Friday, March 26, 2010

KERANA SAYANG 38

“Eh, Man! You buat apa kat sini? Kenapa you tak datang masa wedding I hari tu?”
Lelaki di hadapanku kini hanya tersenyum. Mungkin dia tidak menyangka akan bertemu aku di sini. Malah aku sendiri juga.
“Jomlah, duduk dulu. Baru kita bercerita. You seorang ajer ker? Husband you?”
“I datang sini atas urusan kerja.” Jawabku ringkas sebagai menjawab pertanyaan Luqman Berkenaan Ikhwan. Kami mengambil tempat di satu sudut restoran. Angin yang bertiup agak kuat sedikit mengangguku.
Aku tidak menyangka akan ketemu Luqman di sini. Berbulan-bulan tanpa khabar berita akhirnya aku bertemunya di kawasan peranginan ini. Wajah Luqman yang agak tampan satu ketika dahulu sudah ditumbuhi misai dan janggut nipis. Berubah benar penampilannya. Apa sebenarnya yang sudah jadi dengan lelaki ini?!
“I menjejaki seseorang, Hanis.” Seperti aku jawapannya ringkas apabila aku bertanya kenapa dia boleh terdampar di sini.
“Maksud you?”
“Shuhada. Ingatkan perempuan yang pernah I cerita kat you hari tu?”
Ingatanku di bawa kembali ke saat pertama kali bertemu Luqman. Dia ada bercerita perihal gadis yang berjaya memikat hati lelakinya. Cuma aku kurang pasti nama gadis itu.
“Dia ada kat sini?” aku lihat Luqman menggangguk. Tubuhnya di sandarkan ke kerusi.
“Dia bekerja kat sini.”
“Oh ya? Baguslah macam tu! Bolehlah you bersama dia!”
Tiada senyuman yang terukir di bibirnya. Hanya keluhan dilepaskan. Senyuman aku hilang mendengar keluhan itu.
“Kenapa Man? Cuba cerita kat I!”
“Erm, I ni macam menyusahkan you pulak. First time kita jumpa I ceritakan kat you cerita sedih I. Lepas tu sebab I, you dapat malu. Then, sekarang bila I jumpa you sekali lagi, masih perkara yang sama!” Luqman tergelak sendiri dengan kata-katanya.
“Alah. Kitakan kawan. Bagi I, no big deal at all.”
“Bertuah Ikhwan dapat isteri macam you. Mesti dia gembira sangatkan?!”
“Pandailah you. So, ceritalah kat I?”
“I dapat tahu dia kerja kat sini sebelum I dapat panggilan daripada uncle I beritahu yang Sara datang serang you kat office. Sebab tulah I tak dapat jumpa you. I terus datang sini. I jumpa dia, I terus lamar dia. Dua bulan lepas baru I dapat jawapan. Dia tetap tak mahu I. Bila I tanya dia tak cakap sebab apa sampaikan I terpaksa guna cara kasar untuk dapatkan penjelasan daripada dia.”
“So, dia beritahu you tak?”
“Ya, akhirya dia beritahu I sebab apa dia tak dapat terima I. Dia pernah jadi mangsa rogol bapa dan bapak saudara dia sendiri. Dia pernah kena lacurkan sampai pregnant entah anak siapa. Nasib baik, ada hamba ALLAH tolong dia bebaskan diri dari semua tu. Dia tak nak beritahu I siapa orang tu tapi bila I terus paksa dia, dia mengalah.”
“Siapa yang baik hati tolong dia?” aku semakin ingin tahu.
“I langsung tak sangka dan tekejut bila dia cakap abang I yang tolong lepaskan dia dari terus jadi mangsa. Abang Helmi I, Hanis! I can’t believe it!”
Membulat mataku mendengar setiap butir bicara Luqman. Aku kehilangan kata-kata. Bagaimana abang Luqman boleh mengenali Shuhada?
“Patutlah dia kerja dengan abang I dengan harapan dapat langsaikan hutang abang I. Dia anggap keluarga I terlalu mulia dan dia tak layak langsung untuk jadi sebahagian daripada kami”
Sedikit terkejut aku dengan perlakuan Luqman yang tiba-tiba sahaja menumbuk meja. Aku meneguk air liur sambil mataku meliar memandang sekeliling. Takut ada mata yang memandang
“Sorry, Hanis.”
“Erm, tak apa. So, sekarang you dah tak nak dengan dia!” entah kenapa aku merasakan soalan yang aku kemukakan cukup bodoh.
“I memang kecewa, Hanis. Orang yang I sayang dan cinta rupa-rupanya terseksa tapi I bukan jenis lelaki yang membuang cinta kerana perkara macam tu. I mencintainya sepenuh hati. I tak kisah apa yang berlaku dalam hidup dia dulu. Lagipun, dia mangsa bukan sengaja. Malam masa I SMS you tu, I sebenarnya jumpa dia. Nak beritahu I tak kisah siapa dia asalkan dia lupakan kisah lepas tu!”
