Monday, October 25, 2010

BAKAL TIBA: DIA...FAKHRUL RAZI

Blog ini sudah berkepuk.
elok lah kalau ada entry baru.
ini cuma sesi perkenalan. ^_^
entrynya InsyaALLAH akan menyusul nanti


Dia... Fakrul Razi bukanlah kisah benar yang terjadi pada diriku tapi aku yakin tentu ia pernah terjadi kepada kalian di luar sana walaupun ia tidak seratus peratus betul.

Insipirasinya datang dari dua orang lelaki yang berbeza. Seorang itu lelaki yang sempurna fizikalnya. Namanya aku abadikan menjadi tajuk cerpen ini. Bermata sepet sehingga bila tersenyum menurut teman matanya bagaikan hilang. Berambut kerinting halus dan pendek. Pemalu dan pendiam. Berwajah ala-ala Bobby Chin (Celebrity Chef). Ya, Fakhrul Razi seperti gambaran di atas ini wujud,  ^_^

Seorang lagi, seorang lelaki punya senyuman manis. Belum pernah aku lihat wajah itu tanpa senyuman. Manis. Jujurnya, pertama kali bersua muka dengan lelaki ini aku dia benar-benar buat aku jatuh suka dengannya. Dia tidak tampan tetapi manis. Sampai aku dengan rakan sekerja sehingga kini begitu teruja dengan dia. Obses bukan?! hahaha. Dengan senyuman manis yang memikat itu, lelaki ini punya kekurangan. Namun, kekurangan itu bukan penghalang dia bahagia. Lelaki yang membuatkan aku jatuh suka ini sudah berumah tangga. 
Sudah punya isteri dan anak. Nyata, kekurangan yang dia ada ALLAH gantikan dengan isteri yang menerima dia seadanya. ALLAH anugerahkan dia anak-anak yang comel. ALLAH kurniakan kekuatan padanya untuk menghadapi dunia. 

Cerpen ini tidak lengkap tanpa watak heroinnya. Lalu aku cipta satu watak bernama Eryna Sufia, tonggak cerita. Inspirasinya juga datangnya dari orang disekeliling aku. Aku punya teman yang menjadi inspirasi aku mencipta Eryna Sufia. Cantik, menawan tetapi sederhana dan kelam kabut orangnya. Kini, 'Eryna Sufia' di dunia nyata sudah berumah tangga dan lelaki pilihannya, menurut seorang temanku memang tidak sepadan dengan dirinya. Pada aku yang sempat mengenali lelaki pilihan teman aku itu, lelaki itu memang tidak tampan tetapi tidaklah sampai tidak sepadan dengan teman aku itu. Aku bangga kerana teman itu tidak memilih cinta dari sudut paras rupa dan harta. Doa aku sentiasa untuknya dan aku abadikan sedikit sebanyak dirinya di dalam cerpen ini.

Harap kalian gembira dengan hasilnya. ^_^ 


3 comments:

hana_aniz said...

=)

Anonymous said...

waaauuu..nice!!!
tp bila nk post n3 murni kasih ni???
da rindu sgggt ni....uuuuulalala

greeny gurlz said...

hehehhe...
cam best je...
ops...nama itu...
teringt pd hubby kwn baik...
hehehehe...
teruskan...