Thursday, August 19, 2010

SAMRA, KAU MILIKKU - BAHAGIAN 5

Wirda dan Nora yang memerhati langkah menonong Samra terus sahaja masing-masing ke meja wanita itu. Jarang sekali wanita berwajah masam mencuka begitu. Apa yang membuatkan mereka mahu tahu adalah tentang apa perlunya dia ke bilik Idham. Tanda soal yang bermain difikiran mereka perlukan jawapan.
“Kak, kenapa ni? Tetiba muka masam mengalahkan apa je lagi! Idham panggil akak buat apa?”
Laju sahaja pertanyaa Nora. Sebentar tadi, Wirda sudah menceritakan perihal spekulasinya antara Samra dan Idham. Bagaikan tidak percaya dia mendengar cerita yang keluar dari mulut Wirda. Idham itu bujang lagi. Kacak macam Enrique Iglesias. Mahu disamakan dengan Samra yang tidak ada apa-apa ini mana mungkin. Mana mungkin pilihan Idham seorang janda dan wanita yang lebih berusia daripadanya.
“Alah, macam Ashton Kutcher dengan Demi Moore tu bahagia jer aku tengok. Siap anak si Demi Moore tu berderet-deret lagi. Kak Nur tu bukannya tak cantik. Cantik. Cuma dia tak mahu tunjukkan sebab takut nanti orang macam kau tu tak ada orang nak mengorat.”
Selamba sahaja Wirda menyindir teman sekerjanya itu bila Nora seakan mempersoalkan tentang hal itu. Bagi Wirda, walaupun apa sahaja yang orang bercakap tentang Samra dia tetap mengagumi wanita itu. Malah, dia merasakan Samra lebih cantik berbanding yang lain. Cantik akhlaknya. Cantik perilakunya. Lalu semuanya terzahir di wajahnya. Janda-janda Samra pun tidak pernah dia melihat tergedik-gedik mahukan perhatian!
“Tak ada apalah Nora. Akak okey jer ni. Dahlah korang pergi buat kerja tu. Nanti nampak kat Encik Samad, bukan setakat kamu kena akak pun kena nanti.”
“Alah kak, Encik Samad ada meeting  dengan big boss. Betul ke akak bercinta dengan Idham?”
“Mana kamu dengar benda mengarut ni!? Dah, akak ada banyak kerja ni!”
Terus muncung sedepa mulut Nora. Samra buat tidak nampak sahaja. Dengan Nora, dia tidak boleh bercerita lebih banyak tentang dirinya. Cukuplah pernah satu ketika dulu wanita itu menjadi penyebab isteri Shamsul, Eksekutif Akaun datang menyerangnya. Nasib baiklah isteri lelaki itu tidak terus menerus bertindak gila. Penerangannya diterima. Samra rasa terhutang budi dengan rakan-rakan sepejabat lain yang mempertahankannya. Walaupun tidak diberitahu siapa yang mengkhabarkan berita palsu itu, Samra dapat mengagak sebab sepanjang hari kejadian itu Nora diam sahaja. Tidak langsung bercakap seperti selalu. Takut-takut sahaja lagaknya.
“Kak, kalau mahu kongsi apa-apa dengan Wir ceritalah ya?!” perlahan sahaja Wirda bercakap dengan Samra. Tangan wanita itu disentuhnya.
“Terima kasih, Wir.”
Wirda senyum sahaja. Dia tidak mahu memaksa Samra bercerita tetapi dia pasti ada sesuatu yang menarik antara Samra dan Idham. Kalaulah betul, mereka bercinta Wirda turut rasa gembira. Lagipun Idham itu bukan suami orang lain.