“So?” tanyaku tak sabar.
“Dia tetap tolak cinta I. Dia cakap hutang lima puluh ribu dia kat abang I belum jelas lagi. Sekarang I pulak nak tanggung perempuan macam dia! Sampai bila pun hutang dia terhadap keluarga I takkan langsai. I cakap kat dia kalau dia kahwin dengan I, hutang dia akan langsai tapi dia tetap tak nak. Akhirnya, barulah I tahu. Dia sebenarnya cintakan abang I. Dia bekas kekasih abang I, Hanis!”
Semakin terkejut aku dengan kenyataan demi kenyataan Luqman. Jelas benar kekecewaan di wajah Luqman. Aku ikut mengeluh. Selama ini aku menganggap hanya perempuan yang mampu berkorban untuk cinta, merasa terseksa kerana cinta dan merana kerana cinta tetapi sekarang aku mengenali dua lelaki yang sanggup lakukan apa sahaja demi cinta.
“Entahlah Hana, I tak tahu macam mana lagi untuk dapatkan dia. Hati dan perasaan dia untuk abang I. Lagipula, abang Helmi dah banyak tolong dia. Bertambahlah sayang dia pada abang I.”
“Abang youkan dah kahwin.” Entah kenapa ayat itu yang keluar dari mulutku. Sama ada cuba memberitahu Luqman status abangnya yang sudah beristerti atau…. Entahlah.
“Shuhada  tahu tu, Hanis. Kalau tidak dapat menjadi isteri abang Helmi sekalipun dia akan tetap mencintainya. Abang I terlalu berbudi dengan dia. Sejak I tahu cerita sebenar I sedar kenapa abang I begitu menasihati I bila I luahkan perasaan I. Mungkin abang I tak nak Shuhada  kecewa atau dia sendiri tidak sanggup melihat bekas kekasihnya bersama I. Mulanya I marah. Marah sebab Shuhada  masih mencintai abang I sedangkan abang I dah punyai isteri dan bahagia.”
“Abang you tahu tak apa yang you tahu?”
Berkerut dahi Luqman mendengar pertanyaanku. Mungkin kurang faham dengan  pertanyaanku. Akhirnya dia tersenyum.
“I dah beritahu dia tapi abang I tak nak cakap apa-apa. Cuma, dia cakap dia tak kisah kalau Shuhada  terima I. Entahlah, Hanis. I rasa macam dah fed-up. I tinggalkan kerja I semata-mata untuk datang sini jumpa dia. Tapi apa yang I dapat?”
Ada keluhan di penghujung bicara Luqman. Kecewa benar dia! Aku turut mengeluh. Turut bersimpati dengan Luqman. Dia bukan lagi Luqman yang aku kenal dahulu. Bicaranya sudah tidak diselang seli dengan gurauan lagi.
Bunyi nada dering dari telefon bimbitku, sedikit menganggu. Segera telefon bimbit yang berada di dalam tas tanganku keucapai. Tertera nama Ikhwan.
“Wan, Hana call sekejap lagi ya?”
“Okay, sayang.”
Segera aku mematikan talian. Luqman merenungku. Suram pandangannya. Seolah-olah memahami keadaanku, dia menggangguk. Membenarkan aku pergi.
“Thanks, Hanis.”
Ucapan terima kasih itu cuma kusambut dengan senyuman. Luqman kutinggalkan sendirian. Biarlah dia bertenang di situ dan doaku sebagai seorang sahabat Luqman akan temui kebahagiannya.
“Bila Wan nak balik ni? Hana dah rindu sangat!” renggekku manja. Ikhwan ketawa kecil.
“Wan dah ada kat rumah kitalah, sayang. Tunggu sayang balik.”
“Lah, Wan cakap Wan balik Isnin nanti. Kenapa awal pulak?
“Rindu kat sayanglah. Erm, Wan turun sana ya? Temankan Hana.”
“Tak apalah, Wan. Wan mesti penat. Lagipun kerja Hana dah siap. Kalau Wan balik Isnin nanti Hana ingat nak stay lama sikit. Erm, Wan tunggu Hana kat rumah. InsyaALLAH sebelum Asar Hana sampai.”
“Kalau macam tu okaylah. Wan rasa Wan nak pergi rumah kak Marina. Nanti kalau Hana balik terus ke sanalah. Lepas tu kita pergi beli barang dapur!”
Aku bersetuju dengan cadangan Ikhwan. Lagi pula, barang dapur di rumah sudah kehabisan. Sebaik sahaja, Ikhwan menamatkan panggilan aku bergegas ke bilikku. Mengemas barang-barang dan mendaftar keluar. Terlupa aku akan Luqman.

3 comments:

MaY_LiN said...

yeah..yeah..
ikhwan da balik..

cinta terindah said...

hana ngn Ikhwan kena tlg Luqman...cian dia...huhu

Anonymous said...

Ya, mungkin karena itu