Wednesday, April 28, 2010

Cintanya... Bersambut Di Bumi Turki - Siri 2-

3.
Dengan ini aku, Ahmad Hazim Bin Zainal tanpa sebarang paksaan dari mana-mana pihak dan dengan kerelaan diri melepaskan kau, Nur Farihah Binti Sulaiman dengan talak satu. Aku tidak mahu bertemu kau lagi selepas ini. Segala urusan berkenaan dengan hal ini, peguam aku akan uruskan dengan kau.
Aku tidak sanggup hidup lagi dengan perempuan tidak sempurna seperti kau.
Sudah renyuk kertas putih bersaiz A4 itu digengggam Farihah. Sudah seminggu kertas itu ditatapnya. Sejak dia sedar dan sedikit kuat, kertas itu diserahkan kepadanya oleh Shahrul, abang kandungnya sendiri.
Ketika keadaannya masih baru sedar dari pengsan yang panjang, dia dikhabarkan lelaki itu masih koma. Keadaannya parah.  Dua hari kemudian, lelaki itu sedar dari koma dan sehari selepas itulah dia menerima kertas putih noktah penamat sebuah ikatan.
“Dia kata.. dia…”
Tergagap-gagap Shahrul sewaktu mahu menyampaikan pesan lelaki yang bergelar adik iparnya itu. Cepat-cepat sahaja Farihah mengangkat tangannya, isyarat supaya Shahrul tidak meneruskan bicara. Dia dapat mengagak apa yang mahu disampaikan oleh si abang. Sudah pun tertulis di lembaran kertas putih itu. Diperenggan terakhir. Hazim tidak mahu lagi bersamanya dek kerana dia sudah tidak sempurna! Yang pasti memalukan lelaki hebat sepertinya.
Farihah pasrah malah penuh rasa bersyukur akhirnya dia tidak lagi dalam cengkaman lelaki itu walaupun caranya cukup hina. Ah, dulu juga sama! Dasar lelaki tak guna!

3.
Setahun setengah berlalu. Kehidupan diteruskan. Sejak itu, Farihah tidak bertemu lagi dengan Hazim. Lelaki itu benar-benar hilang. Pernah sekali Farihah terserempak dengan Saliza, yang pernah diperkenalkan sebagai rakan sekerja Hazim, wanita itu bertanya akan lelaki itu.
“I call handphone dia tapi off. Then, I dengar dia dah jual rumah…”
Kata-kata Saliza seterusnya bagaikan diangin lalu sahaja pada pendengaran Farihah. Dia tidak mahu mendengar apa-apa lagi tentang lelaki itu. Penghinaan yang ditinggalkan masih berbekas. Dia langsung tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke rumah itu walaupun tujuannya hanya untuk mengambil barang-barangnya sahaja. Semuanya telah dihantar ke rumah abangnya.
“Yang, you termenungkan siapa tu?”
Sapaan Huzir walaupun pelahan menyedarkan Farihah dari lamunannya. Dia sekadar tersenyum lalu mencapai mug berisi milo panas daripada lelaki itu.
“Petang nanti, ibu nak jumpa. Tak sabar betul nak melancong dengan menantu kesayangannya ni!”
Farihah ketawa lepas. Dengan Huzir, dia tidak perlu mengawal segala tingkah. Lelaki itu sudah terbiasa dengan segalanya.
“Zir, you patut beritahu ibu. Sampai bila perkara ni nak jadi rahsia.”
“Alah, I takutlah. You kan menantu kesayangan dia… you nak ibu tak mengaku I anak dia ke?”
“Masalahnya , I ni menantu kesayangan yang tak jadi. You tak kesian dengan Marina ke? Sampai bila you nak buat dia macam tu?”
“You tak faham, Ihah…”
“Lelaki memang semuanya sama…”
Nop. I bukan macam ex-hubby you okey! Lelaki tu memang dasar tak guna.”
Huzir sedia maklum akan kisah hidup Farihah. Dia mengetahuinya daripada Faezah, adiknya yang merupakan kawan baik Farihah. Dia turut bersimpati dengan apa yang dialami Farihah tetapi bukan bermakna dia jatuh cinta dengan wanita itu. Dia akui, Farihah ada segala-galanya yang diidamkan oleh lelaki sepertinya. Namun, hatinya sudah dipunyai Marina sejak bertahun lamanya. Malah, tanpa diketahui oleh keluarganya antara dia dan Marina sudah terikat dengan status suami isteri beberapa bulan yang lalu. Mana mungkin dia menduakan Marina.
“Zir, kan sudah berapa banyak kali I nak cakap dengan you. Jangan mention nama jantan tu! Walaupun you sebut ex-hubby sekalipun!”
“Hehehe… I bergurau je. Jangan lupa petang nanti terus ke rumah I. I sekejap lagi nak keluar jumpa bapak menakan you!”
Huzir sengaja menekankan perkataan ‘bapak menakan’ yang merujuk kepada Encik Roslan. Farihah sekadar mencebik. Tahu sangat akan Huzir yang suka menyakatnya.

