Friday, August 13, 2010

SAMRA, KAU MILIKKU - BAHAGIAN 1

Ramadhan tiba lagi. Ramadhan yang ke tiga untuk Samra melewatinya sendirian. Dia cuba kuatkan diri. Namun, sekuat mana pun dia mencuba air mata wanitanya tetap mengalir. Setiap kali bersahur. Malah setiap kali berbuka. Nasib baik puasa tahun ini ada Ariana, teman serumahnya sejak empat bulan lalu menemani. Itupun bukan selalu.
Tika orang lain begitu gembira dan bercerita tentang juadah berbuka, Samra diam sahaja. Juadah berbuka atau juadah pada hari-hari biasa padanya sama sahaja. Cuma sesekali datang keinginannya untuk makan-makanan yang di beli dia memaksa diri ke bazaar Ramadhan yang di buka berhampiran rumahnya.
“Eh Samra. You tak balik lagi? Dah pukul enam empat puluh ni!”
Samra panggungkan kepalanya. Seorang lelaki berkemeja merah jambu cair dan bertali lahir berwarna kontra sedang berdiri di hadapan mejanya.
“Kejap lagi akak baliklah. Rumah akak dekat je. Lima belas minit dah sampai.”
Idham memang sudah terbiasa memanggilnya begitu tanpa awalan kakak seperti rakan sekerja lain memanggilnya. Samra tidak pelik dengan panggilan nama sahaja oleh lelaki itu kerana kepada yang lain juga dia tidak memanggil begitu. Mula-mula ada yang melabelnya kurang ajar tetapi lama kelamaan mereka juga sudah tidak kisah. Lelaki itu ramah orangnya walaupun jaran-jarang berada di pejabat.
“Ish you ni. Orang seronok nak balik awal time puasa ni. You pulak macam tak ada mood je!”
Samra tersengih. Apa guna balik awal kalau di rumah nanti hanya ada dia. Sewaktu sahur tadi, Ariana memberitahu bahawa dia akan berbuka bersama keluarga tunangnya.
“Akak balik awal pun bukan ada sesiapa kat rumah. Berbuka pun sorang­­-sorang je. Jadi, lebih seronok berbuka dalam kereta. Taklah rasa sedih sangat. Ni yang Am datang office balik buat apa?”
“I tertinggal purse, dah separuh jalan tadi baru perasan. Kalau macam tu, you berbuka dengan I je lah. Berbuka kat kedai makan depan office ni.”
“Eh tak apalah Am. Tak payah susah-susah. Lagipun tadi akak dah beli kuih pun!”
Cepat sahaja Samra menolak. Rasa segan pula mahu berbuka puasa dengan lelaki itu.
“Apa yang susah pulak?! I pun kalau balik rumah sekarang dah tak sempat. Berbuka puasa kat dalam kereta juga. Bukan kita berdua pun.”
“Habis tu?”
“Ada adik dan anak I. Dahlah, you kemas-kemas apa yang patut. I tunggu you.”
Anak? Dia ni dah kahwin ke? Masa bila pulak kahwin?
“Er.. Er..”
“Jangan nak bagi alasa lagi Samra. Lima minit untuk you shut down pc you tu dan kemas-kemas.”
Dengan rasa yang berbelah bahagi, Samra menutup komputernya dan menyusun kembali fail-failnya. Langkahnya lambat-lambat sahaja.
“Jangan takutlah I tak culik you dan apa-apakan you.”
Lelaki itu ketawa kecil menyebabkan Samra mencebik sahaja. Bukan itu yang ditakutkan! Cuma rasa canggung pula bersama dengan lelaki itu. Selama ini pun mereka tidak pernah makan bersama-sama.
Mereka turun ke bawah berdua. Bangunan empat tinggal yang merupakan milik TZ Holding itu sudah sunyi sepi. Terus Idham menarik hujung lengan baju kurungnya sebaik sahaja mereka keluar dari bangunan itu. Terpinga-pinga jadinya Samra dengan perlakuan Idham.
“Kereta I kat depan tu.”
Tunjuk Idham ke arah sebuah kereta Nissan X-trail miliknya yang diletakkan berhadapan dengan sebuah kedai menjual perabut.
“Kata nak makan kat depan ni.”
“Memanglah. Habis tu anak dan adik I tu you nak biarkan berbuka kat dalam kereta ke?”
Samra sudah menggaru kepala sambil tersengih. Cepat sangat dia lupa. Semuanya gara-gara gabra punya pasal.
“Kita berbuka kat kedai depan tu jer ya, Min? Nak patah balik memang tak sempat nanti.” Ujar Idham kepada adiknya Yasmin. Gadis itu hanya mengagguk tetapi matanya tidak lepas memandang Samra.
