Monday, March 29, 2010

KERANA SAYANG 39

ALLAH itu Maha Mengkehendaki. Sesungguhnya, dugaan terhadap hamba-NYA tidak pernah di duga. Aku disahkan mengandung sewaktu usia perkahwinan ku baru menjangkau dua bulan. Ikhwanlah yang paling gembira. Berita kehamilanku sampai ke pengetahuan keluargaku dan Ikhwan. Masing-masing mengucap syukur.
Namun, entah di mana silapnya. Baru sahaja aku dan Ikhwan gembira dengan anugerah ini aku keguguran ketika usia kandunganku menjangkau tiga bulan. Berhari-hari aku menangis kerana keguguranku berpunca dari silapku sendiri. Ikhwan pula lebih banyak membisu.
Sejak hari itu, sikap Ikhwan mula berubah. Sering kali dia pulang lewat dari pejabat.  Selagi jam di dinding tidak menunjukkan pukul tiga pagi tubuh itu tidak akan kelihatan. Kadang kala sampai ke subuh barulah dia pulang ke rumah dan akan kembali ke pejabat lewat pagi.
“Wan, Wan nak makan? Hana masak lauk kegemaran Wan hari ni! Erm, Wan mandi dulu lepas ni kita makan. Hana nak panaskan lauk dulu.” Ujarku pada suatu malam. Ikhwan balik agak awal dari biasa. Cuba kutahan bau asap rokok dari tubuhnya.
“Aku dah kenyang. Kau tak payah nak buat baik dengan aku!” jawab Ikhwan, menyebabkan aku terkejut besar. Tidak pernah Ikhwan membahasakan dirinya dan diriku begitu. Cukup kasar pada pendengaranku.
“Hana tahu Wan tak makan lagi. Wan temankan Hana ya? Hana laparlah!” rengekku, buat tidak dengar dengan bahasanya tadi. Lengannya kucapai. Serentak dengan itu Ikhwan menolak tubuhku sehingga aku terduduk di lantai.
“Kau ni tak faham bahasa ker? Aku kata aku kenyang, aku kenyanglah!” membulat mata Ikhwan memandangku. Aku tunduk merenung lantai. Tengkingannya menyebabkan aku tersentak. Namun, hatiku kuat menyatakan Ikhwan tidak berniat berkasar denganku.
“Kau dengar sini. Dengar apa yang aku nak cakap ni! Pandang aku! Hei, perempuan! Aku kata pandang aku!”
“Wan, sakit! Lepaskan Hana Wan!” tengkingan Ikhwan yang disertakan perbuatannya menarik rambutku kasar benar-benar di luar dugaanku. Sakitnya ALLAH sahaja yang tahu. Air jernih yang tadinya cubaku tahan mengalir juga. Tidak sanggup lagi untuk aku mendengar suara kasar Ikhwan.
“Untuk pengetahuan kau, aku kahwin dengan kau bukan sebab aku cintakan kau tahu tak?! Aku kahwin dengan kau semata-mata nak anak untuk mewarisi harta aku nanti tapi kau dah gugur. Kau buatkan aku marah, Hana!”
Aku menutup telinga. Tidak mahu mendengar kata-kata Ikhwan yang padaku semuanya bohong belaka. Ikhwan mengahwiniku kerana cinta bukan semata-mata untuk berikannya zuriat.
“Kenapa kau tutup telinga kau!?” serentak dengan itu, kedua-dua tanganku di pulas kebelakang. Aku meraung kesakitan. Aku terasa nafasku sesak. Sesak dengan bau asap rokok dari tubuhnya.
“Dengar sini, Hanis Farhana. Satu lagi yang perlu kau tahu aku kahwin dengan kau semata-mata nak balas dendam dengan apa yang telah berlaku lima tahun lepas.”
Laju aku menggeleng. Aku tahu Ikhwan bukan begitu. Dia bukan seorang pendendam. Aku tahu dia menyayangi dan mencintai aku sepenuh perasaanya. Aku dapat merasakannya.
“Wan tipu Hana!”
“Stop to called me like that! I hate it! Syahril kau boleh panggil abang, tapi aku kau panggil nama ajer! Hei, kalau dulu kau boleh permainkan perasaan aku tapi sekarang jangan harap. Aku akan seksa hidup kau seperti emak aku terseksa dan jangan ingat aku akan ceraikan kau! Biar kau merana seumur hidup!”
Ikhwan melepaskan tanganku. Langkahnya di atur ke tingkat atas. Aku masih menangis lagi. Bukan niat aku untuk mengetepikan penghormatan terhadap Ikhwan dengan memanggilnya dengan nama itu. Jauh sekali. Aku mencintai dan menyayanginya. Setiap kali aku memanggil Ikhwan dengan namanya, aku merasakan aku cukup dekat dengannya. Kenapa Wan tak beritahu Hana dari dulu lagi! Rintihku sekadar di dalam hati. Aku berpaling ke arah tangga. Ikhwan sudah naik ke tingkat atas. Aku segera bangun. Perkara ini perlu dibincangkan dan aku tahu Ikhwan tidak pernah ingin menyeksaku. Tidak sama sekali.
Melangkah masuk ke bilik tidur kami, aku sedikit terkejut melihat beberapa gambar perkahwinan kami pecah menyembah lantai. Kedengaran deruan air dari dalam bilik air. Tentu sekali Ikhwan sedang mandi. Dengan penuh berhati-hati, aku mengutip cebisan kaca yang bertaburan dengan linangan air mata.
Lama aku menunggu di penjuru katil. Ikhwan hanya keluar hampir sejam kemudian. Aku tersenyum memandangnya hanya bertuala. Segera idea nakal bermain di fikiranku. Aku menghampiri Ikhwan yang sedang mencari pakaian tidurnya di dalam almari. Lantas tubuh itu kupeluk erat. Bau asap rokok yang kuat tadi sudah bertukar dengan aroma mandian yang menyegarkan. Aku sedikit terbuai dengan aroma itu sehingalah aku merasakan tubuhku di tolak kuat. Aku menjerit sedikit kerana terkejut.
“Kau ni kenapa hah!?” soalnya kasar. Namun, Belum cukup membuatkan aku tersinggung seperti tadi. Aku nekad untuk tidak menangis kerana aku tahu Ikhwan masih mencintaiku dan akan terus mencintaiku sampai bila-bila pun.
“Wan, Hana tahu Wan terasa dengan Hana. Kita bincang perkara ni ya?” tanya kulembut, kembali menghampirinya.
“Kau nak bincang apa? Aku tak ada apa-apa nak bincangkan dengan kau. Aku nak tidur!” jawapnya pantas sambil tangannya pantas mengelak pautanku. Aku tersenyum sendiri. Membiarkan Ikhwan hilang di sebalik pintu bilik air. Ikhwan keluar sebentar kemudian. Kini dia lengkap berpakaian. Tanpa memandangku, Ikhwan terus membaringkan tubuhnya di atas katil.
“Erm, awal lagilah, Wan! Takkan nak tidur dah!” ujarku manja. Ikhwan nampak kurang senang apabila aku menyentuh dahinya. Akhirnya, dia bangun. Tubuhku ditolak sehingga aku terbaring di atas tilam.
“Ini yang kau nak kan?”
Belum sempat aku bersuara tubuh Ikhwan sudah menindih tubuhku. Selepas itu, aku hanya mampu mengalirkan air mata dengan perlakuan kasarnya. Ikhwan tidak pernah menyentuhku begini. Dia tidak pernah bertindak kasar denganku. Dia menghormatiku sebagai isterinya tetapi malam ini aku di layan bagaikan pelacur!
Entah bila aku terlena, sedar sahaja aku merasakan tubuhku dingin dek penghawa dingin, segera aku tarik selimut supaya menutupi tubuhku. Aku pandang ke sebelah. Ikhwan tiada. Saat aku teringat kembali, perlakuan Ikhwan yang ganas air mataku mengalir deras.
Wan, Hana tahu Wan bukan macam tu! Hana tahu Wan tertekan! Hana takkan salahkan Wan! Sikit pun takkan! Akhirnya itu sahaja yang mampu kuluahkan kerana aku cukup yakin Ikhwan terlalu baik untuk menyakitiku.

