Wednesday, March 24, 2010

KERANA SAYANG 34

Pagi Ahad itu, seawal pukul tujuh pagi aku ke kubur Syahril. Semalam aku tiba agak lewat dari Kuala Lumpur. Sampai sahaja aku di rumah terus sahaja aku terlena. Pukul dua pagi barulah aku bangun untuk menunaikan solat Isya’. Entah kenapa seusai solat aku menangis. Kenangan itu sukar untuk aku luputkan walau sedikit.
Agak lama aku berada di situ. Menyedekahkan bacaan Yassin dan al-Fatihah untuk keberkatan dan kesenangan Syahril di sana. Hampir tiga jam aku di situ. Sambil membersihkan perkuburan Syahril aku berbual dengannya. Berharap Syahril akan mendengar. Berharap Syahril akan memahami keadaanku.
“Akak bukannya apa Hana. Hana dah nak kahwin. Kasihan Ikhwan kalau dia tahu Hana masih mengingati Syahril!” ujar kak Mar berterus terang ketika aku mengunjunginya setelah pulang dari menziarahi kubur Syahril.
“Tapi kak, Adam tu anak Hana dengan Syahril. Masakan Hana boleh lupakan Syahril macam tu ajer. Setiap kali Hana tengok Adam, Hana akan nampak Syahril kak!”
“Itu akak faham, Hana. Cuma Hana fikir apa perasaan Hana kalau Hana berada di tempat Ikhwan? Hana sanggup tengok suami Hana mengingati arwah isteri dia? Lepas tu Hana dapat tahu Ikhwan menziarahi kubur arwah isteri dia tanpa pengetahuan Hana. Hana tak marah? Tak rasa sakit hati? Cemburu?” bertalu-talu kak Mar bertanya.
Terdiam aku. Tiada jawapan yang dapat aku berikan kerana aku tidak mengalaminya.
“Entahlah kak! Cuma sekarang Hana dengan Ikhwan belum bernikah lagi. Hana boleh menziarahi kubur arwah tanpa pengetahuan atau izin dia!”
“Hana juga pernah cakap dengan akak Ikhwan tu macam manakan?! Ingat tak? Lelaki ni Hana kalau dah sensitif, sensitifnya mengalahkan perempuan. Hal kecil pun boleh jadi isu.”
“Kenapa semua orang nak sokong Ikhwan!? Umi pun cakap macam tu. Abah pun. Sekarang kak Mar pulak. Kak Mar tak sayangkan Syahril atau kak Mar dah tak anggap Hana ni adik ipar akak?!” tanyaku sedikit sebak. Semua orang menyokong Ikhwan. Meminta aku melupakan Syahril. Melupakan kenangan yang pernah tercipta antara aku dan Syahril.
“Ke situ pulak dia! Kerana sayangkan Hana dan Syahrillah akak cakap macam tu. Akak nak Hana bahagia. Lupakan kisah sedih tu. Tak salah Hana mengingati Syahril. Akak gembira Hana tak pernah lupakan arwah adik akak tu. Mungkin sekarang Syahril tersenyum bangga punyai isteri seperti Hana. Dalam hal ni dan pada waktu ini rasanya Ikhwan lebih berhak untuk merasai kasih sayang dan cinta Hana. Dia perlukan Hana sama seperti mana arwah Syahril perlukan Hana dulu. Arwah mungkin akan rasa terkilan kalau dia tahu Hana macam ni. Dulu dia pernah cakap kalau Hana ini boleh bersuami dua, dia sanggup berkongsi kasih dan cinta Hana dengan Ikhwan!”
Terbeliak mataku mendengar kata-kata kak Mar. Terasa tersekat air liurku dikerongkong. Serta merta badanku berpusing menghadap kak Mar.
