Thursday, April 1, 2010

KERANA SAYANG 46

Aku tersenyum bahagia memerhati Adam yang seronok mengacah adiknya di dalam buaian. Nur Hidayah Husna, nama yang dipilih sendiri Ikhwan untuk anak perempuan kami walau pada mulanya dia amat berharap aku mengandungkan anak lelaki. Katanya biarlah yang pertama ini anak lelaki. Namun, aku yakin Ikhwan amat bersyukur dengan anugerah ini.
“Thanks, sayang!” ucapnya pelahan dekat dengan telingaku sebaik sahaja bayi perempuan itu selamat lahir. Aku menyambut ucapan terima kasih Ikhwan itu dengan senyuman. Kesakitan yang kurasakan sepanjang melahirkan Nur Hidayah Husna hilang serta merta saat kudengar tangisannya. Syukur alhamdulillah.
Ikhwan, semakin percaya akan cintaku. Semakin yakin aku menerimanya kerana cinta bukan kerana simpati. Entah sudah beratus kali malah mungkin beribu kali aku mendengar ucapan terima kasih dan syukur Ikhwan kerana aku menerima cinta dan menyayanginya sepenuh hati. Juga aku tidak tahu berapa banyak air mata penuh rasa terharu mengalir dari tubir mataku setiap kali ucapan terima kasih aku terima daripadanya. Ikhwan terlalu menghargaiku sehinggakan dia amat takut kehilanganku. Dari Juriani aku mengetahui betapa terseksanya Ikhwan ketika aku mengambil keputusan untuk keluar dari rumah. Dari Tasha atau lebih tepat Maisarah aku mendapat tahu betapa Ikhwan takut akan kehilanganku. Kadang-kala aku menangis seorang diri memikirkan Ikhwan. Memikirkan bagaimana dia menghadapi saat-saat kehilanganku lima tahun lalu. Saat dia terpaksa mendengar maki hamunku.
“Ehem, manja abang ni tadi abang tengok senyum sampai ke telinga sekarang masam mencuka mengalahkan cuka masam jer. Kenapa ni? Ada sesuatu yang sayang sembunyikan dari abang?” tanya Ikhwan seraya dahiku dikucupnya.
“Tak adalah, Hana cuma teringat cerita lama,” ujarku dalam senyuman. Aku bangun dari dudukku dan duduk disebelah Ikhwan. Bahuku dirangkul kemas. Satu lagi kucupan hinggap di kepalaku.
“Erm, arwah Syahril?” aku mendongak memandang Ikhwan yang tersenyum memandangku. Aku menggeleng sebagai jawapan.
“Abang rasa minggu depan abang ambil cuti kita pergi Johor. Abang sedar abang tak boleh pentingkan diri. Adam anak sayang dengan arwah Syahril. Abang tak boleh nak nafikan hal tu. Abang tak boleh nak halang Hana dari terus mengingati arwah sebab dia ayah kandung Adam.”
“Abang…”
“Sayang, sejauh mana kita pergi kenangan tu tetap akan ada. Abang tak nak rasa bersalah pada arwah Syahril. Abang nak dia tahu amanah yang dia tinggalkan untuk abang, abang jaga dan abang berikan kasih sayang seperti mana yang pernah dia lakukan dulu. Sayang dan Adam adalah amanah terindah yang arwah tinggalkan untuk abang.”
Ada getar pada bicara Ikhwan. Sebaik aku kembali memandangnya, aku lihat air mata jernih mengalir dari tubir mata Ikhwan. Aku kesat air mata itu dengan hujung jari-jemariku. Aku tidak mahu melihat Ikhwan mengalirkan air mata kerana aku juga akan kesedihan.
“Thanks. Sayang jangan risau dengan apa yang abang rasa tentang arwah. Minggu depan kita ajak mak dan abah Hana balik Johor. Kita ajak sekali Umi dan abah. Kita buat majlis tahlil dan bacaan Yassin. Minggu depankan genap enam tahun arwah Syahril pergi.”
Aku menggangguk pelahan. Mana mungkin aku melupai tarikh itu. Tarikh di mana aku kehilangan Syahril untuk selama-lamanya. Tahun lepas ketika usia kandunganku menjangkau tujuh bulan, Umi dan abah mertuaku mengadakan majlis bacaan yassin dan tahlil untuk arwah Syahril tanpaku. Menurut abah mertuaku, hubungan aku dan Ikhwan baru sahaja pulih. Rasanya lebih baik aku tidak ikut serta kerana takut Ikhwan terasa.
“Papa!” panggilan Adam yang tiba-tiba mengejutkan aku dan Ikhwan. Anakku yang sudah menjangkau tujuh tahun itu berlari mendapatkan Ikhwan. Mukanya yang tadi girang kini masam mencuka.
“Kenapa ni?” tanya Ikhwan lembut. Rangkulannya dilepaskan sebaliknya tubuh Adam pula dibawa ke dalam dakapanya. Entah kenapa kadang kala aku berjauh hati dengan Ikhwan kerana sikapnya yang sering melebihkan Adam. Bila aku suarakan kepadanya, Ikhwan mentertawakanku. Katanya, dengan anak sendiri pun aku nak cemburu!
“Adik dah tidur. Dia tak nak main dengan Adam lagi!”
“Adik penat kot. Erm, biarlah adik tidur.”
Adam mencebik. Aku hanya mampu menggeleng dengan kaletahnya yang semakin manja. Bukan dengan aku tetapi dengan Ikhwan. Mana tidaknya Ikhwan selalu memenangkannya bila aku memarahi atau tidak menurut kemahuannya. Semakin menjadi-jadi perangainya bila Ikhwan membelikan dia apa yang dimahukannya. Sehinggakan kadang kala aku marah dengan Ikhwan. Terlalu manjakan Adam.