4.
“Kenapalah kamu berdua ni susah sangat? Ibu tengok masing-masing suka sama suka tapi kenapa tak mahu juga?”
“Suka itu lain, bu. Ihah anggap Huzir macam abang Ihah sendiri.”
Huzir dan Farihah sudah bersedia dengan pertanyaan demi pertanyaan daripada Puan Rahimah. Bukan sekali dua hal itu ditimbulkan oleh ibu Huzir itu. Bahkan berkali-kali dan jawapan yang diberikan mereka tetap tidak dapat diterima oleh wanita lewat lima puluhan itu.
“Lain mak, lain bapak. Ibu nak sangat Ihah jadi menantu ibu.”
“Alah bu, bosanlah Ihah kalau kahwin dengan anak ibu ni! Kat rumah tengok muka dia, kat office tengok muka dia! Boleh kata dua puluh empat jam sehari tengok muka dia. Lama-lama muak tau!”
Huzir tersengih. Memang selalunya Farihah yang berbalas cakap dengan ibunya. Dia malas mahu bersuara kerana apa sahaja jawapannya pasti tidak diterima pakai ibunya. Nanti membebelnya bukan setakat sejam dua, boleh berhari-hari. Kekadang sampai ke pejabat, ibunya mencari. Jadi, lebih baik dia senyap sahaja.
“Lagipun bu, anak tunggal kesayangan ibu ni kan dah ada Marina. Takkan ibu nak Ihah jadi perampas kebahagiaan perempuan lain.”
Puan Rahimah mendengus. Dia tidak suka betul dengan Marina. Wanita itu tidak cocok benar untuk hidup bersama anaknya. Bukan dia memilih pasangan yang daripada keluarga kaya raya untuk Huzir. Kalau dia memilih kerana itu kenapa dia mahu sangat Huzir memperisterikan Farihah? Malah, Farihah seorang janda yang tentu sahaja ada mulut-mulut mengutuknya!
“Ibu nak kamu juga! Ibu tak suka Marina.”
“Ibu…”
Akhirnya baru kedengaran suara Huzir. Lelaki itu sedang berkira-kira untuk memberitahu tentang hal pernikahannya kepada Puan Rahimah tetapi hati lelakinya tidak cukup kuat untuk melafazkannya.
“Apa kurangnya Marina, bu?”
“Tak ada kurangnya tapi ibu lebih suka Ihah jadi menantu ibu…”
Huzir pandang Farihah. Begitu juga Farihah. Matanya dijegilkan sambil mulutnya terjuih-juih ke arah Puan Rahimah meminta lelaki itu menceritakan hal sebenar.
“Apa ni Ihah? Ingat ibu tak nampak kamu buat muka macam tu?!”
Hehehe… Huzir ada sesuatu nak beritahu ibu…” Farihah menghulurkan ruang untuk Huzir membuka rahsia.
“Er… er… Zir nak beritahu ibu… yang.. Zir.. erm... Zir jadi ikut pergi Turki!”
Lain yang mahu diberitahu lain pula yang keluar dari mulutnya. Farihah sudah mendengus. Ikutkan hati mahu sahaja diberitahu perihal Huzir dan Marina tetapi dia mahu Huzir sendiri membuka cerita.
“Itu yang sampai tergagap-gagap! Kalau macam tu baguslah. Boleh korang ni kenal lebih rapat!”
Dah kenal dah! Terlebih rapat pun! Tak ada maknanya pergi Turki ke tidak! Farihah berbicara di dalam hati. Entah kenapa sejak Puan Rahimah memujuknya supaya ikut serta melancong ke Turki, hatinya bagaikan mengingatkan sesuatu tetapi dia tidak dapat mencernanya.

