Thursday, April 1, 2010

KERANA SAYANG 47

Atas galakan Ikhwan aku membuka perniagaan dari rumah. Menurut Ikhwan sayang sekali kalau aku terus meninggalkan dunia hiasan dalaman. Dia tidak mahu aku kebosanan duduk di rumah melayan anak-anak dan menjadi suri rumah semata-mata. Dia ingin aku membuat sesuatu yang dekat dengan jiwaku. Sesuatu yang membuatkan dia tidak rasa bersalah denganku. Dengan modal yang diberikan Ikhwan dan sedikit simpananku, aku membeli barang-barang perhiasan. Dari perhiasan di dalam rumah hinggalah ke halaman rumah. Aku berkongsi idea dengan Ikhwan yang sememangnya arif mengenainya. Ruang tamu ke dua kami jadikan ruang menempatkan segala macam perhiasan yang kubeli. Setiap penjuru aku tetapkan dengan tema-tema tertentu. Di halaman rumah juga begitu.
Alhamdulillah, dengan bantuan Encik Rustam aku berjaya mendapat beberapa pelanggan tetap syarikatnya. Alia pula sudah menjadi pembantuku. Dia menolong aku mengiklankan peniagaanku di internet.
Hari demi hari perniagaanku membawa pulangan yang agak lumayan. Aku cukup bersyukur kerana aku tetap meneruskan minatku dan dapat bersama keluargaku setiap masa. Cuma kadang kala aku perlu keluar untuk bertemu dengan pembekal-pembekal. Ketika itu Ikhwan banyak membantu. Dia akan mengambil alih menjaga Adam dan Husna. Sesungguhnya aku amat bersyukur dan berterima kasih kepada ALLAH kerana dikurniakan seorang suami yang amat memahami.
Aku juga bersyukur kerana orang-orang disekelilingku juga bahagia. Cuma aku kasihankan Luqman. Shuhada disah menghidap penyakit pangkal rahim. Ini menyebabkan Shuhada tidak boleh melahirkan anak. Aku masih teringat betapa kecewanya Luqman menyampaikan berita sedih itu kepadaku. Namun, dihadapan Shuhada, Luqman berpura-pura tidak kisah. Itu memang sikap Luqman. Sikapnya dari dulu lagi. Tidak suka menunjukkan rasa sedihnya kepada orang lain. Aku bangga dengan Luqman, walau Shuhada tidak mampu melahirkan zuriat untuknya rasa cinta dan kasihnmya terhadap wanita itu tidak berkurang. Kata Luqman, Shuhada perlukan dia dan dia juga amat memerlukan Shuhada. Sekarang, mereka sudah punyai anak angkat. Aku berharap keajaiban akan berlaku. Keajaiban yang ALLAH kurniakan untuk orang sesabar dan sebaik Luqman.
Alia dan Rizal merekalah paling seronok. Cinta yang di semai sejak menuntut di universiti dahulu semakin kukuh dengan kehadiran cahaya mata keempat mereka. Perniagaan Rizal juga bertambah baik. Rizal sekarang berkerjasama dengan Ikhwan membangunkan sebuah kawasan terbiar di Terengganu. Kawasan itu akan dijadikan kawasan penanaman sayur dan buah-buahan terbesar di Malaysia. Disebabkan Rizal selalu menghabiskan masanya di Terengganu jugalah rumah tangga mereka pernah bergolak. Nasib baik, Rizal pandai mengatasinya. Alia juga semakin memahami tanggungjawab dan minat Rizal walaupun kadang- kala dia mengeluh. Cuma sejak dia menolong aku aku sudah jarang mendengar keluhannya lagi. Mungkin sebelum ini, dia kebosanan dan kesunyian ditinggalkan.
Azmal dan Arina juga semakin bahagia. Baru-baru ini Arina selamat melahirkan sepasang kembar perempuan. Bertambah bahagia rumah tangga mereka tetapi menurut Azmal dan Arina selepas ini mereka mahu merancang. Azmal semakin sibuk dengan tanggungjawabnya sebagai doktor dan pelajar. Azmal mengambil keputusan untuk menyambung pelajarannya dengan mengambil ijazah pengkhususan dalam pengurusan perniagaan kerana dia bercita-cita mahu membuka klinik sendiri. Arina pula sudah mengambil alih salah satu anak syarikat milik Tan Sri Zainal Abidin.
“Apa yang sayang menungkan tu? Jauh sangat termenungnya? Sampai abang masuk pun tak sedar.”
Aku tersenyum memandang Ikhwan yang berdiri di belakangku. Seketika kemudian, aku melemparkan kembali pandanganku menghadap pantai yang terbentang luas di hadapanku.
“Isteri abang ni dah bisu ya? Senyum jer bila abang tanya.”
Ikhwan memelukku dari belakang. Bibrnya meliar disekitar leher dan bahuku yang sedikit terdedah. Aku membiarkannya malah aku menarik tangan Ikhwan supaya rangkulannya kemas dan erat.
“Sayang dah rindukan baby dengan Adam ya?” tanya Ikhwan lagi selepas petanyaannya tadi aku biarkan sepi tanpa jawapan. Kali ini aku memusingkan badanku menghadapanya. Mata kami beradu. Pelahan-lahan Ikhwan menundukkan sedikit kepalanya.
“Kenapa ni? Cakap dengan abang? Tak bestlah honeymoon macam ni!”
