Thursday, December 16, 2010

DIA... FAKHRUL RAZI : BAB 13

Eryna Sufia cuba menghubungi sekali lagi Fikri. Namun, panggilannya tidak berjawab. Dihubungi pejabat lelaki itu talian sibuk pula. Akhirnya Eryna Sufia mengambil keputusan untuk turun ke tingkat bawah. Kalau bertemu Fakhrul Razi pun biarlah.
“Fikri mana?” tanya Eryna Sufia kepada seorang lelaki berkemeja biru laut yang duduk bertentangan dengan meja Fikri.
Pantry kot. Nak I panggilkan ke?”
“Erm, tak apalah.  I pergi sendiri.”
Langkah di atur ke pantry. Degupannya jantungnya tetiba sahaja pantas tatkala mendengar suara dua orang sedang bercakap-cakap. Kenal benar dia dengan suara ke dua-duanya. Fikri dan Fakhrul Razi.
“Kau jangan risaulah. Aku dengan dia dah tak berkawan pun.”
“Betul ni? Aku tak mahu Eryna simpan perasaan apa-apa kat kau lagi.”
“Betul. Kalau tak percaya kau boleh tanya dia sendiri. Tak kan kekasih sendiri pun kau tak mahu percaya. Pasal perasaan dia pada aku tu, aku pasti Eryna tak pernah maksudkannya.”
Berderau darah Eryna mendengar setiap butir bicara daripada mulut Fakhrul Razi. Panas dan dingin bersatu di dalam diri.
“Jadi hal ni settle, okay? Aku nak minta maaf sebab aku terpaksa guna cara ni. Aku betul-betul sayangkan dia. Aku terpaksa beritahu hal kau dekat emak Eryna. Aku tahu cara aku terlalu kebudak-budakan. Masa tu aku Cuma berfikir untuk mendapatkan Eryna.”
“Tak apa. Aku tak kisah. Aku faham apa yang kau rasa dan aku faham benar akan kerisauan emak Eryna kalau Eryna bersama aku. Mungkin kalau aku yang jadi emak Eryna pun aku akan cakap benda yang sama.”
Perbualan dua orang lelaki itu benar-benar mengejutkan Eryna Sufia. Air matanya sudah mengalir deras. Tidak dia sangka, selama ini Fikri dan ibunya telah menjadi penyebab Fakhrul Razi menipu dirinya.
Terus sahaja langkahnya laju meninggalkan kawasan tersebut. Beberapa pasang mata yang kelihatan hairan melihat pipi Eryna Sufia yang sudah basah dengan air mata, dibiarkan sahaja. Dia terus naik ke tingkat atas, mencapai beg tangannya dan terus berlalu. Panggilan Mei Chin langsung tidak dihiraukan. Eryna Sufia terus ke tempat letak kereta. Masuk sahaja ke dalam kereta dia sudah meraung kuat. Mulutnya memaki hamun Fikri sepuas hatinya.
Ketukan bertalu-talu di muka tingkap mematikan tangisannya. Wajah risau Fikri direnungnya tajam. Lelaki itu memberi isyarat supaya Eryna Sufia menurunkan cermin tingkap.
“Apa yang you nak terangkan lagi Fik? You memang lelaki tak guna!”
“Sayang, dengar sini… I minta maaf. I sayangkan you.”
“Pergi mampuslah dengan you punya sayang. You ingat dengan you punya sayang tu boleh buat I senang hati? You dengan Fakhrul sama jer. Lelaki tak guna!”
“Ryn… tolong jangan macam ni. Kita berbincang ya?”
Perlahan tutur Fikri memujuk Eryna Sufia. Panas terik yang membahang itu langsung tidak dipeduli. Keadaan Eryna Sufia yang bagaikan tidak terkawal itu benar-benar merisaukannya.
“Tak! I tak mahu ada apa-apa hubungan lagi dengan you dan tolong sampaikan kepada seorang lagi lelaki tak guna tu, I memang bencikan dia. Amat bencikan dia sampai kalau I nampak dia sekali lagi rasa macam nak cekik-cekik dia bagi mati!”
Enjin kereta sudah dihidupkan dan terus sahaja Eryna mengundurkan keretanya.
“Jangan cari I!”
Keretanya terus dipandu meninggalkan Fikri yang sudah tidak tentu arah. Langsung lelaki itu tidak menyangka Eryna Sufia akan mendengar perbualannya dengan Fakhrul Razi. Tadi, dia Cuma mahu mendapat kepastian daripada Fakhrul Razi. Nyata dia telah tersilap dan kini Eryna Sufia telah mengetahui semuanya.


