Wednesday, March 24, 2010

KERANA SAYANG 33

Rinduku kepada arwah Syahril tiba-tiba mengamit. Sejak aku bersama Ikhwan entah kenapa sering kali bayangan Syahril hadir dalam mimpiku. Kadang kala aku seperti melihatnya di segenap ruang rumah atau pejabatku. Sesekali tika waktu terluang kenangan bersamanya hadir tanpa dipinta. Aku akan tersenyum dan menangis mengingati detik-detik indah itu. Terbayang di ruang mataku tika awal perkhawinan kami dahulu Syahril tidak pernah lupa menghadiahkan aku sekuntum mawar segar pelbagai warna.  Perkara ini berterusan sehinggalah hari kematiannya. Petang sebelum aku menerima berita menyayat hati itu, aku terima sejambak bunga mawar berwarna merah dan kuning. Terselit beberapa kuntuman mawar putih ditengah-tengah kuntuman-kuntuman bunga-bunga yang lain. Aku cukup terharu dan rasa dihargai kerana tika itu Syahril berada di Singapura. Itulah mawar terakhir daripada Syahril sebelum dia terlibat kemalangan ngeri di sempadan Malaysia – Singapura.
Rasa bersalah mula menyelinap di segenap tubuhku. Mungkinkan Syahril tidak merestui aku bersama Ikhwan sehinggakan dia kerap hadir menyapaku? Cubaku buang tanggapan itu jauh-jauh kerana aku tahu itu jua kemahuan Syahril.  Mimpi-mimpi yang pernah hadir dahulu bagaikan menjadi bukti Syahril merestui Ikhwan.
“Mak Hana rasa nak balik JBlah hujung minggu ni. Dah lama Hana tak balik sana.”ujarku ketika duduk berdua dengan emak di dapur. Umi dan abah mertuaku keluar mengunjungi rakan mereka yang baru balik dari Mekah. Abahku pula entah hilang ke mana. Sedari pagi tadi aku tidak nampak kelibatnya.
“Baliklah, Hanis. Emak tak halang. Lagipun dah lama Hanis tak ziarah kubur arwah Syahril tu. Sekarang ni Hanis masih ada masa nak ziarah kubur arwah. Nanti mak takut kalau Hanis dah kahwin dengan Ikhwan, Hana dah tak boleh ziarah kubur arwah lagi.”
Aku tersenyum hambar mendengar jawapan emak. Ada benarnya kata emak. Tak lama lagi aku akan menjadi milik Ikhwan. Tanpa ada keizinan daripadanya aku tidak boleh sama sekali menziarahi kubur arwah suamiku. Perasaan Ikhwan harus kujaga. Aku sedar mana ada suami yang sanggup membiarkan isterinya mengingat kenangan kisah lama. Aku juga mungkin begitu.
“Mak jangan beritahu sesiapa ya? Hanis tak nak Ikhwan tahu.”
Emak mengangguk. Emak tentu memahaminya. Ikhwan menghubungiku malam itu ketika aku sedang asyik membelek album perkahwinanku dengan arwah Syahril. Sebaik terpandangkan nama Ikhwan di skrin telefon segera kuseka air mata yang mengalir dengan hujung baju tidurku. Aku menarik nafas panjang. Berharap Ikhwan tidak mengesan apa-apa perubahan pada suaraku.
“Ahad ni Hana ada rancangan apa-apa tak?” tanya Ikhwan sebaik sahaja aku menjawab salamnya. Aku teringatkan cadanganku untuk turun ke Johor. Lama aku berdiam. Tidak tahu untuk menjawab apa kerana aku tahu Ikhwan tentu sahaja sedang merencanakan sesuatu untuk kami berdua.
“Erm, Hana ada hal sikitlah nak ke Melaka. Ada kawan Hana nak suruh Hana tolong renovatekan rumah dia. Kenapa?” tipuku akhirnya.
“Ya ker? Wan baru jer nak ajak Hana ke suatu tempat. Tak apalah kalau Hana ada kerja.”
“Wan nak bawa Hana ke mana?” tanyaku pelahan.
“Adalah. Tak boleh beritahu sekarang.” Ujar Ikhwan dalam tawa kecil. Aku tersenyum mendengar tawanya itu.
“Erm, Wan tak nak ikut Hana ker?” tanyaku, sekadar ajak-ajak ayam. Huh, nahas aku kalau Ikhwan ingin ikut serta!
“Tak apalah. Wan ada kerja sikit. Jangan lupa bawa buah tangan dari Melaka ya?”
“Okay.” Jawabku sepatah.
“Are you okay, Hana? Wan rasa Hana macam tak selesa ajer cakap dengan Wan. Ada apa-apa Hana nak beritahu Wan?”