Aku tersenyum mendengar bicara Ikhwan. Semalam genap usia perkahwinan kami yang ke tiga. Aku dan Ikhwan mengambil keputusan untuk meraikannya di Pulau Pangkor. Sehari sebelum itu, kami mengadakan kenduri kesyukuran.
“Tak ada apa-apalah. Sayang cuma teringat tentang kawan-kawan kita. Syukur mereka semua bahagia.”
“Abang juga gembira tapi janganlah honeymoon kita pun sayang nak teringat pasal mereka. Ingat abang sudahlah!” ada senyuman nakal terukir di bibirnya. Srentak dengan itu pipi dan dahiku dikucupnya.
“Yerlah, sayang ingat kat abang jer! Abang tu pergi mana tadi? Lama sayang tunggu.”
“Opps sorry abang hampir lupa. Sekejap. Sayang tutup mata dulu.”
Aku mengikut kehendak Ikhwan. Memejamkan mata. Aku tahu tentu sahaja ada sesuatu yang ingin diberikan Ikhwan untukku. Hadiah perkahwinan kami.
“Okay duduk. Abang suruh buka mata, sayang buka tau!”
“Yerlah. Cepatlah sikit!”
“Sabarlah, sayang. Erm, sekarang sayang boleh buka mata.”
Sebaik membuka mata, tersenyum aku melihat set barang perhiasan diri dihadapanku. Ada rantai dan gelang serta subang. Semuanya daripada kristal. Aku sukakan pilihan Ikhwan.
“Abang ingat nak beli yang emas atau berlian tapi abang fikir sayang dah banyak sangat koleksi tu. So, abang belilah set kristal ni.  Kalau sayang tak suka, tak apalah. Nanti abang cari yang lain.”
“Eh, siapa cakap Hana tak suka. Cuma rantai dan gelang ni boleh lagi tapi subang ni. Kalau sayang pakai mana orang nak nampak.”
“Bagi abang tengok sudahlah. Nanti kalau lelaki lain tengok, susah pulak abang” ujar Ikhwan dalam semyum simpulnya.
Aku ikut terseyum. Bagiku set barang kristal ini sesuai denganku. Aku sukakannya lebih daripada emas mahupun berlian.
“Erm, satu lagi. Hari sayang cakap jam sayang dah rosakkan. Ni abang gantikan yang baru.”
Terbeliak mataku melihat jam tangan jenama Gucci yang Ikhwan suakan kepadaku.
“Abang pakaikan. Kalau sayang rindu kat abang, tengoklah jam ni.”
Aku menggangguk. Terasa ada air mata di tubir mataku. Terharu dengan pemberian Ikhwan walaupun aku tahu Ikhwan mampu untuk membelinya. Aku cuba untuk tidak menangis. Tidak mahu merosakkan malam yang indah ini.
“Sayang pun ada sesuatu untuk abang. Erm, abang ambillah kotak dalam beg sayang tu.”
“Aik, abang yang kena ambil?”
“Ambillah. Hana malas nak bangun.”
Ikhwan bangun merapati beg pakaianku yang diletakkan di tepi kabinet baju. Dengan berhati-hati dia membuka beg sederhana besar itu. Pelahan-lahan aku bangun menghampirinya. Duduk disebelahnya sambil memaut lengannya.
“Apa ni?”
“Bukalah. Sayang harap abang suka.”
Ikhwan mengucup pipiku sebelum jari-jemarinya ligat membuka kotak yang hampir sama saiz dengan begku. Aku tersenyum saat Ikhwan membuka kertas balutan berwarna biru itu terdapat pula satu lagi kertas berwarna hijau lumut.
“Sayang…” panggil Ikhwan lembut bila pembalut berwarna hijau lumut itu sudah di bukanya menampakkan barang yang kupilih untuknya.
“Kenapa? Abang tak suka ker?” tanyaku dengan rasa sedikit resah.
“Kenapa membazir duit beli benda ni!? Yang lama tu elok lagi.”
“Elok memang elok tapi tunggu masa jer nak KO. Bukan sayang rak tahu selalu sangat abang bawa ke kedai repair. Dari asyik repair baik beli baru. Sayang dah rasmikan dulu. Sayang dah letakkan gambar sayang, Adam dan Husna. Biar abang asyik tengok kami jer.”
Ikhwan menarik aku ke dalam dakapannya. Erat dan kemas. Aku tersenyum sendiri. Aku faham apa yang sedang Ikhwan fikrikan. Bagiku laptop itu bukanlah apa-apa jika nak dibandingkan kebahagiaanku bersamanya.
“Thanks sayang. Thanks sebab bagi abang peluang dan ruang di hati sayang!” ucapnya pelahan seraya melepaskan dakapannya.
“Sayang pun. Abang begitu bermakna pada sayang. Abang jangan ragu-ragu lagi ya?!”
Ikhwan menggangguk. Jari-jemarinya kubawa ke mulut. Kukucup lembut. Sebentar kemudian, kedengaran dari luar percikan bunga api. Ikhwan menarik tanganku supaya mengikutnya ke balkoni.
“Cantikkan?” tanya Ikhwan. Aku sekadar menggangguk. Aku biarkan tubuhku di dalam dakapan Ikhwan. Saat itu aku berdoa di dalam hati moga perkahwinan aku dan Ikhwan secantik bunga api yang terpercik cantik di udara. Namun, aku berharap kebahagian perkahwinan kami ibarat lilin. Bertahan sehingga ajal menjemput pergi. Kami berdua hanyut bersama percikan bunga api yang cantik melatari ruang udara.
Terima kasih, ya ALLAH kerana memberikan kebahagian ke dua ini!

