Wednesday, March 31, 2010

KERANA SAYANG 43

Petang itu setelah solat Asar aku bertandang ke rumah mak cik Limah. Membantu apa yang perlu. Kenduri doa selamat dan majlis cukur jambul anak Kak Lina di buat secara besar-besaran. Maklumlah suami Kak Lina dari keluarga orang yang dihormati di sekitar Ipoh. Aku masih ingat ketika Abang Fairos, suami kak Lina sekarang datang meminang. Mak Cik Limah menolak dengan alasan Kak Lina masih belajar dan sudah punyai kekasih. Ramai orang kampung mengatakan Mak Cik Limah sengaja tolak tuah dan rezeki. Ayah abang Fairos merupakan seorang usahawan yang berjaya. Memiliki banyak kebun-kebun sayur dan buah-buahan beratus hektar. Malah, Encik Hasan turut memiliki beberapa buah restoran di sekitar Perak. Abang Fairos pula lulusan luar negara yang menjawat jawatan sebagai CEO sebuah syarikat perkapalan yang juga milik ayahnya.
Yang lucunya, Mak Cik Limah dan keluarga Abang Fairos sendiri tidak tahu Kak Lina dan Abang Fairos sudah lama bercinta dan Abang Fairoslah kekasih Kak Lina sejak di tingkatan enam lagi. Mereka berjaya menyembunyikan cinta mereka begitu lama.
Seminggu selepas rombongan peminangan pertama di tolak, keluarga Abang Fairos datang lagi. Kali ini siap denga hantaran pertunangan dan cincinnya sekali. Aku yang kebetulan berada di rumah Mak Cik Limah membantunya menyiapkan kuih muih yang ditempah oleh kelasku terkejut. Kebetulan atau sememangnya dirancang Kak Lina turut berada di rumah, riuh rendah rumah kayu sederhana besar itu dek ketawa Mak Cik Limah bila Abang Fairos yang turut hadir menjelaskan segala-galanya.
Aku tersedar dari lamunan apabila terasa bahuku disentuh. Hampir sahaja terlepas pisau pemotong bawang dari tanganku. Sebaik aku menoleh ke belakang, terbeliak mataku melihat Luqman yang tersenyum  memandangku. Jambang dan misainya sudah dicukur. Luqman sudah kembali kepada Luqman yang dulu.
“You buat apa kat sini?” tanyaku pelahan.
Luqman tidak terus menjawab sebaliknya mengambil tempat disebelahku dan mencapai pisau di hadapannya.
“I datang jumpa keluarga mentua I.”
“Mentua you? Shuhada  orang sini ker?” tanyaku pantas. Luqman ketawa kecil. Halia dihadapannya di kepak-kepak kepada beberapa bahagian.
“Tak. Mak Cik Limah tu mak saudara Shuhada. So, sebab I nak jumpa mentua I terpaksalah I datang sini.”
Aku sekadar menggangguk sambil tanganku menyerahkan besen berisi bawang kepada Mak cik Esah. Entah kenapa ketika aku terpandang bekas yang berisi bawang yang sudah kisar, rasa mual tiba-tiba menjengah. Bergegas aku bangun menuju ke bilik air. Akhirnya, keluar entah macam-macam dari mulutku. 
“Eh, kenapa ni Hanis?”
Entah bila Luqman berada di belakangku pun aku tidak sedar. Aku terasa badanku cukup lemah.
“Entahlah, Man. I tak tahu. Tiba-tiba aje rasa nak muntah!”
Saat itu aku berharap Luqman adalah Ikhwan. Berharap Ikhwan ada untuk menenangkan aku.
“Kenapa bang?”
Aku yang masih membongkok, mendongak mendengar suara lembut yang menyapa Luqman. Inikah Shuhada ?
“Entah. Tetiba ajer macam ni. You pregnant tak Hanis!”
Aku segera menggeleng walaupun fikiran aku ligat memikirkan kitar haidku yang sudah lambat dua bulan. Ah, tidak! Aku tidak boleh mengandung dalam keadaan sekarang. Aku perlu betulkan masalah yang menimpa rumah tanggaku dahulu!
“Hada rasa akak kena pergi klinik ni. Muka akak pucat sangat!”
“Eh, tak apalah. Akak okay.” Tukasku.
“I bawa you pergi klinik. Hada ikut abang.”
Kata-kata Luqman bagaikan arahan yang patut aku patuhi. Lagipula aku terasa tidak mampu untuk bersuara. Badan ku terasa cukup lemah.
