Tuesday, April 27, 2010

Cintanya... Bersambut Di bumi Turki - SIRI 1

CBDBT SEKADAR E-CERPEN. =]

***


1.
Hujan renyai-renyai di luar. Angin bertiup agak kencang. Mungkin hujan lebat akan membanjiri bumi. Farihah termenung jauh, fikirannya menembusi renyai hujan di luar jendela. Sesekali hela nafasnya kedengaran. Mahligai ini bukan mahunya! Mahligai ini tercipta kerana rakusnya seorang lelaki! Lalu dia tidak betah untuk meletakkan rasa cinta untuk lelaki bernama Hazim itu. Malah, rasa benci dan jijik terhadap lelaki itu semakin hari semakin memberat di dalam diri.
“Kenapa ni termenung lagi? Cepatlah bersiap!”
Sapa satu suara yang amat dikenalinya, seraya tubuhnya dipeluk erat dari belakang. Farihah keraskan diri. Sentuhan itu tidak pernah diingini. Tidak pernah sampai walau sesaat di hatinya. Satu kucupan hinggap di pipi dan turun ke lehernya.
“Saya malas nak pergi.”
Sedikit keras dia bersuara. Bertemu rakan-rakan Hazim yang berbeza sama sekali dengan dirinya benar-benar membuatkan dia rasa terasing dan tersisih. Apatah lagi, mereka semua dikalangan orang-orang yang berada. 
“I dah janji dengan my friends. You jangan nak malukan I, Farihah!”
Keras juga suara Hazim. Tubuh itu sudah dilepaskan. Farihah gelengkan kepalanya. Sejak berkahwin, andai kemahuan lelaki itu tidak dituruti cepat sahaja suara itu meninggi. Paling buat Farihah sakit hati kadang-kadang tangan  lelaki itu juga turut naik.
“I tak nak dengar any excuses! You bersiap sekarang dan pakai dress  yang I belikan tu! NOW!!”
Farihah masih membatu. Malam ini bukan sahaja dia rasa malas mahu keluar bertemu rakan-rakan Hazim tetapi dia rasa tidak senang hati. Rasa ada yang tidak kena. Sejak pagi lagi dia merasakan sekrianya dia keluar bersama Hazim.
“You tercegat apa lagi!”
Tangannya sudah disentap kuat menyebabkan Farihah menjerit kesakitan. Hazim sudah berona merah. Jeritan itu langsung tidak dipedulikan. Hanya kekerasan yang mampu membuatkan wanita itu mengikut kata.
“Dasar lelaki gila!”
Farihah hamburkan kata-kata itu tetapi pelahan seperti bercakap kepada diri sendiri. Tersungging sengihan di bibir Hazim dek mendengar kata-kata itu. Dia tahu Farihah tidak dapat menerimanya. Malah wanita itu amat membencinya tetapi dia tidak peduli dengan itu semua. Asalkan dia memiliki wanita itu walaupun caranya kelihatan kotor! Ah, siapa suruh abang kau berhutang dengan aku!!

2.
Ketika kereta Honda Stream RSZ melungsuri keluar dari laman rumah, hujan lebat mulai turun. Agak laju Hazim memandu dek kerana rasa marah dan sakit hati dengan Farihah yang tidak memakai pakaian yang dibelikannya. Farihah yang berada disebelahnya pun buat tidak tahu. Muka tidak puas hati juga dipamir. Namun, di dalam hati kelajuan kereta sedikit merisaukannya.
“Awak bawak kereta pelahan-pelahan sikit boleh tak?”
Raihanna sudah bersuara sambil tangannya kejap memegang tali pinggang keselamatan. Hazim tetap dengan kelajuan yang sama. Bunyi hon dari kereta di kiri kedengaran panjang dan nyaring tetapi Hazim begitu tidak peduli.
“Kalau awak nak mati, boleh mati sorang-sorang! Jangan nak libatkan saya! Memang dasar lelaki gila! Dayus!”
Dalam keadaan itu, sempat Hazim mencapai tangan Farihah dan digenggamnya kuat. Manakala sebelah lagi tangannya masih di steering . perkataan ‘dayus’ yang kedengaran walaupun pelahan dari mulut Farihah menyemarakkan lagi amarahnya.
“Lepaskan tangan sayalah! Sakit tau!”
“Apa aku peduli, kau sakit ke tidak! Kau ni dah kurang ajar sangatkan?!”
“Eh, siapa yang kau kata kurang ajar ni?”
Hazim sudah menggunakan bahasa ‘aku’ dan ‘kau’ begitu juga dengan Farihah. Matanya membulat memandang Hazim yang memandang jalan raya yang kabur dek hujan yang mengganas sambil tangannya cuba dilepaskan dari genggaman Hazim tetapi semakin sakit jadinya.
“Kau yang paksa aku kahwin dengan kau! Kau yang buat aku merana! Lepas tu kau seksa hidup aku untuk ikut telunjuk kau! Itu yang kau kata aku kurang ajar!”
“Shut up Farihah!...”
Tangan Farihah dilepaskan sehingga menyebabkan Farihah terdorong ke tepi. Sakit badannya bila bertemu pintu kereta. Nasib baiklah pintu berkunci kalau tidak mungkin dia sudah terkeluar dari kereta dan dilanggar. Memikirkan itu kecut perut Farihah!
“Saya nak awak ceraikan saya! Hutang abang saya dengan awak dah selesai!”
Akhirnya, setelah beberapa ketika berdiam diri, Farihah bersuara. Saat ini, dia sudah tidka kisah lagi apa yang bakal terjadi. Kalau pun Hazim tidak mahu ceraikannya, dia nekad untuk memohon fasakh. Dia cukup segala-galanya untuk membawa perkara ini ke mahkamah kalau Hazim tetap berdegil tidak mahu lepaskannya!
“Kau ingat lepas kau bercerai dengan aku, ada lelaki nak dengan perempuan macam kau ni?! Jangan lupa, aku ada gambar dan video sebelum kau kahwin dengan aku!”
Hazim tergelak kecil dengan kata-katanya. Matanya masih tertumpu ke arah jalan. Hujan sudah mulai reda, pemanduannya masih seperti tadi.
“Kau memang dasar setan!
Farihah terus sahaja memukul tubuh Hazim dengan beg tangannya. Air matanya sudah mengalir laju bila mengingat detik malam itu. Detik yang membawanya kepada perkahwinan paksaan ini!
“Sakitlah. Aku tengah drive ni!”
Farihah tidak peduli. Tubuh itu dipukulnya bertalu-talu. Seketika kemudiaan,  kedengaran hon panjang yang kuat dan nyaring. Kereta Honda Stream itu bergegar dan Hazim cuba mengawal keretanya sedaya upaya dan tiba-tiba Farihah merasakan tubuhnya dihempap sesuatu. Kereta itu mula berpusing-pusing dan melanggar sebuah lori kecil sebelum terbalik dan jatuh ke dalam longkang.
Farihah sudah tidak sedarkan diri. Lelehan darah keluar dari mulut dan hidungnya. Dunianya kelam. 

4 comments:

epy elina said...

hohooh...
prmulaan yg baik...
sy suke crta ni...
mrka kmlngan ke??
jhat jg hazim ni....
best2x...

bb said...

wahhh..MN, cite br..best..lain garapannye dr KS & RR..xsbr nk tggu smbngn.. :)

~ ( LayDee_N ) ~ said...

haa.... pas tu.. pas tu? smbg la sampai abis. uhuhuhuh.. :p

MaY_LiN said...

pe ni..
kasarnye hazim ni..
jahat!!