14 comments:

akak said...

finally...ni dah final dah ni..
tahniah! terhibur akak membacanya..keep on writing dik!

Anonymous said...

abiss dahhhhhhhhhhhhhhhh. hehehe. best2. xyah tunggu2 lagi.

haslinj said...

This is the ending episode ke??
oklah tu Nera,
Happy ending..
semua orang gembira..

So jgnlah lupe update kisah Mukhris and Umairah pulak yee..

farra ramli said...

yes2!org first comment..hee~~
yeah..happy ending!!
good job miss nera..=))

bibi said...

Dah hbs???hehe..lg mau tanye ke.thanx MN..suka sgt.bhgia akhirnya lepas segala badai melanda..hehe..will miss ikhwan n hana after dis..hana n ikhwan akan sentiasa dihati..cewah..

MaY_LiN said...

suke nye...
last chap abis baca ngan jaya nya..
huhuhuhu

iffahnazifa said...

Akhirnya, tamat sudah hikayat suka duka sbuah kisah kehidupan.

Thanks & well done Miss Nera:p
Keep writing the other story.

Wish u the best

epy elina said...

hohohho....
finally hbs jg....
thniah kpd missnera krna brjya mbawa crta yg mnarik...
n dpt mnghidupkn wtak hana n wan...
shgga mngangu emosi pra pmbca.....
sy akn mrndui crta ni...
sy suke sngt crta ni....
bg sy, sy suke wtak wan....

Anonymous said...

Tamat sudah........
Best,,,,

Alya Ardini said...

yeayyyyy ....

chayok! cik MN ... mmg best cerita ni .... suka suka .... at last happy ending .....

moga moga cik MN boleh tulis cerita sekencang KS dan RR .... best best ...

lepas ni buley la smbung RR .. ridu kat Mukhriz plak ... heheheheh

sofi said...

salam missnera,
mmm sedih gak nak berpisah ngan wan dan hana
sob2
semoga sukses selalu
dan hasilkanlah yg lebih bermutu lagi

miss aLayMemeng.HJL said...

waaa..best la cite ni...klw bc kt buku mmg dh ter golek kiri kanan sy membaca...haha....ni duk meniarap jer...tp xper...yg pntg cite ni best....

miss aLayMemeng.HJL said...

waaa..best la cite ni...klw bc kt buku mmg dh ter golek kiri kanan sy membaca...haha....ni duk meniarap jer...tp xper...yg pntg cite ni best....

Minah Gendot said...

suke3..harap jdkan novel yer...