Sunday, April 18, 2010

RAHSIA RINDU 42



Selepas berfikir dan berbincang dengan Kak Mashitah, Umaira mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan kembali ke Kuala Lumpur. Kali ini, dia menerima pelawaan Mukhris untuk bekerja dengannya. Membantu Mukhris menguruskan Desa Rasa.
Hubungan antara mereka sudah terikat dengan status pertunangan. Kalau ikutkan mereka, mahu sahaja mereka ikat perhubungan itu terus dengan ikatan pernikahan tetapi demi mengambil hati keluarga mereka menerima sahaja permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.
“You betul ke nak ajak Shofea sekali dengan Sean?!”
“Yalah. I tahu Sean sayangkan Shofea. Shofea sayangkan Sean. Kalau Shofea tak sayangkan Sean, tentu dia terima je mat salleh handsome  tu!”
“Erk?! Handsome sangat ke Taufik tu?”
“You cemburu? Buruk sangatlah you buat muka macam tu! Kambing pun tak sanggup dekat!”
“Tak kuasalah I nak cemburu dengan dia. I dah dapat you pun! You yang bertuah tau dapat lelaki macho dan paling dikehendaki oleh seluruh wanita!”
Umaira membuat muncung panjang. Ingatkan, perangai Mukhris selepas mereka bercinta berubah. Lebih romantic dengan lebih ‘lembut’ kata-katanya tetapi sama sahaja. Ada sahaja kata-katanya yang menyakitkan hati.
“Mancho-macho you pun pengecut! Pengecut sangat nak luahkan perasaan. Hampir-hampir terlepas kan?!”
“Hah mulalah nak ungkit tu. Sekarang kita cakap pasal Sean dan Shofea.”
Sudah melambak ketawa Umaira. Tahu pun! Kalau nak kenakan orang nombor satu! Bila dia yang dikenakan tahu pulak nak tunjuk muka tak semenggah itu!
“I jemput je. Selebihnya dorang fikir sendiri. Kalau sayang, tak kan nak lepaskan peluang macam orang tu kan!?”
“Umaira…. You ni kan!”
Umaira ketawa lagi. Sesekali mengenakan Mukhris seronok juga! Mendengar cerita Mukhris tentang rasa hatinya yang dipendam selama ini, buat dia ketawa berhari-hari sehingga Mukhris naik merajuk dengannya. Nah, terpaksalah dia memujuk lelaki itu juga berhari-hari. Mengalahkan perempuan!
“Terasa pulak!? Betul apa?! Kalau you berani lafazkan perkataan tu sebelum I dengan Faris tak payahlah susah-susah I sembunyi lama-lama!”
“Eleh, kalau you cintakan I  dari mula, takkan you terima Faris tu?!”
“Manalah I tahu perasaan I pada you masa tu. Lagipun I ni perempuan. Nanti  kalau I yang mulakan dulu, you reject I siapa yang malu? You tu bukan boleh sangat, mulut macam orang perempuan!”
“Mulut macam orang perempuan ni juga nanti yang you nak cium kan?!”
Serentak dengan itu, tangan Umaira mencapai bekas pensel yang berada di hadapannya dan di baling kea rah Mukhris. Tidak sempat Mukhris mengelak, bekas pensel itu mendarat betul-betul di kepalanya.
“Cakap benda tak senonoh lagi sekali, I baling buku ni kat kepala you!”
Umaira tunjukkan buku tebal di tangannya. Mukhris mencebik. Langsung tidak takut dengan ugutan Umaira.
“Malas I nak layan you. Baik I siapkan list untuk esok. Kalau harapkan you, agaknya majlis ni sorang pun tak datang!”
“Huh, you buat list macam nak jemput satu KL ni! Kata nak jemput kawan-kawan rapat je!”
“Yalah. Oh, I lupa Hazim.”
Terus di catat nama Hazim ke dalam senarai untuk majlis makan malam di Desa Rasa. Majlis makan malam itu sebenrnya majlis biasa sahaja yang mengumpulkan mereka semua. Cuma pada malam itu, Desa Rasa akan ditutup dan hanya tetamu yang diundang sahaja dibenarkan masuk.
“Hazim mana pulak ni?”
“Yang handsome dan kaya tu lah.”
Sengaja Umaira memancing cemburu Mukhris bila menyebut nama Hazim. Lelaki itu pantang sekali mendengar nama Hazim disebut, cemburu benar sedangkan bertemu hanya sekali.
Taste you ni ala-ala George Clooney ya? Hazim tu pun you kata handsome!”
Otak Mukhris mencerna satu persatu lelaki bernama Hazim itu. Segak dan bergaya. Tuturnya pelahan dan mudah terseyum tetapi apa yang dia sedar lelaki itu kekosongan. Dari cerita Umaira dia dapat menelah apa yang terjadi.
Handsomelah juga dari you.”
“You ni kan Maira….”
“You juga yang ajar I cakap macam tu… tak pernah nak puji I cantik ke comel ke.. yang you puji tu amoi sebelah tu! I tahu lah dia seksi meksi bagai…”
“You nak I cium you ke Maira? Bila masa pulak I puji amoi seksi tak cukup kain tu?”
Mukhris sudah menghampiri Umaira. Mukanya sudah dekat benar dengan muka Umaira, mengundang rasa cuak di dalam hati Umaira.
Tetiba pintu bilik di ketuk dan serentak dengan itu terpacul salah seorang pekerja Desa Rasa. Tersengih budak lelaki berusia dua puluh tahun itu sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Terbit rasa bersalah kerana tidak menunggu terlebih dahulu supaya dibenarkan masuk.
“Er.. Er.. Shidi ada apa?” soal Umaira. Kalut juga hatinya memikirkan budak lelaki itu menyangka yang bukan-bukan. Aksi tidak ‘senonoh’ Mukhris itu tadi boleh ditafsirkan dengan pelbagai maksud oleh sesiapa.
“Ada orang cari Akak.”
“Erm..siapa?”
“Lelaki. Dia kata kawan akak.”
Serta merta Mukhris melangkah keluar dari bilik yang dijadikan pejabat Umaira. Laju sahaja langkahnya membuatkan Umaira terkocoh-kocoh cuba menyaingi langkah lelaki itu. Shidi yang tertinggal di belakang sekadar mampu menggeleng melihat kelakuan sepasang kekasih itu.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Tangan berjabat kemas dan senyuman bertukar senyuman. Umaira tarik nafas lega bila tindakan Mukhris bukan seperti dijangkanya. Sempat juga Mukhris layangkan senyuman mengenakan Umaira. Macam budak-budak!
“Jemputlah duduk, Zim. Kenapa datang tak beritahu dahulu?” soal Umaira.
“Kebetulan I ada hal jumpa kawan area ni. Lepas tu on the way nak balik, ternampak Desa Rasa, teringat dekat you itu yang singgah.”
Mukhris sudah berlalu ke belakang. Tadi, dia sengaja mahu mengenakan Umaira. Dengan Umaira, kepercayaannya tetap tinggi. Walaupun kekadang dia cemburu bila Umaira sering menyebut nama lelaki itu tetapi cepat-cepat sahaja dia memberitahu diri, tiada apa yang harus dicemburukan. Mengenali Hazim walaupun baru pertama kali, lelaki itu bukan seorang yang mudah mengambil kesempatan.
“Macam mana sekarang?”
Hazim senyum sahaja. Maklum akan pertanyaan Umaira. Tentu sahaja tentang rumah tangganya. Wajah Farihah, isteri yang sudah dikahwini selama hampir setahun itu bermain di mata. Semakin hari dia semakin putus asa untuk mendapatkan cinta si isteri andai Farihah langsung tidak pernah cuba memberi ruang kepadanya dan kini dia merasakan jalan yang terbentang menuju jalan mati.
“Sorry, Zim. I tak berniat nak tanya pasal hal tu.”
“Eh tak ada apalah. Semuanya salah I kan?! Mana Mukhris ni? I tak dahaga sangat!”
Hazim ubah topik. Mengingati kesilapan diri, dia merasakan betapa dia tidak layak untuk mengecapi bahagia. Sejak dahulu lagi dia tidak pernah temui erti bahagia dan disayangi. Yang ada hanya penghinaan demi penghinaan yang menjadikan dia lelaki keras dan kasar!
“Hah itupun. Dia pergi kutip buah limau kat kebun kot! Erm, lusa I nak buat makan-makan sikit. Kat sini jer. Pukul lapan malam. Jemputlah datang, kalau boleh ajaklah Farihah sekali. You jangan risau, I tak akan cakap apa-apa.”
Hazim senyum lagi. Sejak mereka berkahwin, boleh dibilang berapa kali sahaja dia terpaksa memaksa Farihah ikut serta ke mana-mana majlis. Selebihnya, dia suka bersendirian. Bila di tanya ada sahaja jawapan sebagai alasan.
“InsyaALLAH. I cuba tapi tak janji.”
Mukhris sudah menyigung pelahan lengan Umaira, bila melihat Hazim yang semacam sudah tidak betah dengan situasi berkenaan dirinya. Kekadang hati lelaki juga boleh menjadi lebih lembut dari hati perempuan kerana lelaki juga punya perasaan dan keinginan.
Dari cerita berkenaan kehidupan Hazim, mereka mula berborak tentang pelbagai perkara. Melihat Hazim mulai ketawa, hati Umaira sedikit tenang dan dia amat berharap dapat bertemu dengan wanita bernama Farihah itu. InsyaALLAH!

