Saturday, November 6, 2010

RAHSIA RINDU : AKHIR

Preview

Majlis makan malam itu berjalan dengan lancar. Shofea hadir bersama Taufik. Manakala Sean keseorangan tetapi pertemuan mereka berdua kali ini telah menyelesaikan segala kekusutan. Walaupun Shofea telah memilih Taufik sebagai teman hidup dan bukan Sean tetapi aku tetap gembira bila melihat mereka sama-sama gembira. Antara mereka kini hanya terikat atas nama kawan sahaja. Sean juga telah bertemu seseorang yang berjaya menggantikan tempat Shofea. Cuma, bakal isterinya itu tidak dapat hadir kerana ke luar Bandar atas urusan perniagaan.
Hazim, seperti dijangka lelaki itu datang sendirian. Aku tahu aku tidak boleh memaksa Hazim supaya membawa isterinya bersama. Cuma aku berharap hubungan mereka tidak berakhir dengan penceraian. Hazim seorang lelaki yang baik yang dulunya mungkin punya kesilapan sendiri tetapi dia perlu member peluang kepada dirinya untuk merasa bahagia seperti orang lain. Bukan sekadar memerhati kebahagian orang lain semata.
“Terima kasih sebab sudi ajak I makan-makan tapi I minta maaf sebab tak dapat hadir ke majlis you nanti.”
“Haizal, again? Kali ini you nak ke mana?”
“You ni dari dulu memang tak berubah kan? Cepat sangat naik darah. I dihantar ke China untuk dua tahun. Berkuat-kuasa bulan depan.”
“Alah, you balik lah sini masa kenduri I! Erm, kes you dengan Syafikah dah selesai?”
“Dah. Semuanya dah selesai dan I dah dapatkan perintah supaya dia menjauhkan dirinya daripada I.”
“I minta maaf Zal sebab perkara ni terjadi. I tak tahu kenapa Syafikah boleh bersikap macam ni sekali.”
“Tak apa, Maira. Segalanya sudah menjadi ketentuan. I percaya you akan lebih bahagia dengan Mukhris. Dari awal lagi I dapat merasakan semua tu cuma waktu tu I terlalu ego nak mengakuinya.”
Haizal ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Aku ikut tersenyum. Segalanya jelas di mata aku. Renungan tidak puas hati Haizal setiap kali aku dan Mukhris berbalas kata. Senyuman sinis Syafikah yang hanya baru disedari bila segala perbuatannya terbongkar.
“Okeylah. I perlu balik sekarang. Esok pagi-pagi kena bertolak balik kampung. Sampaikan salam I kat Mukhris. Boleh tahan juga ya cemburu lelaki tu!?”
“Maksud you?!”
“Tak ada apalah. Okey, insyaALLAH sebelum I bertolak ke China, kita boleh berjumpa lagi.”
Aku angguk sahaja dan berbalas salam. Semuanya telah selesai dengan baik. Aku meninggalkan Haizal dan melangkah kembali masuk ke dalam Desa Rasa.
“Maira!!!!”
Serentak dengan itu aku merasakan tubuhku ditolak dengan kuat sehinggakan aku terjatuh. Saat aku berpaling, aku melihat tubuh Haizal sudah tercampak dan sebuah kereta Myvi berwarna putih meluru laju dan akhirnya berlanggar dengan tiang lampu.
“Syafikah….”

***
Haizal telah pergi. Dia telah pergi selepas dua hari dimasukkan ke hospital.  Menurut doctor, organ dalaman Haizal sudah tidak dapat berfungsi. Lehernya patah dan berlaku pendarahan teruk dibahagian kepala. Haizal memang balik ke kampung. Jenazah yang kaku dan sudah tidak bernyawa.
Orang yang melanggar Haizal adalah Syafikah. Sungguh aku tidak menyangka Syafikah akan senekad itu untuk memuaskan rasa dendam yang menyelubungi dirinya. Aku masih ingat saat bertemu Syafikah di hospital. Wanita itu hanya mengalami kecederaan ringan. Dia masih tetap menyalahkan aku dengan apa yang terjadi. Katanya, aku yang patut mati malam itu kerana aku yang menjadi penghalang kebahagiannya. Aku penyebab Haizal melafazkan cerai terhadapnya dan aku adalah pembunuh sebenar. Aku yang membunuh Haizal!
“Sayang…”
Suara Mukhris kedengaran perlahan menyapaku. Membuatkan aku tersedar dari lamunan.
“Kita balik ya?”
Aku angguk sahaja. Sejak kejadian itu, aku merasakan begitu berat untuk bersuara. Terasa bebanan cukup memberat. Paling aku tidak dapat terima Haizal meninggal akibat dendam Syafikah. Akibat kebodohan Syafikah membiarkan perasaan itu membatasi akalnya dia telah menyebabkan orang yang paling dicintainya terbunuh.
“Kita singgah makan ya? Dari pagi tadi you tak makan.”
Aku angguk lagi. Bila kereta yang dipandu Mukhris berhenti di sebuah kedai makan, aku menarik nafas dalam-dalam sebelum melepaskannya. Haizal telah pergi dan aku nekad akan pastikan Syafikah mendapat balasan yang sewajarnya. Aku akan carikan peguam paling terbaik untuk mendakwa Syafikah!

