Monday, March 29, 2010

KERANA SAYANG 40

Sudah tiga hari aku mengambil cuti, tiga hari itu juga aku terpaksa mendepani Ikhwan yang semakin berani menyepak dan menampar aku sekiranya aku tidak memenuhi kehendaknya. Silap sikit pun aku mesti dikerjakannya. Akibat dari itu, aku langsung tidak keluar rumah. Kepada emak dan Umi serta Adam aku khabarkan aku di dalam keadaan baik dan tidak dapat menjenguk. Aku tidak mahu mereka mengetahui apa-apa. Biarlah! Lagipun hatiku kuat menyatakan Ikhwan lakukan semua itu kerana tertekan. Dia masih mencintai dan mengasihi aku seperti dahulu.
“Ikhwan ada?” panggilan daripada seorang perempuan lewat petang itu sedikit membuatkan aku berdebar-debar. Lenggok bahasanya yang manja itu menyebabkan aku memikirkan yang bukan-bukan.
“Siapa ni?” tanyaku berani.
“Eh, I nak cakap dengan Ikhwan sekarang. Bukan nak tunggu you soal siasat I! Panggil Ikhwan sekarang! Cakap kat dia, I Tasha.”
“Cik, saya ni isteri Ikhwan! So, I patut tahu dengan siapa Ikhwan bercakap!” ujarku sedikit sinis. Bengkak hatiku mendengar ketawa mengada-ngada perempuan bernama Tasha itu.
“Hei, dengar sini perempuan keparat. You tu dah tak berguna bagi Ikhwan tau tak? Dia cuma nak balas dendam dengan you and more thing, dia cuma sentuh kau untuk puaskan nafsu dia okay?! Tapi, sekarang ni untuk itupun dia tak perlukan you sebab I boleh puaskan dia lebih daripada you. So, sekarang isteri Ikhwan tolong panggilkan Ikhwan!”
“Sorry, ya! Ikhwan tak ada kat rumah…”
“Hi, darling!”
Terkejut aku mendengar suara garau lelaki di hujung sana. Ikhwan! Aku menekup mulutku! Air mata aku mengalir saat itu.
“You call siapa? Sampaikan I datang pun you tak sedar!”
Aku menelan air liur. Tubuhku terasa cukup ringan. Sehinggakan aku terduduk di atas kerusi di sebelah meja telefon. Mana mungkin aku akan lupa dengan suara suami sendiri. Renggekan Tasha membuatkan tubuhku seram sejuk. Apa yang mereka lakukan di sana? Ya ALLAH, jauhkan segala apa yang aku fikirkan!
“I cakap dengan wife youlah, dear. Kurang ajarlah wife you ni!”
“Yang you call perempuan tu buat apa? Tak berguna langsung!”
Saat itu juga, panggilan telefon di putuskan. Bukan aku yang memutuskannya tetapi orang yang disebelah sana. Aku menangis semahu-mahunya. Aku tidak dapat menerima kenyataan, Ikhwan akan bersikap sebegitu. Dia bukan Ikhwan! Aku cuba menafikannya walaupun jelas pada pendengaran aku tadi suara Ikhwan.
Tidak! Tidak! Ikhwan tak akan buat aku macam tu! Ikhwan sayangkan aku! Ikhwan cintakan aku! Itu semua lakonan! Macam lima tahun lepas! Ikhwan takkan khianati aku! Wan! Jangan buat Hana macam ni!
Subuh itu aku terjaga, apabila terbau asap rokok yang amat kuat. Ikhwankah!? Tanyaku pada diri sendiri. Hatiku berdebar-debar. Semakin kuat bau itu, semakin pantas jantungku berdegup.
“Hei, perempuan! Kau bangun sekarang!”
Aku membatukan diri. Langsung tidak berganjak. Tiba-tiba aku berasa takut sekali. Bayangan kejadian beberapa hari lepas kembali menjengah.
“Woi, kau dah mampus ker? Aku kata bangun!”
Akhirnya, aku mengalah. Membuka mata. Itupun setelah terasa perit pipiku ditampar Ikhwan. Aku pandang wajah kusut Ikhwan.
“Aku nak makan!” ujarnya ringkas. Aku memandang jam di sebelah. Jam bulat yang menghiasai meja tepi itu menunjukkan pukul lima empat puluh lima.
Berseronok-seronok dengan perempuan jalang kat luar sana balik rumah mengaharap masakan isteri pula! Rungutku sendirian. Tidak berani untuk meluahkan apa yang terbuku di hati takut tangan dan kaki Ikhwan naik ke badanku.
Tanpa bersuara aku turun dari katil dan melangkah turun ke dapur. Aku panaskan lauk-pauk yang kumasak malam tadi. Entah kenapa aku rasa sebak mengenangkan apa yang aku dengar malam tadi.
Ketika aku sedang membancuh secawan milo panas, Ikhwan turun. Dia sudah menyalin pakaiannya. Sudah mandi dan segar. Tanpa sepatah kata, hanya pandangan bencinya terhadapku, Ikhwan duduk di meja makan. Tangannya pantas mencedok nasi ke dalam pinggan. Kemudian, sambal ikan dan sayur campur pula dicedok ke dalam pinggannya. Aku membelakangkan Ikhwan. Tidak mahu Ikhwan melihat senyumanku.
Aku yakin Ikhwan masih mencintai dan menyayangi aku. Perubahan sikapnya tentu berkait dengan keguguranku. Ataupun mungkin Ikhwan masih tidak yakin akan cintaku padanya. Tengok sahajalah cara dia makan. Berselera benar. Dia masih Ikhwan yang dulu. Masih tidak mengharap aku yang mencedokkan nasi dan lauk pauk untuknya. Dia masih Ikhwanku! Tentu sahaja dia merindui masakanku setelah berminggu-minggu makan di luar. Wan! Wan!
Aku menghampirinya. Lantas mug berisi milo panas aku letakkan di hadapannya. Masih seperti tadi, Ikhwan terus mencapai mug dan dihirupnya. Aku menelan air liur kerana air itu panas. Melecur jadinya kalau minum begitu. Aku kesan ada riak kesakitan di wajah Ikhwan. Tetapi lelaki itu meletakkan kembali mug dihadapannya tanpa memandangku. Dia menyambung makannya. Aku tersenyum gembira di dalam hati apabila melihat Ikhwan menambah. Lapar benar dia!
Malas menganggu Ikhwan makan, aku ke sink mencuci pinggan mangguk yang aku gunakan tadi. Setelah mendapat panggilan daripada perempuan bernama Tasha, terus sahaja hilang mood aku untuk mengemas dapur. Aku menoleh ke arah Ikhwan yang asyik dengan makanannya. Subuh-subuh begini makan mengalahkan makan tengah hari lagi!
“Kejutkan aku pukul 10 nanti.” Seditkit terkejut aku mendengar suara Ikhwan yang benar-benar dekat dengan telingaku. Aku tidak menggangguk mahu pun menggeleng. Juga tidak memandangnya.
Ikhwan menghilang. Mungkin terus masuk ke bilik. Selesai mengemas dapur. Aku naik ke bilik. Tersenyum aku melihat Ikhwan yang sedang nyenyak tidur. Elok sangatlah tu lepas makan, tidur!
Tidak mahu menganggu tidur Ikhwan, aku terus ke bilik air mandi dan kemudiannya menunaikan solat subuh. Sejak Ikhwan berubah sikap kami sudah tidak bersolat jemaah. Namun, aku percaya Ikhwan tidak pernah leka untuk menunaikan solat. Walau tangan dan kaki selalu mengena badanku aku yakin suamiku tidak pernah meninggalkan solat.
Selesai solat subuh, aku menghampiri katil. Membaringkan tubuhku menghadap Ikhwan. Sudah lama Ikhwan tidak menyentuh aku sebagaimana layak seorang isteri disentuh! Sentuhannya sekarang kasar dan menyakitkan. Entahlah, apa yang bermain di fikiran Ikhwan! Apa yang membuatkan dia sanggup untuk menyakiti dan menyeksa diri dan perasaanku!
Aku sentuh dahi dan pipinya dengan jari-jemariku. Tersenyum aku dengan reaksi Ikhwan. Dia senang dengan sentuhan itu.
Hana janji dengan Wan dan diri Hana sendiri, Hana akan pertahankan rumah tangga kita walau apapun terjadi! Hana tak akan mengaku kalah pada perempuan jalang tu yang entah wujud atau sekadar permainan Wan! Hana tahu Wan mencintai Hana. Hanalah isteri terbaik Wan kan?!