5.
Bumi Turki. Sebelas jam berada di dalam kapal terbang begitu memenatkan. Mereka pergi sekadar berlima. Adik Huzir yang masih belajar ikut turut serta.
Bila kaki menjejak tanah Turki di Lapangan Terbang Ataturk, hati Farihah berdegup kencang. Tetiba sahaja menyebabkan Farihah secara spontan memegang dadanya.
“Kenapa kak?”
“Erm, tak ada apa-apalah.”
Senyuman cuba diberikan kepada Natasha. Dari lapangan terbang, mereka di bawa ke Best Point Hotel setelah menunggu hampir dua puluh minit orang yang dijanjikan oleh pihak hotel. Dari lapangan terbang ke hotel sahaja memakan masa hampir satu jam. Sampai sahaja di hotel dan selepas diberikan kunci masing-masing berlalu ke bilik untuk merehatkan diri.
“Tasha tengok akak dari tadi macam something je. Macam ada tak kena.”
“Erm.. entahlah Tasha. Hati akak ni rasa macam sesuatu je tapi tak tahu sebab apa.”
“Perasaan akak je kot. Dahlah, kita tidur dulu. Esok boleh berjalan kat masjid biru tu.”
Farihah angguk. Dia cuba melelapkan matanya tetapi terasa amat sukar walaupun dia terlalu penat. Natasha sudah awal-awal lagi tidur lena. Kepenatan yang amat. Akhirnya, selepas sejam lebih barulah dia tertidur.

6.
Masjid Biru. Bagaikan dalam mimpi! Fikir Farihah. Selama ini dia sekadar mendengar cerita tentang masjid tersebut tetapi kali ini dia berdiri dihadapan masjid tersebut. Masjid Sultan Ahmet(Masjid Biru) adalah antara masjid yang unik dan tercantik di dunia. Dibina pada zaman Sultan Ahmet 1 antara 1609-1617. Keunikannya terletak pada pancaran warna biru hasil hiasan dalaman 20,000 marmar biru serta 20,000 tingkap kaca berwarna.
Mata Farihah yang tadinya asyik dengan pemandangan indah dihadapannya tetiba memandang lelaki bertongkat dan capik yang baru sahaja lalu disebelahnya. Bau haruman itu seperti dikenalinya dan selendang yang membalut leher lelaki itu juga bagaikan pernah dilihat.
“Ihah!”
Satu tepukan hinggap dibahunya menyebabkan Farihah menjerit terkejut. Huzir dan Natasha sudah ketawa melihat reaksi Farihah.
“Sakitlah! You ingat badan I ni keras macam you ke?!”
Marah Farihah tetapi matanya kembali mencari kelibat lelaki tadi tetapi hampa. Farihah mengeluh.
“Yang you tu, punya ternganga sampai kitaorang panggil dekat sepuluh kali tak menyahut. Kita nak pergi makan dulu. Nanti kita masuk sini balik.”
Farihah ikut sahaja. Baru sampai sudah mahu makan! Tadi, tidak mahu dibedal makanan tu sampai kenyang! Rungutnya. Sambil itu dia masih tercari-cari-cari kelibat lelaki berselandang biru hitam itu.

7.
“Jumpa lagi. Eh, jom makan sekali.”
Langkah Farihah terhenti bila mendengar suara Huzir menegur seseorang.
“Eh tak apalah. Saya boleh makan sendiri. Lagipun, tak nak menganggu kamu sekeluarga.”
Farihah menelan air liur. Tidak jadi dia memusingkan badan memandang lelaki yang ditegur Huzir. Dadanya berombak kencang.
“Ish, tak apalah. Dapat jumpa orang Malaysia kat sini, bagus sangat. Jom.”
Suara Encik Hamdan, ayah Huzir pula kedengaran.
“Jom. Tak apa. Tak seronok makan sorang-sorang. Lupa pula nak kenalkan. Ini ibu saya dan yang pakai tudung hitam ni adik saya, Natasha. Yang berselendang ungu ni… Ihah, yang you tayang belakang kat kitaorang ni kenapa?”
Pelahan-lahan Farihah memusing badan dan memandang lelaki yang berdiri di hadapan Huzir.
“Ini Farihah…. Ini …”

6 comments:

Sue said...

saper gaknyer yer org yg nk dikenalkan pd farihah tu?
tggu next n3 MN...

epy elina said...

hohooh....
sape 2 ekkkk....
saspen lak??
jgn2 hazim???
smbung2x...
x sbr nak thu...

keSENGALan teserlah.. said...

uhukk..
farihah kenapa ekk?
ape maksud dgn 'wanita yg tak sempurna' ?
ahaa..ntah2 laki tuh hazim tak??

hawahashima said...

not bad..permulaan yg baik..:)

MaY_LiN said...

o-o...
x-hubby ihah ke...?
adakah???

Anonymous said...

masjid biru~i like!