***
Panggilan telefon daripada nombor yang sememangnya sudah tersimpan sekian lama di dalam telefon bimbitnya membuatkan degupan jantung Samra berdegup kencang. Tiga tahun, nombor itu tidak pernah sekali pun menghubunginya. Melainkan dia sahaja tetapi selalunya bila suaranya didengar oleh orang yang disebelah sana dingin sahaja suara itu.
“Assalamualaikum.” Lambat-lambat Samra memberi salam.
“Waalaikumsalam. Kak, Ita ni. Akak sihat?”
“Akak sihat. Ita?”
“Sihat juga kak. Erm, kak… raya tahun ni baliklah sini. Dah dua tahun akak tak balik.”
“Mak dan Abah kan dah halau akak. Dahlah Ita, akak tak mahu nanti mak dan abah sakit pulak tengok akak.”
Air mata sudah bergenang di pelupuk matanya. Sendu yang semakin menguasai diri cuba dikawal sedaya mungkin. Bila dia dihalau hanya kerana menuntut sesuatu yang sepatutnya dituntut, hatinya sedih tak terkira. Bila emak dan ayahnya lebih mempercayai kata-kata manis lelaki itu daripada anaknya sendiri, apa lagi yang harus dia lakukan.
Memang lelaki bernama Izwan itu punya segala-galanya yang diidamkan oleh para ibu bapa untuk dijadikan menantu tetapi dalam punya segala-galanya tidak siapa tahu lelaki itu bukanlah lelaki yang layak bergelar suami.
“Ita rasa mak dah tak marah. Dua tiga hari ni mak duk masak lauk kegemaran akak jer. Lepas tu dok termenung sana sini. Abah pun macam tu jugak. Hari bila entah abah tetiba tersebut nama akak. Baliklah kak, mana tau hati mak dan abah dah lembut.”
“Entahlah Ita. Akak memang nak balik sangat tapi akak takut. Lagi akak takut mak dan abah tetap menganggap apa yang terjadi dengan perkahwinan akak sebelum ni semuanya salah akak.”
“Itu akak jangan risau. Ita dah buktikan pada emak dan ayah yang lelaki otak senget tu memang tak layak jadi suami akak. Ita siap tunjuk bukti lagi lelaki tu dok teguk arak. Lepas tu berpeluk sakan dengan perempuan mana entah.”
“Mana Ita dapat gambar-gambar tu?”
Member Ita kawan dengan kawan lelaki tu. Dia yang tunjuk gambar-gambar tu. Apa lagi Ita Bluetooth la semua gambar-gambar yang ada lelaki tak guna tu. Lepas tu kak, baru-baru heboh dah satu kampung dia tu kantoi kena tangkap khalwat dengan anak Pak Cik Zakaria. Gila lelaki tu! Dia tak mengaku. Katanya Liza tu yang nak aniaya dia. Nak perangkap dia suruh kahwin. Yag bestnya, dia kena tangkap tu kat rumah Liza. Siap dah pakai tuala. Perangkap apa gayanya macam tu!”
“Masya-ALLAH, teruknya. Lelaki tu memang tak reti bertaubat ke?!”
“Entahlah kak. Erm… akak balik ya raya nanti. Kita buat majlis kenduri sikit. Ita memang dah lama nak buat. Dapat kumpul semua adik beradik.”
“Akak tak janji , Ita. Bagi akak masa untuk berfikir ya?”
“Okey tapi akak kena percaya cakap Ita. Mak dan abah tu dah lama mahu akak balik. Tak percaya tanya Angah dengan Kak Su. Setiap kali Angah atau Kak Su bercerita pasal akak kat Ita, kami perasan emak dan abah curi dengar. Kalau akak jadi balik, beritahu Ita ya?”
“Erm okey. Nanti akak call Ita balik.”
“Okey. Assalamualaikum, kak.”
“Waalaikumsalam.”
Sebaik sahaja salam Masita di jawab, Samra mematikan panggilan. Masita dan adik-adiknya memang sering sahaja menghubunginya. Cuma mereka tidak pernah membangkitkan isu pulang semula ke kampung.
Baru sahaja Samra menghidupkan enjin kereta telefon bimbitnya berbunyi lagi. Kali ini, sekadar barisan nombor tanpa nama pemanggil tertera di skrin. Berkerut sedikit dahinya melihat nombor itu tetapi tetap dijawabnya panggilan itu.
“Assalamualaikum.” Orang di sebelah sana terlebih dahulu memberi salam.
“Waalaikumsalam. Siapa ni?”
“Idham. You dah balik belum?!”
“Dah.”
Sepatah jawapan Samra. Di otaknya memikir dari mana lelaki itu mendapat nombor telefonnya.
“Jom berbuka dengan I. I dah kat area rumah you ni. Lepas berbuka bolehlah kita solat terawih kat masjid kat situ.”
“Am, akak tak…”
You’re not my sister, okay!
“Am, kenapa suka mendesak macam ni?”
Because I love you.
Samra terdiam. Bukan itu yang dimahukan sebagai jawapan. Akhirnya dia melepaskan keluhan. Di pejabat tadi semua kerjanya tidak menjadi. Nasib baiklah Encik Samad tidak masuk ke pejabat.
“Samra… I tak tipu pasal perasaan I pada you. Boleh tak you bukakan pintu hati you tu untuk lelaki lain. Jangan sebab sorang lelaki tak guna, semua lelaki you anggap macam tu. I ikhlas mahukan you.”
“Bukan sebab tu…”
“Habis tu?”
“Am…  Am tahu kan apa yang membezakan kita.”
“I tak peduli semua tu. I dah cukup berfikir selama tiga tahun ni. I tahu siapa you. I tahu asal usul you. Jadi, perkara yang you takutkan sangat tu insyaALLAH tak jadi. Itu janji I. I tak main-main tentang perkara ni. I nak you jadi isteri I.”
“Am, tolonglah. Semua ni tak akan menjadi. Akak tak mahu jadi barang permainan orang lagi. Dah tak mahu orang mentertawakan akak.”
“Samra… kalau you tak mahu I hebohkan satu office yang kita bercinta stop bahasakan diri you macam tu dengan I! I tak main-main dalam hal ni! I tak suka you membahasakan diri you macam tu dengan I dan satu lagi I tak pernah berniat nak permainkan you. Kalau I nak permainkan you, dah lama I buat. Sekarang, I nak you bersiap-siap. Lima minit lagi I sampai rumah you. I tunggu kat tempat hari tu. Kalau you tak turun, I naik atas. I tahu rumah you yang mana.”
“Idham! Awak ni bukan setakat kuat membebel kan?!! Kuat mendesak orang juga ya?!”
“Itu I tak peduli. I buat semua tu pada orang yang I sayang je. You nak ikut cakap I ke atau you nak tengok I buat gila!?”
Samra mendengus. Perangai Idham benar-benar menyesakkannya. Harus bagaimana lagi dia memberitahu lelaki itu, perasaannya tidak pernah melangkaui perasaan seorang rakan sekerja. Dia tidak mahu batasan itu dilangkauinya. Lagipula, dia merasakan dirinya tidak layak untuk bersama Idham. Lelaki itu punya segala-galanya.
“Samra… I tunggu jawapan you ni! Ke you memang harap sangat I naik kat atas!”
“Erm.. tunggu lima belas minit boleh? Dekat office lagi ni.”
“Hah! Dah berapa kali I beritahu you, jangan nak rajin sangat sampai orang dah balik pun you tetap kat office. Kerja you tu sampai bila-bila pun tak settle.  Kalau Samad tu bayar gaji you berkali ganda tak apalah jugak!”
“Am, boleh berhenti membebel tak? Kalau dengar Am membebel rasanya sampai bila pun tak sampai rumah.”
“Dah pandai sindir-sindir orang ya? Okey, I dah sampai kat depan taxi stand. Lima belas minit je okey?!”
“Yalah. Letaklah telefon tu!”
“Okey. Thanks sayang!”
Terus Samra matikan panggilan. Rasa semacam pula lelaki itu memanggilnya begitu. Seketika kemudian keretanya melucur meninggalkan kawasan letak tempat kereta. Seperti biasa jalan pada waktu-waktu begini sesak.
Lantak kaulah, Idham! Tunggu lah kat situ. Lagi kau tunggu, lagi lambat aku sampai!

