Tuesday, March 30, 2010

KERANA SAYANG 41

Kerana tidak mahu sesiapa menyedari keadaanku, aku terus mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Encik Rustam terpaksa menerima perletakan jawatanku bila aku memberi alasan untuk menumpukan sepenuh perhatian terhadap keluarga.
Sikap Ikhwan tidak berubah. Rumah kami sudah diibaratkan hotel persinggahannya. Balik jika perlu. Ikhwan sudah jauh benar berubah. Dia sudah tidak memakai cincin perkahwinan kami. Di campakkan ke dalam almari pakaian. Saat terjumpa cincin platinium itu hatiku bagai disayat sembilu. Sampai hati Ikhwan.
Entah di mana silapnya dengan perkahwinan kami. Rasa bahagia hanya sementara. Pernah sekali aku meluahkan rasa hati kepada Ikhwan. Akibatnya, aku diperlakukan bagaikan pelacur. Bila aku menolak ajakannya, tubuh badanku jadi mangsanya. Bila Ikhwan membuka mulut, waktu itu baru aku menyedari Ikhwan sebenarnya tidak yakin dengan diri sendiri.
Bila kak Marina mahupun keluargaku datang menjenguk, Ikhwan menjadi sebaik-baik lelaki. Aku sedar kak Marina dan keluarga dapat mengesan kesan lebam di mukaku.
“Hana yakin kak, mak, Umi. Hana yakin Ikhwan ada sebab buat Hana macam ni.” Ujarku yang terpaksa membuka cerita setelah didesak berkali-kali. Waktu itu, Ikhwan telah keluar dengan alasan perlu menguruskan masalah di tapak projek. Di dalam hati aku menyumpahnya kerana menipu! Cakap sahajalah nak berjumpa dengan perempuan jalang tak ada maruah tu!
“Sampai macam ni? Wan ni memang dah melampau! Dah gila agaknya!” tempik kak Marina, geram. Aku yang mendengar terkejut dengan reaksi kak Marina.
“Kak, Hana yakin Wan masih sayangkan Hana! Hana dapat rasakan dia buat Hana macam ni sebab dia marah kat diri dia sendiri.”
“Hana, takkan sampai macam ni dia seksa Hana!? Akak tak fahamlah dengan Wan tu!”
“Kak, bagilah Hana masa untuk buktikan Ikhwan sayangkan Hana. Dia cintakan Hana dengan sepenuh hatinya.”
“Sampai bila? Sampai Hana jadi macam mayat hidup!”
Aku terkedu dengan kata-kata kak Marina. Tak mungkin Ikhwan akan menyeksa aku begitu sekali. Tentu sahaja akhirnya, dia akan mengaku kalah. Dia akan meluahkan segala-galanya. Aku pasti masa itu akan pasti.


Malam itu selesai solat isya’ hatiku bagaikan tergerak untuk kembali ke rumah lama kami di Ipoh. Aku ingin menenangkan fikiranku di sana. Segera aku mencapai beberapa helai baju dan ku masukkan ke dalam beg.

Hana mohon maaf kerana Hana keluar rumah tanpa kebenaran Wan.
Hana perlukan ruang untuk tenangkan diri Hana. Untuk pulihkan kembali
keyakinan Hana.
Wan tak perlulah mencari Hana dan Hana pasti Wan sudah tidak memerlukan
Hana untuk terus berada di sisi Wan. Wan sudah punyai Tasha yang mampu
membahagiakan Wan. Terima kasih kerana Wan telah banyak mengajar Hana
erti kecewa.
Hana cukup bahagia ketika bersama dengan Wan. Mungkin sebab itu Hana tak mampu untuk terima kenyataan Wan hanyalah berpura-pura dengan Hana. Hana sedih sangat tetapi andai benarlah apa yang Wan katakan hari tu tentang perkahwinan kita sekadar untuk membalas dendam terhadap Hana dan kerana mahukan pewaris untuk Helang Megah, Hana terima dengan redha. Sesungguhnya, Hana cukup bahagia dengan Wan walaupun kebahagiaan itu hanya sementara.
Hana tahu kalau Hana meminta izin daripada Wan untuk keluar daripada rumah ini, Wan tentu tidak mengizinkan. Kerana itulah Hana keluar tanpa kebenaran Wan. Hana dah tak sanggup menjadi mangsa sepak terajang Wan. Hana tak nak keluarga Hana dan Wan tahu tentang hal ini. Cukuplah Hana membebankan mereka selama ini. Kalau Wan menganggap Hana isteri nusyuz ceraikanlah Hana. Hana rela.
Cuma Hana berharap janganlah Wan terus lakukan maksiat. Kahwinilah Tasha. Perhubungan Wan dengan dia akan diberkati. Setidak-tidaknya Wan tidak terus melakukan dosa. Andai Wan dan Tasha mahu bersatu pinta Hana, ceraikan Hana. Maaf, Hana tak sanggup di madu dengan perempuan sehina Tasha walaupun Hana ni bukanlah wanita yang cukup baik untuk menjadi isteri Wan!
Akhir sekali, Hana ingin Wan yakin tentang satu perkara. Hana cintakan Wan sepenuh hati Hana. Hana tak pernah berniat untuk bersama Wan kerana simpati semata-mata. Bukan juga untuk membalas segala pengorbanan Wan melepaskan Hana untuk arwah Syahril. Pertama kali kita bertemu selepas dua tahun lepas, Hana mengakui Hana marahkan Wan sebab Wan terlalu bodoh berkorban sebegitu kerana Hana. Bila kita berjumpa untuk kali ke dua dan seterusnya, Hana sejujurnya mengakui Wan telah berjaya membuka pintu hati Hana untuk cinta ke dua. Hana marah dan geram dengan Wan bila Wan sengaja cuba elakkan diri daripada Hana. Hana mula kesunyian bila tak jumpa Wan. Percayalah!