“Eh, tak adalah. Sorrylah Wan, Hana penat ajer. Wan, emak tanya kad jemputan Wan dah tempah ker? Kalut emak tu tanya Hana dari petang semalam lagi!” ujarku cuba memesong perbualan. Tidak mahu terus ditanya oleh Ikhwan.
“Dah tapi baru semalam Wan jumpa kawan Wan tu. Hana…..”
“Ya, Wan. Kenapa? Boleh Hana tolong?” tanyaku cuba berlelucon.
“Hana dah sedia jadi isteri Wan? Lima minggu lagi kita akan jadi suami isteri. Hana takkan ubah fikirankan?” soal Ikhwan serius, nada suaranya pelahan dan sedikit bergetar. Aku mengeluh entah untuk kali ke berapa. Sejak kami bertunang dua bulan lepas Ikhwan tidak pernah lekang bertanyakan aku soalan itu.
“Ya, sayang. I’m yours. Okay? Hana takkan ubah fikiran sampai bila-bila. Hana cintakan Wan sepenuh hati dan Hana nak Wan tahu, Hana dah cukup bersedia untuk menjadi isteri kepada Wan!”
“Hana masih ingatkan Syahril?” aku mendengus. Tidak suka soalan itu yang dibangkitkan oleh Ikhwan.
“Dia ayah kepada Adam, Wan. Masakan Hana akan lupakan dia. Hana harap Wan faham. Cuma sekarang ni Hana akan jadi milik Wan. Hana akan jadi isteri Wan. Hana janji Hana hanya akan cintai dan sayangi Wan sahaja. Percayalah Hana, Wan!”
Maafkan Hana, bang! Tidak terniat untuk Hana singkirkan abang dari tahta hati Hana tetapi kini Hana perlu untuk meyakinkan Ikhwan yang Hana bersamanya kerana cinta dan sayang Hana padanya! Hana akan tetap ingat abang sebagai suami Hana yang pernah Hana rasai kasih sayangnya dan cintanya. Hana tahu kasih abang akan terus subur untuk Hana melalui Adam. Hana akan tetap ingat abang sebagai ayah kepada Adam dan lelaki yang pernah Hana cintai. Cinta Hana tidak pernah kurang untuk abang cuma sekarang benarkan Hana membahagiakan Ikhwan! Sendu aku berbicara pada diri sendiri. Air mata yang tadinya sudah kering kembali mengalir.
“Maafkan Wan, Hana. Wan cuma keliru sejak akhir-akhir ni. Makin dekat dengan hari pernikahan kita makin Wan fikirkan yang bukan-bukan. Mungkin Wan masih cemburukan arwah Syahril. Hana jangan risau, Wan tahu Hana cintakan Wan. Dahlah, Hana tidurlah. Wan pun dah mengantuk ni.”
“Okay. Janji dengan Hana, jangan nak fikir bukan-bukan lagi. Kalau fikir juga Wan memang tak sayangkan Hana!” rajukku.
“Ya sayang, Wan percayakan Hana. I love you, Hana. Love you so much!”
“Hana juga. I love you too.”
“Assalamualaikum, sayang.”
“Waalaikumsalam.”
Aku kembali menatap album perkahwinanku dengan Syahril. Hipokritkah aku jika tadi aku memberitahu Ikhwan aku hanya mencintai dan menyayangi dirinya sedangkan sekarang aku merasakan perasaan aku terhadap Syahril masih subur. Masih mewangi. Masih lagi utuh seperti dahulu.
Tiba-tiba aku tersandar di kepala katil. Bertanya pada diri sendiri. Apakah benar keputusan yang kubuat ini? Adakah benar perasaan aku terhadap Ikhwan sama seperti perasaan aku terhadap Syahril? Adakah aku terima Ikhwan kerana cinta atau sekadar ingin menghargai pengorbanannya?
Gambar Ikhwan bersama Adam ketika kami keluar bertiga tempoh hari aku capai. Aku usap wajah Ikhwan dengan jariku. Saya cintakan awak! Saya cintakan awak! Aku menjerit di dalam hati. Aku tidak mahu keliru lagi. Aku ingin tetapkan di dalam hatiku yang aku mencintai Ikhwan dengan setulus hatiku. Bukan kerana simpatikannya dan ingin membalas setiap pengorbanannya dahulu. Tidak!!
Aku kucup gambar Ikhwan yang sudah berbingkai. Aku letakkan kembali di meja sisi. Kemudian, aku simpan kembali album perkahwinanku ke dalam almari. Aku bangun melangkah ke dalam bilik air. Mengambil wuduk dan terus merebahkan tubuhku ke atas katil. Belum sempat pun aku lelap, aku teringatkan Adam. Segera aku bangun menuju ke biliknya.
