Wednesday, December 8, 2010

DIA... FAKHRUL RAZI : BAB 10

Pulang sahaja ke bilik hotelnya, tanpa menunggu masa terus sahaja Eryna Sufia menghubungi Fakhrul Razi. Mahu mengetahui secara jelas disebabkan apa lelaki itu perlu menipunya berkenaan dengan hal pertunangan itu. Dia ditebak dengan pelbagai kemungkinan.
“Kenapa awak tipu saya?”
Soal Eryna Sufia sebaik sahaja panggilannya berjawab. Terus diterjah lelaki itu dengan persoalan yang bermain difikirannya sejak Badariah memberitahu hal sebenar dalam perjalanan tadi.
“Eryna, tipu apa ni?”
“Yang awak dah bertunang!”
Suara di sebelah sana tidak kedengaran. Senyap sunyi. Membuatkan Eryna Sufia tidak menahan sabar.
“Kenapa awak diam, Fakhrul? Kenapa awak tipu saya? Kalau awak tak nak berkawan dengan saya, cakap terus terang tak payahlah nak guna alasan awak dah bertunang!”
“Eryna…”
“Apa?!” suara Eryna Sufia sudah meninggi kuat. Rasa geram dan sakit hatinya bersatu menyebabkan dia memintas kata-kata Fakhrul Razi.
“Boleh tak awak bertenang sikit? Jangan marah-marah macam ni.” Suara lelaki itu perlahan sahaja, seperti sedang berbisik. Mungkin tidak mahu orang mendengar perbualannya.
“Awak nak saya bertenang macam mana, Fakhrul? Beritahu saya?”
“Eryna… saya minta maaf.”
“Saya tak nak dengar lah maaf awak tu! Saya nak tahu sebab apa awak tipu saya?”
“Erm… Saya tak ada penerangan untuk itu. Cuma saya rasa kita tak perlulah berkawan lagi. Cukuplah kita kenal sebagai rakan satu office je.
Eryna Sufia mengeluh. Matanya dipejam rapat-rapat. Setiap butir bicara yang keluar daripada mulut Fakhrul Razi bagaikan kaca tajam yang menyucuk tangkal hatinya.
“Saya cintakan awak, Fakhrul.”
Akhirnya ayat itu yang melucur  laju keluar daripada mulutnya. Ada getar pada suara itu. Ada air mata yang mengalir di hujung matanya. Kata-kata itu tidak pernah keluar daripada mulutnya selama ini. Tidak pernah dia yang memulakan dahulu.
“Awak dengar tak apa yang saya cakapkan?” soal Eryna Sufia dalam suara yang sudah dipenuhi dengan esak tangisan bila langsung tidak ada reaksi daripada lelaki itu.
“Dengar…”
“Dah tu?”
“Eryna… saya minta maaf tapi saya tak rasa awak betul-betul maksudkan kata-kata awak tu.”
“Saya memang ada perasaan tu kat awak sejak dari dulu. Awak nak saya buktikan macam mana lagi?”
“Eryna, awak tahu kan….”
“Awak cintakan saya tak?!”
Diam lagi orang di sebelah sana. Sunyi sepi, tidak kedengaran apa-apa.
“Fakhrul! Tolong jawab boleh tak?!” Eryna Sufia sudah menjerit. Geram dan sakit hati dengan diam membisu Fakhrul Razi.
“Saya tak layak untuk awak, Eryna…”
“Maksud awak?!” suara itu mula mengendur. Dia tahu akan jawapan Fakhrul Razi tetapi dia mahu ia keluar daripada mulut lelaki itu sendiri supaya dia dapat menyakinkannya bahawa kekurangan itu bukan sesuatu yang besar baginya.
“Eryna… awak faham bukan maksud saya. Cukuplah, saya tak mahu menjadi bahan makian orang lagi.”
“Siapa maki awak? Saya tak pernah…”
