Wednesday, August 18, 2010

SAMRA, KAU MILIKKU - BAHAGIAN 4

Selepas menjamah beberapa keping kuih yang di beli oleh Idham, Samra meminta diri untuk pulang. Alasannya dia mahu berterawih di masjid berdekatan rumahnya. Sedangkan yang sebenarnya Samra sudah tidak betah berada di situ. Puan Ruzila, yang di panggil Mak Su oleh Idham dan Ida asyik mengusiknya. Ida pula menjadi tukang tambah. Rasanya mukanya sudah tebal berinci kerana malu. Geram pula dengan Idham yang seakan membiarkan sahaja ibu saudaranya terus menerus mengusik. Malah sempat juga dia mengenakan Samra. Iman tak perlu cakaplah. Seronok sangat dia bila Samra diusik akan menjadi ibunya.
“I hantar you ke kereta.”
“Tak payahlah. Parking kereta kat sini tak gelap. Orang pun ramai.” Bagaikan menyindir sahaja lagak bicara Samra.
“I hantar! Lagi pun I memang nak balik dah. You ingat you sorang jer nak solat terawih?!”
Samra menjeling geram. Asyik mahu menang je! Ni lah pertama kali aku jumpa lelaki macam ni!
“Yang you tercegat lagi kenapa? Cepatlah!”
“Ada ke nak mengajak orang macam tu?! Patutlah Samra tak mahukan kamu. Skill tak ada langsung.” Sampuk Puan Ruzila.
“Hari tu pun papa marah auntie.
Semua mata tertumpu ke arah Iman yang masih belum habis lagi mengunyah ayam rempahnya. Sebelum memasing memandang Idham yang sudah terbeliak matanya.
“Tengok tu Iman yang baru berumur tiga tahun tu pun tahu. Apa nak jadilah dengan kamu ni Am!”
“Jadi orang lah Mak Su. Papa mana ada marah lah. Iman nak ikut papa pergi masjid tak?”
Pantas Iman menggeleng. Kalau sudah dapat ayam gorengnya ke mana pun dia tak mahu pergi.
“Tak apalah Mak Su. Am balik dululah.”
Idham menyalami tangan Mak Sunya diikuti oleh Samra. Serentak dengan itu tubuhnya dirangkul oleh Puan Ruzila. Terkedu Samra seketika. Rasa sebak tiba-tiba menjalar ke segenap ruang tubuh. Hangatnya pelukan itu, mengingatkan dia pada seseorang. Seorang ibu yang sudah lama membuangnya jauh dari hidup.
“Ada masa nanti datanglah rumah. Boleh berborak panjang.”
“InsyaALLAH.” Ringkas sahaja jawapan Samra. Sendu di hatinya mudah sahaja ditelah Idham. Lantas tangan wanita itu dicapai dan terus melangkah keluar dari butik adiknya.
“Tengok tu. Belum pun sempat Samra nak cakap dia dah tarik. Kamu percaya ke Ida?”
“Percaya apa Mak Su?”
“Abang kamu tu tak ada apa-apa dengan Samra?”
“Entahlah Mak Su. Abang Am tu memang susah sikit sejak putus tunang dengan Tasha dulu. Rasanya Tasha tu je yang tahan bertahun-tahun dengan dia. Yang lain tak sampai setengah tahun dah angkat kaki.”
“Kalau Mak Su jadi Tasha pun Mak Su cabut. Dahlah kuat membebel, bila Tasha ajak kahwin banyak pula alasan dia. Tengoklah sekarang Tasha tu dah dua orang anak. Dia bini pun tak ada lagi!”
“Ida tengok Abang Am macam sukakan Kak Samra tapi dia takut kot jadi macam dulu.”
“Kalau takut ubahlah perangai tak semenggah tu! Ini tak, kamu tengoklah tadi… macam tu cara nak ambil hati perempuan?! Cakap kasar-kasar. Dari orang tu nak kat dia, terus tak mahu!”
“Mak Su nak tahu tak satu perkara?”
“Apa dia?”
“Ida rasa sikap abang yang suka membebel tu turun dari Mak Su lah. Dari kecik abang suka pergi rumah Mak Su. Menuntut ilmulah tu!”
“Ish budak ni! Mak Su pulak yang kena!”
Ida ketawa lepas. Mendengar leteran Puan Ruzila memang serupa sahaja dengan Idham. Cumanya yang berbeza, kalau Puan Ruzila membebel bagaikan adatlah. Ini Idham. Abangnya itu baru sahaja berusia dua puluh tujuh tahun. Membebelnya bagaikan mak nenek.

