemeja dan tali leher yang menarik minatku. Setelah hampir sejam berada di Mid Valley kami bergerak pula ke Masjid India.  Sepanjang kami berjalan menyusuri kawasan itu Ikhwan tidak lepas daripada memegang tanganku. Sesekali jari jemariku dibawa ke mulutnya. Dikucup lembut.
“Apa yang Wan tengok pada Hana sampaikan Wan sanggup korbankan perasaan Wan untuk Hana?” tanyaku ketika kami berhenti minum di Maju Junction. Sememangnya sudah lama aku inginkan jawapan Ikhwan tentang perkara itu.
“Erm, Entahlah.”
“Mana boleh macam tu! Apa yang buatkan Wan suka sangat Hana. Hana nak tahu jugak apalah istimewanya Hana ni?!” ujarku dalam senyuman nakal.
“Nantilah saya bagitahu.”
“Okay, Hana tak nak paksa. Satu lagi soalan hari tu Wan cakap Wan tinggal dengan kak Rinakan tapi kak Rina beritahu Hana Wan duduk dekat PJ. Wan duduk rumah yang Wan beli untuk kita dulu ya?”
“Tak adalah. Rumah tu Wan dah jual. Wan duduk dekat Damansara.”
“Wan jual rumah tu? Kenapa Wan jual?”
“Erm, sebab Hana tak ada. Buat apa nak tinggal dalam rumah besar macam tu. Takutlah Wan. Nanti malam -malam ada hantu-hantu cantik kacau Wan!”
Ikhwan ketawa kecil tapi aku sedar Ikhwan pura-pura ketawa dan aku cukup sedar aku masih perlu mencari waktu lain untuk bertanyakan tentang hal itu.
“Wan, Umi cakap tak payahlah kita bertunang lama-lama.”
“Kalau macam tu kita kahwinlah!” jawab Ikhwan
“Tengok tu, Hana serious dia main-main pula.”
“Yerla, Wan pun serious ni! Kenapa? Hana tak nak kahwin dengan Wan?”
“Bukan sekarang.”
“Kenapa bukan sekarang?” Ikhwan sudah mulai serius. Wajahnya tiada lagi riak ceria. Ah, mungkin Ikhwan sedang memikirkan yang bukan-bukan. Dari riak wajahnya sudah dapat kubaca apa yang difikirkannya.
“Yerlah, kesian kat Hana nanti kalau kahwin sekarang! Wan tu asyik pergi Taiwan jer! Tengoklah macam dua minggu lepas dekat dua minggu juga Wan pergi sana! Kesian kat Hana tau tak boleh jumpa Wan!”
“Alah, bukan Wan tak call Hanakan? Lagipun setiap hari Hana boleh tengok Wan!”
“Alah, setakat web cam tak naklah Hana! Itupun dah masa Hana nak tidur.  Dalam sehari tu Wan call Hana sekali jer, bila Hana call bagi alasan nanti bil melambung sedangkan Wan tak nak Hana kacau Wan buat kerja!”
Ikhwan ketawa kecil mendengar rajukku. Mungkin dia gembira mendengar alasanku untuk tidak berkahwin buat masa ini. Sememangnya kerana sebab itulah aku tidak ingin berkahwin dalam masa terdekat selagi urusan Ikhwan di Taiwan tidak diselesaikan.
“Kalau Wan nak kita kahwin cepat juga, Hana nak tak?”
“Dengan syarat Wan tak boleh selalu out station!”
“Betul ni? Esok  Wan suruh kak Rina datang berbincang semula. Kita bertunang minggu depan. Tiga bulan lepas tu kita kahwin. Okay?”
“Tak payah bertunang boleh tak? Kita terus kahwin?”
“Ikut adatlah sayang oi! Manalah tahu Hana ubah fikiran ker?! Tak nak jadi isteri Wan! Hana dengan Wan sekarang sebab kena paksa ker macam dulu tu!”
“Dah mula dah tu! Jangan nak mengarut! Wan sendirikan pernah cakap dengan Hana jangan nak ungkit kisah lalu tu! Dah lepaskan!? Sekarang Hana terima Wan dengan rela hati dan kerana Hana sayangkan Wan! Bukan sebab Hana kena paksa dengan sesiapa. Perasaan Hana pada Wan datang sendiri.” Aku menunjukkan muka masam. Kurang senang dengan kata-kata Ikhwan. Mungkin menyedari aku marah dengannya, Ikhwan mengenggam jari- jemariku. Diusapnya pelahan.
“Sorry, sayang. Wan tak ada niat nak cakap macam tu! Erm, makin cantik Wan tengok bakal isteri Wan ni merajuk tapi tak elok merajuk macam ni nanti cepat tua!”
Membulat mataku mendengar kata-kata Ikhwan. Lelaki itu sudah mula pandai mengenakanku.
“Amboi, kenakan orang!” lengannya kucubit agak kuat sehinggakan Ikhwan mengaduh kesakitan. Mengundang perhatian beberapa pelanggan di situ.
“Sakitlah Hana!”
Aku ketawa lepas tetapi sedikit pelahan melihat muka Ikhwan yang kemerahan menahan rasa sakit dan malu diperhatikan. Menyedari kami masih tidak menunaikan solat zohor Ikhwan mengajak aku bersolat di Masjid India
Selesai bersolat zohor, sementara menunggu waktu asar aku bergerak ke belakang bagi memberi laluan kepada bebarapa gadis yang ingin menunaikan solat zohor yang sudah hampir dipenghujung. Azan asar berkumandang beberapa minit kemudian. Aku kembali ke sejadah yang baru ditinggalkan. Bangun menunaikan solat Asar.
Kami kembali ke Maju Junction kerana Ikhwan meletakkan keretanya di situ. Aku dan Ikhwan bercadang ingin menonton wayang di TGV KLCC tetapi akhirnya kami mengambil keputusan untuk menonton keesokannya kerana sudah terlalu penat berjalan seharian.
 “Tak nak singgah?” tanyaku.
“Erm, no thanks. Kirim salam dekat mak dan abah Hana ya! Dekat Umi dan uncle Mail sekali!”
“Adam?!”
“Ya, sayang! Kirim salam Wan dekat si teruna tu ya?!” ujar Ikhwan dalam tawa sambil tangannya mencubit pipiku.
Kami berbalas salam sebelum aku keluar dari keretanya. Ikhwan memecut laju keretanya setelah aku memasuki kawasan halaman rumah. Aku tersenyum sendiri mengenangkan hari yang aku lalui bersamanya hari ini.

4 comments:

epy elina said...

hohohoho....
sweet la part ni....
sy smkin x sbr nak bca n3 strusnya....
hmmm,....
suke ngn wtak wan...
thniah kpda pnulis sbb dpt mnghidupkn watak wan...
shngg sy mngimpikan llki mcm wan...
kehkehkeh....

Anonymous said...

yeah ada entry barulah...
wow romantik wan nie..
tapi tak berapa sesuailah sebab
hana & wan bukan muhrim..

so continue cepat-cepat ye.....

MaY_LiN said...

alahai~
melalui hari-hari bahagia..

cinta terindah said...

wahhhhhhh...bahagianya Hana...
hope akan kekal...ta nak la ada badai2 lg yg nak melanda..huhu