Thursday, November 25, 2010

DIA... FAKHRUL RAZI : BAB 6

Atikah menghampiri Fakhrul Razi yang berada di luar dewan. Misinya hanya satu mahu mengetahui isi hati lelaki itu terhadap rakannya. Dari pengamatannya, lelaki itu memang menyukai Eryna Sufia. Namun, hati manusia kekadang tidak dapat di telah.
“Kenapa duduk kat sini?” Soal Atikah bermukadimah terlebih dahulu.
“Ambil angin kejap. Kat dalam tu rasa sesak sangat. Awak kenapa kat luar ni? Nanti bising pulak orang kat dalam tu, urus setia lari.”
Atikah senyum sahaja. Otaknya sedang memikirkan ayat-ayat yang sesuai untuk memulakan sesi ‘menjelajah’ hati lelaki bernama Fakhrul Razi itu. Lelaki yang berjaya mencuit hati rakannya. Atikah yakin Eryna Sufia tidak main-main dalam hal ini. Gadis itu memang sentiasa tahu apa yang dia rasakan betul. Gadis itu memang tetap pendiriannya. Kalau itu yang dikatakannya, Atikah yakin ia di buat setelah difikirkan sebaik-baiknya dan memilih Fakhrul Razi berbanding lelaki yang jauh lebih sempurna fizikalnya bukannya sekadar perasaan semata.
“Kerja saya settle dah. Saya jaga hal makanan je. Eryna yang busy sebab dia kena uruskan persembahan. Itu pun ada staff yang buat hal.”
“Kenapa?”
“Biasalah manusia ni mencari alasan jer. Erm, Saya nak tanya awak sesuatu boleh?”
“Tanya apa?” Soal Fakhrul Razi.
“Erm awak dengan Eryna tu ada apa-apa ke? Maksud saya hubungan yang lebih dari seorang kawan?”
“Taklah. Kami Cuma berkawan je. Kenapa?” laju sahaja Fakhrul Razi menjawab.
“Awak tak ada apa-apa perasaan kat dia ke? Saya tengok korang berdua nampak sesuai sangat. Macam malam ni, sama-sama pakai baju warna sama. Muka Eryna tu nampak berseri-seri jer setiap kali keluar dengan awak. Awak tahu, Eryna tu memang susah nak keluar dengan lelaki. Paling tidak pun sekali jer dia nak keluar dengan lelaki. Kali ke dua lelaki tu ajak macam-macam alasan dia bagi.”
Fakhrul Razi tergelak kecil. Raut wajah Eryna Sufia bermain di matanya. Seketika kemudian dia tunduk merenung lantai dan membiarkan Atikah menunggu jawapannya.
“Fakhrul?!!”
“Saya anggap dia tak lebih daripada kawan. Saya sudah bertunang dan akan berkahwin tidak lama lagi.”
Atikah terpempan. Benar-benar dia kehilangan kata-kata. Terpamir jelas riak terkejut di wajahnya dan di ruang matanya terbayang pula raut wajah Eryna Sufia.
“Awak serius ke ni?”
Senyuman terpamir di bibir Fakhrul Razi berserta sebuah anggukan perlahan sebagai jawapan daripada pertanyaan Atikah tadi.
“Tapi kenapa saya tengok awak baik sangat dengan Eryna. Selalu keluar dengan dia. Layan dia baik-baik.” Atikah menduga. Dirinya masih lagi tidak hilang rasa terkejut.
“Saya anggap dia kawan. Maaflah kalau cara saya tu nampak lebih daripada itu tapi itu yang saya rasa selama ini.”
“Tak ada rasa sedikit pun?”
Fakhrul Razi geleng kepala.
“Betul ni?”
“Betul. Saya sudah bertunang. Perasaan yang awak maksudkan itu telah saya berikan kepada tunang saya.”
“Eryna tahu hal ini?”
Fakhrul Razi geleng lagi. Atikah mendengus. Serasa mahu disepak-sepak lelaki itu. Mahu ditendang-tendang sahaja. Mulalah dia merasakan Fakhrul Razi tiada bezanya dengan lelaki lain. Sama sahaja!
“Habis tu, awak cuba mempermainkan perasaan Eryna ya? Awak sengaja berbuat baik dengan dia. Konon-konon awak ambil berat pasal Eryna!”
Suara Atikah sudah sedikit meninggi. Namun, sedaya boleh dia cuba untuk tidak menarik perhatian sesiapa. Nanti lagi gawat jadinya. Kalau Eryna Sufia yang dapat tahu, lagi susah nanti.
“Saya memang mengambil berat tentang dirinya sebagai seorang kawan dan saya tak pernah berniat mahu mempermainkan Eryna. Sedikit pun tidak sebab saya menghargai dia yang mahu berkawan dengan saya. Saya sedar keadaan diri saya, masih berpijak di bumi nyata walaupun kaki saya Cuma satu. Saya tahu apa baiknya kalau saya mempermainkan dia.”
Perlahan dan tenang lelaki itu mengatur bicaranya. Muka Atikah yang sedikit tegang dipandangnya.
“Awak rasa apa perasaan Eryna terhadap awak?” suara Atikah sedikitt mengendur. Sudah lumrah dirinya pantang ada orang bercakap sebegitu rasa marah dan sakit hatinya pantas sahaja mencair.
“Kawan.”
“Kenapa awak cakap macam tu?”
“Entah tapi itu yang saya rasa. Saya tak pernah rasa dia akan jatuh cinta dengan saya.”
Jawapan yang diberikan oleh Fakhrul Razi begitu menyakinkan. Atikah mengeluh. Kau tak tahu kawan aku dah angau gila dengan kau!
“Maaflah Atikah. Saya rasa saya perlu masuk sekarang. Nanti dorang cari pulak!”
Atikah tidak bersuara. Dibiarkan lelaki itu berlalu masuk ke dalam dewan semula. Sebaik susuk tubuh sederhana milik Fakhrul Razi menghilang ke dalam dewan Atikah mengeluh.
“Ah siapa suruh kau pandai-pandai berjanji dengan Eryna! Kang dia tanya kau, apa kau nak jawab! Tak kan nak beritahu Fakhrul Razi tu sudah bertunang dan sudah mahu berkahwin!”
Atikah bercakap dengan diri sendiri. Hatinya berbolak-balik. Bukan dia kenal Eryna Sufia itu sehari dua. Di sebalik sikap yang sentiasa nampak gembira, aksi kelam-kabut yang undang geleng kepala dan ketawa itu, gadis itu mudah terasa hati. Hal cinta begini lagi mudah datang angin meroyannya.
Ah, Fakhrul Razi pun sama jugak! Dah bertunang tu beritahulah awal-awal! Ini tidak fikir benda tu tak penting! Apa ke…
“Atikah, kau membebel apa ni? Cakap sorang-sorang ke? Eh, jomlah masuk… tolong aku kejap kat dalam tu.”
Tanpa sempat Atikah berkata apa-apa, Eryna Sufia terus menarik tangan gadis itu supaya mengikutnya. Hendak tidak hendak sahaja Atikah mengikutnya. Di fikirannya asyik memikirkan perbualannya dengan Fakhrul Razi sebentar tadi dan bagaimana cara untuk dia memberitahu Eryna Sufia. Atau patut kah dia diam sahaja?

1 comment:

dandelion kiss said...

tang mana yang FR dah bertunang ni?
bukan ada eryna je ke? isk2...ke FR tipu?

jahat woooo~
kecian eryna...