***
“You ada masalah ke?”
“Masalah apa?”
“Tanya kita pulak. You ingat I tak perasan riak muka you tu bila Mak Su peluk you.”
“Tak ada apalah.” Secara tidak sengaja Samra mengeluh. Dia bagaikan ternampak-nampak wajah ibunya di mana-mana. Ternampak-nampak juga wajah garang penuh marah ayahnya.
“Tengok, you mengeluh. Ceritalah, mungkin boleh kurangkan beban kat dalam diri you tu.”
Mata Samra sudah bergenang. Lantas nafas ditarik dalam dan dilepaskannya perlahan-lahan. Selama tiga tahun dia menanggungnya sendiri. Di hadapan orang lain dia cuba sedaya upaya untuk tunjukkan wajah gembira.
“Kalau nak dengar cerita akak ni, tiga hari tiga malam pun tak habis.”
“Samra… You nak I ulang berapa banyak kali lagi? Jangan bahasakan diri you dengan I dengan panggilan tu boleh tak?”
What wrong with you, Am? Awak tak boleh nak paksa orang lain ikut kehendak awak.” Suara Samra sedikit tinggi. Langkahnya juga sudah mula diatur pantas meninggalkan lelaki itu. Baru mengenali Idham serapat ini, lelaki itu sudah merimaskannya.
“Maaf Samra. Janganlah marah macam ni.”
Samra tidak ambil peduli. Langkahnya tetap diatur menjauhi Idham. Dikeluarkan duit kertas seringgit berserta tiket ­parkingnya. Ada beberapa orang sedang beratur di mesin bayaran tempat letak kereta.
“Samra, maaf. I tak berniat buat you marah macam ni.”
Samra diam. Pasangan yang berada di hadapannya menoleh memandangnya tetapi Samra tidak peduli langsung. Rasa geramnya entah mengapa begitu menebal.
“Samra…  cakaplah sesuatu. Jangan diam macam ni.”
“Boleh diam sikit tak? Buat malu jer orang dengar.” Akhirnya Samra bersuara. Dia memasukkan kad ke dalam slot di mesin di hadapannya. Kemudiannya, not satu ringgit pula di masukkan dan menunggu kad itu keluar semula.
“Tak perlu hantar sampai ke kereta. Akak ni bukan bebudak lagi.”
“I nak cakap sesuatu dengan you.”
“Boleh tunggu esok tak? Sekarang ni akak nak balik rumah. Nak solat.”
Nada suara Samra kedengaran tegas. Idham mengeluh berat. Tidak mampu dibantah kata-kata Samra. Akhirnya dia membiarkan sahaja wanita itu berlalu.