“Ini kawan sekerja abang. Dia berbuka bersama kita. Panggil Kak Samra.”
Yasmin menghulur tangan untuk menyalami Samra. Lega Samra melihat senyuman Yasmin. Anak kecil yang berusia tiga tahun di sebelah Yasmin terjaga dari tidurnya. Terpisat-pisat dia memandang Samra.
“Alah anak papa ni, kesian dia. Iman mengantuk ya? Mari sini kat papa. Kita nak pergi makan ayam goreng. Iman suka tak?”
Angguk sahaja anak kecil itu. Tersenyum Samra mendengar kata-kata Idham. Tiba-tiba dia teringatkan seseorang tatkala melihat wajah anak kecil yang dipanggil Iman itu berada di dalam dukungan Idham. Seseorang yang pernah memusnahkan hidupnya tiga tahun lepas. Yang meletakkan dia di lembah derita. Ya ALLAH….
“Samra?! Samra… Are you okay? Apa yang you menungkan??
“Hah?!”
“You ni kan, pantang ada masa asyik nak termenung je! Entah apa yang dimenungkannya! Kalau di biarkan agaknya boleh tiga empat jam you termenung.”
Yasmin sudah tergelak-gelak mendengar leteran abangnya. Ingatkan di rumah sahaja lelaki itu berleter macam mak nenek, rupanya habis semua orang menjadi mangsanya.
“Dah cepat sikit.”
Idham yang mendukung Iman terus melangkah meninggalkan Yasmin dan Samra yang masih tidak berganjak.
“Akak jangan terasa hati dengan abang tu. Dia tu memang sejak azali suka membebel. Kalau kat rumah tu boleh kata dua puluh empat jam membebel. Ada je yang tak kena.”
“Boleh tahan ke?” soal Samra mengundang tawa kecil daripada Yasmin.
“Kenalah tahan kak. Kadang-kadang tu ibu dengan ayah pun terkena tempias. Jomlah kak, nanti abang tengok kita dok syok borak, sampai sahur esok pagi pun tak habis dia membebel!”
Lantas langkah pantas diatur oleh kedua-duanya menyaingi Idham yang sudah jauh ke depan. Masuk sahaja ke dalam restoran yang di beri nama Restoran Dapur Rasa itu kebanyakan tempat sudah mempunyai pelanggan.
“Jemput masuk bang. Ada lagi kosong kat dalam tu. Nanti saya arrange kan tempatnya.” Pelawa seorang lelaki berpakaian seragam hitam dan merah sambil tersenyum. Samra memang sudah biasa makan di situ kerana restoran itu yang paling hampir dengan pejabat selain sebuah restoran mamak yang terletak di hujung sebelah sana.
Mereka bertiga mengikut sahaja lelaki berpakaian seragam tersebut sehingga ke tempat yang kosong. Bahagian belakang sekali. Pelayan itu menarik meja yang bercantum dengan sebuah meja yang sudah berpenghuni.
“Minum apa bang?” soal pelayan itu sebaik sahaja mereka berempat duduk.
“Min?” tanya Idham kepada adiknya.
“Min nak sirap ais.”
“You nak minum apa?”
“Neslo ais…”
Bukan Samra yang menjawab sebaliknya pelayan lelaki itu. Terus Samra angguk. Selalu sangat ke restoran itu sehingga pekerja di situ sudah maklum akan minuman yang selalu dipesannya.
“Saya nak milo ais.”
Selepas memesan minuman mereka memesan makanan pula. Samra dan Yasmin memesan laksa. Manakala Idham pula mi sup dan tambahan ayam goreng untuk Iman.
“Selalu ke you balik lambat bulan puasa ni?” tanya Idham sebaik sahaja pelayan itu pergi.
“Erm.. tak lah. Hari ni je. Semalam orang lain balik, I baliklah.”
“Berani sangat tinggal kat office tu sorang-sorang! Kalau apa-apa jadi tak ke susah!?”
“Alah, pak guard ada…”
“You percayakan sangat dengan pak guard tu?! Orang sekarang ni jangan percaya sangat. You tu perempuan, jangan nak tunjuk berani tak kena tempat. Apa-apa hal jadi kat you nanti susah!”
“Ish abang ni. Dua puluh empat jam nak berleterlah. Time nak berbuka ni, cubalah diam sikit!” sampuk Yasmin. Dia sudah menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Min jangan menyampuk boleh tak?”
