Tuesday, March 30, 2010

KERANA SAYANG 42

Sudah seminggu aku berada di Ipoh. Terasa cukup tenang di sini. Tak sangka masih ada dikalangan jiran-jiranku yang masih mengingatiku. Masing-masing bertanya tentang keluargaku. Aku bercerita sekadar perlu. Bila mereka bertanya tentang arwah Syahril, aku sedikit tergamam tetapi aku segera tersedar. Lantas aku ceritakan apa yang sebenarnya. Ada riak simpati di wajah setiap daripada mereka.
“Kenapa kamu balik sini? Mak dan abah tak ikut sekali? Dulu masa lepas kamu satu keluarga pindah, Marina yang dok datang jenguk rumah tu. Lepas tu, si Ikhwan pulak yang asyik datang. Kadang-kadang bermalam kat rumah tu. Pelik jugak aku dengan anak Napi tu, bukan ker dia yang buat hal masa korang bertunang dulu.”
Aku sekadar tersenyum mendengar cerita mak cik Limah yang duduk berhampiran dengan rumah kami dahulu.
“Sekarang pun Ikhwan selalu datang sini?”
“Rasanya dua tiga hari sebelum hang datang dia ada tapi tak bermalam. Mak cik jumpa dia kat kedai Mail, beli rokok. Macam orang ada masalah jer, bila mak cik tanya dia boleh senyum jer lepas tu pergi. Duit lebih pun tak ambil balik.”
Hatiku sebak mendengarnya. Kenapa Ikhwan membiarkan keadaannya sebegitu? Kenapa dia tidak meluahkan kepadaku apa yang dia lalui? Wan….
“Eh, Hanis! Hang ni okay tak?”
“Erm, saya tak ada apa-apa mak cik. Saya balik dululah mak cik, dah lambat nak solat zuhur ni!”
“Elok sangatlah tu, malam nanti jemputlah datang rumah. Mak cik buat kenduri cukur rambut cucu mak cik. Anak Lina!”
“Insya- ALLAH, mak cik. Assalamualaikum.”
Salamku di jawab pelahan Mak cik Limah. Aku menjadi perindu tiba-tiba. Mengharap Ikhwan akan datang. Berharap malam ini akan berakhir permasalahan kami. Dari cerita mak cik Limah tadi aku yakin Ikhwan tidak pernah membenciku. Aku tersenyum dalam keyakinan rumah tanggaku dan Ikhwan akan kembali seperti awal perkahwinan kami dahulu. Insya- ALLAH. Moga perkahwinan kami ini masih dalam berkat- NYA.
Hatiku tergerak untuk membuka kotak-kotak yang tersusun rapi di dalam almariku. Kotak-kotak itu dibalut cantik. Ada lima belas kotak semuanya. Mesti milik Ikhwan. Aku amat berharap kotak ini semua untukku. Tidak untuk orang lain.
Kotak yang dibalut dengan pembalut berwarna biru cair dan bercorak geometri tertera perkataan ‘Thank You’. Aku buka dengan berhati-hati moga kertasnya tidak akan terkoyak. Sebaik sahaja aku mengangkat penutup kotak, sekeping kad kecil yang turut tertera perkataan ‘Thank You’ dan berserta selendang berwarna coklat cair.

Hana,
Thanks coz make me realize about something!
You make my life so meaningful!

Aku tersenyum membaca kad itu. Ah, memang untukku! Bilalah Ikhwan belikan aku selendang ni dan kenapa dia tidak menyerahkannya kepadaku?
Kotak kedua dan seterusnya ku buka. Semuanya untukku. Penuh ruang bilikku dengan kotak-kotak hadiah yang terbuka! Entahlah macam mana keadaannya kalau tiba-tiba Ikhwan datang dan aku tidak punya masa untuk membalutnya kembali! Ah, lantaklah! Lagi bagus kalau Ikhwan nampak!

Sayang,
Terima kasih kerana sudi terima lamaran Wan. Wan tak tahu
bagaimana harus Wan ungkapkan perasaan Wan bila kak Marina meyampaikan
berita gembira itu.  Thanks  again.

