Thursday, March 25, 2010

KERANA SAYANG 36

Suasana malam itu agak riuh rendah. Aku yang berada di dalam bilik pengantin terasa cukup berdebar menunggu kedatangan Ikhwan dan rombongannya. Terasa panas seluruh tubuhku biarpun kipas agin berputar ligat di kepala. Bila-bila masa dari sekarang aku akan bergelar isteri Ikhwan.
Dalam debaran yang maha hebat itu, telefon bimbitku berbunyi. Tertera nama Ikhwan di skrin. Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum kulepaskan pelahan-lahan agar Ikhwan tidak menyedari akan kegelisahanku.
“Assalamualaikum, sayang. Erm, dah sedia untuk bergelar isteri Wan? Hana ada masa lagi untuk fikirkan!” kedengaran suara Ikhwan dalam tawa. Pelahan suaranya kedengaran, mungkin takut ada yang mendengar perbualanbnya disebelah sana.
“Waalaikumsalam, sayang. Dah lama Hana bersedia untuk jadi isteri kepada Ikhwan Lutfi Roslan dan Hana tak suka kalau Ikhwan Lutfi Roslan cakap pasal hal tu lagi. Encik Ikhwan, I akan jadi isteri you with my pleasure. Okay, clear?!” balasku, geram. Entah sampai bila Ikhwan akan terus begini. Ketawa lepas Ikhwan kedengaran. Buatkan aku tersenyum akhirnya.
“Thanks, sayang. Ikhwan Lutfi Roslan ni nak ucapkan terima kasih kepada Hanis Farhana sebab sudi jadi isterinya.” Kata-kata Ikhwan mengundang tawaku.
“Welcome, Ikhwan! Wan kat rumah lagi ker?”
“Erm, aah. Kak Mar tu kalut sangatlah. Okaylah, sayang diaorang dah panggil tu. Tunggu Wan ya? Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Sebaik sahaja Ikhwan memutuskan talian, telefonku berbunyi lagi. Kali ini sekadar pesanan ringkas. Aku tersenyum melihat nama Luqman tertera di skrin. Sejak peristiwa itu, aku dan Luqman sudah tidak berhubung. Bukan kerana aku marah dengannya tetapi kerana Luqman yang menghilangkan diri. Encik karim, bapa saudarnya yang juga ketuaku juga tidak tahu ke mana dia pergi. Nasib baiklah syarikat yang ditinggalkannya ada pembantu.

Lama tak contact you I dapat tahu you will married to night. Congratulation! Uncle beritahu I you married dengan Ikhwan. Erm, you jemput tak I datang kenduri you esok ni? Atau you masih marahkan I dengan apa yang berlaku tiga bulan lepas?

Panjang pesanannya. Ketawa kecil aku membacanya. Tiga bulan menghilang, tiba-tiba muncul.

Lama you menghilang. I ingat you dah bawak diri. Jemputlah datang. I rasa I dah bagi kad jemputan kat uncle you.