“Bukan Min nak menyampuk tapi abang tu kalau boleh setiap masa nak berleter. Patutlah semua awek tak lekat. Kang tak pasal-pasal kak Samra ni pun lari.”
Samra sudah menelan air liur. Berpandangan dia dengan Idham yang turut terdiam. Aduh, pandai sungguh Yasmin ni buat spekulasi! Tak nampak ke beza aku ngan si Idham ni? Macam langit dengan bumi. Macam pipit dengan enggang. Tapi kenapa Yasmin cakap begitu? Bukan ke abangnya sudah berkahwin? Sudah ada anak!?
“Papa…”
Suara Iman memecah sunyi sepi antara mereka berdua walaupun keadaan restoran sedikit hingar.
“Ya, sayang!”
“Papa marah auntie ke? Nanti auntie nangis. Kesian auntie!”
Kata-kata Iman yang sedikit pelat tetapi dapat ditafsir itu mengundang senyuman di bibir Samra. Yasmin sudah ketawa.
“Papa mana ada marahlah. Papa cakap je. Auntie Samra ni berani sangat.”
“Macam superwoman ya pa?”
Idham dan Samra serentak ketawa kecil mendengar bicara yang keluar dari mulut Iman. Tubuh anak itu dirangkul Idham. Serentak itu kucupan mendarat di kepalanya. Samra yang melihat bagaikan terpaku seketika.
“Pandainya anak papa ni tapi auntie ni bukan superwoman. Auntie tak ada power. Kalau auntie kena kidnap, auntie tak boleh lepaskan diri.”
“Kenapa auntie tak ada power? Auntie sakit ke?”
Laju sahaja Iman bertanya kepada Samra. Riak wajahnya benar-benar mahukan jawapan sedangkan Samra sudah terpinga-pinga.
Auntie bukan tak ada power tapi power auntie dah kena curi dengan orang jahat.” Yasmin menjawab bagi pihak Samra. Iman terangguk-angguk tetapi dahinya berkerut-kerut. Mungkin sedang memikirkan sesuatu.
Seketika kemudian, seorang pelayan wanita menatang dulang yang berisi minuman-minuman yang dipesan mereka dan sepinggan kurma. Sememangnya, di bulan Ramadhan ini kebanyakan restoran atau kedai makan menyediakan secara percuma kurma. Bagi Samra, ia bagaikan sedekah secara senyap oleh mereka. Tentu sahaja ganjaran pahala untuk mereka yang berniat ikhlas menjamu orang yang berpuasa.
Azan kedengaran beberapa minit kemudian tetapi makanan yang mereka pesan masih belum tiba. Perasaan Samra bercampur baur saat mendengar Idham melafazkan doa berbuka. Dia tertunduk menahan perasaan sebak yang tiba-tiba menjalar ke seluruh pelusuk dirinya.
“Kak…”
Kepalanya dipanggungkan memandang Yasmin disebelahnya. Kemudian matanya melirik ke arah pinggan berisi kurma yang dihulur Idham.
“Berdoa pun masih boleh mengelamun?!”
Sinis sahaja kata-kata Idham tetapi Samra sambut dengan senyuman. Langsung kata-kata lelaki itu berbekas di hatinya. Dicapainya sebiji kurma dan dikunyahnya perlahan.
“Maaf bang, lambat.”
Dua orang pekerja lelaki meletakkan makanan yang dipesan mereka di atas meja. Iman cepat sahaja menjamah ayam goreng tanpa menoleh kiri dan kanan.
“Tak apa. Kamu dah berbuka belum?”
“Dah bang.” Jawab lelaki tadi sebelum berlalu ke belakang. Kerja restoran begini memang memenatkan! Tambahan pula pada waktu puncak begini.
Mereka terus menjamah makanan. Sambil itu sempat Samra mencuri lihat Idham yang melayan Iman. Sesuatu yang tidak pernah dilihat pada lelaki itu. Penuh penyayang dan lembut sahaja.
Bertuahlah siapa yang menjadi isterinya.



 Bersambung ... 

5 comments:

hana_aniz said...

hihi.. mcm bez je!

nak lagi! =)

epy elina said...

wahhhh...
sis...
prmulaan yg baik....
mst samra ada sej silam 2....

Anonymous said...

cerita baru ker ni???
waaa, menarik...

MissNera said...

hana_aniz : terima kasih kerana membaca... tunggu next n3 ya =]


e.elina : tau2 je dia ya!:D

anon: yep, cerita baru tapi e-cerpen je

NY said...

wah NY sangat2 suka la cite ni...menarik..x sabar nak baca next chapter... :D