Eryna Sufia memandu keretanya tanpa arah. Dia tidak tahu mahu ke mana. Air matanya yang tadinya mengalir deras sudah kering. Dia tidak mahu menangis seperti dahulu lagi. Dia mahu memujuk dirinya sendiri. Kini dia pasti Fakhrul Razi juga mencintai dirinya. Dia pasti lelaki itu merasai perasaan yang sepertinya. Eryna Sufia sudah berkira-kira mahu bertemu dengan Fakhrul Razi. Mahu lelaki itu menjelaskan duduk perkara sebenar. Biar  Mahu juga di jelaskan cintanya pada lelaki itu bukan lahir daripada asas simpati. Sikit pun tidak. Cuma dia tidak ada penjelasan atas sebab apa dia boleh jatuh cinta dengan lelaki itu. Mungkin kerana sikap ambil berat lelaki itu selama mereka berkawan. Mungkin juga kerana lelaki itu satu-satunya lelaki yang sanggup menegurnya tentang aurat. Mungkin juga dia rasa selamat dan bahagia bila bersama lelaki itu.
Panggilan telefon yang menujah masuk dibiarkan tidak berjawab. Kalau tidak Fikri tentu sahaja Atikah. Dia tidak mahu menjawab sebarang panggilan itu. Dia mahu mententeramkan dirinya. Mahu mencari kekuatan untuk berhadapan dengan Fakhrul Razi walaupun nanti lelaki itu tetap bertegas dengan kata-katanya sebelum ini. Dia tidak peduli kalau ada yang melabelnya ibarat perigi mencari timba. Biarlah! Apa yang dia mahu lelaki itu tahu dia tidak bermain-main dan dia mahu lelaki itu mengakui akan rasa hatinya juga. Persetankan rasa rendah dirinya itu!


