Thursday, April 1, 2010

KERANA SAYANG 45

“Lega mak cik dengar. Kamu ni Kiah, bukan nak tanya dulu. Pakai dok tuduh ja! Hang tu kalau nak buat kecoh bagi kat hang!”
Wanita awal tiga puluhan di hadapan Mak Cik Limah yang dipanggil Kiah itu tertunduk. Aku dan Ikhwan sekadar berbalas senyuman. Rombongan cik Kiah! Getusku di dalam hati!
Saat pintu terbuka ketika mendengar salam Mak Cik Limah, aku agak terkejut melihat Mak Cik Limah dan beberapa orang lelaki di hadapan pintu. Ikut serta wanita bernama Kiah dan Ustazah Halimah.
“Kiah tuduh hang berkhalwat. Buat tak senonoh kat dalam rumah ni!” Mak Cik Limah bersuara setelah aku bertanya tujuan mereka walaupun aku sudah dapat mengagak.
“Masuklah, mak cik. Pak cik-pak cik semua. Biarlah saya terangkan apa yang tak terang lagi. Kak kiah, ustazah masuklah.”
Wanita bernama Kiah itu mencebik. Namun langkahnya di atur juga mengikut Mak Cik Limah dan ustazah Halimah. Ikhwan yang menghilang ke dalam bilik keluar. Jelas terpancar riak terkejut di wajah lelaki-lelaki itu termasuk ustazah Halimah. Kak Kiah tersenyum seperti meraikan kemenangannya.
Ikhwan menyalami lelaki-lelaki yang nampaknya kurang senang dengan reaksi Ikhwan yang tenang. Aku mengambil tempat di sebelah Ikhwan.
“Hanis, Wan cuba beritahu kami hubungan hang berdua. Mak cik tak suka depa ni dok cakap bukan-bukan.”
“Biarlah saya yang terangkan. Untuk pengetahuan pak cik-pak cik semua saya dan Hana adalah suami isteri yang sah. Kalau encik-encik semua nak bukti saya boleh tunjukkan surat nikah kami.” Pelahan Ikhwan bersuara.
Ikhwan menghulurkan sekeping sijil nikah kami kepada salah seorang daripada mereka yang pada pandanganku merupakan imam atau seseorang yang dihormati di kampung ini.
“Maaf, Ikhwan. Kami semua ni bertindak atas aduan orang kampung.”
“Tak apalah, saya faham tanggungjawab pak cik-pak cik semua. Kami yang sepatutnya memohon maaf  kerana menyusahkan pak cik-pak cik semua.”
Masih pelahan intonasi suara Ikhwan. Sempat aku mengerling Kak Kiah yang masam mencuka.
“Kalau dah macam tu, kita baliklah. Sekali lagi minta maaflah, Wan, Hanis. Kami minta diri dulu.”
Aku dan Ikhwan tidak menghalang sebaliknya menghantar tetamu hingga ke pintu. Kak Kiah langsung tidak memanggungkan kepalanya. Jalannya menunduk.
“Lega mak cik. Tak sangka hang ni laki Hanis. Hah, hang jaga bini hang ni baik-baik. Jangan nak buat hal lagi. Bini hang ni mengandung jangan nak bagi tekanan kat dia! Aku bukannya tak tau apa yang berlaku. Kalau dah Hanis mai sini sorang-sorang, termenung sana, termenung sini. Kalau tak hangpa berkelahi, apa lagi?! Hang dengaq tak apa yang aku cakap ni!?”
Panjang lebar Mak Cik Limah bercakap. Membuatkan Ikhwan hanya tersengih. Mungkin sedikit malu ditegur begitu oleh Mak Cik Limah.
“Aku balik dulu. Kalau hangpa dah nak balik KL jangan lupa jumpa aku dulu. Aku nak bagi barang sikit.”
Aku dan Ikhwan menggangguk. Sebaik sahaja kelibat Mak Cik Limah menghilang, Ikhwan merapatkan kembali pintu rumah. Aku yang berdiri disebelahnya dirangkul kemas.
“Hana dah maafkan Wan belum?”
Belum sempat aku menjawab, kerongkongku terasa cukup mual. Terus sahaja tubuh sasa Ikhwan aku tolak. Aku berlari ke dapur. Akhirnya, makanan yang kumakan tengah hari tadi keluar.
“Sayang…”
Lembut Ikhwan memanggil. Tangannya menggosok belakang badanku. Lembut dan menyenangkan.
“Erm, minum air ni. Hana nak Wan hantar ke klinik ker? Ambil ubat kurangkan rasa loya tu?”
Aku menggeleng. Kalau boleh aku tidak mahu mengambil ubat sepanjang tempoh aku mengandung ini. Takut ia akan memberi sebarang kesan sampingan terhadap kandunganku.
“Hana okay. Mungkin anak kita ni tak sabar nak tengok dunia!” ujarku dalam senyuman panjang. Ikhwan turut tersenyum, badannya dibongkokkan. Satu kucupan hinggap di perutku.
“Erm, anak papa jangan susahkan mama ya!” ujarnya pelahan, cukup membuatkan aku terasa cukup gembira dan bahagia.
