Friday, December 24, 2010

DIA... FAKHRUL RAZI : BAB 15:2 [AKHIR]

Langkah yang diatur lambat-lambat sahaja. Sebentar tadi, sampai sahaja bangunan hospital dipandang penuh perasaan kacau bilau. Masih berkira-kira sama ada mahu meneruskan niatnya atau pun tidak. Lama dia berada di dalam kereta itu, berperang dengan dua perasaan yang berbeza. SMS kiriman adiknya, Badariah dibaca berkali-kali. Mahu mencari sedikit kekuatan untuk berhadapan dengan Eryna Sufia dan mungkin juga keluarga gadis itu.
Akhirnya, dia keluar juga dari perut kereta dan mula melangkah ke bangunan hospital yang menempatkan Eryna Sufia. Menurut Alia lewat malam tadi ketika dia menghubungi gadis itu, Eryna Sufia sudah dibenarkan pulang ke rumah tengah hari nanti.
Nafasnya ditarik panjang dan dihembusnya berat tatkala dirinya sudah berdiri di hadapan pintu wad yang menempatkan Eryna Sufia. Perlahan-lahan tangannya menolak pintu wad. Wajah pertama yang singgah di matanya adalah wajah ibu Eryna Sufia. Nyata wanita itu tampak terkejut. Saling berpandangan dengan suaminya.
“Assalamualaikum, auntie, uncle.” Gugup dia memberi salam
“Waalaikumsalam.”
“Apa yang awak buat kat sini?” tanya Eryna Sufia. Wajahnya masam mencuka. Marah dan geram bersatu bersama rasa gembira yang dipendam.
“Boleh saya bercakap dengan Eryna sekejap?”
Dia mahu ruang bersendiri bersama Eryna Sufia. Tidak betah rasanya untuk berbicara bila ada orang lain bersama.
“Saya tak nak cakap apa-apa dengan awak. Baik awak balik! Abah halau dia keluar. Along tak nak jumpa dia ni!”
“Along!”
Teguran daripada ibu Eryna Sufia membuatkan Fakhrul Razi terkesima. Entah kenapa dia merasakan teguran itu seolah-olah emak gadis itu berpihak kepadanya. Wanita itu menciut lengan suaminya, isyarat supaya kedua-duanya dibiarkan bersendirian.
“Mak! Abah!”
Eryna Sufia mendengus bila ibu bapanya langsung tidak menghiraukan panggilannya. Muncungnya panjang sedepa, menzahirkan perasaan marah terhadap lelaki itu.
“Muncung awak tu kalah muncung itik.”
“Biarlah. Mulut saya bukan mulut awak pun. Kenapa datang? Kalau awak datang sebab Bada paksa, baik tak payah! Pergi balik lagi bagus!”
Kata-kata sinis yang keluar daripada mulut Eryna Sufia langsung tidak berbekas di hati Fakhrul Razi. Dia tahu gadis itu sekadar mahu melepaskan amarah sahaja.
“Saya mana ada jumpa Bada pun. Call pun tidak.”
“Dah tu kenapa awak datang? Gerak hati awak ke?”
Ada ketawa kecil di hujung bicara Eryna Sufia, mengejek Fakhrul Razi. Lelaki itu senyum sahaja sambil langkahnya merapati katil Eryna Sufia.
“Tak jugak. Saya memang nak datang sini… ziarah awak.”
“Bagus kan? Orang dah nak keluar baru nak datang tengok!”
“Okey apa, saya datang masa awak nak keluar? Boleh saya tolong kemaskan apa yang patut!” Sengaja Fakhrul Razi membuat provokasi. Ada senyuman tersungging di bibirnya walaupun Eryna Sufia masih masam mencuka.
“Tak payah susah-susah. Mak ayah saya ada.”
“Awak marahkan saya ya?”
“Eh mana ada! Buat apa saya nak marah awak?! Awak tu bukan sesiapa pun. Baik awak balik sebelum Fikri datang. Saya tak nak dia fikir bukan-bukan pasal kita!”
“Dia tahu.”
Membulat mata Eryna Sufia menyebabkan Fakhrul Razi tersenyum. Reaksi daripada gadis itu diluar jangkaannya.
“Eryna, saya nak minta maaf dengan awak atas segala sikap saya terhadap awak selama ini.”  Senyumannya pudar.
“Datang ni nak minta maaf jer lah ye? Okey, saya dah maafkan awak dan sekarang boleh balik.”
“Saya sayangkan awak.”
Diam. Raut wajah Eryna Sufia tanpa reaksi. Cuma dia merasakan panas menyerbu ke muka. Jantungnya berdegup kencang. Mahu mempercayai atau ia sekadar ilusinya semata-mata?!
“Eryna…”
Eryna Sufia tetap tidak berkutik sedikit pun. Masih kaku bersandar di katil. Fakhrul Razi mencuit lengan Eryna Sufia tetapi tetap gadis itu diam membisu.
“Apa ni?! Sakitlah!”
Eryna Sufia menjerit agak kuat bila merasakan lengannya di cubit.
“Itulah siapa suruh orang panggil tak jawab. Senyap sunyi jer. Macamlah saya beritahu awak benda yang mengejutkan!”
“Suka hati dia cubit orang! Dahlah tangan tu macam apa lagi!”
“Awak dengar tak apa yang saya cakap tadi?”
“Awak cakap apa?” Sengaja Eryna Sufia mahu mendengar sekali lagi. Takut tadi dia tersalah dengar.
“Saya sayangkan awak.”
“Tipu!”
“Betullah. Saya tak tipu. Saya sayangkan awak sejak hari tu lagi.”
“Yalah sangat.”
Eryna Sufia mencebik sedangkan di dalam hati sudah berbunga riang. Bertambah gembira bila merasakan emaknya bagaikan dapat menerima Fakhrul Razi.
“Saya minta maaf sebab sakitkan hati awak tapi masa tu saya fikir restu keluarga adalah segala-galanya. Saya tak mahu apa yang pernah terjadi dahulu berulang semula.”
“Tapi awak melampau! Awak layan saya macam saya ni perempuan yang terhegeh-hegeh mahukan awak!”
“Maaf ya?”
“Awak dah terlambat. Saya dah ambil keputusan untuk terima lamaran Fikri.”
Rasa gembira yang menyelinap ke seluruh pelusuk dirinya makin menghilang bila teringatkan perbualannya beberapa hari lepas dengan Fikri. Lelaki itu melamarnya dan tanpa berfikir panjang dia menerima lamaran itu. Tidak sampai hati pula untuk membatalkannya.
“Masa bila I melamar you?”
Terkejut Eryna Sufia akan kehadiran Fikri yang tetiba. Lelaki itu tersenyum sahaja. Menyalami Fakhrul Razi yang juga agak terkejut.
“Er.. er you buat apa kat sini? Bukan you kata tengah hari nanti baru datang?”
“I dari rumah member I dekat Sri Damansara. Lepas tu pergi hantar barang kat area sini. Teruslah datang sini. Tak sangka pula Fakhrul datang jugak!”
Fakhrul Razi sudah kehilangan kata-kata. Tidak tahu mahu berbicara apa dengan lelaki itu. Kekok dengan keadaan yang berlaku.
Fikri yang menyedari keadaan itu menghampiri Fakhrul Razi. Bahu lelaki itu ditepuknya sedikit kuat. Walaupun kecewa Eryna Sufia tidak menjadi miliknya, Fikri sedar akan hakikat erti sebenar sebuah cinta. Memang kehilangan seorang gadis kepada seorang lelaki yang tidak sempurna fizikalnya menimbulkan rasa tidak puas hati tetapi hakikat itu harus ditelan sendiri.
“Aku serahkan Eryna kepada kau tetapi ingat kau jangan sakitkan hati dia. Aku dengar jer sikit, siap kau!”
“Fik…”
“Ryn, you jangan risaulah. I okey jer ni. Jangan risau okey? Satu lagi aku menyampaikan pesan Tuan Murad. Dia suruh kau masuk office Isnin ni. Resignation letter kau orang tua tu tak terima. Lepas tu ada pulak suruh aku pujuk kau kerja balik! Tak kuasa aku!”
Fikri sudah tergelak dengan kata-katanya sendiri sedangkan Eryna Sufia berkerut dahinya memandang Fakhrul Razi yang tersengih.
“Awak berhenti kerja?”
Fakhrul Razi sekadar mengangguk. Hari kemalangan yang menimpa Eryna Sufia itulah hari dia menyerahkan surat perletakan jawatannya.
Korang ni kan sehati sejiwa. Semuanya nak sama je! Dahlah, you berdua borak-borak ye! I laparlah. Tadi macam nampak mak dengan ayah you pergi kantin. Nanti I datang balik.”
Fikri terus meninggalkan mereka berdua. Suasana menjadi sunyi sepi. Masing-masing tidak bersuara.