Pukul lapan malam, Eryna Sufia sudah berada di kawasan perumahan Fakhrul Razi. Eryna Sufia masih ingat lagi Fakhrul Razi pernah memberitahunya tentang tempat tinggalnya. Senang sahaja Eryna Sufia mencarinya
Dia berhenti di hadapan sebuah telefon awam, dikeluarkan syiling daripada beg duitnya. Dia tahu Fakhrul Razi tak akan menjawab panggilan daripadanya kalau dia menggunakan nombor telefonnya.
“Assalamualaikum.”
Eryna Sufia memberi salam bila panggilannya berjawab.
“Waalaikumsalam.” Teragak-agak Fakhrul Razi menjawab salam gadis itu.
“Saya nak jumpa awak.”
“Saya sibuk ni, Eryna.”
“Okey, tak apa. Saya tunggu awak kat taman depan rumah awak. Saya tunggu sampai awak datang tapi kalau saya dah bosan menunggu, jangan salahkan saya kalau saya datang terus ke rumah awak!”
“Apa ni Eryna?! Apa yang awak cuba buat ni? Jangan melampau boleh tak?!”
Suara itu meninggi lagi. Membuatkan air mata Eryna Sufia bergenang. Dikesatnya air mata yang sudah mengalir dengan hujung jari-jemari. Sungguh bukan itu yang diharapkannya. Dia tidak suka Fakhrul Razi menengkingnya. Panggilan dimatikan. Gagang telefon diletak kasar ke tempatnya. Memasuki kereta dan memandu keretanya ke taman berhadapan rumah Fakhrul Razi. Dia tidak peduli. Salahkan dia menjadi perempuan yang mengharap cinta lelaki?!
Eryna Sufia mengambil tempat duduk berhadapan dengan padang. Ada beberapa remaja berbangsa Cina lincah bermain bola keranjang. Peluh memercik membasahi baju mereka. Ligat dan pantas.
Eryna Sufia memandang sekeliling. Ada beberapa orang yang sedang berjalan-jalan mengelilingi padang. Ada yang lengkap berkasut sukan. Ada yang sekadar berselipar. Sambil berjalan mereka melakukan beberapa senaman ringan.
Lima belas minit menunggu langsung tiada kelibat Fakhrul Razi. Eryna Sufia sudah mula mendengus kasar. Jam sudah menunjukkan angka lapan setengah. Tadi dia sempat menunaikan solat Asar dan Maghrib di masjid berdekatan. Sementara menunggu solat maghrib, Eryna Sufia mengaji. Tenang rasa hatinya.
“Dia ni memang nak aku serbu rumah dia ke?!” Eryna Sufia berbicara sendirian. Dia sudah bangun daripada duduknya dan mula mengatur langkah.
“Awak nak ke mana?”
Suara itu mengejutkannya. Cepat-cepat dia berpaling. Lelaki itu berseluar pendek paras lutut dan berbaju t-shirt berwarna krim. Wajah itu masam mencuka. Sedikit terguris hati Eryna Sufia melihatnya tetapi dia memujuk hati.
“Ingatkan nak biarkan saya serang rumah awak!”
“Apa yang awak nak lagi ni Eryna? Apa lagi masalah awak?”
“Saya nak awak dan masalah saya adalah awak!”
“Saya tak nak kan awak! Awak tak faham ke?”
Eryna Sufia ketawa kecil. Air matanya yang mengalir dek mendengar kata-kata Fakhrul Razi dikesatnya kasar. Langkahnya di atur ke sebuah pondok yang sederhana besar di kawasan padang tersebut. Senang untuk dia bercakap dengan Fakhrul Razi.
“Tipu! Awak tipu!”
“Buat apa saya nak tipu? Cukuplah Eryna, jangan jadi budak-budak macam ni. Awak dah ada Fikri. Dia sayangkan awak!”
“Pergi mampuslah dengan dia tu! Saya tahu awak cintakan saya tapi awak ni baik hati sangat nak bagi saya pada orang lain. Betul tak!?”
“Gila! Dahlah awak pergi balik sekarang. Dah lewat ni!”
“Saya tak akan bersama Fikri sebab saya tak cintakan dia. Saya cintakan awak dan susah sangat ke awak nak akui awak juga cintakan saya?!”
“Saya tak cintakan awak, Eryna.”
“Teruskanlah pembohongan awak tu! Sampai mati pun!”
Eryna Sufia bangun dan terus menyepak kaki kanan lelaki itu. Nasib baiklah Fakhrul Razi duduk kalau tidak mahu lelaki itu terjatuh.
“Apa ni?!”
“Itu untuk pembohongan awak. Awak nak tengok saya menderita bukan? Sakit kat kaki awak tu tak sama dengan sakitnya hati saya dan saya pasti menyalahkan awak kalau saya tidak dapat membahagiakan lelaki lain!”
“Eryna, jangan bersikap kebudak-budakanlah!”
“Berapa kali dah awak anggap saya ni kebudak-budakan?! Tak apalah Fakhrul, hidup saya bukan hidup awak. Derita saya bukan derita awak kan?! Tapi satu lagi saya nak ingatkan awak, awak tak akan mencintai perempuan lain seperti mana awak mencintai saya!”
Gadis itu terus meninggalkan Fakhrul Razi. Ada senyuman tersungging di bibirnya bersama dengan air mata yang kembali mengalir deras. Saat itu dia berharap Fakhrul Razi akan memanggilnya dan lelaki itu akan mengakui perasaannya tetapi sehingga dia memasuki kereta susuk tubuh lelaki itu kaku di tempatnya duduk tadi.

4 comments:

hana_aniz said...

kesian eryna. huhu. moga dia bertabah. biar fakhrul merana dgn rasa rindu n cinta teramat sgt kt eryna!! huh. eryna jgn lyn fakhrul.

epy elina said...

aduh....
kciannya eryna...

aqilah said...

apa ni Fakhrul????????????????? isshh...geram akak tau!!!!!!!!! hehheeeeeeee

MaY_LiN said...

ei..makin geram ngan FR ni tau..
patutnya c ryn sepak kuat2 kaki FR tuh..
hihihihi