***
Empat bulan telah berlalu. Hari ini, hari yang aku tunggu sekian lama. Dengan apa yang telah berlaku, aku hampir membuat keputusan untuk menangguhkan kesemuanya. Mukhris pula mengamuk apabila aku memberitahunya tentang cadangan aku itu. Berhari-hari dia tidak menghubungiku malah panggilan aku langsung tidak dijawabnya. Bila aku ke Desa Rasa, Mukhris pura-pura tidak sedar akan kewujudan aku. Lebih dari itu, dia pernah terus keluar sebaik melihat kehadiran aku ke restorannya.
“Ris, janganlah macam budak-budak! Sampai bila nak mengelak daripada I?”
Mukhris yang sengaja berlagak sibuk mengemas pejabatnya merenung aku tajam. Wajah itu bengis benar. Merah padam menahan marah tetapi aku tidak rasa sedikit pun takut dengan raut wajahnya itu.
“I yang macam budak-budak atau you, Umaira? Boleh tak you fikir dengan otak you tu siapa yang macam budak-budak sekarang ni?!”
Keras suara Mukhris. Barang yang berada di tangannya sudah dicampak ke lantai. Nasib baiklah bukan kaca atau barangan yang mudah pecah!
“Okey… okey! Salah I! I minta maaf okey?! Tapi you janganlah bersikap macam ni! Macam mana kita nak berbincang kalau you terus menerus macam ni!”
“Nak bincang apa lagi? You buat keputusan tanpa berbincang dengan I. I tanya you, you nak kahwin dengan I ke tak? Atau semua ni, apa yang berlaku ni Cuma alasan you untuk tak nak berkahwin dengan I? Mungkin selama hari ini you tak pernah pun nak kahwin dengan I.”
“Apa yang you mengarut ni Ris? Apa yang buat you fikir semua tu!?”
“You tak pernah cintakan I kan?!”
“Ini lagi mengarut! I bukan tak mahu berkahwin dengan you, I kata.. I Cuma minta kita tangguhkan. Bukan batal terus!”
“Tinggal tiga bulan lagi Maira! Tiga bulan! You tahu tak family I dah buat segala persiapan! Dah siap! Mak I dah beritahu semua saudara mara dan kawan-kawan dia. You nak I cakap apa dengan mak I?”
“Ris… I minta maaf okey!? I sayangkan you. I Cuma…”
“Cuma apa?”
“Okey… kita teruskan tapi I tak suka tengok you macam ni! I sayangkan you dan cintakan you.”
“You nak teruskan sebab apa pula?” sinis sahaja pertanyaan Mukhris.
“I cintakan you! I tahu keputusan yang I buat sebelum ni salah! You sepatutnya faham apa yang terjadi. You sepatutnya pujuk I bukan terus mengamuk macam tu!”
Rasa sebak tiba-tiba menyerang. Saat aku memberikan cadangan dan Mukhris mengamuk selepas itu, terus dia meninggalkan aku sendirian di restoran makanan segera itu. Patutkah?!
“Maira…”
“Apa?!”
“You jangan nak menangis kat sini boleh tak?”
“Siapa yang nak menangis?!!”
“Suara you tu kalau dah nak menangis macam I tak boleh bezakan. Dah berapa kali I kata kan…”
“Jangan menangis depan you…. Tapi you jugak penyebabnya kan?! Dari dulu…”
“Maaf, okey!”
Kekadang bukan susah sangat mahu memujuk Mukhris. Lelaki itu memang pantang mendengar suara aku yang semacam. Hatinya mudah lembut. Cuma, kadang-kadang aku sengaja mahu menduganya. Mahu berlagak kuat sedangkan aku sering kali takut akan kehilangannya.
Saat lafaz qabul yang diucapkan Mukhris kedengaran, saat itu adalah saat paling mengharukan. Saat yang telah menyatukan aku dengan Mukhris. Saat yang meletakkan aku satu tanggungjawab yang besar selepas ini tapi aku benar-benar bersyukur akhirnya dan berharap pernikahan ini adalah yang pertama dan terakhir di dalam hidupku. Moga limpah kurnia dan bahagia sentiasa bersama kami. Amin.


4 comments:

epy elina said...

akhrnya hapy ending...
wlpun x puas nak bc lg...

hana_aniz said...

terkejut! huu.. lama x de entri. tup2 tros ending. huhu..

Aufa Ulfah said...

Nak sambungan satu lgi....

adzmarfazami said...

Dah habis 😁😁

Nak sambung pun tak tau mcm mana.. Haha