10 comments:

mama_ariana09 said...

pendek jer entry nih,,tp tetap best,,cpt smbung yer cik nera

Anonymous said...

hahahaha..mmg gila kntal la c am 2... tp sweet jer ye org b2 nie...hehe..cpt smbg ek..:-)

hana_aniz said...

hahahaha... suka perangai idham. kelakar. even realitinya, tak suka laki cm tu. tp, dlm keadaan samra ni, mungkin sesuai kot. hahaha

Faz Nandra said...

Enrique Iglesias=) lelaki ni memang kacak akak.. lalalal.. pandai cari ye.. hehe.. sangat suka dengan telatah idham dan samra.. yayay! ^-^
kak nera nnt ada entry baru jangan lupa inform faz ye.. ngehehe.. =)

epy elina said...

wah...
kta org cnta 2 buta...
mmg am dah buta cnta kat samra...
mst sukar untk samra trma idham...
sbb dia ada sej yg mnykitkan...
brusaha idham....

Anonymous said...

lawak tol gn idham ni...samra, u mmg bertuah ler..

Anonymous said...

mau panjang lagi, miss nera! tak puas baca. hehe :D

MissNera said...

terima kasih kepada semua yang sudi komen.

ntahsapeni said...

miss nera best sesangat..!!!
cpt cont okeh..!eee..xsabar nyer nk bce pasal samra@idham..!!rsenye i dah adore nma idham ahaks..!

NY said...

suka sgt chapter ni..
thumbs up byk kali!!! :D