Wednesday, March 31, 2010

KERANA SAYANG 44

Selesai solat Zohor, aku berbaring. Terasa lemah seluruh badanku. Nasib baiklah ada Mak Cik Limah yang banyak membantuku. Setiap pagi dia akan datang menghantar sarapan pagi. Begitu juga tengah hari dan malam. Wanita yang seusia emakku itu langsung tidak membenarkan aku memasak. Katanya, aku perlu banyak berehat. Entahlah, kandungan aku kali ini agak memenatkanku. Sejak dua hari lalu, aku asyik muntah dan lemah anggota badan. Semasa mengandungkan Adam dan kandunganku yang kedua dahulu tidaklah seteruk ini.
Ketukan bertalu-talu membuatkan aku yang baru nak terlena terkejut. Mak Cik Limah ni macam tak tahu jer pintu tu tak berkunci! Diketuk-ketuk buat apa! Masuk ajerlah! Rungutku. Namun, aku bangun juga dengan sedikit kekuatan yang ada.
Sebaik sahaja pintu kayu itu kutarik, betapa terkejutnya aku melihat Ikhwan yang berdiri di hadapanku. Tergamam aku dan setitis air mataku mengalir.
“Wan!” aku pasti lelaki didepanku sekarang adalah Ikhwan. Wajah suram lelaki dihadapanku, kutenung lama. Masih aku tidak percaya Ikhwan berada di hadapanku.
“Boleh masuk?” suaranya yang sudah lama tidak kudengar berkumandang. Pelahan tapi jelas. Aku yang berdiri betul-betul di hadapan pintu memberi ruang kepada Ikhwan untuk masuk. Rasa janggal tiba-tiba.
“Wan nak minum?” tanyaku lambat-lambat. Cuba mencari intonasi suara yang sesuai. Kain telekung yang tidak sempat kutanggalkan tadi aku sidai di kepala kerusi. Ikhwan hanya menggeleng. Matanya terus menerus merenungku. Tajam dan cukup syahdu.
“Erm, Wan dari rumah ker?” tanyaku lagi. Cuba melawan rasa gemuruh yang tiba-tiba menyerang. Bersatu dengan rasa janggal berdua-duaan dengan Ikhwan setelah hampir dua minggu tidak bersua.
Sekali lagi pertanyaanku dibiarkan sepi tanpa jawapan. Kali ini mata Ikhwan meliar memandang segenap ruang tamu. Peluang itu aku ambil untuk merenung Ikhwan sepuas-puasnya. Betapa aku merinduinya.
“Wan datang sini untuk apa?” tanyaku. Suasana sepi antara kami membuatkan aku tidak senang duduk. Pandangan Ikhwan kembali kepadaku. Renungannya membuatkan aku tertunduk. Tidak sanggup untuk terus membalas renungannya.
“Luqman beritahu Hana kat sini.”
Sebaris ayat itu membuatkan aku kembali memandangnya. Sedikit kecewa. Kenapa harus Luqman yang memberitahunya? Kenapa tidak dia sendiri yang merasakan kehadiran aku di sini?
“Wan datang sini sebab Luqman. Kalau tak kerana Luqman Wan tak datang sini kan?” ada rasa sebak yang menjalar. Serasa mahu menangis.
“Hana….”
Aku tidak menyahut panggilan itu sebaliknya tertunduk kembali. Namun, sedikit perasaanku berbunga mendengar Ikhwan memanggil namaku. Bukan lagi bahasa-bahasa kasar yang meruntun perasaan wanitaku.
“Hana, maafkan Wan!”
Ikhwan sudah melutut dihadapanku. Mata kami beradu. Manik-manik halus mula membasahi pipiku. Bukan ucapan itu yang aku mahukan selama ini. Cukuplah sekadar Ikhwan kembali menjadi milikku. Menjadi suamiku yang sebenar-benarnya suami. Aku tidak mahu kehilangannya. Cukuplah kehilangan arwah Syahril dahulu, aku tidak mahu kehilangan orang yang aku sayangi sekali lagi. Bukan dalam masa terdekat ini!
“Maafkan Wan, please!”
“Wan tak sayangkan Hanakan? Buat apa Wan nak minta maaf.” Dalam esak tangis aku cuba bersuara.
“Wan sayangkan Hana. Wan cintakan Hana. Jangan cakap macam tu, sayang!”
“Habis tu, kenapa Wan sanggup buat macam ni? Wan seksa Hana. Wan layan Hana macam Hana ni sampah.”
“Maaf. Wan tak sengaja. Wan tak…”
“Wan cuma tau minta maaf. Itu jer yang Wan tahu dari dulu. Maaf. Maaf.”
“Hana, Wan tahu salah Wan!”
“Habis tu, kenapa Wan tak pernah nak bincang baik-baik dengan Hana. Kalau Wan ada tak puas hati dengan Hana cakap terus terang. Kalau Hana ada buat salah jangan buat Hana terseksa macam ni.”
“Hana tak salah apa-apa dengan Wan. Wan yang salah.”
Aku mengeluh. Bukan itu yang mahu kudengar darinya. Aku inginkan penjelasannya terhadap apa yang dia lakukan terhadapku. Bukan ucapan maaf dan pengakuan salahnya.
“Hana bukan nak dengar Wan minta maaf atau mengaku salah. Hana nak penjelasan dari Wan!” bentakku.
“Wan buat semua tu sebab Wan marah kat diri Wan sendiri. Wan tahu Wan tak patut lepaskan kemarahan Wan terhadap Hana.”
“Sebab apa Wan marahkan diri Wan?” tangisanku sudah terhenti. Aku ingin mendengar dengar jelas penjelasan Ikhwan. Tidak mahu satu pun tertinggal.
Ikhwan mengeluh. Jari jemariku diraihnya. Di bawa ke mulutnya dan dikucup lembut berkali-kali.
“Wan selalu fikir Hana terima Wan tak lebih dari simpati. Hana paksa diri Hana supaya jatuh cinta dengan Wan. Hana paksa diri Hana untuk gembirakan Wan!”