***
“Kak Nur, Idham cari akak kat bilik dia. Awal-awal lagi dah tanya akak.” Beritahu Wirda saat kelibat Samra kelihatan memasuki pejabat.
“Ada pulak dia tu kat office pagi-pagi ni?! Apa hal dia cari akak?”
“Manalah saya tahu kak. Dia Cuma cakap suruh beritahu akak yang dia nak jumpa akak.”
“Okey. Terima kasih Wirda!”
“Sama-sama kak. Ni kak, nak tanya sikit boleh?”
Wirda sudah tersengih-sengih. Dia dapat merasakan sesuatu di antara Samra dan Idham. Minggu lepas dia nampak Idham menghantar Samra ke pejabat. Kebetulan waktu itu dia baru sahaja parkirkan keretanya. Dia tidak keluar dari kereta sehinggalah kereta Nissan X-trail Idham melucur laju meninggalkan tempat itu.
“Akak dengan Idham tu ada apa-apa ke?”
“Hah? Gila apa tanya soalan tu?”
“Ish, ada pulak Wir gila. Hari tu saya nampak dia hantar akak.”
Samra panggungkan kepalanya. Terhenti pergerakannya yang sedang mengemas meja kerjanya. Ada sekotak coklat segar yang terletak di atas papan kekunci komputernya.
“Tengok siap dia bagi coklat  lagi.”
“Dia bagi? Idham yang letak?”
“Yalah. Saya dah tengok nama orang yang beri kat kad tu. IM tu bukan ke singkatan untuk Idham Mustafa? Tapi saya tak perasan pulak masa bila dia letak.”
“Pandai-pandai jer! Dahlah, akak nak pergi jumpa Idham.”
Bilik Idham yang berada di tingkat dua ditujuinya dengan seribu satu pertanyaan yang berlegar-legar di fikirannya.
“Wirda beritahu tadi, Am cari…”
“Yes. Masuklah.”
“Ada apa?” soal Samra yang masih berdiri di hadapan pintu bilik Idham. Lelaki itu tidak mengenakan pakaian formal ke pejabat. Sebaliknya sekadar berseluar jeans dan memakai t-shirt berwarna putih.
“Kalau ya pun masuklah dulu. Tutup pintu tu boleh?”
“Ada apa ni Am? Akak banyak kerja nak kena buat ni!”
“Sekejap jer. Nanti I beritahulah boss you yang I pinjam you sekejap. Lima minit jer.”
“Tak boleh biarkan pintu ni terbuka ke?”
“Boleh. I tak kisah. Takut you tu yang kisah nanti. Tapi I bukan nak buat apa-apa tak senonoh dekat you pun bulan-bulan puasa ni!”
“Okey, cakaplah apa yang Am nak cakap?” tanya Samra sebaik sahaja pintu bilik lelaki itu di tutup.
“Erm.. I nak cakap sesuatu ni. Harap jangan marah I okey?!”
“Tengok lah pada apa yang Am nak cakap.”
“Jom kita kahwin!”
“Hah! Are you insane, Am?! Gila apa tetiba macam ni?! Am tahu tak Am bercakap dengan siapa sekarang ni?”
“Tahu. Sebab tahulah I cakap. I tak gila. I betul-betul nak ajak you kahwin dengan I!”
“Am sihat tak ni? Desperate sangat nak kahwin ke sampai Am terpaksa pakai ambil jer yang depan mata!?”
“Dah memang depan mata, ambil ajer lah. Nanti kena kebas dengan orang lain, menyesal tak sudah!”
“Am tahu kan ni bulan puasa…. Benda…”
“Ya I tahu. I bukan nak suruh you kahwin dengan I time bulan puasa ni. Lepas puasa? I hantar rombongan meminang okey!?”
“Dah-dah. Jangan nak mengarut! Jangan sebab kata-kata Mak Su Am semalam, Am buat keputusan gila ni!”
“Bukan sebab Mak Su. I dah lama sukakan you.  Dari mula lagi. I sayangkan you dan cintakakan you. You tahu tak tiga tahun ni I betul-betul terseksa!”
“Dahlah, Am! Jangan main-main macam ni! Am sendiri tahukan, akak ni janda! Lebih tua dari Am!”
“I tak main-main. I tak peduli siapa you. I tak peduli you tua dari I ke apa ke! Yang I tahu I cintakan you. Selama ini I paksa diri I untuk ignore segala perasaan I terhadap you. Tambahan pula bila I dapat tahu you dah pernah berkahwin.”
Okey, stop Am! Stop okey!? Jangan nak merepek yang bukan-bukan lagi! Jangan nak permainkan perasaan akak okey!” Suara Samra sudah berbaur sendu.
“Nak tahu sebab apa I tak suka you bahasakan diri you dengan I dengan panggilan tu? Sebab I anggap you more than that! Every time I try to treat you as my sister, perasaan tu makin bertambah.”
“Cukup Am! Cukup okey!? Semua tu Cuma mainan perasaan Am je. Okeylah, akak banyak kerja nak buat ni!!”
Samra bangun dari duduknya. Pengakuan daripada Idham sebentar tadi benar-benar mengejutkannya. Bagaikan layar perak terpamir di ruang matanya saat-saat mula diperkenalkan kepada Idham yang merupakan perkerja baru tiga tahun lepas. Ketika itu dia baru sahaja kembali bercuti daripada menyelesaikan hal tuntutan fasakhnya.
“Samra tunggu dulu!”
“Sekarang waktu bekerja, Am! Jangan campur adukkan kedua-duanya sekali. Terima kasih atas pemberian coklat tu. Tak perlu membazir sampai macam tu!”
“Coklat?!”
Idham pelik. Masa bila pula dia memberikan wanita itu coklat. Lagi pula dia memang tak terfikir untuk memberikan wanita itu coklat. Perasaannya terhadap wanita itu hanya dimuktamadkan pagi tadi.
“Masa bila…”  Baru sahaja Idham mahu bertanya, Samra sudah tiada di dalam biliknya. Susuk tubuh wanita itu kelihatan terus menuju pintu keluar tingkat dua itu. Meninggalkan Idham dengan pertanyaan yang tidak berjawab!

8 comments:

hana_aniz said...

hoho.. seeeetyle!! haha..

habis la idham. da ada pesaing!!

Anonymous said...

yeeess, ade n3 baru..hooraaay!!
waaa, hebat la citer ni...bagus2, u puyer story mmg slalu bbeza gn ore len..tahniah!!!

Anonymous said...

mesti coklat tu pemberian bekas suami Samra :-)

epy elina said...

wahhhhh....
bnyk dah prsoln trjwb....
rupanya slma ni idham sukakn samra....
tp kan sape yg bg cklat 2...
cpt brtbdak am...
nnt mlpas lak...

itu_aku +_^ said...

alalala
xkn la x-husband samra yg bg
nk samra ngan Am..

lu@haNhaTIee said...

hehe..suke2
smbg cpt2 ek

NY said...

i like!!!! :)

MissNera said...

terima kasih semua kerana sudi membaca..


p/s: hint 1 : bukan ex-hubby yang bagi coklat tu =]