“Kenapa tu?” tanya beberapa orang wanita yang kehairanan melihat aku.
“Muntah. Saya nak bawa dia ke klinik.”
Wanita-wanita itu menggangguk. Ada rasa kehairanan yang terbit dari wajah masing-masing. Aku tidak mampu mentafsirnya kerana rasa mual yang mencucuk-cucuk kerongkongku. Namun, cuba kutahan agar segala isi dalam perutkut tidak keluar dan merosakkan bahan-bahan masakan yang diletakkan di setiap penjuru. Nanti kenduri ke mana, makan ke mana. Kesian Mak Cik Limah!
Belum pun sempat aku menyarung seliparku, terkeluar segala isi di dalam perutku. Mengena berpasang-pasang selipar yang berada di situ. Hampir menangis aku!
“Leh, kamu pergi ambil baldi jirus muntah ni! Hada, bawa plastik ni nanti tiba-tiba termuntah dalam kereta.”
Lelaki bernama Saleh yang berdiri berhampiranku segera menurut arahan Mak Cik Limah. Air mata yang cuba kutahan tadi mengalir juga. Aku terlalu berharap akan kehadiran Ikhwan saat ini. Seperti aku mengandung dulu. Ikhwan terlalu mengambil berat tentangku. Dia akan berada di sisiku ketika aku terpaksa berperang dengan pembawaan budak.
“Hish, akak janganlah menangis. Tak ada apa-apalah.”
Aku menggangguk mendengar kata-kata Shuhada. Bertuah Luqman akhirnya berjaya memikat Shuhada. Walaupun baru hari ini aku bersua muka dengan gadis kegilaan Luqman aku yakin pilihan Luqman tidak salah. Pandai Luqman memilih!
Sepanjang di dalam kereta, aku cuba menahan rasa mual. Nasib baiklah, rasa mual yang tadinya bagaikan tidak sabar-sabar untuk memuntahkan segala isi di dalam perutku semakin kurang. Lega sedikit.
“Tahniah encik, isteri encik pregnant. Usia kandungannya sudah tujuh minggu.” Ujar doktor wanita itu girang sedangkan aku yang mendengarnya bagaikan dihempapkan konkrit. Terkejut dan terkesima walaupun aku dapat mengagak akan keputusannya. Luqman tidak terkata. Diam dan tersenyum. Wajahnya jelas keriangan. Bagaikan anak yang kukandungkan anaknya.
“Terima kasih, doktor!” Luqman berjabat tangan dengan doktor wanita itu. Aku pula lambat-lambat menyambut huluran tangan doktor itu sedangkan diruang mataku terbayangkan Ikhwan. Aku ingin dia tahu, aku mengandungkan anaknya.
“Erm, abang dah jadi ayah dah. Doktor tu cakap isteri abang yang ni pregnant!” sakat Luqman dalam tawa. Muka Shuhada  kehairanan, masih kurang faham dengan kata-kata Luqman.
“Man!” tegurku sedikit geram.
Akhirnya, Shuhada  kegirangan. Di peluk tubuhku erat. Lama, bagai tidak ingin dilepaskan. Aku terharu dengan reaksi Shuhada. Terasa macam dialah ahli keluargaku. Satu-satunya ahli keluargaku yang berkongsi kegembiraan ini! Tapi gembirakah aku?!
“Sudahlah peluk Hanis tu, Hada. Kang lemas pulak mak orang ni!”
“Ops, sorry kak. Hada cuma tumpang gembira untuk akak. Doktor tak bagi ubat ker bang?”
“Eh, ada. Hada bawa kak Hanis masuk kereta dulu, abang ambil ubat sekejap.”
Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta air mataku mengalir. Aku terbayangkan andai Ikhwan tidak mahu anak ini. Andai Ikhwan tega menyeksa aku. Andai benar Ikhwan ada hubungan sulit dengan perempuan bernama Tasha itu. Bagaimana aku harus membesarkan anakku ini dengan semua itu? Dengan hakikat ayahnya hanya mengahwiniku kerana dendam. Andai semua itu terjadi bagaimana harus aku hadapi dunia ini?! Jika dulu aku mampu membesarkan Adam dengan kenangan terindah bersama arwah Syahril kini aku rasa aku tidak mampu untuk membesarkan anakku ini dengan kenangan pahit itu.
“Kak, kenapa ni? Kenapa akak menangis? Kak?”
“Akak okay, Hada. Jangan risau.”