Aku membalas pesanannya. Kak Maznah yang menjadi mak andamku masuk seketika kemudian.
“Hana nak akak tambah apa-apa lagi ker? Mana yang Hana rasa tak okay beritahu akak!”
“Tak apalah, kak. Malam-malam ni bukan orang nampak pun. Make up ni pun dah okay. Tak tebal sangat. Kalau tebal sangat nanti macam tepung gomak pulak! Erm, Adam kat mana kak?”
“Dengan Toknya kat depan tu. Kalut budak tu dok tanya bila papa dia nak sampai. Tak sabar. Jenuh abah kamu nak melayannya.”
Aku ketawa mendengar cerita kak Maznah. Sejak Adam tahu Ikhwan akan jadi papanya tiap-tiap hari dia akan bertanya bila dia boleh duduk dengan Ikhwan. Setiap hari dia bercerita tentang biliknya yang telah Ikhwan sediakan untuknya.
Lebih kurang lima belas minit kemudian, kedengaran riuh rendah diluar. Tentu sahaja rombongan Ikhwan sudah sampai. Aku menahan rasa gementar yang kembali.
“Kak, bawa Hana kedepan. Dah nak mula dah ni!” beritahu Alia. Sejak semalam lagi Alialah antara orang paling sibuk. Ke sana ke mari sehinggakan tidak punya masa untuk berbual denganku.
Sebaik sahaja keluar dari bilikku, jantungku berdegup kencang. Berhati-hati aku melangkah menuruni anak tangga. Takut tersunggur. Malu. Sebaik sahaja kakiku memijak anak tangga terakhir, mataku dan mata Ikhwan bertembung. Ada cahaya penuh asyik di mata itu. Sungguh segak Ikhwan di dalam persalinan serba biru air laut itu.
Aku di bawa duduk di belakang Ikhwan. Agak jauh sedikit. Wajah emak dan Umi kupandang. Ada senyuman terukir. Begitu juga di wajah abah dan abah mertuaku.
“Boleh kita mulakan sekarang?” tanya lelaki yang duduk dihadapan Ikhwan. Tentu sahaja kadi. Terus sahaja aku tertunduk sebaik sahaja kedengaran suara abah memberi kebenaran. Kemudian, aku diserahkan beberapa helai borang untuk ditandatangani sebagai tanda aku bersetuju dengan pernikahan ini.
Saat kedengaran suara abah mengungkapkan ijab debaran hatiku  semakin pantas. Terasa tubuhku disimbah peluh. Mungkin menyedari keadaan aku yang gementar dan berpeluh Alia membantu mengesat manik-manik peluh di dahiku.
Sebentar kemudian, kedengaran suara Ikhwan menyambut ucapan qabul. Lancar dan jelas Ikhwan mengungkapkan ucapan qabul. Sekali lafaz sahaja.
“Sah?”
Kedengaran suara para saksi mengesahkan ucapan qabul Ikhwan. Menitis air mataku. Cukup gembira.  Bacaan doa mengiringi majlis kemudiannya. Amin!
Saat berlangsungnya upacara membatalkan air sembahyang, aku terasa cukup syahdu apabila merasakan satu kucupan hinggap di dahiku. Serentak dengan itu air mataku mengalir.
“Salam tangan Wan tu, Hana! Lama sikit!” kedengaran suara Alia mengusik.
Selepas upacara membatalkan air sembahyang kami di minta bergambar. Sempat Ikhwan berbisik kepadaku supaya jangan menangis. Demi cinta padanya, jangan menangis!
“Uncle, jangan nakal-nakal tau!” usik Nadhira dalam senyuman nakalnya ketika mereka membiarkan aku berdua dengan Ikhwan. Aku sambut usikan Nadhira dengan senyuman. Ikhwan pula ketawa kecil mendengar kata-kata Nadhira kepadanya.
“Erm, Hana nampak cantik dengan baju ni!” pujian Ikhwan kedengaran ikhlas. Aku tersenyum malu dengan pujiannya.
“Thanks, sayang sebab telah membahagiakan Wan! Terima kasih kerana Hana masih sudi terima cinta Wan. Wan janji Wan tak akan sia-siakan Hana. Wan akan pastikan Hana bahagia.”
Jari-jemariku digenggam Ikhwan. Di bawa ke dadanya. Terasa denyutan jantungnya. Seketika kami berpandangan. Tangan kanan Ikhwan menyentuh pipiku. Hangat tangannya, buatkan aku rasa selesa.
“Wan rasa macam mimpi Wan jadi kenyataan.”
“Memang dah jadi kenyataan. Sekarang Hana adalah isteri Wan. Erm, Wan nak Hana panggil Wan apa sekarang? Wan atau abang.”
Ikhwan tidak terus menjawab. Sebaliknya, wajahku ditarik dekat dengan wajahnya. Desah nafasnya menampar telingaku. Kucupan bertalu-talu hinggap di dahiku. Hampir sahaja menitis air mataku dengan perlakuannya.
“Terpulang kepada Hana. Wan tak kisah!”
“Wan ajer boleh? Hana bukan nak jadi isteri yang tidak tahu berbahasa cuma Hana rasa kalau panggil Wan, abang semacam panggil abang Hana sendiri.”
“Hana mana ada abang!”
“Yerlah, tapi Hana rasa Wan ni abang Hana pulak!” ucapku dalam suara yang sengajaku manjakan. Kepalaku kuletakkan dibahunya. Tubuhnya kupeluk.
“Terpulanglah. Wan tak kisah. Lagipun Wan sendiri tak suka Hana panggil Wan abang.”
Aku mendongak memandang wajah Ikhwan. Entah kenapa aku tidak pasti, aku tidak ingin memanggil Ikhwan dengan panggilan yang biasa digunakan oleh seorang isteri bila memanggil suaminya. Dengan Syahril aku bisa memanggilnya abang tanpa rasa aku sedang memangggil abang kandungku.
Ketukan dipintu serba sedikit mengejutkan aku dan Ikhwan. Kami saling berpandangan sebelum Ikhwan bangun menghampiri pintu. Terjengol wajah kak Marina.
“Erm, balik dulu.”
Ikhwan menggangguk sebelum kak Marina berlalu. Aku mengeluh. Terasa begitu sekejap masa berlalu.
“Wan balik dulu ya? Hana tidur awal untuk esok pulak!”
Aku menggangguk lantas bangun menghantar Ikhwan sampai di muka pintu. Kedengaran suara-suara mengusik. Membuatkan aku rasakan mukaku membahang. Emak dan Umi awal-awal lagi sudah memberitahuku dalam nada mengusik. Malam ini aku dan Ikhwan masih belum boleh berkongsi bilik selagi majlis persandingan disebelahku belum diadakan. Aku sekadar mengikut. Begitu juga dengan Ikhwan.

5 comments:

epy elina said...

hohohoo....
akhrnya hana ngn wan kaween jg....
hrp2 wan n hana sntsa brbhgia slalu....
n hana iklas mnrma wan stlah mnjd istri wan....
lma lg ke crta ni nak hbs???

iffahnazifa said...

Kawen jgk dorg nih akhirnya:p

cinta terindah said...

piweeeeeeeeet...akhirnya bersatu jua mrk...
aisehhhhhhhhh...happy2 sy pun tmpg gmbr...part nie plg best!!! huhuuuu

MaY_LiN said...

akhirnya...
bersatu juga..

Anonymous said...

best2!