Thursday, November 11, 2010

DIA... FAKHRUL RAZI : BAB 4


“Kau dengan Fakhrul macam mana?”
“Macam mana apa? Macam tu lah!”
“Dia ada cakap apa-apa kat kau?”
“Tak ada.”
“Kau dah luahkan belum?”
“Belum. Seganlah!”
“Kau buat lawak ke? Sejak bila pulak kau ni penyegan?”
“Ceh kau! Aku ni perempuan. Nanti di kata perigi cari timba pulak!”
“Zaman sekarang mana ada guna pakai lagi istilah tu dah! Dulu pun, masa Khatijah jatuh suka dengan Rasulullah, Khatijah yang mulakan dulu.”
“Alah, itu lain. Khatijah ada segala-galanya. Aku ni apa pun tak ada.”
“Habis tu kau nak kata Rasulullah bersama Khatijah kerana baginda taksub dengan apa yang Khatijah ada?”
“Ke situ pula kau! Aku malu lah. Aku tengok dia langsung tak ada perasaan pada aku.”
“Kau belum cuba mana lah kau tahu.”
“Aku dah bagi hint tapi dia buat bodoh jer!”
“Lelaki mana faham benda alah tu. Kau letak seribu hint pun kat depan, jangan harap nak faham. Cakap dengan orang lelaki ni jangan lindung-lindung, selit itu selit sini.. straight jer!”
Perbualan antara dia dan Atikah terngiang-ngiang dalam kepalanya. Fakhrul Razi yang sedang memilih kemeja diperhatinya tanpa berkelip, membuatkan lelaki itu kehairanan.
“Eryna….. Eryna….”
Selepas dua kali namanya di panggil barulah Eryna Sufia tersedar dari lamunannya.
“Awak okey ke tak ni? Dari tadi asyik termenung je. Kalau tak okey, kita balik!”
Muka Fakhrul Razi sudah berkerut. Hatinya sudah gusar melihat Eryna Sufia yang asyik termenung daripada tadi.
“Eh tak lah. Saya okey Cuma tengah teringatkan sesuatu. Erm, dah dapat ke baju yang awak nak?”
“Belum. Tak tahu nak pilih warna apa.”
“Pink?”
“Tak mahulah. Macam orang perempuan! Tak pasal-pasal kena gelak dengan adik saya nanti!”
Eryna Sufia tersengih. Dia menghampiri deretan baju kemeja yang bersangkut. Tangannya mencapai sehelai kemeja berwarna ungu muda lalu disuakan kepada lelaki itu.
“Cuba yang ini. Awak pergi lah masuk fitting room tu, cuba pakai. Ini tidak, pegang letak pegang letak sampai adik ni pun dah bosan melayan awak.”
Pembantu jualan beruniform hitam itu hanya tersengih sahaja. Sudah menjadi tugasnya, suka atau tidak terpaksalah melayan pelanggan. Beli atau tidak belakang kira. Senyuman harus terpamir.
“Tak nak lah. Awak kata okey, okeylah. Lagipun dah penat berdiri ni.”
“Boleh pulak macam tu? Nanti tak muat macam mana?”
“Muatlah ni. Awak pilihkan lagi dua.”
“Betul ni?”
Fakhrul Razi anggukkan kepalanya. Pantas sahaja Eryna Sufia mencapai dua helai kemeja yang menarik hatinya. Kali terakhir dia memilih kemeja untuk lelaki beberapa tahun yang lepas. Itu pun untuk seorang rakan lelaki.
Setelah memilih dan membuat bayaran Fakhrul Razi mengajak Eryna Sufia turun ke tingkat bawah yang menempatkan bahagian wanita.
“Awak nak cari apa?”
Fakhrul Razi tidak menjawab. Langkahnya di atur menuju ke bahagian yang menempatkan baju kurung dan tudung.
“Awak nak belikan tudung untuk siapa?” suara Eryna Sufia kedengaran jelas nadanya yang berbaur cemburu.
“Seseorang.” Pendek dan ringkas sahaja jawapan Fakhrul Razi.
“Istimewa ke?”
Fakhrul Razi senyum sahaja. Dia mencapai sehelai selendang berwarna biru muda dan hitam. Kemudian, tudung bercorak bunga kecil berwarna ungu dan coklat di capainya.
“Awak beli untuk siapa ni?”
“Seseoranglah. Dah, jom.”
Eryna Sufia tayang muka mencuka. Soalannya tidak dijawab dengan sewajarnya oleh lelaki itu. Sebaliknya, Fakhrul Razi terus melangkah ke kaunter juruwang.
“Kenapa buat muka macam tu? Penat ye?”
“Taklah.”
“Habis tu?”
“Erm tak ada apa-apalah.”
“Betul ni?”
Eryna Sufia angguk sahaja tetapi mukanya tetap masam mencuka.
“Betul.”
“Erm… jom kita duduk minum kat food court bawah tu.”
Angguk tidak geleng pun tidak tetapi langkah Eryna Sufia tetap menyaingi Fakhrul Razi. Eryna Sufia sedar ada beberapa pasang mata yang memandang dia dan Fakhrul Razi silih berganti.
“Awak tak segan ke berjalan dengan saya ni?”