Aku mendengus kasar. Sudah acap kali aku cuba menyakinkan Ikhwan akan perasaan aku terhadapnya. Sudah acap kali juga aku mengungkapkan betapa aku mencintainya. Betapa aku menyayanginya. Tidak cukupkah itu semua? Apa lagi yang harus aku lakukan sebagai bukti rasa cinta dan kasihku untuknya adalah dari hatiku yang tulus. Aku mencintainya seikhlas hatiku. Bagaimana?!
“Apa yang buat Wan fikir sampai macam tu sekali?”
“Entah. Wan tak tahu tapi Wan selalu bertanya diri Wan kenapa Hana terlalu baik dengan Wan. Tak pernah sekali pun Hana cuba sakitkan hati Wan. Bila Hana merajuk Wan merasakan Hana berpura-pura merajuk dengan Wan sebab nak bagi Wan tahu Hana sayangkan Wan sedangkan Wan fikir lain. Bila Hana pregnant masa tu Wan dah cukup yakin Hana benar-benar cintakan Wan tapi bila Hana keguguran perasaan tak yakin tu datang balik.”
“Sampai hati Wan tak percayakan Hana. Hana sayangkan Wan sepenuh hati Hana. Wan ingat Hana seronok bila Hana keguguran. Hana dah cuba untuk tidak gugur, Wan. Bukan niat Hana nak anak tu gugur.”
“Maafkan Wan. Wan tahu masa tu Wan emosional sangat. Mulalah Wan fikirkan yang bukan-bukan. Wan terbayangkan Hana dengan arwah Syahril. Wan tahu Hana pernah balik Johor tanpa pengetahuan Wan. Wan sedar waktu tu Wan tak ada hak nak melarang Hana dan marahkan Hana tak beritahu Wan, Hana ke mana sebab kita belum ada ikatan yang sah lagi. Tapi setiap kali tulah Wan fikir Hana bersama Wan sebab simpati, mungkin juga sebab desakan keluarga Hana dan keluarga mertua Hana. Setiap kali kita berjumpa, Wan selalu merasakan Hana paksa diri untuk gembira dengan Wan. Sampai satu tahap selepas kita berkahwin, Wan selalu merasakan setiap kali kita bersama Hana menganggap Wan ni arwah Syahril.”
“Masya- ALLAH. Apa yang Wan cakap ni?! Wan tahu tak apa yang Wan cakap ni? Hana tak sangka sampai macam ni sekali keraguan Wan terhadap Hana. Hana tak pernah sekali pun membayangkan Wan ni arwah Syahril. Tak pernah sekali pun. Hana kahwin dengan Wan sebab Hana sayangkan Wan. Hana cintakan Wan. Bukan paksaan keluarga. Kenapa susah sangat Wan nak percayakan Hana. Kenapa Wan? Tak cukup lagi ker apa yang Hana buat selama ni untuk buktikan cinta Hana?”
Aku sudah tidak dapat menahan tangisan. Sampai sejauh itu Ikhwan berfikir sedangkan aku tidak pernah sekali pun memikirkannya. Walau sesaat.
“Jadi, sebab Wan fikir Hana anggap Wan ni arwah, Wan layan dan seksa Hana sampai macam ni sekali? Sebab tu jugalah Wan cari perempuan lain untuk puaskan nafsu Wan!”
Terus sahaja aku melepaskan jari-jemariku dari genggaman Ikhwan. Aku tidak sanggup mendengar pengakuan Ikhwan mengenai hubungannya dengan Tasha. Aku tidak mampu menerima kenyataan yang selama ini cuba kunafikan. Ikhwan masih milik aku, hanya milik aku.
“Tak, Hana. Jangan hina Wan sampai macam tu sekali. Kalau Wan nak cari perempuan untuk puaskan nafsu Wan, dah lama Wan cari. Tasya yang cakap dengan Hana tu kawan Wan. Wan paksa dia call Hana. Wan paksa dia beritahu Hana kami ada hubungan sulit. Wan ada dengan dia dari mula dia call Hana.”
“Hah, satu lagi lakonan berkesan tapi Wan tak berjaya tipu Hana. Kenapa Wan harus buat semua ni? Tak puas lagi dengan apa yang Wan buat lima tahun lepas? Sampai bila Wan nak fikirkan tentang perasaan orang lain? Kebahagiaan orang lain?”
“Wan cuma nak tengok Hana bahagia dan gembira.”
“Wan nak tengok Hana bahagia dan gembira? Sekarang ni, Wan tengok Hana gembira ker?”
Tiada jawapan daripada Ikhwan. Suasana kembali sunyi sepi. Aku sudah berdiri membelakangkan Ikhwan. Seketika kemudian, tubuhku sudah di dalam dakapan Ikhwan. Satu kucupan diberikan di pipi kananku dan kemudian bibir Ikhwan turun ke leherku. Aku membiarkannya, walaupun di dalam hati sedikit sebal dan marah dengan Ikhwan.
“Wan takkan lepaskan Hana lagi. Wan tak akan tunduk dengan apa yang fikirkan selama ni. Demi Hana dan anak Wan yang Hana kandungkan ni. Wan janji. Wan tak akan abaikan Hana dan anak kita lagi!”
Tangan Ikhwan meliar di sekitar perutku. Sentuhannya membuatkan aku menitiskan air mata. Janji Ikhwan kembali membuatkan aku bahagia. Aku yakin dengan janji Ikhwan kali ini dan aku akan pastikan rumah tangga kami tidak lagi di labung ombak badai sebegini. Andai ALLAH ingin menguji kami lagi, aku berharap ujian itu tidaklah sehingga hampir kami berpisah lagi. Cukuplah keperitan ini!
“Assalamualaikum. Hanis!”
Salam dari luar mengejutkan aku dan Ikhwan. Suara Mak Cik Limah. Namun, Mak Cik Limah bukan keseorangan. Aku dan Ikhwan saling berpandangan. Hairan!