Ikhlas,
Your future husband
Ikhwan 5/2/01

Ikhwan tidak pernah lupa mengucapkan terima kasih kepadaku walaupun apa yang aku lakukan bukan sebesar mana. Tidak pernah sekali dia lupa walaupun aku menghidangkan kepadanya hanyalah secawan kopi. Sesungguhnya aku amat merindui saat itu. Saat dalam dakapannya. Aku rasa selamat bersamanya. Setitis air mataku gugur. Ya ALLAH kembalikan Ikhwan kepadaku!
Lima belas kotak yang sudah di buka kupandang dengan pandangan berkaca. Semuanya untukku. Aku mendakap erat gaun panjang berwarna hijau muda rapat kedadaku. Rasa sebak mula menjalar di segenap tubuhku.
Panggilan telefon daripada telefon bimbitku mengejutkanku. Mungkin aku terlupa mematikannya setelah menghubungi mak pagi tadi. Tertera nama Alia. Terasa malas untuk menjawabnya. Namun, akhirnya aku menekan butang berwarna hijau.
“Woi, ke mana kau menghilang? Kau kat mana ni, Hana? Aku call handphone kau off. Aku call rumah kau tak ada orang angkat. Aku call laki kau, kena maki hamun dengan lelaki tu. Akhirnya aku call rumah keluarga kau! Barulah aku dapat tahu ceritanya!”
Mendengar suara nyaring Alia dihujung sana membuatkan aku ketawa kecil. Belum sempat aku memberi salam, sahabat ku itu menyerang. Tidak menyempat!
“Assalamualaikum, Lia. Kau ni pakai main serbu jerlah!” ujarku dalam ketawa yang masih bersisa.
“Yerlah, aku call kau macam nak patah jari-jari aku ni! Alih-alih yang jawabnya operator. Kau kat mana ni?” intonasi suara Alia pelahan. Seperti bertanya kepada anak kecil lagaknya.
“Somewhere. Tak perlulah kau tahu. Aku nak berehat, Lia!”
“Kenapa kau tak nak cerita kat aku apa yang dah Ikhwan buat kat kau!? Kalau aku tahu Wan tu macam tu, aku sumpah aku tak tolong dia, Hana!”
“Lia, janganlah cakap macam tu. Aku percaya Ikhwan ada sebab dan aku cukup yakin Ikhwan cintakan aku! Cintakan aku sepenuh hati dia!”
“Habis tu yang dia belasah kau macam binatang tu cinta namanya? Come on, Hana! Kau jangan jadi bodoh sebab perasaan simpati kat dia….”
“Lia, dulu aku memang simpati dengan Ikhwan tapi sekarang aku terlalu sayangkan dia. Aku yakin aku akan dapat Ikhwan aku yang dulu. Dia akan kembali kepada aku sebab dia cintakan aku! Dan aku pasti Ikhwan ada sembunyikan sesuatu daripada aku! Sesuatu yang menyebabkan dia perlakukan aku macam tu.”
“Maksud kau?”
“Entahlah, Lia! Aku berharap sangat Ikhwan cakap kat aku.”
“Kau kat mana ni? Aku datang jumpa kau!”
“Tak apalah, Lia. Aku okay kat sini! Jangan risau! Aku nak Ikhwan yang datang cari aku. Kalau dia perlukan dan cintakan aku, aku yakin dia akan dapat cari aku. Okaylah Lia, bateri aku kong ni! Bye assalamualaikum.”
Terus sahaja aku menekan kekunci berwarna merah. Tidak mahu Alia terus mendesak. Nanti semuanya musnah. Telefon bimbitku yang sememangnya hampir kehabisan bateri, kututup.

7 comments:

epy elina said...

hohohohoh....
hmmmm....
x sbr nak thu ending dia...
skit lg....
mst ikhwan ada sbb 2...

MaY_LiN said...

rase nye cam ade masalah je ikhwan ni..
geram tul la..

cinta terindah said...

miss nera...la sikit sgt...
erm crita nie dah nak abis yer...huhu tak sbr nak taw ending'y...
luv miss nera n ur story...ummuah!!

ainaS said...

adey.....best cerite ni tak sabo nk tau knape si ikhwan tu wat perangai mangkuk ayun cam tu....ish...ish....betul2 jantan dayus,.....pukul jek tau....jd ape2 nanti baru menyesal tak sudah....

ainaS said...

ei tak sabo nk tau ape sebab ikhwan wat cam gitu kat hana kan....dasar mangkuk ayun betul ikhwan ni....suke memukul perempuan ish...ish....teruskan menulis dik.....tak sabo nk tau hingga ke penghujungnya....

Anonymous said...

xsabo nk tau ending ni..
pasti ikhwan ade mslh ni....
sabo le hana

akak said...

dik..awat pendek amat? rasa tak sabar nak tau ending dia..tp kan mmg pantang btol jenis lelaki naik kaki tangan nih!!