“Bukan anak papa ni menyusahkan mama tapi papa. Erm, sensitifnya tak kena tempat. Fikirannya entah hantu mana yang rasuk sampai ragu dengan mama!” ujarku sambil membelai perutku pelahan. Seperti membelai bayi yang berada di dalam kandunganku.
“Sayang…”
“Erm, betulkan Hana cakap. Wan ni sensitive sangat.”
“Maaf ya?!”
Ikhwan kembali meraih tubuhku ke dalam dakapannya. Aku tersenyum bahagia mendengar ungkapan cinta Ikhwan. Dekat di telingaku dan meresap hingga ke hatiku.
“Cantik tak rantai Hana ni?” tanyaku kepada Ikhwan sebaik sahaja Ikhwan melepaskan dakapan. Cuma tangannya masih melingkari pinggangku.  Berkerut dahi Ikhwan melihat rantai di leherku. Sudah tentu dia menyedari pernah melihat rantai dileherku tetapi dia tidak dapat mengagak.
“Bila Hana beli rantai ni? Kenapa tak cakap kat Wan, Hana nak rantai. Wan boleh belikan.”
“Hana tak beli pun. Hana jumpa dalam almari bilik Hana. Dalam kotak warna biru. Hana jumpa banyak sangat. Ada selendang, ada teddy bear. Ada buku-buku hiasan dalaman. Ada macam-macamlah barang yang Hana suka. Hana gunalah.”
“Maksud Hana…”
“Yer, sayang. Inilah rantai yang Wan belikan untuk Hana sempena pertunagan kita lima tahun lepas. Thanks, Wan. Hana suka sangat!”
Satu kucupan aku hadiahkan di pipi Ikhwan. Ikhwan yang masih kaku tanpa suara kurenung penuh rasa cinta. Pipinya kusentuh dengan jari-jemariku.
“Hadiah-hadiah tulah yang buatkan Hana yakin Wan masih milik Hana. Wan tak pernah berdendam dengan Hana. Wan terlalu sayangkan Hana sampai Wan sanggup seksa diri Wan sehingga macam ni. Lain kali jangan buat macam ni lagi. Janji dengan Hana, Wan akan tetap bersama Hana. Janji ya?” ada getar pada suaraku, menahan rasa sebak yang hadir kembali.
“Wan janji, sayang.”
“Malam nanti kita balik KL. Hana nak beritahu semua orang kepercayaan Hana berbaloi. Wan masih milik Hana dan akan tetap milik Hana.”
Petang itu kami habiskan dengan bercerita tentang kenangan lalu. Petang itu juga, aku benar-benar rasa bertuah dan bahagia memiliki suami seperti Ikhwan cuma aku perlu lebih memahaminya.
“Ehem, bila baby ni lahir nanti, Hana rasa kita tukarlah panggilan kita. Hana tak nak anak-anak kita nanti terikut-ikut. Mulai hari ni Hana panggil Wan, abang. Okay?”
“Tapi dulu Hana juga cakap panggil abang tu macam panggil abang Hana jer!” Ikhwan mencebik namun dakapannya dikemaskan.
“Itu dulu tapi lepas Hana fikir baik buruknya, Hana rasa lebih prefer panggil Wan abang. Erm, abang nak panggil Hana apa pulak?” tanyaku pelahan.
“Terasa semacam pulak Hana panggil Wan, abang tapi Wan memang bahagia sangat. Okay, mulai hari ni Wan akan panggil Hana manja! Okay?”
Terbeliak mataku mendengar panggilan itu. Manja? Ish, aku ni bukannya manja pun! Ikhwan masih menunggu jawapanku dalam senyuman nakalnya.
“Malulah kalau orang lain dengar. Silap-silap Hana kena diketawakan.”
“Alah, Wan….”
“Abanglah…” rengekku membetulkan bahasa Ikhwan. Ikhwan ketawa kecil, dahiku dikucupnya lagi.
“Okay, abang panggil Hana manja bila kita bedua ajer. Erm, kalau ada orang lain Wan panggil sayang jer. Boleh?”
Aku tersenyum sebagai jawapan kepada Ikhwan. Seseungguhnya, keyakinanku terhadap cinta Ikhwan telah menyelamatkan rumah tangga kami dan kerana ALLAH jua kami kembali bersama.
Ya ALLAH, sesungguhnya setiap ujian yang kau berikan terhadap hamba-Mu punyai hikmah disebaliknya. Ujian- Mu jugalah yang membuatkan aku sedar bahawa sebagai hamba -  Mu yang serba kekurangan hanya kepadaMu aku berserah dan kepadaMu juga aku letakkan seribu keyakinan. Ya ALLAH, payungilah rumah tangga kami ini dengan barakah darimu moga hari-hari kami yang mendatang disulami kebahagiaan. Moga cahaya mata yang bakal lahir ini sentiasa dilindungi- Mu dan kelahirannya mengeratkan ikatan suami isteri antara kami dan menjadikan kami hamba- Mu yang bertanggungjawab. Amin.