“Apa maksud kak Mar? Kenapa....”
Tidak sanggup aku menghabiskan kata-kata. Air mata jua yang mengalir. Nampaknya kak Mar juga sudah tahu terlebih dahulu tentang Ikhwan.
“Syahril ada cerita dekat akak dia jumpa Ikhwan. Dia cerita semuanya pada akak sebab tu bila Hana nak pindah KL akak setuju dan tak menghalang. Akak harap Hana akan jumpa Ikhwan. Lagipun itulah harapan Syahril. Akak pada mulanya marahkan arwah bila setiap kali dia datang jumpa akak dia akan cakap kalau sesuatu terjadi kepada dia, dia nak Hana dengan Ikhwan. Dia cakap hanya Ikhwan yang mampu bahagiakan Hana dan terima Adam. Akak ingat Syahril cuma bergurau tetapi bila dia meninggal akak faham kenapa dia dok bercakap perkara yang sama. Syahril dah dapat rasakan tentang ajal dia Hana!”
Aku tidak bersuara. Kenapa aku tidak dapat menghidu sesuatu yang tidak enak dengan perubahannya yang tiba-tiba? Kenapa aku tidak pernah ambil peduli tentang kata-katanya?
“Umi dan abah pun tahu.”
Suara kak Mar yang pelahan menyapa telingaku kembali membuatkan aku terkejut. Jadi hanya aku yang baru tahu tentang perkara ini? Hanya aku yang baru tahu tentang sandiwara Ikhwan hampir lima tahun lepas?
“Jadi semua orang dah tahu. Emak dan abah Hana pun?” tanyaku sambil merenung kak Mar. Hanya gelengan sebagai jawapan kak Mar di atas pertanyaanku tadi. Aku benar-benar tidak tahu apa yang harus aku perkatakan. Ingatanku bagai di bawa saat aku menyatakan hasrat untuk kembali ke Kuala Lumpur dahulu.
“Hana, akak harap Hana fahamlah kenapa akak cakap macam ni! Akak nak tengok Hana gembira seperti mana Hana pernah gembira dan bahagia bersama Syahril. Kami semua nak Hana yang dulu. Walau akak cuma berkesempatan tengok Ikhwan masa hari pertunangan Hana dulu, akak percaya Ikhwan adalah yang terbaik untuk Hana. Cara dia melayan Hana, cara dia cakap dengan Umi dan abah. Cara dia layan Adam. Akak percaya Hana akan bahagia dengan Ikhwan tapi dengan syarat Hana kena tetapkan di dalam diri Hana hanya seorang yang Hana cintai. Jangan sampai Ikhwan meragui cinta Hana. Syahril kenangan lama Hana. Biarkan dia sebagai kenangan. Nanti bila Hana dan Ikhwan dah sah sebagai suami isteri elakkan bercakap tentang Syahril di depan Ikhwan. Hati orang kita tak boleh duga, Hana. Luaran dia nampak okay bila Hana bercerita tentang Syahril tapi kat dalam hati dia, siapa yang tahu? Jangan sesekali Hana bandingkan Ikhwan dengan Syahril. Hana pun tak sukakan kalau Ikhwan bandingkan Hana dengan perempuan lain?”
“Tapi kak di dalam hati Hana ni masih ada cinta untuk arwah kak. Hana rasa Ikhwan akan faham kalau Hana minta izin nak ziarah kubur Syahril. Syahrilkan ayah kepada Adam.”
“Akak percaya Ikhwan akan benarkan dan izinkan. Cuma akak rasa Hana kena lebih yakinkan Ikhwan tentang perasaan Hana padanya. Jangan buatkan dia rasa Hana terima dia kerana simpati dan cerita lama tu. “