“Malam nanti kita pergi rumah auntie Lia ya? Sebelum tu sekejap lagi bila adik dah bangun kita semua keluar makan kat luar. Boleh beli hadiah untuk adik Fuad!”
Adam melompat kegembiraan. Sejak minggu lepas lagi Adam beria-ria mahu belikan hadiah untuk Fuad, anak kedua Alia.
“Adam nak tidur dululah. Nanti penat jalan.” Ujar Adam sebelum melangkah ke tingkat atas. Sekali lagi aku menggeleng. Sudah masuk darjah satu tapi macam budak umur tiga empat tahun.
“Abang manjakan sangat Adam tu! Tengoklah dah darjah satu tapi perangai macam budak umur tiga empat tahun jer!” luahku. Bagai sudah kuduga, Ikhwan letawa kecil dengan luahanku. Dia mencuit pelahan daguku.
“Erm, bertambah cantik isteri abang ni kalau buat muka macam tu. Abang bukan manjakan Adam tu cuma abang nak dia rasa walaupun abang ni bukan ayah kandungnya tapi abang tetap sayangkan dia macam anak abang sendiri. Sayang fahamkan maksud abang?”
“Faham sangat tapi abang janganlah lebih sangat nanti melampau perangai dia tu. Siapa yang susah? Abang juga!”
“Ya, sayang. Dahlah buat muka macam tu. Abang takut nanti anak-anak kita terkenan pula dengan muka masam sayang tu! Senyum sikit, manja!”
Aku tertawa dengan pujukan Ikhwan. Ikhwan suka memujukku begitu. Aku senang sekali. Aku tahu Ikhwan sebenarnya sedang cuba membuang terus perasaan ragu-ragunya terhadapku dan sebagai isteri aku amat memahami sekiranya Ikhwan perlukan sedikit ruang untuk menyendiri. Tetapi itu dulu, sejak kelahiran cahaya mata perempuan pertama kami Ikhwan semakin yakin denganku.
“Sayang, boleh tolong abang tak?” suara Ikhwan yang dekat dengan telingaku sedikit memeranjatkanku. Nasib baiklah Ikhwan tidak menyedarinya.
“Tolong apa?”
“Abang nak minumlah. Dari pagi tadi abang tak minum.”
Berkerut dahiku mendengar permintaan Ikhwan. Segera aku teringatkan air kopi pagi tadi yang terlalu pekat sehinggakan Ikhwan tidak meminumnya.
“Salah abang juga. Nak kopi pekat bila sayang buat tak minum!” rungutku.
“Pekat sangat sayang. Pahit dan manisnya boleh buatkan abang kencing manis. Sayang sukalah kalau abang mati cepat ya?!” pelahan bicara Ikhwan.
“Apa abang ni. Mengarut jer. Kalau sayang nak abang mati cepat tak payah susah-susah, bagi abang minum racun tikus lagi baik!” ujarku dalam nada geram. Ikhwan yang mendengarnya ketawa lepas.
“Sampai hati sayang abang ni!”
“Abang tu yang mengarut tak kena tempat. Suka sangat cakap yang bukan-bukan.” Ada rasa sebak yang tiba-tiba menjalar.
“Sorry, sayang. Yerlah, abang tak cakap lagi. Coffee please! Less coffee and sugar ya?!”
Aku mencebik lantas bangun. Belum sempat aku bangun tanganku direntap kuat.menyebabkan aku terduduk di atas Ikhwan.
“Apa abang ni! Sakit tangan Hana tau!”
“Sorry, sayang.”
Serentak dengan itu, pipi dan dahiku dikucupnya bertalu-talu. Dari dahi turun ke mataku sebelum bibir Ikhwan mendarat di daguku.
“I love you so much.”
“Ya, Hana juga tapi malulah kalau tiba-tiba Adam turun. Tak pasal-pasal jadi macam hari tu. Habis kat semua orang dia cerita.”
Ikhwan ketawa lagi. Tubuhku yang berada di dalam dakapannya dilepaskan pelahan.
“Tak apalah. Biar Adam tahu betapa papa dia ni sayang sangat kat mama dia! Biar semua orang tahu abang sayang sangat kat sayang!”
“So, tak nak minum air lah ni?”
“Siapa kata tak nak?!”
Aku bangun dari ribaan Ikhwan. Sempat aku mengucup pipi dan dahinya. Ikhwan sekadar tersenyum. Aku pasti itu senyuman kebahagiaan. Aku berharap senyuman itu akan terus mengiringi perjalanan hidup kami. Insya- ALLAH.

9 comments:

sofi said...

salam nera,
dah ok kut wan ngan hana?
alhamdulillah..
jgn kasi kak sofi nangis lagi, tau!

Anonymous said...

hehehe. suka2. tq!!

epy elina said...

hohohoh...
sukenya bila tngk hana ngn wan bhgia.....
i miss hana n wan nnt...

haslinj said...

lomantiknye wan ngan Hana..
Nanti nak suruh hubby akak buat mcm tu juge lah..

he he he
mesti nanti dia ingat isteri kesayangan dia ni buang tebiat
hik hik hik..

ala tinggal lgi satu episode je ke???

farra ramli said...

haha..suka2!!
dh nk abis dh cite ni..ermm..nanti mestti rindu ngn ikhwan n hana..uhuu~~

MissNera said...

kak sofi: hehehe.. dah ok dah.. hepi ending citer ni!!

anon: my pleasure .. =]

epi elina : =] saya juga!

cik ian@aH Lian~ said...

muchuk,
semua oke,
cuma pelahan sepatutnya dieja perlahan...
sekian cikgu BM mengajar!

MissNera said...

CI: noted! :)

MaY_LiN said...

ala mucuk mucuk..
yea..yea..makin baik..