10 comments:

Anonymous said...

yeah!!! i like...
akhirnya wan kembali balik pd hana...
good job missnera...:)

sekamrrindu said...

salam...

cerita yg sangat menarik..memaparkan realiti muda-mudi dalam alam percintaan..

teruskan berkarya

aqilah said...

macam tu pulak!!!!!!!! ni, apa lagi la tu....................

bibi said...

yea!!ikhwan dh dtg...hehe.nangis jgk akhirnya.huhu..tp, sape plak yg dtg tu?suspen...

haslinj said...

hai wan.. wan...
childish sangatlah the way u're thinking..
kesian pulak si hana tu..

ala.. nera dah nak abiss yee.
mesti akak rindu ngan cite ni...

epy elina said...

hohohoho....
adehhhh...
wan ni giler ke apa...
ada smp mcm 2 skali dia fkir....
ptut la dia brubah....
kyakinan x ada dlm dri...
hmmmm...
x pe la...
brikan wan pluang hana....
sape ekkk tman mck limah 2...
saspen lak....
ckup lak komplik ni....
nak hana ngn wan bhgia lak...

iffahnazifa said...

Aduh, ada jgk org cam ikhwan nih.
unfinished business la tu..
ada bnda dlm diri dia yg x setel.
smpai cara b'fikir dan tindakan dia pn turut t'ganggu..huhu

Neway, wish them the best.

MaY_LiN said...

o-o..
sapa tuh..
saspen nye..

Alya Ardini said...

ikhwan ni ... ada inferiority complex ... which means a feeling that one is inferior to others in some way ....

huhuhu ... sian dia ... kamon ikhwan .... trust is important in relationship ...

cinta terindah said...

huhuuu...syapa yg dtg 2??