“Susahlah, kak. Sebelum kami bertunang puas Hana yakinkan dia, Hana terima dia kerana Hana cintakan dia tapi setiap kali dia call Hana, jumpa Hana ker dia mesti tanya Hana sama ada Hana dah bersedia nak jadi isteri dia. Sama ada Hana dah fikirkan sebaik-baiknya terima dia di di dalam hidup Hana. Sampaikan Ikhwan buatkan Hana berfikir, betul ker Hana cintakan dia?! Betul ker Hana sayangkan dia?”
“Macam tulah kalau orang pernah kecewa, Hana. Dia akan fikir yang bukan-bukan selagi dia tak yakin dengan dengan apa yang dia rasa. Dia terlalu sayang dan cintakan Hana sampai dia takut nak menyakiti dan menyeksa perasaan Hana seperti apa yang berlaku dulu. Memang susah nak yakinkan orang macam tu, Hana. Hana kena sabar. Hana kena yakin dengan pilihan Hana. Jangan sampai nanti Ikhwan dapat rasakan apa yang dia fikirkan selama ni betul. Dia akan lebih kecewa.”
Aku mengeluh lemah. Bukan itu harapanku. Aku ingin melihat Ikhwan bahagia dan gembira. Aku ingin lihat Ikhwan yang pernah aku kenali dulu. Yang pernah hampir menjadi suamiku.
Kenangan yang pernah tercipta antara kami lima tahun lalu berlegar-legar di ruang mataku. Betapa gembiranya Ikhwan tatkala menunjukkan aku rumah yang telah dibelikan untuk kami. Betapa bersungguh-sungguhnya Ikhwan bercerita tentang impiannya.
Figura lelaki dalam keadaan berserabut tiba-tiba menerpa ruang mataku. Keadaan Ikhwan ketika bertemu denganku untuk kali terakhir masih lekat di ingatan. Akhirnya, air mataku jua yang mengalir. Sungguh aku berasa bersalah terhadapnya. Ikhwan mengetahuinya daripada Alia dan pertemuan terakhir kami hari itu sekadar untuk membenarkan segala kenyataan Alia. Kekecewaan Ikhwan aku bayar dengan hanya seutas gelang itu!
“Sudahlah, jangan fikirkan sangat. Hana cuma kena sabar dan yakinkan Ikhwan. Yakinkan dia Syahril hanya sebahagian daripada kisah lama Hana. Cinta Hana sekarang hanya untuk dia. Buatkan dia fikir Hana sayangkan dan cintakan dia lebih daripada Hana cintakan Syahril. 
Entah kali ke berapa aku mengeluh kerana Ikhwan. Bagiku, sukar benar untuk memahami lelaki itu. Sukar benar untuk aku menidahkan rasa ketidak selesaan aku dengan sikapnya yang tidak pernah yakin denganku.
Tepukan pelahan kak Mar di pehaku sedikit menyentak lamunanku yang entah di bawa ke mana.
“Sudahlah, jangan nak fikir yang bukan-bukan lagi. Sabar dan yakin dengan pilihan Hana. Insya- ALLAH Ikhwan akan merasai keikhlasan Hana terima dia. Jom, tolong akak masak. Abang Rashid teringin nak makan masak asam pedas.”
Aku sekadar tersenyum hambar menyambut kata-kata kak Mar. Dengan rasa sedikit malas aku melangkah membuntuti kak Mar yang terlebih dahulu melangkah.
Ya, aku seharusnya sabar dan yakin dengan pilihanku sekiranya ingin melihat Ikhwan merasai cintaku terhadapnya. Ya ALLAH, Kau tolonglah hamba- Mu ini dalam meniti ranjau perhubungan ini!