“Memang awak tak pernah. Terima kasih kerana itu tapi saya perlu sedar siapa diri saya!”
“Awak cintakan saya juga bukan? Cuma awak takut dengan diri awak sendiri. Betul tak?”
Entah di mana kekuatan itu datang untuk Eryna Sufia terus bersuara berkenaan soal hati ini. Rasa malu dan segan dibuang jauh. Dia tidak kisah lagi kalau jawapan Fakhrul Razi bukan seperti jangkaannya. Cuma dari kata-kata lelaki itu dia bagai dapat menelah rasa hati lelaki itu terhadapnya. Terbayang di sudut matanya apa yang pernah dilakukan lelaki itu untuk dirinya. Walaupun mereka baru sahaja akrab, setiap apa yang dilakukan lelaki itu membawa makna besar pada dirinya. Yang tidak pernah dilakukan oleh bekas-bekas kekasihnya dulu.
“Eryna, saya tak mahu bercakap soal ni sekarang boleh tak? Mak Su dah pandang semacam tu. Nanti saya call  awak lagi ya?!”
“Tak nak! Saya nak tahu sekarang juga!”
Nafas kasar dilepaskan di hujung sana. Eryna Sufia tidak peduli. Fakhrul Razi mahu fikirkan apa pun dia tidak kisah. Soal ini mahu diselesaikan hari ini juga. Esok dia mahu lupakan segala-galanya kalau sudah Fakhrul Razi tidak mahukannya.
“Saya tak cintakan awak, Eryna.”
“Awak tipu!”
“Jangan jadi budak-budak boleh tak? Tadi awak nak tahu perasaan saya pada awak sekarang bila saya dah beritahu awak kata saya tipu awak pulak?!”
Buat pertama kalinya suara Fakhrul Razi kedengaran kasar di pendengaran Eryna Sufia. Tanpa sedar, air matanya mengalir deras. Terus sahaja panggilan itu dimatikan. Telefon bimbit dicampak ke dinding. Jatuh berderai telefon bimbit berwarna hitam itu.
Sekejap sahaja dia menangis. Beberapa minit kemudian, dia mengumpul kekuatan dan terus mengemas pakaiannya. Menghubungi meja penyambut tetamu hotel, meminta bantuan supaya dipanggilkan teksi. Jam yang sudah melepasi angka sebelas itu langsung tidak dihiraukan.
Antara dia dan Fakhrul Razi…. Sudah berakhir. Akan dibuang segala rasa terhadap lelaki itu jauh-jauh dan dia nekad, esok kembali ke pejabat surat perletakan jawatan akan di serahkan kepada ketuanya. Dia harus pergi!

-____-

Terima kasih di atas komen-komen anda untuk DFR terdahulu. ^_^

7 comments:

hana_aniz said...

cayalah eryna! huhu.. fakhrul ni.. huhu.. tp kalo sy jd fakhrul pn sy akn rasa rendah diri. x layak utk dicintai..

Strawberi Comei said...

hua...ape yg susah sgt fakhrul nk ckp die cintakn eryna..

pipvz devil said...

aduhh..sedih nyer..nk slhkn fakhrul..rse2 xptut.myb mak n jntan pe nme lupe lak..xbg die kwn ngan ery..die kn cacat..rse xsbo nk tnggu n3 strusnye..

NuRa said...

sedihnyer...
rasanya fakhrul mmg suka eryna....
kn??
apa2 pon x sbar nk thu last cter nie mcm mana.... x sbarnya... cpat tau...

pexx said...

tau dah..
rasa nya si fakhrul ni suka eryna tp si fikri uh ugut fakhrul..
huhuhu..
nak lagi!!!

MaY_LiN said...

sedihnye bile FR buat eryna cenggitu..
uhuk uhuk

aqilah said...

aduhhhhhhhhhh, kesiannya eryna.........siapa ye yg pernah maki Fakhrul?????