Saat aku membuka pintu biliknya aku tersenyum melihat Adam yang tidur lena. Aku hampirinya lalu kepingan gambar di dalam pelukannya aku capai. Ada rasa sebak yang menjalar. Adam memeluk gambar Ikhwan! Kasihnya pada Ikhwan tidak terungkap. Dia sudah memanggil Ikhwan, papa. Sudah sibuk bertanya bila Ikhwan akan menjadi papanya. Belum pun aku dan Ikhwan bersatu, Adam sudah mula sibuk mahukan adik. Nak adik macam Hafiz katanya. Pada mula aku mendengar permintaannya, terkejut besar aku. Masakan tidak Adam memberitahu keinginannya ketika seluruh keluargaku ada. Bergema ketawa di ruang tamu rumah. Ikhwan yang turut ada juga seperti tergamam. Akhirnya dia turut ketawa.
Gambar Ikhwan aku letakkan di atas meja belajar Adam. Gambar itu memang berada di situ. Aku merebahkan tubuhku disebelah Adam. Aku usap bahu Adam pelahan lahan. Bayangan wajah arwah Syahril dan Ikhwan bersilih ganti. Entah kenapa mataku sukar benar untuk dipejamkan.
Terbayang pula peristiwa lima tahun lepas. Serta merta air mataku mengalir. Laju menuruni pipiku.
“Tak ada apa-apa? Kau ingat aku ni dah buta sangatlah! Client apanya kalau dah dia panggil kau darling?! Booking bilik buat apa? Meeting atas katil ker? Dasar jantan keparat!” tinggi benar suara aku ketika itu membuatkan kami menjadi perhatian. Aku mengherdik dan menghina Ikhwan tanpa usul periksa. Aku memalukannya dihadapan khalayak. Wan, maafkan Hana! Maafkan Hana!
Kerana cinta Ikhwan sanggup dipandang hina. Kerana cinta juga Ikhwan sanggup melepaskan aku. Kerana cinta Ikhwan sanggup menghukum dirinya sendiri. Ya ALLAH!
“Ma, mama menangis ker? Kenapa mama nangis?”
Tersentak aku mendengar suara Adam. Segera aku menyeka air mataku dengan hujung jari-jemariku. Berasa bersalah pula membuatkan tidur Adam terganggu.
“Maaf sayang. Mama cuma teringat kat uncle Wan. Dah Adam tidurlah. Mama tidur dengan Adam ya?”
Adam hanya menggangguk. Dipejamkan kembali matanya rapat. Aku usap muka Adam pelahan. Raut wajah Adam saling tidak tumpah seperti ayahnya. Matanya. Hidungnya. Bibirnya.  Ah, kenapa saat aku hampir menjadi isteri Ikhwan kenangan bersama Syahril sentiasa hadir?!
“Abang restuilah Hana! Restuilah perkahwinan Hana dengan Ikhwan!”ucapku pelahan. Aku cuba pejamkan mata namun terlalu sukar. Rasa kantukku hilang serta merta. Akhirnya aku bangun kembali ke bilikku. Mengambil wuduk. Menunaikan solat sunat. Kemudian, membaca aya-ayat suci al-Quran. Hatiku tenang kembali. Aku nekad dengan keputusanku untuk mengahwini Ikhwan kerana aku mencintai dan menyayanginya sepenuh hatiku. Moga hubungan kami terus direstui dan diberkati Yang Maha Esa. Amin.

5 comments:

epy elina said...

hohoho.....
hana ttapkan la ati ko kat wan....
x slh mngigati syahril krna dia tlh jd sej silam....
jgn buagkan syahril trus dr ati ko, n jdkan kngn brsma syahril kngan trindah....
nmun jgn brkan ikhwan mrasa kurng ksih syg dr ko hana....
pe pun nak hana ngn ikhwan....
hrp2 hana jtuh cnta btul2 kat ikhwan...
bkn mcm skrg hipokrit...

cinta terindah said...

ermmmterkadang kita tak boleh nak menebak prasaan kita sndri...
jd jln plg bail adalah meminta petunjuk drpd Allah s.w.t.
insyaAllah...hati kita akan lebih tnang...

safya said...

lorh jap nak jap x nak..biau btul si hana nie..sian kan ikhwan frust tertonggeng la klu kene reject lagi...hana tetapkan le pendirian mu

akak said...

hmm..
mmg susah nak lupakan cinta pertama..sian hana.. tp takpelah klu dah nekad tu go on jelah!

MaY_LiN said...

memang betul..
cinta pertama beri kesan yang mendalam..