Panggilan telefon daripada Adam pagi itu sedikit mengejutkan aku. Bukan kerana tidak senang menerima panggilan daripada anak kecil itu cuma sebaik sahaja mendengar suara Ikhwan di hujung talian aku diburu seribu satu macam perasaan yang tidak dapat kugambarkan.
“Adam tidur kat rumah uncle Wan. Uncle ambil Adam semalam.” Jawab Adam riang. Aku tersenyum sendiri.
“Ish, kenapa Adam susahkan uncle. Uncle tentu banyak kerja.”
“Bukan Adam yang nak ikut, uncle yang ajak. Erm, mama bila nak balik. Adam rindu kat mama!”
“Mama nak baliklah ni. Tengah kemas barang. Petang nanti mama sampailah. Mama nak cakap dengan uncle sekejap boleh?”
Rasa rindu terhadap lelaki itu tiba-tiba sahaja hadir. Dapat kudengar suara Ikhwan menyahut apabila di panggil Adam. Entah kenapa aku berdebar-debar. Terasa seperti kali pertama bercakap dengannya.
“Assalamualaikum, sayang!” ucapnya pelahan, lain benar suaranya.
“Waalaikumsalam, Wan. Wan tak sihat ker? Demam ker?”
“Selsema sikit. Semalam kena hujan. Hana kat mana ni?”
“Kat hotel lagi. Sekejap lagi bertolaklah. Macam mana Wan boleh kena hujan ni?” tanyaku sedikit risau.
“Jangan risau, sayang. Wan okay. Erm, tak apa ker Wan pinjam Adam ni?”
“Hana tak kisah tapi semalam masa Hana call Wan, hand phone Wan off?” sengaja aku bertanya dalam nada manja.
“Erm, battery flatlah. Excuse me!”
Kedengaran Ikhwan terbersin jauh dari telefon bimbitnya.
“Sorry.”
“Tak apa. Dah makan ubat ke belum ni?”
“Rasanya tak perlu kot! Hana baliklah cepat. Wan rindu sangat!”
“Yer sayang! Hana nak baliklah ni. Petang nanti kita jumpa ya?!” ujarku dalam tawa ceria.
“Okay sayang. Erm, Hana berkemaslah apa yang patut. Nanti lambat pulak sampai sini.”
“Okay. Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam. I love you, Hana. Love you so much!”
“Hana jugak. I love you too.”
“Thanks, sayang!”
Talian telefon di matikan. Namun, aku masih menekap telefon bimbitku ke telinga. Rasa bersalah yang tiba-tiba wujud, buat aku tidak keruan. Terasa cukup bersalah terhadap Ikhwan. Lelaki itu terlalu baik untuk aku kecewakan. Malah, akulah wanita yang paling bertuah dicintai Ikhwan. Lelaki yang sanggup berkorban apa sahaja demiku.
“Hana, jom turun makan dulu.”
Suara Kak Mar mengejutkan aku dari lamunan. Segera aku meletakkan telefon bimbitku ke dalam tas taangan.
“Hana call Ikhwan ker tadi?” tanya Kak Mar sambil menolong mengangkat beg pakaianku.
“Taklah. Adam yang call. Dia tidur rumah Ikhwan semalam.”
“Erm, baguslah tu. Akak tengok Adam suka sangat dengan Ikhwan. Umi ada cerita kat akak Adam tu kalau Ikhwan tak datang sehari sibuk dia bertanya ke mana orang tu pergi,” cerita Kak Mar dalam tawa.
“Entahlah, kak! Hana serba-salah sekarang sebab tipu Ikhwan. Kalau dia tahu tentu dia sedih sangat. Mesti dia anggap Hana tak ikhlas terima dia.”
“Sudahla tu, jangan fikirkan sangat. Kalau Hana dok fikirkan benda tu nanti akan menganggu hubungan Hana dengan Ikhwan.”
Aku menggangguk lemah. Setelah bersarapan pagi aku bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Hatiku sarat dengan perasaan serba-salah dan akhirnya aku mengeluh. Sejak akhir-akhir ini aku banyak mengeluh. Terasa berat sungguh masalah yang menimpaku.
“Ikhlaskan hati kau, Hana. Terima Ikhwan!” aku berbicara kepada diri sendiri. 

4 comments:

epy elina said...

hohohoho....
aku x fhm la ngn hana ni....
dia x sdr ke wan bgitu cntkan dia....
wan x ada kurngnyA....
1 je iklas kan atimu hana....
jgn nnt bila ko sdr tramta sygkan wan smuanya dah trlmbt....
trma la nsht org di skilingmu....
hrp2 wan xthu hana g kubur syahril...
klu wan thu mst dia sdih...

MaY_LiN said...

makin saspen cite ni..
hihihihi

farra ramli said...

isyhh..bila nk kawin ni..hana ni palk dh berbolak balik ngn wan..wan dh ok,hana palk problem..erm..xpe2,best2..suspen pon ada..haha~~
good job writer..hee~~

cinta terindah said...

wahhhhhhhh...Hana nie...trima la Ikhwan 2 dgn seikhlas hati...
dia 2 baikkkkkkkk sgt!!!
susa taw jmp laki yg baik mcm Ikhwan...dkt dlm kerana sayang ja jumpa...hehe