Fakhrul Razi tersenyum sendirian sambil merenung gambar perkahwinannya enam tahun lalu. Eryna Sufia nyata cantik berbaju pengantin berona putih.  Senyuman wanita itu sungguh manis.
“Saya cintakan awak Eryna!” ucapnya perlahan tanpa sedar.
Tetiba tubuhnya dirangkul dari belakang dan satu kucupan hinggap di pipinya.
“Saya juga cintakan awak! Cintakan awak sangat-sangat!”
“Saya juga. Dah enam tahun kan?”
Eryna Sufia angguk. Bingkai gambar di tangan Fakhrul Razi dicapainya. Dia amat bahagia kini. Berkahwin dengan lelaki yang paling dicintainya dan mendapat restu dari keluarga adalah saat-saat yang tidak mungkin dapat dilupakan. Walaupun ibunya keberatan pada mulanya tetapi lama kelamaan dapat menerima juga seadanya lelaki pilihannya. Malah, sejak berkahwin ibunya itu lebih banyak berpihak kepada suaminya berbanding anaknya sendiri. Lahirnya Muhammad Iman dan Muhammad Azim, kembar yang benar-benar terus menyemarakkan cinta mereka.
“Terima kasih ya?”
“Kenapa?” soal Eryna Sufia.
“Sebab terima saya seadanya. Kekurangan saya dan awak tidak pernah rasa malu bersama saya.”
“Kekurangan awak, kelebihan saya. Kekurangan saya, kelebihan awak. Kita kan saling melengkapi?! Cinta saya pada awak tidak pernah lihat pada kekurangan awak dan tak akan berkurang kerana itu. Awak menyempurnakan hidup saya dan awak menyedarkan saya tentang banyak perkara. Terima kasih juga untuk awak!”
Fakhrul Razi menarik wanita itu ke dalam pelukannya. Satu kucupan hingap di dahi dan turun ke sepasang mata wanita itu. Rasa bahagia menyelinap ke seluruh ruang dirinya. Ucapan syukur tidak pernah lekang di bibirnya.
Terima kasih Ya ALLAH!