9 comments:

epy elina said...

hohohoho....
adeh....
sdih lak part ni...
napa wan brubah laku...
mst ada sbb ni....
aku ykin 100% wan mnyayangi hana....
lama lg ke hbs creta ni....

Anonymous said...

sis..lm lg ke cter ni nk abs???xsbr nk tau ending dia cmne....huhuhu....jaat la ikhwan nih...kot yea pon tertekan jgn r wat hana cmtuh...

iffahnazifa said...

Ikhwan ni kne guna2 apa..huhu
Kesian kt Hana

bb said...

MN tersentap bc n3 39 n 40..mmg sedih r.huhu..ttba rs skt ati sgt ngn ikhwan.nape die jd mcm tu MN?huhu..mtk2 r kejap je..xsggp la hana kna bt mcm tu..pe2 mmg berbekas r cite MN ni.huhu..

haslinj said...

suspenlah akak baca cerita ni..
makin menarik dan tensii...
best....

cinta terindah said...

miss nera...napa Ihkwan berubah???
mmg perit la hdup ngn berteman sepak terajang...tak sggup'y daku memikirkan nasih Hana...ermmmmmm

MaY_LiN said...

rase nye mesti tasha guna2kan ikhwan ni..

Anonymous said...

ikhwan sedarlah....
kesian kt hana

Alya Ardini said...

ikhwan ikhwan ... apa kes pulak ni .. huhuhu ...

dah kene ubat guna2 dgn tasha ke ... hhuhuhu ...

sian hana .... tabah hana! ... agak nya tu la yg dia duk asyik ingat kat syahril b4 dia kawen dgn ikhwan .. huhuhu ....

kamon hana ... tabah! ... hanya u yg buley ubah ikhwan ....