---------------------------------------------------
maaflah baru hari ni mampu siapkan bab 42... adoyai puas otak memikir. watak hazim diwujudkan bagi memenuhi imaginasi MN sejak dibangku sekolah. kisah pasal hazim ini telah MN siapkan masa di bangku sekolah tapi entah ke mana manuskripnya MN campak. almaklumlah dulu tulis guna pen ngan kertas.. beli buku tebal dan tulis sahaja apa idea.. bila silap koyak kertas.. 
mahu membuat cerita berkenaan hazim tetapi MN tidak punya input dan rasanya banyak yang keluar ketidakwajaran cerita dan kelogikannya.. huhuhu.. so biarlah Hazim dan Farihah menumpang cerita di sini. =]
selamat membaca... MN nak sambung siapkan Murni Kasihmu untuk esok... satu perkataan pun belum mula lagi... :((

8 comments:

epy elina said...

hohoho...
akhrnya ada jg n3 untk RR....
best2x...

cinta terindah said...

miss nera...bila nak jmpa ending'y nie..hehe

MissNera said...

epy: hehehe.. puas dok memikir nih! akhirnya ada gak...

CT: endingnya tunggu settle segala apa yang tergantung... :)

MaY_LiN said...

MN..
rase nye ade yang salah watak ni..
yang dekat kan muka tu mukhris kan..
bukan hazim..
ke org yang salah...
pe pun..gerek seyh

MissNera said...

may_lin: noted! thanks!

Anonymous said...

missnera.. agak2 lame ag x nak endingnye?.. knape mukhris tu x romantik lgsg.. hehe

Minah Gendot said...

best2..nk lagi..huhuhu..klu novelkn trus, confirm bli..:) gud luck..

anajoe said...

miss nera,,mane smbungannya??
adeh,,,penat depa tggu,,,hehehe