Sayang-sayang sekalian,

setiap orang mempunyai pilihan masing-masing. Ada yang mana mungkin merasakan akan jatuh cinta dengan lelaki kurang upaya seperti Fakhrul Razi tetapi jangan sesekali kita mengadili teman-teman atau sesiapa sahaja yang berdamping dengan lelaki-lelaki seperti FR. Berikan mereka sokongan selagi lelaki-lelaki itu tidak berniat serong dan baik perangainya serta tingkah lakukannya. Mengadili teman-teman kita yang  berpasangan dengan yang tidak sempurna fizikalnya sama ada perempuan mahupun lelaki adalah sesuatu yang tidak elok. Sudah takdir hidup mereka kekurangan itu. Cacat/tak cantik/ tak kacak/muka macam rumah tak siap adakah itu semua satu pilihan untuk mereka? Hormatilah pilihan teman-teman kalian kerana pada yang cacat fizikal @ muka macam rumah tak siap @ yang kita rasa langsung tak sesuai dengan teman-teman kita yang sempurna/kacak/cantik mungkin mereka itu lebih membahagiakan teman-teman kalian. Mungkin dia bukan 'taste' kita tetapi hormatilah seadanya. 

Akhir sekali, MN nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang selalu datang menjenguk ke sini dan sentiasa tidak putus-putus memberikan komen-komen mahupun semangat untuk MN menulis. DFR adalah mini novel terakhir MN untuk tahun ini dan mungkin akan berehat panjang. InsyaALLAH akan kembali apabila ada material yang mahu disampaikan kepada kalian.

Terima kasih 

Miss Nera.

~Selamat Membaca!~

7 comments:

Strawberi Comei said...

yeayy,...akhirnya bahagia jugakk..
hehe..xde special n3 ker?
kihkih^^

epy elina said...

wah....
sukanya...
hepy ending...
thanks sis...
btul 2...
cnta x mngenal pras rupa...
yg pntg ati dah suka....

dandelion kiss said...

isk,
kan dah cakap.
kenapa pendek sangat bab nya?
lagi lapan blas bab please!
=)

MaY_LiN said...

hihihi..akhirnya..

HikaYat Cik AppLe said...

best2... thumbs up writer..^__^

MissNera said...

SC: setakat ni tak ada special n3.. hehehehe

EE: yeay! terima kasih EE kerana sudi baca ya!

DK: kekangan itu ini lah.. hehehe.. nantilah kalau tak ada kekangan itu hamba panjangkan lagi... ^_^

May Lin: hihihi... berakhir jugak!


HCA: terima kasih CA.. :D

cinta terindah said...

miss nera mmg superb!!
lepas nie bwat lg crita yg best2!! :-)