Tetiba Fakhrul Razi bersuara. Dia juga menyedari pandangan beberapa pasang mata itu. Malah perkara itu bukanlah pertama kali. Boleh di katakan setiap kali dia keluar ada sahaja mata yang memandang. Tentulah mereka memandang kerana kekurangan dirinya dan kali ini mereka memandang kerana dua perkara. Satu yang pasti kekurangannya dan satu lagi kerana dia bersama dengan Eryna Sufia. Gadis cantik, berkulit putih dan berwajah ala-ala wanita Arab. Tentu ada yang memikir mereka pasangan bercinta. Lalu membuat perbandingan betapa dia tidak layak berdamping dengan Eryna Sufia.
“Segan kenapa pulak?”
“Semua orang dok pandang kita.”
“Biar dorang lah. Bukan kita buat salah pun.”
Fakhrul Razi tidak meneruskan kata-katanya. Jawapan Eryna Sufia sedikit melegakan hatinya. Tadi, sebelum keluar dia berkira-kira mahu membatalkan janji temu mereka.
“Awak nak minum apa?” Soal Fakhrul Razi sebaik mereka berada di medan selera di tingkat satu itu.
“Tak apalah saya belanja awak. Awak nak minum apa?”
“Eryna…”
“Kenapa? Tak semestinya bila keluar lelaki kena bayar selalu. Lagipun minum jer.”
“Yalah. Saya nak air teh tarik.”
“Okey, awak pergi cari tempat nanti saya datang.”
Fakhrul Razi tidak berkata apa. Langkahnya di atur mencari tempat duduk yang mula dipenuhi oleh orang ramai termasuk para pekerja pusat membeli-belah itu. Dia mengambil tempat di bahagian tepi sekali. Seketika kemudian, Eryna Sufia datang membawa dulang berisi teh tarik dan air batu campur. Wajah masam mencukanya tadi sudah bertukar senyuman lebar.
“Awak tak nak beritahu saya ke awak nak bagi siapa tudung-tudung tu? Siapa seseorang tu? Dia tak marah ke awak keluar dengan saya ni?”
Fakhrul Razi tergelak kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Bungkusan berisi barang yang baru dibeli tadi dikeluarkan daripada beg galasnya. Bungkusan itu kemudiannya disuakan kepada Eryna Sufia. Berkerut dahi gadis itu melihat bungkusan plastik yang diserahkan kepadanya.
“Untuk awak.”
“Biar betul!”
“Betullah. Saya belikan untuk awak.”
“Tapi saya tak bertudung.”
“Kalau tak, pakailah selepas ni.”
“Erm, saya tak nak pakai semata-mata kerana awak belikan saya tudung. Nampak sangat tak ikhlas. Nanti apa pulak orang kata.”
“Awak lebih takutkan pandangan orang atau ALLAH?”
“Erm…”
“Cubalah pakai. Insya-ALLAH awak akan rasa kebaikannya. Awak nampak cantik bila memakainya tapi bila pakai jangan pasang niat mahu menunjuk-nunjuk. Itu dah salah.”
“Kalau tak ikhlas pakai tapi sebab awak yang suruh, bukan ke hipokrit namanya?!”
“Begini, ini sekadar pendapat saya. Awak memakai tudung kerana dipaksa, awak mungkin tidak peroleh pahala tetapi terselamat dari seksaan akhirat, hukuman daripada tidak menutup aurat. Banyakkanlah berdoa pada ALLAH, moga ikhlaskan diri awak menutup aurat kerana DIA. Didik diri awak untuk peroleh berkat dari-NYA. ALLAH tidak kejam untuk tidak menunaikan doa hamba-NYA yang mencari keberkatan. Insya-ALLAH awak akan temui keikhlasannya.”
Eryna Sufia diam membisu. Mukanya ditundukkan. Matanya sudah berkaca, menahan tangis yang bila-bila masa sahaj boleh terhambur keluar.
“Erm… Saya tidak memaksa awak. Terpulang kepada awak dan sekarang saya lapar pulak. Bau kuih bahulu ni macam sedap pulak!”
Fakhrul Razi cuba menukar topik. Dia sudah menyampaikan apa yang patut, terpulang kepada penerimaan Eryna Sufia. Melihat muka gadis itu yang kemerahan dia pasti Eryna Sufia sedang menangis.
“Awak ni kan… boleh pulak tengah dok cakap-cakap pasal benda ni… lapar lah pulak! Bukan tadi baru lepas makan ke?”
Eryna Sufia memanggungkan kepalanya. Air mata yang sudah mengalir di pipi di kesat dengan hujung kemeja lengan panjangnya.
“Tengok awak menangis terus saya lapar. Cepatlah awak nak kuih bahulu tak?”
“Tak naklah. Dah kenyang.”
Sedikit payah Fakhrul Razi bangun daripada duduknya tetapi mungkin kerana sudah biasa begitu langsung tidak terkesan riak susah diwajahnya. Eryna Sufia memandang langkah lelaki itu yang menuju ke arah gerai bahulu di pintu masuk tadi.

4 comments:

epy elina said...

alahhh...
baiknya fakhrul..
siap bg nsht lg...
brtuah sape dpt...

hana_aniz said...

btol2. huuu.. bertuah dpt dia.

MaY_LiN said...

alahai FR..
kite nak gak..
hikhikhik

aqilah said...

best...best!!!!!!!!!!!!nak lagi.................