9 comments:

epy elina said...

hohohoho....
adehhhh....
kcian hana ngn wan....
nsb baik ada srat nikah....
ni la org kg ni....
main redah je x selidik btul2....
akhrnya hana ngn wan brbaik jg....
kyakinan cnta hana mbuatkan dia mperolehi kbhgiaan....
best la crta ni....
tp sdih sbb akn smpai pnghujung mst pas ni rnd ngn hana n wan.....

Anonymous said...

best2. nk lagi!!!

akak said...

yeyyy..dah abes ek?? hmmm at last bahagia gak..

MissNera said...

epi.elina: terima kasih kerana memberi sokongan dan komen di hampir kesemua bab KS! =]

anon: ada lagi 2 bab! =]

akak: blom lah kak! masih ada lagi dua bab ni..

epy elina said...

wlcome my dear...
sy suke crta cik pnulis....
kdng2 trfkr jg crta ni....
trutma smsa wan brubh laku....
crta ni bnyk pngjrn...
thniah cik pnulis...

haslinj said...

aha.. finally they made up ..
akak suka sangat cerita nie lah Nera

This blog is among my favourite..
Balik keje je akak looking forward
for yr stories..

For me you've done a good job
coz "you light up my life" with yr stories..

chewah macam bunyi lagu ye..

MissNera said...

haslinj: terima kasih kak!! berbesar hati saya ada orang suka dengan cerita saya! =]

MaY_LiN said...

akhirnya..
menuju kebahagiaan..
sis..
ader typing error..
uztazah~ustazah

cinta terindah said...

huhuuu...bolh plak kena tangkap basah...hahaha lawak2!!! nie la klu suka menyebok kan miss nera...suka suki ja fitnah org...hua3!!!