“Akak jangan tipu Hada. Hada tahu ada sesuatu yang akak sembunyikan dari Hada ni. Cuba akak cakap walaupun Hada baru jumpa akak tapi dah banyak tentang akak hada tahu dari abang Luqman!”
“Hada kenapa ni? Hanis? Are you okay? You nak I call your husband ker beritahu tentang perkara ni?!” tanya Luqman yang muncul dengan beberapa beg plaktik berisi ubat.
“Tak... jangan, Man! I yang akan call sendiri nanti.” Ujarku dalam tangis yang tiba-tiba.
“I rasa something was happen with you and your husband. Right? Cerita kat I, Hanis. I tengok you macam simpan beban. Cerita kat I dan Hada supaya beban tu kurang sikit.”
“It’s okay, Man, Hada. I boleh handle sendiri. Hantar I balik sekarang, boleh?”
Luqman tidak menjawab sebaliknya dia terus memandu keretanya keluar dari kawasan tersebut. Suasana sunyi sepi. Pandanganku lemparkan jauh keluar. Memikirkan apa yang akan berlaku selepas ini. Aku ingin segera kembali kepada Ikhwan tetapi aku ingin lelaki itu yang datang mencariku.
“Hanis, kita dah sampai.”
Aku sedikit tersentak mendengar suara Luqman. Segera aku membuka pintu kereta. Luqman dan Shuhada sudah keluar daripada kereta.
“Akak nak Hada temankan akak ker?”
“Erm, tak payahlah. Akak rasa akak nak tidur ajer. Hada tolong sampaikan pesan akak kat Mak Cik Limah cakap kat dia malam nanti kalau akak larat akak pergi!”
“Baiklah, kak. Ni tadi kami beli buah jambu madu dan limau. Kalau akak lapar akak makanlah.”
Aku sekadar menggangguk dalam senyuman yang kurasakan cukup payah untuk kuukirkan. Mungkin kerana rasa penat dek muntah tadi.
“Thanks, ya!”
Luqman dan Shuhada beredar seketika kemudian itupun setelah aku meyakinkan mereka, tiada apa-apa yang harus mereka risaukan barulah mereka bergerak pergi. Sebaik sahaja aku masuk ke bilik, terus aku merebah diri di atas katil. Telefon bimbitku yang terletak di kepala katilku capai. Terlalu rindu untuk mendengar suara Ikhwan. Telefon yang telah kumatikan sejak semalam kuhidupkan kembali. Terlalu kecewa apabila tiada pesanan masuk tercatat nombor telefon Ikhwan. Ah, benarkah dia tidak merindui aku? Aku ingin menghubungi Ikhwan tetapi aku tidak mahu Ikhwan tahu aku yang menghubunginya.
Akhirnya, kerana rasa rindu yang semakin menebal, aku menekan-nekan nombor telefon rumah. Berharap Ikhwan ada di rumah. Tidak di luar atau bersama perempuan bernama Tasha itu. Sekian lama aku menunggu , akhirnya gagang dihujung sana diangkat.
“Hello,” sepatah mendengar suara itu, air mataku mengalir.
“Hello, siapa ni? Hello?”
Tidak sanggup lagi aku mendengar suara Ikhwan terus sahaja aku mematikan talian. Air mata yang mengalir aku biarkan. Gambar Ikhwan di sisi katil kucapai dan kukucup lembut.
Hana sayangkan Wan! Hana cintakan Wan!

7 comments:

epy elina said...

hohhoh...
hana dah mngdung....
klu wan x blh trma hana....
baik hana jgn btahu wan ttg bayi 2....
bwalah bayi 2 prgi jauh hana...
at least ada kngn hana ngn ikhwan...
tp x mau sad ending...

bibi said...

Mn..sedihnya n3 ni..menyentuh kalbu btl.jgn ikhwan tuduh yg bkn2 kt hana nnt dh r.xsanggup.huhu..

cinta terindah said...

knp bgnie??
cian ngn Hana...
tak mau la dia drita lg...

sofi said...

nera, sedih sungguh...meleleh air mata i..tau
cpt sambung ya

akak said...

alamak complicated nya!

haslinj said...

Hana u have to be strong..
for the baby sake..
Peliklah Ikhwan tu.
Dulu bukan main kecewa ngan Hana
Dah dapat Hana dia sia-siakan ..
tak paham betull..
geramnya akak... ngan Ikhwan mangkuk nie..


sori emosi sikit..

MaY_LiN said...

sedihnyeeee..
nape camni..
sis..ader typing error..
plaktik~plastik..