Hana.

Kertas putih itu aku letakkan di atas katil. Aku nekad untuk pulang ke rumah lama di Ipoh. Kak Marina pernah memberitahuku rumah itu kosong. Ikhwan selalu datang menjengah dan membersihkan rumah itu.
Jam di dinding ruang tamu sudah menunjukkan pukul sepuluh setengah malam. Aku tidak peduli. Lagi pula bukan aku tidak pernah memandu seorang diri lewat-lewat malam. Ipoh dengan Kuala Lumpur bukanlah jauh mana. Dua jam sahaja.
“Maafkan Hana, Wan.”
Sempat aku merenung rumah teres dua tingkat yang gelap gelita. Aku pergi bukan untuk mengalah kerana aku yakin Ikhwan akan kembali kepadaku. Ikhwan akan tinggalkan perempuan itu. Andai benarlah dia punya hubungan sulit dengan perempuan itu.
Aku matikan telefon bimbitku. Aku tidak mahu diganggu. Aku rasa inilah cara terbaik untuk mendapatkan semula Ikhwan. Namun, apapun ketentuannya aku akan terima. Sama ada Ikhwan akan kembali kepadaku ataupun dia benar-benar maksudkan kata-katanya dulu. Dia mengahwiniku kerana anak dan untuk balas dendam. Aku akan terimanya dengan redha. Aku tidak akan membenci Ikhwan. Tidak sama sekali.
Perjalanan ke Ipoh kurasakan cukup tenang. Dalam rasa bersalah meninggalkan Ikhwan terbit rasa gembira kerana aku akan kembali ke rumah yang telah lama kutinggalkan.
Aku tiba di Tapah ketika jam menunjukkan sebelas lima puluh. Aku berhenti di Hentian Tapah, membasahkan muka agar hilang kantukku. Lima belas minit kemudian kereta Gen 2 milikku kembali bergerak. Lebih kurang empat puluh minit kemudia aku sampai ke rumah yang telah aku tinggalkan lebih lima tahun lepas. Keadaannya masih sama. Langsung tidak menampakkan seperti rumah tinggal. Pandai Ikhwan menjaganya.
Aku tersenyum memandang tempayan kecil yang terletak di kaki tangga. Di situlah aku menyimpan kunci rumah. Harapnya masih di situ. Kalau tidak tepaksalah aku tidur di dalam kereta. Sekali lagi aku tersenyum apabila aku merasakan jari-jemariku menyentuh sesuatu. Hah, ada pun kuncinya! Aku menyorak kegembiraan. Segera aku mengangkat beg pakaianku  ke atas. Esok aku akan menghantar keretaku ke bengkel kereta. Biar tersadai di situ. Aku cukup berharap Ikhwan akan datang ke rumah ini dan segala-galanya akan pulih seperti sedia kala.
Aku hidupkan telefon bimbitku. Berharap Ikhwan ada menghubungiku. Namun hampa, telefon bimbitku sunyi tanpa sebarang mesej mahupun panggilan. Akhirnya aku mematikannya kembali. Telefon bimbit yang sudah kegunakan hampir dua tahun itu kucampakkan ke lantai. Biar berderai! Puas hatiku!

7 comments:

iffahnazifa said...

Sedihnyer..:(
Be strong Hana!!
Knpa ngan ikhwan ye??

Anonymous said...

ikhwan....hana dh lari tu..
pergi cari...

Alya Ardini said...

aduuss ... napa ni ikhwan ....?

dah tak sayang hana? ....

sian hana dan adam ...

akak said...

hmm.. mmg pelik kenapa ye ikhwan jd mcm tu..apapun teruskan menulis MN, jgn patah semangat!!!

haslinj said...

Ikhwan.. memang dayus..
Kalau tak nak Hana ceraikanje lah..
jgnlah seksa Hana mcm tu...
Hana u have to be strong...

farra ramli said...

ikhwan.!!geramnya aku ngn ko ni..dlu susah2 pikat hana,dh dapt sepak terajang palk..huh~~
hana..siannya dia..huuu~~
miss nera,ur novel ni bestla..masyhukk~~

MaY_LiN said...

ikhwan ni kan..
rase macam nak picit2 ye die..