12 comments:

Anonymous said...

alala...npe jd cmne..
hope wan + hana okei blek..
xmo la sdey2..huhu..

nina falina said...

Tak nk ler jd mcm ni... Sian kat Hana... Kenapa teruk sgt Ikhwan berubah?

farwisy said...

what happen to wan...??? napa dia jd camtu...waaawaaa cian kat hanna..sabar hanna..tu semua dugaan..

cik ian@aH Lian~ said...

ouh, my!
ini kes naya ni!

aDa_NuRuL92 said...

npe la lak wan wat hana cm tu ek ??
msty ad s0mting yg mnggu fkrn wan nie...
hMmph,
MN npew n3 kli nie pndek jew ??

Hana_aniz said...

adehhh..
tak faham dgn ikhwan ni..

cinta terindah said...

ya Allah...apa nie Miss Nera...
knp ngn IKhwan 2...btul ka suma nie...jgn laaaaaaaaa...
ta nak caya...

IIna said...

iskk..apa ni? tamau la hana & wan gaduh2...

sofi said...

salam missnera,
alah, dah nak habis tp ada konflik pulak? knp pulak camtu? sambung cepat, ya..
nera, smlm kak sofi tunggu awak tp x kunjung dtg. sedih x dpt jumpa. tp x pe, lain kali, ya!

haslinj said...

ahh... what happen to wan????
sedihnya...
wan ni ada 2 personaliti ke??

epy elina said...

hohoho...
pe yg tlh trjdi ni???
aku pst wan amt mncntai hana...
n x sbr nak thu apa sbb wan brtndk sdemikian.....

MaY_LiN said...

sedihnye..
nape layan hana camtu